31 January 2014

Mr. Right Forever 5

Hospital Veterinar UPM

Nombor                               Kaunter
           1005                                       11

Tertera nombor giliran di skrin televisyen yang digantung mengadap tempat menunggu berdekatan kaunter pendaftaran. Segera seorang wanita bangun dan bergegas menuju ke bilik rawatan nombor 11. Sebelum masuk ke bilik rawatan, wanita itu mengetuk pintu. Nama doktor  yang tercatat di pintu diperhati sekilas.

‘Dr. Faris’

Sebaik pintu dibuka, wanita tadi tersenyum memandang seorang doktor yang akan merawat buah hatinya. Senyuman manis dihadiahkan kepada doktor muda yang barangkali sebaya anak sulungnya.

“Selamat pagi Dr. Faris,” sapa wanita tadi.

“Selamat pagi puan. Sila duduk. Ya apa yang tak kena dengan Milo?” tanya Dr. Faris sambil meneliti kad rawatan yang tertulis nama si comel. Doktor Faris memerhati seekor kucing Parsi yang cantik bulunya dengan warna sedikit coklat. Si comel hanya duduk diam di dalam sangkar.  Doktor Faris bangun lalu membuka pintu sangkar. Terdengar bunyi deruan nafas si kucing.

“Lina awak timbang berat Milo dulu,” arah Doktor Faris.

Pembantu Doktor Faris segera menyambut Milo lalu ditimbang. “2.1 kilogram.”

Doktor Faris mencatat berat Milo di dalam kad rawatan.

“Doktor, dah empat hari sayang saya ni tak mahu makan. Asyik termenung saja. Risau saya. Dan satu lagi badan dia terasa panas,” luah wanita di hadapan Dr. Faris.

Doktor Faris mula memeriksa kucing yang dinamakan Milo oleh tuannya. Diusap-usap badan Milo dengan lembut. Kucing yang sememangnya manja itu, menggeliat perlahan. Matanya terpejam. Perkara pertama yang diperiksa oleh Dr. Faris ialah keadaan fizikal Milo. Mata dan telinga Milo diperhati. Jantung dan pernafasan Milo turut diperiksa. Suhu Milo turut diambil.

“Puan Anis, Milo terpaksa saya tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut,” kata Doktor Faris.

Jelas rupa terkejut di wajah Puan Anis yang sedari tadi hanya memerhati tindakan Doktor Faris.

“Kena tahan? Milo tak pernah berjauhan dari rumah. Mesti nanti dia takut duduk seorang diri di wad nanti,” gusar sahaja nada suara Puan Anis.

“Erm Puan Anis jangan risau. Kami di sini akan menjaga Milo sebaik mungkin. Lagi pun saya perlu buat pemeriksaan darah ke atas Milo. Suhu badannya juga tinggi. Milo memang demam. Jadi itu mungkin sebab utama Milo hilang selera makan,” kata Doktor Faris tenang. Dia faham kerisauan Puan Anis.

“Saya boleh datang melawat Milo?” soal Puan Anis.

“Boleh puan tapi kena buat appointment juga. Di sini ada masa lawatan yang dah ditetapkan,” balas Doktor Faris sambil menulis sesuatu di atas kad rawatan Milo. “Sebentar lagi saya akan berikan nombor telefon yang boleh puan hubungi.”

Doktor Faris bangun lalu menghampiri Milo. Diusap lembut si comel lalu dimasukkan semula ke dalam sangkar. Milo seperti takut-takut sahaja, seperti tahu sahaja yang ia akan ditinggalkan di situ.

“Puan tunggu sekejap,” kat Doktor Faris. Dia membuka pintu dan memanggil jururawat untuk membantu Puan Anis mendaftarkan kemasukkan Milo ke wad.

Puan Anis hanya menggangguk. Milo yang berada di dalam sangkar diperhati sayu. Rasa sedih dan sayu pula mahu meninggalkan Milo, si buah hatinya. Ini pertama kali dia akan berjauhan dengan Milo. Perkara pertama yang terlintas di fikirannya, ‘bagaimana la keadaan Milo seorang diri di sini?’ Puan Anis masih merenung Milo dengan penuh rasa sayang. Walau pun Milo hanyalah seekor kucing, namun perasaan sayang yang diberikan seolah-olah anak sendiri. Manakan tidak, dengan si kucinglah tempat Puan Anis meluah perasaan. Anak-anaknya sudah besar panjang. Masing-masing sudah bekerja dan tinggal jauh darinya. Suami pula sudah pergi dijemput Ilahi sejak enam tahun yang lalu. Milolah peneman setia Puan Anis di rumah.

“Puan Anis, sila ikut Lina, dia akan bantu puan untuk proses pendaftaran hinggalah kepada kemasukan wad,” ucap Doktor Faris sopan.

“Baik Doktor. Terima kasih.” Puan Anis sudah bangun dan berjalan mendahului Lina.

“Sama-sama Puan Anis,” balas Doktor Faris sambil memberkan seulas senyuman.

“Lina,” panggil Doktor Faris.

“Ya doc,” sahut Lina. Sangkar Milo di tangan diletakkan di atas meja.

“Please prepare drip untuk Milo. She’s no appetite. Just prepare food for her anyway. Hope she’s going to eat. Less energy dah tu,” arah Doktor Faris. “Ada patient lagi di luar?”

“Baik. Tak ada doktor. Pesakit yang terakhir tadi saya dah pass pada Doktor Sarah,” jawab Lina dan kembali mendapatkan Puan Anis yang sedang menunggu.

Thanks Lina,” ucap Doktor Faris sambil memicit bahu yang terasa lengguh. Dia kembali duduk di kerusi. Melepaskan lelah selepas seharian bertugas. Mata dipejam. Perut pun sudah berkeriuk minta diisi. ‘Laparnya,’ guman Faris.

Gagang telefon diangkat. Nombor sambungan Sarah didail. Dia menunggu seketika. Masuk deringan ketiga baru Sarah menggangkat gagang.

“Hello Sarah. Faris ni,” ucap Faris.

“Yes Faris,” balas Sarah.

“Masih sibuk?” tanya Faris.

“Baru je keluar last patient saya. Kenapa?” soalan Faris tadi dijawab bersama soalan juga.

“Teman Faris makan,” ajak Faris.

“Sekejap saja ya. Saya nak siapkan kertas kerja untuk program amal mengutip dana tu. Dr. Haikal dah tanya saya tengahari tadi.” Sarah memberikan alasannya. “Lepas siapkan kertas kerja tu, saya nak melawat wad. Rindu dengan all the little cute kiddies tu.”

Faris sedia tahu Sarah pasti akan melawat wad haiwan sebelum pulang ke rumah. Sudah menjadi satu kemestian dan rutin Sarah. Adakalanya sehingga ke malam Sarah masih di situ. Leka melayan kerenah kucing, kuda, hamster serta arnab yang ditempatkan di wad Hospital Haiwan Kesayangan. Wad yang menempatkan anjing atau reptilia sahaja yang Sarah cuba elak.  Dah seperti menjengguk anak angkat sahaja layanannya. Tiada rasa jemu langsung.

Terdengar ketukan di pintu.

“Jom Sarah,” tersembul wajah Faris di sebalik pintu yang terbuka.

“Ok,” jawab Sarah lalu mengambil tas tangannya.

*******
“Rifqi, apa kau buat di sini,” sapa Halimi.

“Ambil angin.” Rifqi segera memadam tulisan di pasir yang ditulis sebentar tadi.

“Nasib baik la malam ni program tamat cepat. Penat petang tadi pun belum habis,” ucap Halimi lantas duduk di atas batu berdekatan Rifqi.

Petang tadi semua jurulatih, fasilitator dan pihak urusetia telah mengadakan permainan bola tampar pantai. Penat juga bila sudah lama tidak melakukan aktiviti seperti itu. Rifqi dengan rela hati menjadi pengadil.

Mereka diam sambil membuang pandangan ke tengah laut. Angin malam kuat menampar wajah masing-masing.

“Teringat buah hati ke?” soal Halimi tiba-tiba.

“Ish mana ada,” segera Rifqi menepis andaian yang berada di fikiran Halimi.

“Kau tu tak rindu dengan isteri di rumah?” tanya Rifqi mahu mengubah topik yang cuba dibangkitkan oleh Halimi tadi.

“Apa nak buat, aku kena attend seminar ni. Lagi pun wife aku kerja di law firm, susah sikit nak cuti,” luah Halimi masih memandang jauh ke tengah laut.

Rifqi senyum.

Halimi turut mendongak ke langit. “Apa yang kau pandang tu Rifqi?”

“Kau nampak tak tiga butir bintang yang duduk sebaris di langit?” soal Rifqi.

Halimi segera mencari bintang yang dikatakan oleh Rifqi. Liar matanya menerawang ke langit yang cerah tiada awan.

“Kenapa dengan bintang tiga beradik tu Rifqi,” soal Halimi bila dia berjaya mengesan kedudukan tiga biji bintang yang dimaksudkan oleh Rifqi.

“Besar peranan bintang ini dalam dunia Islam. Ia menunjukkan arah Baitullah kepada umat Islam, malah pelayar dan pengembara Islam zaman dahulu melihat bintang ini untuk menentukan arah kiblat.” Rifqi berkata dengan rasa kagum menikmati indahnya ciptaan Allah. “Jika kita mahu gunakan buruj Al-Babadur, tempat tersebut mestilah berdekatan dengan garisan Khatulistiwa sahaja.”

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Dan dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah tidak melupai apa yang kamu lakukan. (Surah al-Baqarah: 149)

Dan dialah yang mengadakan bintang-bintang untukmu, supaya kamu dapat petunjuk dengan ia dalam kegelapan daratan dan lautan. Sesungguhnya telah kami terangkan beberapa ayat bagi kaum yang ingin mengetahui. (Surah al-An’am: 97)

“Ya betul tu. Selain menggunakan buruj Orion atau dipanggil juga Al-Babadur ni, arah kiblat boleh juga ditentukan dengan mencari bintang Polaris. Bintang ni menentukan arah utara,” ujar Halimi yang turut mempunyai pengetahuan di dalam bidang Al-Falak.

“Al-Qutbi. Bintang ni sentiasa berada di utara dan akan kelihatan sepanjang tahun. Kalau di negara kita, selepas jumpa bintang Polaris ni, kita perlu pusing ke kiri sebanyak 68 darjah untuk bearing sebenar kiblat,” terang Rifqi.

Halimi sudah mengganggukkan kepala. “Ya anda benar.”

“Di Tanah Arah, bintang Qutbi atau bintang utara ni adalah bintang utama yang dijadikan rujukan dalam menentukan arah kiblat. Ia merupakan satu-satunya bintang yang menunjuk ke arah utara,” ulas Rifqi.

“Ya betul,” Halimi mengakui kebenaran kata-kata Rifqi.

Rifqi masih ralit memerhati buruj Orion. Di dalam hati dia mengucap subhanallah di atas kejadian alam yang turut membuatnya berfikir akan kebesaran Yang Maha Esa.

Di suatu tempat yang lain, seorang gadis juga sedang memandang ke langit yang sama. Orion yang juga sama. Namun pandangan gadis itu tertumpu kepada bintang yang berada di tengah-tengah. Bintang yang paling cerah di antara ketiga-tiga bintang di dada langit. Tanpa sedar mulutnya menyebut sepotong nama.

“Rifqi.”

Sudah dua hari tiada sebarang berita dari Rifqi. Rindukah dia pada lelaki itu. Rindukah dia pada lelaki yang dikenali hanya pada nama? Adakah itu rindu?

4 comments:

  1. sis~ wahhh baru tahu utk kucing pn boleh kena admit dkt wad... maklumlah bila takde haiwan peliharaan ni tak tahu ape jd ble dah jpe vet tu... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. :) selain kucing, haiwan lain seperti anjing, kuda, hamster, arnab, reptilia (ular, iguana)pun boleh masuk wad. Perbelanjaan untuk perubatan haiwan mahal juga. Akak pernah experience kucing masuk wad, RM400++ juga - duduk wad 3 hari.

    ReplyDelete
  3. owh... macam tu... ilmu pengetahuan baru ni... hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Happy akak dapat kongsikan ilmu ini dan semoga memberi manfaat kepada yang membaca.

    Terima kasih Suha, yang sudi mninggalkan komen dan juga pandangan. Much appreciate <3

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim