26 February 2014

Cinta Milikmu Selamanya 6

ZAIM tekun meneliti pelan lantai yang baru disiapkan. Senyum terukir di bibir. Sudah beberapa malam dia bersengkang mata mahu menyiapkan pelan lantai sebuah rumah apartment. Zaim memerhati sekali lagi lukisan pelan lantai di tangan. Dia berharap agar pelanggannya akan berpuas hati dengan konsep yang dia hasilkan. Permintaan Puan Asiah yang mahu menampakkan ruang yang luas di kediamannya sudah dia usahakan sehabis baik. Mujur sempat dia siapkan sebelum tarikh akhir untuk perbincangan semula dengan Puan Asiah pada esok hari.
 
Tok! Tok! Tok!




Zaim lantas memanggung kepala memandang pintu. “Ya masuk.”
Pintu bilik dikuak perlahan.
Yes Danny, come in,” pelawa Zaim melihat rakan sekerjanya yang sudah tersenyum di muka pintu.
“Zaim, I need a favour,” ulas Ar. Danny Ong. Dia melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Zaim.
Yes sure. What can I do for you, Danny.” Zaim sudah bersandar selesa.
“I need your advice. There is a client of mine. He requested to have a design base on Islamic environment. I am not sure what is the best solution for him.” Ar. Danny lancar memaklumkan kepada Zaim masalahnya. Wajahnya sedikit berkerut. Sepertinya, masalah yang dihadapi sangat besar.
Zaim senyum. Setelah mendengar masalah yang diluahkan oleh rakan sekerjanya, mindanya mula bekerja keras memikirkan apakah idea rekabentuk yang sesuai dikongsikan. Rekabentuk dengan ciri-ciri keislaman bukanlah baharu. Ramai pelanggannya sangat menitik beratkan ciri-ciri keislaman apabila mahu mengubahsuai rumah siap yang dibeli daripada kontraktor.
“Danny, I will share with you the ideas. Hope it will help you,” ujar Zaim memandang tepat wajah Ar. Danny.
Zaim bangun menuju ke kabinet yang menempatkan rekabentuk ruang yang pernah dihasilkan. Sebaik sahaja pelan lantai yang diingini sudah ditemui, Zaim kembali ke mejanya. Pelan lantai tadi dibentangkan di atas meja. Hampir keseluruhan ruang mejanya ditutupi oleh pelan tersebut. Ar. Danny turut memerhati pelan lantai yang dibentangkan oleh Zaim.
Danny, you must understand one thing. Muslim family always put home as number one priority. Pernah dengar ungkapan Rumahku Syurgaku?” soal Zaim.
Laju sahaja Ar. Danny mengangguk.
“Rumah adalah tempat keluarga berkumpul. Husband and wife, children even grandparents lebih selesa berkumpul di rumah. Banyak aktiviti yang akan dilakukan di rumah. Jadi keluarga Islam mahukan rumah yang selesa not only for their own family tetapi untuk sesiapa sahaja yang datang berkunjung.
“Ya I faham. Then can you help me. I am totally lost,” rayu Ar. Danny.
No worry. I akan bantu you.” Zaim membuat janji.
Ar. Danny tampak lega. Dia sedar dia tidak salah meminta bantuan daripada Zaim. Walaupun masih muda, namun pemuda ini tidak pernah kedekut ilmu. Malah ada sahaja maklumat terkini berkaitan senibina yang dikongsinya. Orangnya juga mudah memberi kerjasama. Ar. Danny sangat senang jika bekerja bersama Zaim. Pemuda yang punya sifat merendah diri juga.
“Begini Danny, dalam menghasilkan rekabentuk yang bercirikan Islamik, ada dua perkara yang you perlu utamakan. Satu konsep hubungan dan yang kedua konsep ruang,” ujar Zaim.
“Zaim kalau konsep ruang tu I boleh faham. Tapi konsep hubungan. I do not get it,” ulas Ar. Danny.
“Konsep hubungan ni terbahagi kepada tiga perkara iaitu individu, keluarga dan juga jiran.”
“Jiran pun diambil kira?” pintas Dr. Ar. Danny.
“Ya Danny. In fact jiranlah orang paling dekat dengan kita selepas keluarga kita. Cuba you bayangkan, jika berlaku sebarang kecemasan, siapa orang pertama yang akan datang memberi bantuan?” tanya Zaim.
Neighbours,” pantas Ar. Danny menjawab.
Zaim senyum mendengar jawapan tersebut.
Now onward I must get to know my neighbours,” kata Dr. Ar. Danny.
Zaim senyum mendengar kata balas Ar. Danny. Sekurang-kurangnya dapat mengubah sedikit persepsi rakannya akan kepentingan hidup berjiran.
“Di rumah perlu ada ruang untuk rutin harian seperti ruang untuk belajar, ruang untuk solat, ruang untuk membaca Al-Quran dan  ruang yang digunakan untuk kegunaan bagi tujuan peribadi  individu tersebut.” Zaim memberi penerangan ringkas.
“Okay I akan take notes,” ucap Ar. Danny sambil menulis dalam buku catatannya.
Zaim menyambung perkongsian ilmu yang diketahuinya. “Selain itu you kena beri perhatian kepada ruang interaksi di antara ahli keluarga tersebut. Islam sangat menjaga hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Walau pun anak-anak telah berkahwin, tanggungjawab menjaga orang tua tidak pernah terputus. Malah hubungan kekeluargaan ini turut mencakupi ahli keluarga dan sanak saudara yang lain.”
“Mencakupi ahli keluarga dan sanak saudara yang lain? Maksud you,” soal Ar. Danny yang sudah berkerut dahinya.
“Maksud I ialah ahli keluarga kita yang lain yang terdiri daripada datuk, nenek, pakcik, makcik, sepupu dan ahli keluarga mereka,” balas Zaim.
Tadi you ada mention pasal tanggungjawab kan, apa kena mengena dengan design sesuatu rumah, I tak faham,” ujar Ar. Danny.
Zaim senyum memandang wajah Ar. Danny. Dia faham budaya masyarakat Melayu dan masyarakat Cina berbeza. Jadi tidak hairanlah jika rakannya itu banyak bertanya perihal konsep rumah yang bercirikan Islamik.
“Sebagai anak, kita wajib menziarahi kedua-dua orang tua kita jika kita tinggal jauh atau tidak tinggal bersama parents, berkasih sayang juga satu tanggungjawab dan tidak kurang pentingnya ialah menjaga hubungan. Tanggungjawab ini menjadi lebih penting jika kedua-dua ibu bapa kita sudah tua atau sakit.
Zaim perasan perubahan wajah Dr. Ar. Danny.
“Danny are you okay?” tanya Zaim.
Lama Dr. Ar. Danny mendiamkan diri. Zaim sabar menunggu. Dia yakin pasti ada sesuatu yang berlegar-legar dalam fikiran rakannya itu.
“Zaim actually ada perkara yang I nak discuss dengan you besides hal kerja.” Ar. Danny mula bersuara.
Go on Danny. I will be a good listener for you today,” ujar Zaim tenang.
“Bila you sebut pasal tanggungjawab anak-anak melawat ibu bapa, I terus teringat my younger sister.” Ar. Danny tunduk sayu. “Dah hampir two years dia tak balik rumah. Dia merajuk dengan parents I yang tak setuju dengan pilihan bakal suami dia. But now my mum tak berapa sihat. She miss her so much. My sister kat mana pun I tak tahu.”
Zaim masih diam. Dia memberi tumpuan kepada cerita yang keluar dari mulut rakannya itu. Dia memberi ruang kepada rakannya itu meluahkan masalah yang berlaku dalam keluarganya. Tiada tanda-tanda dia mahu mencelah.
“Puas I cari Jenny. I called almost all her friends yang I kenal. I cari di semua tempat yang my sister used to go. Negative. I kesiankan my mum. I pun dah tak tahu apa lagi nak buat,” luah Ar. Danny sayu.
“Danny, I am sorry. I tak pernah tahu you ada masalah. Sebab di pejabat you always smile, cheerful and make us laugh.” Zaim menyatakan rasa simpatinya.
Ar. Danny senyum kelat. “Hal keluarga Zaim. I tak cerita dengan sesiapa pun hal ni di office. Sorry I ambil masa you.” Ar. Danny memandang tepat ke wajah Zaim.
“It is okay Danny. Today is your day. Who know one day, I might need your ears too,” seloroh Zaim. Dia tidak mahu suasana sedih dan sayu rakannya itu berlarutan.
Terbit juga seulas senyum di bibir Ar. Danny. Beban yang ditanggung dirasakan sedikit ringan. Satu keluhan dilepaskan.
“Danny what I can say, sabarlah. I percaya adik you akan pulang juga. Hubungan keluarga tidak akan terputus. Keep praying, your sister will be back soon.” Zaim memberikan kata-kata semangat. Dia tahu berat matanya memandang, pasti lagi berat Danny yang menanggungnya.
“Zaim, once again I am so sorry bothering you with my family’s problem, yet thank you,” ucap Ar. Danny.
No sweat, Danny. Hal kecil. I just lend you my ears,” balas Zaim.
Ar. Danny turut senyum. “Well Zaim better we continue on our main discussion tadi. Kalau cerita pasal masalah, sampai bila pun tidak habis kan.”
Zaim akur. Dia meneruskan perkongsian ilmu yang dia tahu. Zaim turut menyentuh isu penambahan ahli keluarga, hubungan di antara anak lelaki dan anak perempuan serta lawatan ahli keluarga yang telah berkahwin. Semua itu ada kaitan apabila mahu merekabentuk ruang di kediaman impian.
“Danny if you have any doubt, do not hesitate to call me.” Zaim memesan sebaik sahaja Ar. Danny sudah menggangkat punggung usai perbincangan mereka.
Ar. Danny meninggalkan bilik Zaim dengan anggukan dan senyuman kecil.
p.s.: Buat kawan-kawan pembaca e-novel ini, Sha mohon maaf ya mengambil masa untuk updates kisah ini. Harap post yang sedikit ini dapat ‘bayar’ hutang Sha pada anda semua.

2 comments:

  1. Best crita ni hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah ke sini...jemput datang lagi ya..

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim