CUACA TIDAK PANAS NAMUN SEDIKIT BERANGIN. Zaim duduk di
sebuah kerusi dengan meja beralas kain berwarna hitam yang tersedia di situ. Zaim
menunggu di lokasi itu atas permintaan klien yang mahu mengadakan pertemuan dan
perbincangan di situ, berdekatan dengan pejabat.
Zaim tiba 30 minit awal. Sengaja dia bertolak lebih awal. Sudah
menjadi amalan sejak dari zaman dia seorang pelajar lagi. Biar dia menunggu
orang. Jangan orang menunggu kedatangannya. Itu prinsipnya.
Sementara menunggu, Zaim membeli sebotol air mineral untuk membasah
tekak. Aroma roti bersalut telur menusuk ke hidung. Tidak dapat menahan diri,
akhirnya Zaim memesan juga sekeping Roti John. Sepuluh minit juga menunggu,
barulah pesanannya tiba. Walaupun sudah menikmati makan tengahari, namun godaan
bau dan pandangan mata dek hidangan di depan mata tidak dapat ditahan. Kepingan
yang pertama digigitnya dengan hati-hati. Bimbang jika sos cili dan sos lada
hitam tertumpah ke baju kemejanya. Tisu berona merah jambu disapu ke bibir.
Dilap sisa sos yang melekat di hujung bibir. Beberapa potongan roti John yang
bersisa dinikmati penuh selera. Habis sepinggan roti John, dia duduk bersandar
selesa. Air mineral diteguk perlahan. ‘Jangan gelojoh, tersedak nanti.’
Zaim melirik jam Tag Heuer di tangan kirinya. Sepatutnya klien yang
ditunggu telah tiba. Sudah sepuluh minit masa berlalu.
“Assalamualaikum, maaf saya
lambat. Dah lama tuan tunggu?” sapa Puan Asiah terkocoh-kocoh tiba.
Zaim mendonggak.
“Waalaikumsalam. Saya pun baru sampai je ni,” balas Zaim diiringi
senyuman. Walhal sudah sepuluh minit dia menunggu. Air mineralnya juga sudah
separuh diminumnya.
“Maaflah, saya dah nak keluar tadi. Tapi last minute, bos mahukan laporan kewangan bulan lepas. Buat fotocopy sekejap, then barulah bos lepaskan saya keluar,” kata Puan Asiah dengan
rasa kesal kerana tiba sedikit lewat.
“Tak apa,” ujar Zaim dengan senyuman. “Order minum? Makan?”
“Teh O kosong, makan tak nak,” balas Puan Asiah. “Terima kasih.”
Zaim bangun dan membuat pesanan. Dia kembali semula ke meja yang
didudukinya tadi. “Boleh kita mulakan?”
Puan Asiah menjawab dengan anggukkan kecil. “Oh ya sebelum saya
terlupa, suami saya kirim salam. Suami saya outstation.
Itu yang dia tak dapat join us today.
Besides saya terpaksa pilih tempat
ni. Mudah untuk saya datang. Tempat ni dekat dengan office saya.”
“Waalaikumsalam.” Zaim menjawab dengan ringkas dan mengangguk.
“Ya, Encik Firman ada call saya dua hari lepas. Dia ada
maklumkan hal ni. Dan dia juga sempat pesan dengan saya, katanya dia bersetuju
dengan apa sahaja pilihan puan nanti.” Zaim menyampaikan kata-kata suami Puan
Asiah tempoh hari. Seterusnya dia meneliti beberapa pelan lantai yang sudah dia
siapkan seperti mana yang diminta oleh Puan Asiah.
Seulas senyuman terbit di bibir Puan Asiah.
“Puan tengok dahulu lakaran ini,” Zaim menyerahkan beberapa helaian
kertas untuk diteliti oleh Puan Asiah. “Jika ada mana-mana yang tidak sesuai,
saya boleh amend semula lakaran ini.”
Puan Asiah leka memerhati lakaran rekabentuk 3D dan pelan lantai yang
dihasilkan. Segaris senyuman terukir di bibirnya. Dia turut membandingkan
setiap satu lakaran dengan lakaran yang dihasilkan sendiri. Selesai membuat
penilaian, Puan Asiah memandang tepat ke wajah Zaim.
“Perfect.” Hanya itu yang disebut
oleh Puan Asiah.
“Jadi puan pilih yang mana? Ada tiga lakaran berbeza untuk puan pilih,”
ujar Zaim.
“Saya suka design yang ini. Lebih moden tapi ringkas. Walaupun
luas tapak agak terhad, tapi dengan rekabentuk segiempat tepat, dinding yang
minima di ruang tamu, dapur dan ruang makan, ruang kediaman ni nampak lebih
luas. Saya suka,” ulas Puan Asiah.
“Puan, rekabentuk ini lebih kompak sebab keluasan untuk binaan
kediaman berukuran 34’ x 30’ sahaja. Jadi saya perlu memastikan kurangnya
penggunaan dinding. Ini untuk memberi impak keluasan pada ruang yang kecil.”
Zaim menunjukkan ruang yang dimaksudkan di atas lakaran yang telah dibuat.
Puan Asiah mengangguk tanda faham.
“Ruang selebihnya ini mungkin boleh diubahsuai sebagai ruang santai
atau ruang untuk ampaian baju. Sebenarnya banyak yang boleh difikirkan untuk
ruang yang kecil ini jika kita bijak memanipulasikan ruang ini.” Zaim memberi
penerangan.
Puan Asiah nampaknya berpuas hati. “Bahagian balkoni ini saya lebih
suka jika dibuat konkrit daripada rail
sebegini. Maklumlah anak bongsu saya agak lasak. Jadi lebih selamat jika dibuat
half solid wall.”
“Baik. Saya akan ubah sedikit yang itu.” Zaim mencatatkan perkara
yang diminta oleh Puan Asiah ke dalam diari kerjanya. Dia tidak mahu tercicir
perkara itu.
Puan Asiah bersetuju dengan lakaran yang dibuat. Zaim lega lakaran
dan rekabentuk yang dihasilkan memenuhi citarasa dan konsep yang diminta oleh
kliennya.
“Puan sudah buat keputusan untuk memilih rekabentuk yang ini?” soal
Zaim inginkan kepastian.
“Ya saya pilih yang ini.” Puan Asiah mengunjukkan kertas di tangan
kepada Zaim.
“Baiklah kalau puan sudah setuju. Lepas ni saya akan siapkan submission drawing untuk kelulusan PBT.”
Zaim memaklumkan proses seterusnya.
“Maksudnya?” tanya Puan Asiah kurang arif akan hal itu.
“Kelulusan ni adalah syarat yang mesti dipenuhi sebelum sesuatu kediaman
itu dibina di sesuatu lokasi. Lepas ni pihak kontraktor akan rujuk lukisan ni
semasa pembinaan kediaman yang diimpikan oleh klien.” Zaim memberi penjelasan.
“Oh baru saya tahu. Biasanya hal-hal macam ni, suami yang handle,”
akui Puan Asiah.
Zaim akui hal-hal teknikal yang memerlukan pembuatan keputusan yang
besar biasanya dimonopoli oleh lelaki. Namun ada juga situasi wanita yang lebih
menonjol. Walau apapun, keputusan yang dipersetujui bersama adalah lebih baik.
Masing-masing turut berkongsi dan memberikan pendapat. Sama-sama berbincang dan
mencapai kata sepakat. Begitulah sepatutnya bila sudah bekeluarga. Zaim senyum
sendiri.
“Saya kena gerak dulu ni. Nak balik office semula.” Puan Asiah
meminta diri.
“Baiklah puan. Jika ada apa-apa progress saya akan inform
puan dan juga suami puan,” janji Zaim.
“Terima kasih,” ucap puan Asiah seraya mahu berlalu dari situ.
“Terima kasih kembali,” balas Zaim.
*******
“ASSALAMUALAIKUM KIRA,” SAPA ZAIM.
“Waalaikumsalam.” Kirana mendonggakkan kepala. “Wah tuan arkitek kita
baru sampai.”
“I baru balik dari jumpa klien la Kira,” sanggah Zaim.
“Oh ya ke. Ingatkan baru masuk lepas lunch. Bukan keluar dating
ke?” usik Kirana.
“Pandai-pandai saja buat fitnah.” Zaim membalas usikan Kirana. “Ada
apa-apa pesanan untuk saya? Ada sesiapa cari?”
“Pesanan tu tak ada. Tapi yang mencari tuan arkitek ada,” kata
kirana sambil terseyum lebar.
“Kira, dah berapa kali saya cakap, jangan panggil saya tuan arkitek.
Panggil Zaim saja.” Zaim memintas kata-kata Kirana.
“Dah memang betul kan Ar. Zaim. Tak salah kan panggil tuan arkitek,”
duga Kirana.
“Salah tu memanglah tak. Tapi saya lagi selesa dengan panggilan
Zaim. In formal occasion, meeting or important document yes saya tak
boleh nak deny title tu. Please in daily conversation just
called me Zaim. Is that clear?” kata Zaim sengaja berlagak serius.
Kirana sudah ketawa.
“Kenapa ketawa? Saya ada buat lawak?” soal Zaim.
“Bukan. Tapi saya tak tahan tengok muka tuan tu. Serius tak menjadi
saja rupanya,” usik Kirana.
“Ya ka tak jadi. Abis awak tak takutlah ya,” kata Zaim. “Kira, result
interview dah keluar?”
“Dah.” Kirana menjawab sepatah.
“Really?” Zaim teruja ingin tahu siapa yang berjaya dalam
temuduga yang telah diadakan tempoh hari. “Awak tahu ke siapa yang terpilih?”
“Tahu.” Kirana senyum. Memang dia yang membuat panggilan kepada
bakal pekerja Harris Architects Sendirian Berhad tengahari tadi.
“Siapa yang dapat?” Zaim sudah tidak sabar mahu tahu berita itu.
“Rahsia. Next week tengoklah sendiri siapa yang dapat job tu,”
sengaja Kirana tidak mahu membocorkan maklumat itu.
“Tak nak cakap tak apalah.” Zaim seakan-akan merajuk. Dia cuba
menukar topik perbualan. “Tadi awak cakap ada orang cari saya. Siapa?”
Kirana senyum simpul. Matanya melirik ke arah bilik kerja Zaim.
Melihat gerak tubuh Kirana, Zaim sudah tahu siapa yang datang
mencarinya. “Delisha?”
Kirana sudah menggangguk laju.
“Apa kucing Siam tu nak?” tanya Zaim.
“Dia nak jumpa tuan la. Nak juga tunggu tuan even saya dah
cakap tuan balik lambat.” Kirana memaklumkan hal itu.
“Kira tolong saya.”
“Tolong apa?” soal Kirana dengan wajah penuh tanda tanya.
“Satu, tolong jangan panggil saya tuan. Kedua tolong halau kucing
Siam tu balik,” ujar Zaim. “Kalau dia ada, memang tak jadi kerja saya nanti.
Saya balik office ni pun sebab nak siapkan kerja sikit.”
“Baiklah Zaim. Tapi yang kedua tu saya nak bagi alasan apa nak suruh
Cik Delisha tu balik?” tanya Kirana.
“Awak create any reason. Saya tunggu di pantri. Nanti dia dah
pergi awak inform saya, boleh?” arah Zaim. Zaim membuat isyarat okay
dengan jarinya.
Kirana menggangguk. Pening juga mahu memikirkan alasan terbaik untuk
membantu Zaim. Inilah dia tak ada beban batu digalas. Bukan senang nak buat
ayat menipu ni. Cikgu tidak ajar ayat menipu di sekolah. Kirana sudah menggaru
kepala. ‘Nak cakap apa ya.’
Kirana memerhati langkah Zaim yang pantas berlalu ke pantri. Dia
duduk di kerusinya memikirkan kata-kata terbaik untuk diberikan kepada Cik
Delisha. Dia mahu membantu Zaim tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu
dimarahi oleh Cik Delisha.
‘Good luck Kira,’ ucap Kirana, yang ditujukan kepada diri
sendiri. Dia melangkah yakin menuju ke bilik Zaim.
p.s.:
Kisah ini tertangguh lama. Maaf ya. Enjoy reading!
Kucing siam? Kakakakaka
ReplyDeleteyup kucing Siam..lebih aktif dari kucing Parsi..dua2 pun comel
DeleteHaahaaaa padan la gelarn tu utk yg gedik2 ni.
ReplyDeletesekadar analogi sebab kucing siam memang manja kan...
Delete