04 March 2014

Mr. Right Forever 8


KERETA YANG DIPANDU ILMAN berhenti betul-betul di hadapan rumah.
“Thanks Ilman,” ucap Rifqi sebelum keluar dari kenderaan.  “Tak nak singgah dulu.”
“Tak apalah, lain kali mungkin. Sampaikan salam kami pada parents kau, ya Qi,” balas Irfan.
“In Sha Allah.” Rifqi menggangguk. Dia faham sahabatnya itu pasti penat dan mahu segera tiba di rumah. Mana lagi tempat paling membahagiakan kalau bukan di rumah.
“Kalau gitu, jumpa di office esok,” kata Rifqi sambil bersalaman dengan Irfan dan Ilman. Pintu kereta dibuka lalu dia berdiri seketika di depan pagar sehingga  kereta yang dipandu oleh Ilman hilang dari pandangannya.

Home sweet home,” ucap Rifqi perlahan. Dia lega sudah sampai di hadapan rumah. Rindu rasanya pada keluarga. Baru tiga hari keluar kawasan, rindunya tetap terasa.
Perlahan-lahan Rifqi membuka dan menutup kembali pintu pagar rumah. Dia melangkah ke pintu. Sunyi sahaja. Seperti tiada sesiapa di rumah. Rifqi meletakkan dua bungkusan plastik besar dan beg galasnya di atas meja bulat yang diperbuat daripada kayu di sisi rumah. Dia meninjau hingga ke dapur. Sah! Emak dan abahnya tiada di rumah. Kelibat adik-adiknya juga tidak kelihatan. Rifqi menggaru kepala. Tidak gatal sebenarnya. Hanya tanda dia berasa pelik.
Segera Rifqi mengeluarkan kunci pendua yang sememangnya dia bawa setiap kali keluar rumah. Sangat berguna jika keadaan seperti ini berlaku. Tidaklah dia terconggok di depan rumah menanti kepulangan emak dan abahnya. Itu kalau mereka pulang, jika mereka menginap di tempat lain, jenuhlah dia menunggu di depan rumah. Mahunya dia tidur di atas buaian yang berada di sebelah meja bulat yang didudukinya itu.
‘Ah lega,’ kata Rifqi selesa duduk bersandar di sofa putih di ruang tamu. Beg sandangnya diletak di hujung kaki. Beg plastik besar diletak di atas meja kopi di hadapannya.
Rifqi menarik nafas dalam. Baru rasa penatnya. Tiga hari penuh dengan aktiviti luar sungguh menguji kekuatan fizikal juga mental. Aktiviti menyelam paling dia gemar. Semasa membuat aktiviti tidak berasa penatnya. Dia senyum mengingatkan aktiviti water confident yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Sungguh seronok. Dia selaku Dive Leader pada kursus kali ini punya tanggungjawab berat memastikan semua peserta kursus selamat. Dia juga sedar bukan semua peserta pandai berenang. Jadi faktor keselamatan sangat dititikberatkan. Dia tidak mahu berlaku perkara yang tidak ingini sepanjang tiga hari berkursus di Pulau Redang.
Rifqi senyum lagi bila dia teringat gelagat para peserta kursus. Selepas semua peserta sudah berjaya mengapungkan diri di dalam air, mereka diagihkan kepada empat kumpulan.  Mereka  diminta membuat aksi keretapi di dalam air. Mereka hanya boleh menggunakan tangan untuk bergerak dalam satu kumpulan. Jadi berbagai-bagai gayalah yang dapat dilihat.
Selesa bersandar, Rifqi menutup mata. Serta-merta bayangan gadis di LCCT yang ditemuinya petang tadi terbayang di matanya. Benar dia suka melihat wajah putih mulus gadis itu. Semasa pertama kali dia memanggung kepala berlawan pandang dengan gadis yang mahu duduk di kerusi bersebelahan dengannya, dia sudah terpaut. Hatinya tenang. Matanya turut ralit memerhati si gadis walau pun hanya dari sisi. ‘Nakal sungguh mata ini,’ akui Rifqi.
Rifqi berdoa agar dia bertemu lagi dengan gadis itu. Dia sedikit kesal kerana tidak bertanya nama gadis itu. Bukan sahaja nama malah dia juga tidak tahu bagaimana mahu bersua lagi dengan gadis itu. Di dalam perjalanan pulang tadi pun Irfan dan Ilman sudah mentertawakannya.
“Siapa tadi tu?” soal Irfan.
“Siapa?” soal Rifqi kembali.
Irfan sudah senyum. Dia nampak Rifqi berbagi biskut dengan gadis yang duduk di sebelah Rifqi. Orangnya sopan dan sedap mata memandang. Selepas keluar dari tandas, Irfan tidak jadi mahu mendekati Rifqi. Dia tidak mahu mengganggu saat indah sahabatnya itu.
“Lagi mahu tanya. Yang kau share biskut tadi tu,” ulas Irfan.
Rifqi senyum lebar. Namun sekejap sahaja dia sudah berkerut.
“Ha kenapa pula tu?” soal Ilman apabila imej Rifqi dilihat di cermin pandang belakang.
“Aku tak ingat nak tanya nama dia,” ujar Rifqi sambil mengingatkan kembali wajah si gadis manis.
“Ya Allah, Qi. Siap share biskut bagi air lagi, boleh tak tanya nama dia.” Irfan sudah tepuk dahi.
Entah mengapa Rifqi terlupa sungguh mahu bertanya nama gadis itu. Matanya masih terpejam. Tanpa sedar Rifqi terlelap di situ.
*******
“ABANGGG...”
Rifqi terpisat-pisat. Segera dia membuka mata. Wajah Qairina yang mengejutkannya tadi dipandang sekilas.
“Abang ni, tidur macam kayu. Adik panggil abang tak dengar,” kata Qairina di sebelah Rifqi.
“Aah. Dahlah tu masuk rumah tak tutup pintu. Biar je terpelahang macam tu,” sambung Qaisara pula.
Rifqi membetulkan duduknya. Senyum. Dipandang wajah adik kembarnya. “Dari mana ni?”
“Dari rumah hujung lorong ni. Baru pindah sini. Jadi dia jemput kenduri doa selamat masuk rumah baru,” jawab Qaisara.
“Oh. Mak dengan abah mana?” soal Rifqi lagi.
“Mak dengan abah masih kat sana. Berborak dengan jiran-tetangga.” Qairina pula menjawab.
Rifqi melunjurkan kaki. Tangan didepangkan. Segala urat diregangkan. Lega sedikit. “Rina tolong simpan keropok lekor tu dalam fridge.”
“Baik,” balas Qairina lalu bangun bersama plastik besar di tangan.
“Kalau rajin tolonglah gorengkan sekali,” pinta Rifqi bersama satu ketawa kecil.
Qairina sudah berpaling ke arah abangnya. Tangan kanannya sudah di pinggang. “Abang mana ole-ole Rina?”
Rifqi sudah berkerut dahi. “Apa kaitan ole-ole dengan goreng keropok lekor?”
“Upahlah tu abang,” balas Qaisara senyum ke arah kembarnya. Dia bangun lalu berbalas hi five dengan Qairina.
“Ai nak goreng keropok untuk abang pun nak upah?” soal Rifqi sengaja mahu mengusik.
Qairina dan Qaisara sudah berbalas pandang.
“Tak nak goreng tak apa. Ole-ole tetap dapat,” kata Rifqi sambil mengenyit mata. “Abang naik atas dulu. Nak mandi. Lepas tu nak makan keropok lekor.”
“Baiklah.” Rina ke dapur diikuti dengan Qaisara. Rifqi menaiki anak tangga ke biliknya dengan senyuman.
*******
“MACAM MANA ORANG KAMPUNG?” SOAL SARAH.
“Alhamdulillah semua sihat. Mak dengan Pak aku kirim salam dengan kau,” jawab Raina.
“Waalaikumsalam.” Sarah menjawab ringkas.
“Mak aku tanya bila kau nak datang Alor Setar,” sambung Raina.
“In sha Allah bila diizinkan Allah,” balas Sarah.
“Aku tak ada ni, kau rindu aku tak?” soal Raina sambil tersengih.
Sarah menoleh sekilas ke arah Raina. “Mestilah rindu. Kawan pergi makan tak ada, kawan bergosip dan paling penting aku rindu dengar kau membebel. Yang macam mak nenek tu.”
“Tapi kau sukalah kan aku tak ada,” duga Raina.
“Ish… mana ada. Betul aku rindu bila kau tak ada,” jujur Sarah mengatakan itu. “Kau kan my best friend. Kau tak ada sunyi tau.”
“Faris kan ada,” sengaja Raina mengusik Sarah.
                “Memanglah Faris ada. Tapi mana sama dengan kau Raina oii,” balas Sarah.
Raina senyum gembira. Dia sedar mereka sudah seperti adik-beradik. Susah senang mereka bersama.
“Eh Sarah ni kenapa ada sesuku biskut kat sini?” soal Raina. “Kenapa tak habiskan. Semut nanti.”
Sarah melihat satu suku lagi cebisan biskut chipsmore yang dia letak di tempat meletak air. Segera dia teringat pemuda yang berkongsi biskut dengannya tadi. ‘Mister Chipsmore.’ Sarah senyum dengan panggilan yang dia berikan kepada pemuda itu.
“Aku buang ya,” kata Raina.
“Eh jangan,” tiba-tiba Sarah bersuara dengan nada sedikit tinggi. Terkejut Raina, pelik pun ada.
Raina berpaling ke arah Sarah. Dia mengurut dada.
“Err..sorry buat kau terkejut,” ucap Sarah. “Jangan buang biskut tu. Aku sayang.”
“Hah! Sayang? Biskut ni lama-lama macam ni lemau, dah tak sedap,” Raina sudah mahu mula membebel.
Sarah tidak menghiraukan kata-kata Raina. Dia tetap memandu dengan hati-hati. Matanya fokus ke arah jalan, namun bibir mengukir senyum.
“Cuba kau cerita, kenapa sayang sangat kat biskut yang cenonet ni,” tanya Raina.
Sarah masih senyum apabila figura Mister Chipsmore terlayar di matanya. “Mister Chipsmore.”
What? Apa kau cakap tadi? Mister Chipsmore?” ulang Raina.
Sarah terdiam. ‘Eh kuat ke aku sebut Mister Chipsmore.’
“Sarahhh,” giliran Raina pula menaikan nada suaranya ke satu oktaf. 


p.s.: Harap para pembaca berpuas hati dengan entry kali ini. Sila tinggalkan komen, jangan segan.

8 comments:

  1. kak sha~

    at last ada update citer ni... hehe
    kak, terconggok ke tercongok? confuse jap suha...
    lagi satu kak, terpelahang tu terbukak laa ek?? hehe loghat2 ni tak tahu sangat...
    apape pun best, bila laa dorg nak kenal betul2 satu sama lain...

    nak lagi~~~

    ReplyDelete
  2. Suha, terima kasih beri komen.

    Akak update sikit-sikit.. hihikk. Akak gunakan dialek utara. tu yang keluar perkataan terpelahang tu :)

    Conggok & congok, dua-dua hampir sama maksudnya tapi ada sikit je bezanya. Akak refer di Kamus Dewan Edisi Keempat

    1. Terpelahang tu maksudnya terbuka luas. Sama maksud dengan ternganga atau terpelangah
    2. Congok duduk dalam keadaan sedang memikirkan sesuatu
    3. Conggok: tegak (dengan kepala tidak tunduk); berdiri atau duduk tegak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... hebatlah kak... orang tak tahu tu ada dua benda yang berbeza...
      ilmu yg baru... seriously suka baca karya akak sebab nanti ada je benda baru yang dapat belajar... :) keep writing kak~!

      Delete
    2. Akak pun baru tahu ada perkataan congok, biasanya akak guna conggok dengan 2 'g'. Tu yang semalam buka Kamus Dewan. Terima kasih untuk Suha juga. Nampaknya kita sama-sama belajar kan.

      Alhamdulillah Suha, yang baik itu dari Allah, yang kurang baik itu dari diri akak sendiri. Mudah-mudahan apa yang akak kongsikan di sini memberi manfaat kepada pembaca/ orang lain.

      Delete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum sha <3 :) ohh ini lah dia mr. chipsmore ya sha <3 nice..:)

      Delete
    2. Waalaikumsalam Akak Norlidar <3...ya itulah dia mr. chipsmore..

      Thanks akak singgah, baca & komen. so much appreaciate..

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim