21 January 2014

Mr. Right Forever 4




“Janganlah risaukan abah,” pesan Encik Qamaruzzaman.
Rifqi seperti mahu sahaja membatalkan perjalanan ke Kuala Terengganu. Bimbang dia akan keadaan abahnya.
“Mak ada. Lagi pun selama ni mak yang jaga abah kan. Iqi jangan risaulah. Apa-apa nanti mak akan hubungi Iqi.” Puan Ruziah pula berpesan.
“Esok pukul berapa Iqi gerak? Maaflah abah tak boleh nak hantar kamu,” kata Encik Qamaruzzaman.
“Tak apalah abah. Flight Iqi pukul tujuh pagi. Esok Irfan datang jemput,” balas Rifqi. Berat hatinya. Jika bukan abahnya yang memujuk agar dia tetap ke seminar itu, pasti niatnya mahu ke Terengganu sudah dia batalkan.
“Dah kemas semua barang,” tanya Puan Ruziah.
“Belum lagi mak. Kejap lagi Iqi kemas.” Rifqi memandang wajah emak dan abahnya.
“Jaga diri kat sana. Jangan buat tak tentu. Tempat orang jaga adab sopan. Jaga nama baik keluarga,” pesan Puan Ruziah.
Rifqi mengganggukkan kepala. “Baik mak. Iqi akan ingat pesan mak.”
Encik Qamaruzzaman senyum mendengar pesanan isterinya. Wajah Rifqi dipandang sekilas. Seulas senyuman turut terukir di bibir Rifqi. Sudah acap kali dia mendengar pesanan yang sama dari isterinya. Setiap kali Rifqi, Qairina mahu pun Qaisara mahu berjalan jauh itulah pesanan wajib yang akan diucapkan oleh isterinya.
“Nanti Iqi call Rina dengan Sara. Weekend ni mereka kena balik. Boleh temankan abah dengan mak,” ujar Rifqi.
“Sara ada call semalam. Memang nak balik katanya. Rindu nak makan gulai lemak ikan masin pula adik kamu tu,” kata Puan Ruziah.
Rifqi sudah tergelak. Teringat dia akan Qairina dan Qaisara, adik kembarnya. Umur dah mencecah 20 tahun. Tapi manjanya tak berubah. Mujur juga adik-adiknya menyambung pengajian di Shah Alam. Dekat untuk mereka pulang ke rumah. Senang juga dia memantau perilaku adik-adiknya.
“Mak masak apa malam ni?” tanya Rifqi. “Bila mak sebut gulai lemak tu, terus Iqi rasa lapar.”
“Jom la makan. Mak dah siapkan gulai daging. Ikan mak bakar je.” Puan Ruziah sudah bangun dari sofa yang didudukinya.
“Ada air asam tak mak?” soal Rifqi sudah kecur liur.
“Mestilah ada. Baru umpph!” Puan Ruziah membuat isyarat bagus dengan ibu jari tangan kanannya.
Encik Qamaruzzaman dan Rifqi sudah gelak besar.
“Baik-baik abah.” Rifqi membantu abahnya berjalan menuju ke meja makan. “Abah duduk sini ya.”
Puan Ruziah sudah ke dapur mengambil bahan-bahan yang sudah siap untuk dibuat kerabu pucuk paku bersama kerang. Rifqi turut mengekori emaknya ke dapur. Dia tidak kekok mengambil pinggan dan cawan untuk dibawa ke meja makan. Selepas itu dia kembali mengambil ikan dan daging yang sudah pun siap dibakar oleh emaknya tadi.
“Mak bila pula abah beli ikan talapia dengan ikan haruan ni?” tanya Rifqi bila dilihatnya dua ekor ikan tilapia bakar dan dua ekor ikan haruan bakar di bawah tudung.
“Ini Kak Nisa yang bagi. Abang Hanan pegi memancing katanya. Ada lebih, itu yang dia bagi kita. Dah siap siang dah pun masa Kak Nisa bagi tu,” balas Puan Ruziah.
“Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak mak,” ceria sahaja Rifqi sambil menggangkat pinggan berisi ikan tilapia dan ikan haruan serta mangkuk berisi air asam.
“Ya Allah Iqi, kenapa tak letak dalam dulang. Kan senang angkat sekali jalan je,” kata Puan Ruziah apabila Rifqi muncul di dapur buat kali ketiga.
Excercise mak,” jawab Rifqi sambil tersenyum manis.
Puan Ruziah menggeleng-gelengkan kepala. Tangannya ligat mengaul bahan-bahan di dalam besen bersaiz sederhana. Ada kerang yang sudah direbus, daun pucuk paku yang sudah dicelur, cili padi yang sudah dipotong, bawang besar yang sudah dimayam, sedikit asam keping, santan dan juga kerisik. Garam sebagai penyedap rasa dimasukkan secubit dua.
“Apa yang boleh Iqi tolong,” tanya Rifqi.
“Iqi tolong ceduk kari daging dalam periuk. Abah kalau tak ada kari tak kenyang makannya tu,” kata Puan Ruziah.
“Hahaha,” Rifqi sudah gelak besar. Dia sudah sedia maklum menu kesukaan abahnya. Hari-hari kari.  Kalau tidak ada kari, kurang selera abahnya makan. Mujur juga abahnya tidak memilih jenis kari yang menjadi kesukaannya. Asalkan kari, tidak kisahlah kari ayam, kari daging atau kari telur sekali pun, itu sudah cukup membuka selera makan abah.
Ketawa-ketawa juga, Rifqi sudah pun siap menceduk kari daging ke dalam mangkuk. Dia menunggu emaknya siap menggaul kerabu.
“Dah siap. Jom kita ke depan,” ajak Puan Ruziah. Dia membawa satu mangkuk besar kerabu pucuk paku bersama kerang. Rifqi mengekor emaknya dengan semangkuk kari di tangan.
Puan Ruziah duduk di sebelah kiri suaminya. Rifqi mengambil tempat duduk di hadapan emaknya. Mereka anak-beranak menikmati hidangan makan malam dengan penuh berselera selepas mengaminkan bacaan doa makan oleh Rifqi.
“Dua tiga hari lepas ni rindu la Iqi dengan masakan mak,” ucap Rifqi sebaik habis dikunyah kerabu pucuk paku.
Puan Ruziah senyum. Dia berbesar hati apabila anak-anak sentiasa ingat akan air tangannya. Sungguh tugas-tugas memasak untuk keluarga sangat diambil berat oleh Puan Ruziah. Dia mahu memperoleh keberkatan di dalam setiap masakan yang disediakan. Langsung Puan Ruziah teringat akan sabda Rasulullah SAW:
 “Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya.”

*******

‘Tok! Tok! Tok!’
“Iqi, bangun dah pukul 3.30 ni.” Puan Ruziah mengetuk pintu bilik Rifqi.
Pintu bilik dibuka dari dalam. Rifqi sudah siap berpakaian. Dia menggangkat bag galas Deuter lalu keluar dari bilik menuju ke ruang tamu..
“Dah siap?” tegur Puan Ruziah. “Dah check semua? Tak ada yang tinggal?”
“Dah mak.” Rifqi senyum. “Abah mana mak? Abah bangun juga ke?”
“Abah ada kat depan,” jawab Puan Ruziah sambil mengekori Rifqi. “Jangan lupa bawa sandwich tu. Buat alas perut. Air panas mak dah siapkan juga. Satu untuk Iqi, satu untuk Irfan.”
“Buat susah-susah mak siapkan sandwich..Terima kasih mak,” jawab Rifqi.
“Abah yang ingatkan mak untuk prepare sandwich tu. Dia risau Iqi tak sempat breakfast nanti,” kata Puan Ruziah.
“Kejap mak. Iqi jawab call ni.”  Rifqi menyambut panggilan telefon Irfan.
Puan Ruziah menggangguk.
“Mak Irfan dah sampai. So Iqi kena gerak sekarang,” ujar Rifqi sambil bersalaman dengan emaknya. Tubuh emaknya dipeluk erat.
“Hati-hati ya,” pesan Puan Ruziah.
“Baik mak.” Rifqi berjanji dengan emaknya.
Di luar rumah, Encik Qamaruzzaman sedang berbual dengan Irfan dan Ilman.
“Abah, Iqi pergi dulu.” Rifqi bersalaman dengan abahnya. Dia peluk abahnya.
“Man, elok-elok bawa kereta,” pesan Encik Qamaruzzaman,
“Baik pakcik,” balas Ilman.
“Kami gerak dulu pakcik, makcik,” kata Irfan.
“Assalamualaikum mak, abah,” ucap Rifqi.
“Yalah. Waalaikumsalam.” Puan Ruziah dan Encik Qamaruzzaman menjawab salam. Mereka melambai tangan sebaik kereta Toyota Avanza yang dipandu Ilman bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
*******
“Jom ke surau,” ajak Irfan.
Rifqi dan Irfan menuju ke surau yang terletak di dalam Balai Berlepas berhampiran tandas. Mereka menunaikan solat subuh berjamaah.
Usai solat, mereka berdua menunggu di dalam Balai Berlepas. Memandangkan proses check-in telah pun dibuat secara atas talian, jadi mereka terus masuk ke Balai Berlepas selepas menjalani proses imbasan.
“Masa dah time,” ujar Irfan. Dia berjalan mendahului Rifqi sambil menyandang beg galasnya.
Rifqi memandang sekilas jam tangannya, 6.50 pagi. Mereka bersama penumpang lain mula menaiki pesawat.  Pesawat mula bergerak berlegar-legar di landasan sebaik sahaja semuanya dalam keadaan terbaik untuk berlepas. Tepat pukul 7.15 barulah pesawat meluncur ke udara. Perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu hanya mengambil masa selama 45 minit dari LCCT.
“Dah sampai,” kata Rifqi sambil matanya melirik jam di tangan kirinya. Rifqi memerhati orang ramai yang berada di dalam Lapangan Terbang Sultan Mahmud. ‘Mujur tak ramai sangat,’ getus Rifqi.
Mereka berdua berjalan menuju ke kaunter teksi setelah selesai urusan mengambil beg galas masing-masing. Perjalanan diteruskan ke Jeti Shah Bandar. Tiga puluh minit perjalanan mereka tiba di Jeti Shah Bandar.
“Terima kasih pakcik,” ucap Rifqi sambil menghulurkan dua keping wang kertas RM10 dan sekeping wang kertas RM5 kepada pemandu teksi.
“Awal lagi. Baru 8.35 pagi. Kita tunggu yang lain atau kita gerak dulu?” soal Irfan.
Better we wait for others,” putus Rifqi.
Mereka berdua menunggu ketibaan pelajar sekolah menengah peringkat negeri Pahang seramai 50 orang dan 25 orang jurulatih yang terlibat di dalam Seminar Transformasi Pendidikan.
“Pukul berapa naik bot ke pulau?” soal Irfan.
“10.30 pagi. Banyak masa lagi.” Rifqi sekali lagi memandang sekilas ke arah jam tangannya.
Breakfast dulu. Perut aku dah berkeroncong ni. Lapar la pula,” dalam senyuman Irfan bersuara.
“Tak cukup sandwich tadi?” soal Rifqi.
Irfan senyum.
“Kalau gitu kita pergi ke Pasar Payang. Pekena nasi lemak ke, nasi dagang, keropok lekor pun best ni. Makan panas-panas,” ajak Rifqi.
“Terbaik,” ucap Irfan. “Aku dengar orang kata nasi dagang di kedai NO1 tu sedap.”
“’Bereh,” balas Rifqi.
Mereka naik ke tingkat atas Pasar Besar Kedai Payang.

5 comments:

  1. kak sha~ dah ada cover utk Mr. Right Forever ni ek...
    suke suke suke! simple je...

    tp tulisan Mr.Right dkt situ macam nampak tak nampak... kalau letak shadow nampak sket kot...

    selagi belum ada akad,
    belum tentu dia adalah Mr. Right~

    dah ok dah... rima akhir bunyi macam sama kalau stop sanpai Mr. Right tu... hehehe

    just my sincere comment... boleh abaikan kalau tak berkenan... :D

    ReplyDelete
  2. Suha,

    Terima kasih Suha..setuju dengan komen Suha tu. Ok dah edit..glowy2 skit di situ. Thanks once again.

    ReplyDelete
  3. Chah..tringat kerabu mak..ermm sedapnyer..kecur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha Kak Zura, memang tak boleh challenge kerabu mak tu..hihikk even kita org adik beradik berguru pun..still tak boleh lawan... sedapnya..ish tetiba teringat kerabu kerang dengan taugeh

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim