12 April 2014

Mr. Right Forever 11

“PULANG DARI SOLAT JUMAAT PETANG TADI, Rifqi terus ke dapur. Emaknya sibuk di dapur.

            “Mak buat apa tu?” soal Rifqi.

            “Esok kan kenduri di rumah kawan abah. So mak nak bawa buah tangan sikit.” Puan Ruziah sibuk menyukat tepung.

            “Mak nak buat biskut dahlia ya,” teka Rifqi sambil memerhati emaknya yang sedang menyukat mentega pula.

“Pandai Iqi teka,” ujar Puan Ruziah.
       Rifqi senyum. Kuih dahlia air tangan emaknya tiada tandingan. Belum pernah dia rasa yang lebih sedap daripada kuih yang emaknya buat. Kuih kesukaannya.

“Mak, Iqi naik atas sekejap nak call kawan dan tukar baju. Lepas tu Iqi turun tolong mak,” Rifqi menawarkan diri membantu Puan Ruziah.

Rifqi berlalu menaiki anak-anak tangga. Tiba di bilik Rifqi mencapai telefon gengam di tepi jam loceng di atas meja komputer. Niatnya mahu menghubungi Sarah. Dia tidak mahu Sarah berkecil hati pula kerana dia mahu membatalkan janji temu mereka. Biarlah dia bercakap terus kepada Sarah.

Nombor telefon Sarah yang sudah pun disimpan dicari.

‘La apa susah-susah, cari saja di call history,’ guman Rifqi sendirian. Matanya menyorot melihat nombor yang dicari. Dia duduk di atas katil.

Kali ini Rifqi tidak perlu menunggu lama. Pada deringan yang ketiga, Sarah sudah berada di hujung talian.

“Assalamualaikum,” ucap Sarah. Dadanya tiba-tiba bergetar. Perasaan yang sama yang dirasai seperti mana di LCCT dahulu.

“Waalaikumsalam Cik Sarah. Apa khabar?” balas Rifqi.

Sarah mengerut dahi. Siapakah pemanggil tidak dikenali ini? Agak formal bila pemanggil menyapanya dengan panggilan ‘cik’. Sarah tidak dapat mengecam pemanggil sementelah, nombor tersebut tiada dalam simpanannya.

“Saya baik-baik sahaja, alhamdulillah.” Sarah menbalas pertanyaan pemanggil. Tangannya dilekapkan ke dada

“Saya Rifqi.” Rifqi memperkenalkan diri. Dia tidak mahu Sarah berteka-teki siapa yang menghubunginya.

Sarah terdiam. Tidak sangka akan menerima panggilan daripada Rifqi. Sudah hampir dua minggu dia tidak mendengar khabar dari lelaki itu.

“Hello.. Cik Sarah..Cik Sarah,” Rifqi memanggil nama Sarah apabila Sarah diam tidak membalas beberapa detik..

“Ya saya masih di sini.” Sarah berjeda seketika. Dalam masa yang sama dia sedang mengawal intonasi suara dan degup jantungnya. Pertamanya dia teruja menerima panggilan tersebut. Keduanya Sarah sendiri tidak tahu mengapa jantungnya seakan bekerja keras mengepam darah ke seluruh tubuh sejak suara Rifqi menyapa telinganya tadi.

“Maaflah kalau saya ganggu Cik Sarah pada waktu ni. Tadi saya ada call, tapi Cik Sarah tengah drive,” ujar Rifqi lembut.

‘Betul rupanya tekaan hati aku, tadi tu Rifqi yang call.’ Sarah sudah tersenyum. Hatinya berbunga riang.

“Saya nak discuss pasal ‘date’ kita Ahad ni,” kata Rifqi memaklumkan tujuan dia menghubungi Sarah.

Rifqi senyum selepas mengucapkan perkataan ‘date’ tadi.

“Oh ya, Sarah dah baca di emel. Sarah dah reply. Tapi since you dah call ni, elok Sarah minta maaf awal-awal,” balas Sarah.

Berkerut dahi Rifqi. Tidak faham mengapa Sarah memohon maaf.

I cannot make it this Sunday. Ada majlis keluarga. Sarah nak minta maaf. May be next time kita ‘date’ ya,” sambung Sarah.

Dahi yang berkerut tadi sudah dikendurkan. Rifqi senyum lagi.

“Oh tak apa. Cik Sarah tak perlu minta maaf. Bukan salah Cik Sarah tak dapat hadir. Lagi pun perjumpaan keluarga itu penting, kita boleh jumpa bila-bila one day, in sha Allah,” tutur Rifqi tenang. Dia sedikit lega. Kurang sedikit rasa bersalahnya.

“Jemputlah datang ke majlis di rumah Sarah Ahad ni.” Sarah mempelawa Rifqi ke majlis yang akan diadakan hujung minggu nanti.

Rifqi mahu sahaja mengatakan ya, saya akan datang. Tetapi apakan daya. Dia sudah berjanji dengan abahnya mahu mengikuti abah dan emaknya ke majlis kenduri doa selamat di rumah kawan abahnya.

“Terima kasih jemput saya. But no thanks Cik Sarah.” Rifqi menolak pelawaan tersebut. “Saya tak dapat hadir. Parents saya ada hal dan saya perlu temani mereka.”

“Oh,” sepatah kata terlontar dari bibir Sarah. Terkesan nada hampa dalam intonasi suara Sarah. “You?”

“Ya saya,” jawab Rifqi sabar menunggu kata-kata yang bakal diucapkan oleh Sarah.

“Saya nak buat satu permintaan boleh?” soal Sarah.

Rifqi diam. Tidak pasti apakah yang patut dia jawab. Dia mengangguk tanda membenarkan Sarah membuat permintaan.

‘Ya Allah Iqi. Yang beria menggangguk tu kenapa? Sarah bukan nampak pun anggukan kau tu,’ bisik minda sedar Rifqi. ‘Ya tak ya juga.’

“Ya Sarah cakaplah,” ujar Rifqi dalam senyuman memikirkan tindakannya tadi.

“Boleh tak jangan panggil Sarah ‘cik’?” pinta Sarah. “Formal sangat bunyinya.”

“Ingatkan nak request apalah tadi.” Rifqi sudah ketawa.

‘Seperti pernah dengar,’ Sarah mengamati suara Rifqi yang sedang ketawa. Hatinya yang sudah kembali normal tadinya, kembali berdegup kencang semula. ‘Kenapa ni?’

“Baiklah Sarah,” kata Rifqi. “Sarah.”

“Ya you,” sahut Sarah.

“Lain kali saya call Sarah lagi. But for now i have to go,” kata Rifqi mahu mengakhiri perbualan mereka.

“Baik. Thank you for calling ya,” ucap Sarah.

Together,” usik Rifqi.

“Hah! Together? You salah dengar ker?” soal Sarah dalam nada pelik.

Rifqi ketawa sekali lagi. “Bukan salah dengarlah Sarah. Bila orang cakap terima kasih, kan kita jawab sama-sama. Sama-sama kan sama maksud dengan together.”

Sarah ketawa mendengar penerangan Rifqi. ‘Kelakar juga lelaki ini.’

Okay Sarah. Take care. In sha Allah kita jumpa nanti,” ucap Rifqi.

“Baik. Bye Rifqi. Assalamualaikum,” balas Sarah.

Bye and waalaikumsalam Sarah,” jawab Rifqi.

Rifqi senyum memandang telefon di tangan. Senyuman manis terukir di bibir. Di waktu yang sama Sarah turut tersenyum di hujung sana.

Rifqi segera menukar baju melayu yang dipakai kepada sehelai baju-T berwarna putih berbelang hijau. Segera dia teringat janjinya mahu menolong emaknya tadi. ‘Kesian emak sorang-sorang di dapur.’
*******
“RAINA, YOU ADA NAMPAK SARAH? The whole morning I tak nampak dia,” Faris menegur Raina yang berdiri di kaunter pendaftaran.

Raina menggeleng-gelengkan kepala.

You lupa ke apa? Kan semalam Sarah ada inform us today she cannot make it. Hari ni sure dia busy kat rumah tu.” Raina mengingatkan Faris.

Menyeringai senyuman Faris mengakui dia lupa Sarah tidak dapat datang pada hari itu.

Sudah menjadi kebiasaan Sarah, Raina dan Faris akan datang ke klinik pada hujung minggu untuk bersama haiwan-haiwan yang berada di wad. Walau pun Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti mereka, namun sifat kemanusiaan dan keperihatinan terhadap haiwan membuatkan mereka bertiga akan datang juga ke klinik. Selain memeriksa kesihatan haiwan tersebut, mereka turut menyediakan makanan dan juga membersihkan sangkar haiwan-haiwan di situ.

“Raina, nanti tolong tengokkan Milo. I rasa that Persian cat dah boleh discharge in two days time,” pesan Faris sebelum meninggalkan Raina.

Okay I will look after her,” janji Raina.
 
p.s.: Maaf ya kalau tunggu Rifqi jumpa Sarah. Dapat call aja dulu boleh kan ( Sha dah wink dua tiga kali ni)

8 comments:

  1. kak, apsal rasa macam pendek je? adeyhh *ke ni perasaan orang je sebab excited nak rifqi cpt2 jumpa sarah :P hee~

    ok, call dulu... mohon cpt2 jumpe... mohon... *wink*wink*wink (suha pun dah wink balik ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel Suha wink3 gitu..tak sampai hati rasanya...semalam memanh niatnya nak sambung sampai pertemuan mereka..terasa macam panjang sangat la pula..Sha akan cuba untuk post sesegera yang boleh ya..

      Maaf dan terima kasih juga sebab sabar menunggu dan mengikuti cerita yang tidak seberapa ini.

      Delete
    2. hehe... don't worry kak... take your time and space... tak lari rifqi dan sarah dikejar ;P

      Delete
    3. :) tq Suha..komen-komen ni sebagai satu pemangkin semangat untuk terus menulis..

      Delete
    4. we need to support each other kak... akak pun secara tak langsung bagi orang semangat nak menulis :)

      Delete
    5. Setuju...terima kasih Suha.

      Baru lepas baca di sebalik langsir Urusan Sri, Aduka & Dhiya..setuju adakalanya idea datang dengan mudah boleh terus keluarkan dalam bentuk tulisan. Adakalanya idea dah ada tapi mahu dizahirkan dalam bentuk kata-kata atau perkataan itu bukan mudah. Setiap seorang penulis ada cara tersendiri untuk menulis kan..unik.

      Delete
    6. kena sambung laju2 ni hihihi.. kalu penat taip meh akak tolong hahahah....dulu remaja akak rajin gk menulis... la ni dah dah bercambah entah macam2 hobi.. kalu ikut..macam2 citer ader....teruskan Chah...

      Delete
    7. waa tak sangka Kak Zura pun ada menulis ya...apa lagi kak, post2 la ke blog @ notes di FB.. best je bunyinya tu...minat menulis akak tu kena cambahkan semula..

      hihik sambungan dah ada..dok edit sikit2 lagi..ha best nya bila ada akak nak tolong taipkan..tq kak :)

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim