21 December 2013

Mr. Right Forever

“Mr. Right now tu memang ramai Raina. Tapi aku belum jumpa Mr. Right Forever,” ucap Sarah sambil memandang jauh hingga ke kaki langit.
 
“Then Faris tu bukan Mr. Right kau ke Sarah,” Raina bertanya sambil memandang Sarah dari sisi.
“Aku dan Faris berkawan. Hubungan kami memang rapat. Tapi selagi belum ada akad di antara kami, belum tentu dia adalah Mr Right aku Raina.”

“Aku tak faham la maksud kau tu Sarah. Apa yang kurang pada Faris tu. Aku tengok dia cukup sempurna. Lelaki idaman wanita di luar sana. Sempurna di pandangan aku,” Raina meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Sarah mengesat peluh yang berjejeran di dahinya. Tuala merah jambu disangkut di  leher. Matanya masih lagi tepat memandang kaki langit. Seolah-olah jawapan kepada pertanyaan Raina berada di situ.
“Raina kau percaya pada jodoh?” pertanyaan Sarah membuatkan Raina terdiam sejenak.
“Ya aku percaya,” jawab Raina ringkas.
“Aku yakin jodoh aku masih berada di luar sana. Aku impikan someone yang akan berada di sisi aku hingga hari tua aku. Sama-sama berpimpin tangan walau pun kami telah dimamah usia. Someone yang ada untuk aku setiap saat aku perlukan bahunya untuk aku sandarkan harapan, saat aku sedih, saat aku perlukan sokongan malah saat aku gembira sekali pun, dia tetap bersama dengan aku Raina. Juga aku mahukan someone yang sentiasa menjadi pelindung aku dan menerima aku seadanya tanpa aku perlu berubah. Aku menunggu someone itu hadir Raina.”
“Bagaimana dengan Faris, Sarah?”
“Kenapa dengan Faris, Raina?”
“Aku yakin Faris menyayangi kau Sarah. Aku belum pernah melihat lelaki sebaik Faris. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kau. Kau ingat lagi masa kau diserang chicken pox dulu. Sanggup dia bersusah payah hantar kau balik kampung. Then weekend datang jemput kau. Malah aku lihat dia paling risau dengan keadaan kau masa tu.”
“Entah la Raina. Aku akui Faris baik. Terlalu baik. Tapi aku tak rasa debaran itu bila berada bersama dengannya Raina. Aku berkawan rapat dengan Faris tapi itu tak bermakna aku cintakan dia Raina.”
“Faris tahu perasaan kau?”
“Ya dia tau. Kami dah berbincang hal ni. Dan dia juga terima semua ni dengan tenang. Malah dia juga kata dia tak akan paksa aku. Dia mahu perasaan itu datang sendiri tanpa dipaksa Raina. Aku kadang-kadang rasa bersalah pada Faris. Dia terlalu baik untuk aku,” ucap Sarah dengan satu keluhan.
Raina terdiam mendengar kata-kata Sarah. Dia juga tahu perkenalan Sarah dan Faris bermula semasa mereka bertiga menyertai satu pameran di universiti. Raina juga sedar akan isi hati Faris terhadap Sarah. Sudah puas dia menasihati Sarah. Namun benar kata orang soal hati ini tidak boleh dipaksa. Hanya doa yang mampu Raina titipkan buat Faris dan Sarah. Semoga Sarah akan membuka ruang hatinya untuk Faris dan semoga Faris tidak akan berubah hati.
“Jom la balik. Matahari pun dah makin meninggi ni,” Sarah mengajak Raina berlalu dari Tasik Titiwangsa.
“Awal lagi ni Sarah. Baru pukul sembilan lebih. Jom kita slow jog one round,” pujuk Raina yang belum puas berlari pagi itu.
“Eh dah la aku dah penat ni,” kata Sarah sambil berjalan meninggalkan Raina. Langkah Sarah dibawa ke tempat meletak kenderaan. Melihat Sarah yang sudah melangkah jauh, Raina berlari-lari anak mengekori.
“Lajunya jalan. Kejar siapa?” soal Raina sambil memperkemaskan tali pinggang keledar.
“Aku ada date la petang ni.”
“Hah date. Dengan Faris?” teka Raina dengan yakin.
“Nope.”
“Kalau bukan dengan Faris, then siapa?”
“Rifqi.”
Berkerut dahi Raina. Selama ini tidak pernah pula nama itu meniti di bibir Sarah. Siapakah gerangan pemilik nama yang disebut Sarah tadi.
*******
“Ya Hani.”
“Encik Rifqi, sila ke Pejabat Am. Ada panggilan telefon dari ibu Encik Rifqi. Penting katanya,” pesan Hani.
Thanks Hani. Ok class dismiss,” nada suara Rifqi tegas sahaja. Semua buku di atas meja dikemas dengan segera. Silapnya juga kerana tidak membawa telefon bimbitnya tadi. Perasaan tidak enak mula menyelaputi diri. Panggilan telefon dari ibunya membawa perasaan gusar di hati. Langkah dihayun laju ke Pejabat Am.
“Err.. Hani tolong sambungkan ke bilik saya,” arah Rifqi.
Rifqi berjalan laju dan seterusnya mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke biliknya di tingkat satu. Debaran di hatinya makin menjadi-jadi.
Sebaik pintu bilik dikuak dari luar, deringan telefon menyapa telinga. Cepat-cepat Rifqi mengangkat gagang telefon.
“Assalamualaikum Rifqi,” sapa Puan Ruziah dalam suara tertahan-tahan.
“Waalaikumsalam Mak. Mak ok ke ni,” tanya Rifqi.
“Ni abah kamu. Tiang penyidai kain jatuh dan menghempap jari kaki abah. Banyak darah keluar. Mak tak tahu nak buat apa. Mak dah titis ubat gamat tadi,” luah Puan Ruziah dalam nada cemas.
“Kalau gitu Rifqi balik sekarang. Mak jangan nangis ya. Rifqi akan sampai kejab lagi. Lepas tu kita bawa abah pegi klinik  ya. Mak bertenang ya. Tunggu Rifqi sampai,” pesan Rifqi untuk mententeramkan hati ibunya, Puan Ruziah. Walhal hatinya juga tidak tenang mendengar perkhabaran dari Emaknya tadi.
*******
Sarah melirik beberapa kali jam di tangan. Dia sabarkan hati. Air kopi yang sudah pun suam  dihirup lagi. Kurang dari separuh baki air di dalam cawan. ‘Aku yang tercepat atau dia yang memang lambat.’
Sarah angkat kaki selepas 45 minit menunggu. Rasa hampa bersarang di hati. Dia tidak sangka Rifqi tidak datang selepas membuat janji untuk bertemu dengannya. ‘Kenapalah aku tak ambil nombor telefon dia. Agaknya dia terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Lunch hour macam ni jalan memang jammed.’
Fikiran positif Sarah membuatnya tenang. Dia yakin ketidakhadiran Rifqi pasti bersebab. Apakah yang berlaku hingga lelaki itu tidak menunjukkan diri? Sarah tertanya sendiri.

7 comments:

  1. sis, pendeknye... nak lagiii...
    ingatkan cerpen tadi... e-novel baru ek??

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Suha singgah dan meninggalkan komen. Yang ini baru bab pengenalan..e-novel baru..

    Nantikan sambungannya :)in sha Allah

    ReplyDelete
  3. oh... ho ho ho hokeh...
    will be waiting :)

    ReplyDelete
  4. hehe,,bertambah karya akk =) dua2 watak lelaki tu penyayang..heee.. susah sarah nk pilih...ekkekek =)

    ReplyDelete
  5. :) best man win Lieza..kita tengok siapa yang berjaya mencuri hati Sarah

    ReplyDelete
  6. Syok bce... best sgt... fara suke.... xsbr nk bce lg .. :D

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim