06 April 2014

Mr.Right Forever 10

SARAH BERGERAK dari satu rak ke satu rak. Senarai barang yang mahu dibelinya dipegang di tangan kiri. Banyak barang yang dipesan mamanya. Mujur Raina mahu menemaninya.

Troli yang sudah sarat dengan barang-barang pesanan mamanya ditolak ke rak yang tersusun biskut. Saat terpandang biskut chipsmore, Sarah tidak dapat menahan tawa.

 “Amboi seronok nampak. Apa yang lucu sangat?” Raina menegur Sarah.

Mister Chipsmore,” ucap Sarah.

“Hah!” Raina sudah menggerutkan dahi. Tidak faham.

“Tak ada apalah.” Sarah segera mengambil sebungkus biskut weetameal kegemarannya lalu dimasukkan ke dalam troli. Sebelum berlalu dari rak tersebut, sebungkus biskut Chipsmore dicapai juga. Kenangan menikmati biskut itu melintas di mindanya. Segera segaris senyuman terbit di bibirnya.

“Sarah apa lagi barang yang belum ambil?” soal Raina yang mengikut Sarah dari belakang.

Sarah berhenti menolak troli yang sarat dengan barang untuk majlis hujung minggu nanti. Senarai barangan yang mahu dibeli disemak.

“Semua barang dah ada. Just a few frozen food untuk BBQ,” kata Sarah.

“Kalau macam tu jom la ke bahagian frozen,” ajak Raina.

“Okay.” Sarah dan Raina berjalan perlahan menuju ke bahagian sejuk beku.

Sarah mencari sosej dan nuget jenama Ramly.

“Sarah how about drummet & chicken wing ni?” soal Raina.

“Okay juga tu.” Sarah senyum.

Selepas mengambil semua barang yang diperlukan, “Semua dah ada, jom.”

Raina mengikut Sarah menolak troli yang sudah pun penuh.

Sarah lega tidak perlu berbaris lama. Tidak ramai orang pula petang itu. Tidak perlu berbaris pun. Sampai di kaunter pembayaran, Raina dan Sarah meletakkan barangan ke atas kaunter. Mereka menunggu dengan sabar sehingga semua barang diimbas untuk pembayaran.

“Semuanya RM356. 60.”

Sarah menghulurkan empat keping wang kertas RM100.00. Dia menunggu wang baki dipulangkan. “Terima kasih.”

Raina membantu Sarah memasukkan semua barang yang telah dimasukkan ke dalam plastik ke dalam troli semula. Troli ditolak keluar ke ruang parkir. Terasa berat dan perlahan sekali troli bergerak di atas jalan berturap. Dengan bunyi bising lagi. Sampai ke kereta, mereka berdua memunggah semua barang ke dalam ruang menyimpan barang. Siap menyimpan barang, mereka masuk ke dalam kereta. Mereka berdua keluar dari Pasaraya Giant.

“Raina jangan lupa ya weekend ni, datang majlis doa selamat kat rumah aku ya,” kata Sarah menjemput Raina.

Parents kau buat majlis ni sempena apa?” tanya Raina.

Anniversary.” Sarah jawab sepatah.

“Oh ya ke,” Raina pula yang teruja.

“Aku happy sangat. Tak sabar tunggu kakak dengan abang aku balik. Jarang dapat berkumpul dan semua ada. Maklumlah sibuk dengan kerja,” kata Sarah.

“Kak Syira kat mana sekarang?” soal Raina.

“Dia di Johor Bahru ikut Abang Fahmi bertugas di sana. Susah sikit nak balik sebab as a full housewife dia sangat patuh dan sayangkan husband dia. Nasib la Abang Fahmi tu benarkan juga Kak Syira drive sendiri kalau dia rasa nak balik sini,” ujar Sarah.

“Then abang kau one and only tu?” tanya Raina.

“Abang Saiful di MMU Melaka. Bila cuti semester balik la dia.” Sarah senyum memikirkan dia akan bertemu kakak dan abangnya.

“Abang kau tu bila nak kahwin? Tak ada girlfriend ke?” soal Raina.

“Entahlah Raina. Macam mana nak kahwin kalau sibuk dengan kerja. Tak ada masa nak dating katanya,” kata Sarah. “Kenapa? Nak aku kenalkan dengan abang aku ke?”

Raina senyum penuh makna. Kali terakhir dia bertemu Saiful pada tahun lepas pada hari raya. “Boleh juga kalau kau sudi terima aku jadi kakak ipar kau.”

“Boleh apa tak bolehnya. Kalau sudah jodoh kan Raina, in sha Allah,” balas Sarah.
*******
MAK KENDURI DI RUMAH KAWAN ABAH TU BILA?” soal Rifqi.

“Lusa majlis tu,” jawab Puan Ruziah.

Rifqi terdiam. Mindanya laju berfikir. Dia sudah terlanjur bersetuju dengan abahnya untuk menghantar dan mengikut ke majlis kenduri di rumah kawan abahnya. Dalam masa yang sama dia telah pun menghantar emel kepada Sarah untuk janji temu mereka. Dia rasa bersalah pula mahu membatalkan pertemuan yang dibuat. Sudahlah sebelum ini dia terlupa untuk memaklumkan lebih awal ketidakhadirannya semasa janji temu mereka sebelum ini.

“Kenapa Iqi?” soal Puan Ruziah.

“Tak ada apa mak. Iqi cuma nak pastikan tarikhnya betul dan Iqi tak terlupa,” ujar Rifqi sambil tersenyum memandang wajah emaknya. “Iqi naik atas dulu.”

Rifqi melangkah perlahan mendaki anak-anak tangga. Dia menghala ke arah biliknya. Fikirannya melayang memikirkan bagaimana mahu menyatakan dia tidak dapat datang. Rifqi malu sebenarnya. Janji temu yang dibuat pada kali kedua ini datang dari dirinya sendiri tetapi dia juga yang mahu membatalkannya.

Masuk ke bilik, Rifqi duduk di kerusi. Komputer di atas meja dihidupkan. Dia mahu membuka emel kiriman Sarah.

‘Nak emel ke nak call?’ Rifqi duduk merenung telefon bimbitnya. Selepas itu matanya beralih ke skrin komputer.

Better call. Kalau emel, buatnya Sarah tak buka emel tu macam mana. Tak ke jadi pisang berbuah dua kali walaupun dalam realiti tak kan jadi kes tu,’ Rifqi senyum melayan kata hatinya.

Nombor telefon milik Sarah didail. Tiba di nombor terakhir, Rifqi was-was mahu meneruskan niatnya. ‘Nak call ke tak?’

Rifqi bangun lalu berjalan mundar mandir di dalam biliknya. ‘Ni dah kenapa mundar-mandir, nak ukur bilik ya? Apa yang susah sangat, call saja.’ Telefon di dalam gengamannya diperhati.

Penat berkawad di dalam bilik, Rifqi duduk di birai katil. ‘Kalau tak nak call, emel sudah.’

Rifqi menarik nafas dalam-dalam. Dilepaskan nafas sekuat hati. ‘Young man, quick make up your mind. Call or email. The clock is ticking.’

‘Baik call.’ Akhirnya Rifqi membuat keputusan. Rifqi mengumpul kekuatan. Nombor yang didail tadi diperhati sekilas sebelum butang Call ditekan. Nada dering jelas kedengaran di pendengarannya. Rifqi menarik nafas. Dua, tiga, empat dan masuk deringan kelima talian sudah bersambung.

Hello,” sapa suara di hujung talian.

Hello, assalamualaikum boleh saya bercakap dengan Cik Sarah?” balas Rifqi.

Bunyi sedikit bising seperti bunyi deruan angin. Namun suara masing-masing jelas kedengaran.

“Waalaikumsalam. Maaf Sarah tengah drive. Siapa ni?” soal Raina.

“Oh tak apalah kalau macam tu. Sekejab lagi saya call semula. Terima kasih.” Rifqi segera mematikan talian.

Rifqi berasa lega. Berjaya membuat panggilan tersebut tetapi jauh di sudut hatinya sedikit rasa kecewa. Dia tidak dapat bercakap dengan Sarah. ‘Malam nantilah call semula.’
*******
“SIAPA TU RAINA?” soal Sarah.

“Entahlah Sarah. Unknown number. But he will call you again,” kata Raina.

He?” berkerut dahi Sarah memikirkan siapakah gerangan si pemanggil. ‘Takkan Rifqi.’

“Kau tunggu jelah. Later he will call you again,” balas Raina.

Okay then.” Sarah kembali menumpukan perhatiannya kepada pemanduan. Dia mahu menghantar barang-barang pesanan mamanya sebelum kembali ke klinik semula.

“Sarah, barang-barang basah macam ayam, daging tu aku tengok kau tak beli pun tadi,” Raina bertanya ingin tahu.

“Majlis tu lusa. So pagi lusa baru Pak Dali pergi beli. Beli di TESCO je. Lebih fresh. Kalau beli hari ni tak fresh la kan. Besides nak simpan pun susah, limited storage. Ni just beli barang kering dulu. So tak adalah kelam kabut Pak Dali nak borong barang nanti,” ujar Sarah.

“Oh macam tu.” Raina senyum.

Sarah lega memandu dengan tenang hari itu. Kereta yang sedikit kurang pada waktu tengahari di hari Jumaat memudahkan pemanduan Sarah.

“Kita lunch kat rumah aku ya. Lepas solat zuhur, kita balik office,” kata Sarah ceria.

“Seganlah,” balas Raina.

“Apa nak segan. Bukan tak biasa kau singgah kat rumah aku. Lagi pun mama dah pesan semalam, ajak kau lunch kat rumah.” Sarah berpaling ke arah Raina.

“Ya ke ni?” kata Raina.

“Iya, betul. Kata nak jadi kakak ipar aku. Mana boleh segan-segan.” Sarah mengusik Raina.

“Eh... Sarah pasal tu aku gurau jelah.” Raina sudah malu diusik begitu.

“Kalau betul pun tak apa. Aku seribu kali sudi,” sambung Sarah dengan senyuman di bibir. “Okay dah sampai. Jom.”

Pintu pagar automatik segera terbuka. Sarah segera memasuki ruang di garaj. Kereta papanya tiada di tempat biasa. Pasti papanya sudah berada di masjid. Sudah menjadi kebiasaan, Jumaat adalah hari cuti papanya. Malah staf lelaki di syarikat papa juga diberi cuti pada hari Jumaat. Memudahkan mereka untuk menunaikan solat Jumaat.

 

p.s.: Maaf ambil masa untuk post bab 10 ni. Hope masih boleh bersabar ya menunggu pertemuan Sarah dan Rifqi nanti. In sha Allah in the next entry. Selamat membaca.

4 comments:

  1. kak, mana cukup ni~! hehe nak lagiiiii

    bilalah sarah dan rifqi nak jumpa ni... uish tak sabar :P

    cepat2kan mereka jumpa kak hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya Suha..tertunggu-tunggu pertemuan Sarah Rifqi, akak pun tak sabar nak temukan mereka, in sha Allah

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim