20 May 2014

My Angel Part 2



Assalamualaikum semua,

Seperti yang Sha janjikan, selamat membaca sambungan My Angel Part 2.

Sewaktu menyiapkan part 2 ini, banyak emosi yang terlibat. Malah idea yang datang subuh pagi tadi benar-benar mengaktifkan beberapa emosi. Pada bahagian akhir nanti akan Sha kongsikan pengalaman sewaktu garapan idea sehinggalah titik akhir menulis kisah ini.

Sehingga ini enjoy reading!

Salam mesra,

Sha





MY ANGEL Part 2



PAGI ITU QISHA BANGUN AWAL. Matanya sudah terbuka luas seawal lima pagi. Ajaib. Jika di rumah sudah dikejutkan pun matanya seperti berpelekat. Tidak mahu terbuka. Malah suara bebelan si ibu juga tidak mampu mengejutkannya bangun di awal pagi. Hanya di saat subuh sudah berada di penghujung waktu barulah dia bangun sambil menyiapkan diri. Di sini boleh pula dia bangun awal. Sudah masuk hari ketiga dia berjaya bangun awal. Dua hari yang lepas juga dia berjaya menunaikan solat subuh di awal waktu. Qisha senyum sendiri. Mengucap syukur.

            ‘Ada hikmah juga aku lari ke sini. Tak sia-sia,’ ujar Qisha menuju ke arah tingkap.

            Daun tingkap dikuak perlahan. Angin pagi menyerbu masuk. Segar rasanya. Qisha sungguh tenang dibaluti sang bayu. Matanya terpejam menikmati nyamannya puputan bayu.

            “Aunty Qisha,” suara si kecil menyapa.


            “Ya Allah! Terkejut aunty!” Qisha sudah mengurut dadanya berkali-kali. Qisha segera menoleh ke kiri dan ke kanan.

            Si kecil hanya tersenyum manis mendonggak menatap wajah Qisha.

            “Angel datang dengan siapa ni?” Qisha sudah risau memikirkan si kecil yang di biarkan keluar seorang diri di waktu seperti ini. “Angel buat apa kat sini?”

            Qisha sudah meluru ke pintu. Tangga chalet dituruni dengan laju. “Angel buat apa di sini, sayang?”

            “Angel jalan-jalan ambil angin. Aunty jangan risau. Angel keluar dengan papa,” kata si kecil.

            “Papa? Mana? Tak nampak pun?” Qisha sudah seperti radar. Berpusing mencari Encik Ehsan, papa Angel.

            “Papa ada tadi. May be he play hide and seek dengan Angel ni,” ucap Angel. Matanya diarahkan ke laut. Qisha turut memandang ke arah yang sama.

            “Mari aunty hantar Angel balik,” ajak Qisha yang sudah memegang tangan Angel.

            “Tak apa aunty. Kejap lagi papa datang. It is our routine everyday ambil angin macam ni,” kata Angel mendongak memandang wajah Qisha.

            “Betul ni?” soal Qisha masih was-was.

            Si kecil mengangguk laju.

            “Kalau macam tu jom tunggu kat atas. Kat sini sejuk,” ajak Qisha. Tangan Angel dipimpin lalu mereka berjalan bersama-sama menaiki anak tangga.

            “Angel,” suara Encik Ehsan memanggil.

            “Ya papa,” terus sahaja Angel berpaling mengadap papanya.

            “Maaf Qisha. Saya pergi swimming tadi. Selalunya memang ini aktiviti saya dan Angel setiap hari. Saya juga nak minta maaf menyusahkan awak pagi-pagi ni.” Encik Ehsan berkata lembut.

            ‘Swimming? Pagi-pagi macam ni?’ kata-kata yang hanya mampu dilontarkan di dalam hati. Qisha diterpa rasa hairan. ‘Tidak sejukkah?’

            “Aunty jangan risau. Papa dah biasa. Tak sejuklah,” kata Angel seolah-olah menjawab persoalan yang bermain di minda Qisha sebentar tadi.

            Qisha melemparkan senyuman kepada dua beranak itu. Angel sudah pun berada di sebelah Encik Ehsan. Entah bila dia turun dari tangga Qisha tidak perasan. Yang penting keselamatan Angel. Bimbang terbit di hati Qisha apabila di awal pagi begitu Angel dilihat seorang diri di luar. Sekarang ni macam-macam boleh jadi. Jangan menyesal di kemudian hari.

            “Say bye to aunty. Sekejap lagi dah nak masuk subuh. We have to go home too,” ucap Encik Ehsan kepada anaknya.

            Angel sudah senyum. Dia melambai tangan ke arah Qisha. “Bye-bye Aunty Qisha. See you this evening.”

            “Ya see you later Angel. Bye,” ucap Qisha memerhati dua beranak itu berjalan meninggalkan chaletnya.

            Saat Angel dan Encik Ehsan hilang dari pandangan mata Qisha, azan subuh berkumandang dari surau di resort tersebut.

        Allahu Akbar Allahu Akbar. 
        Allahu Akbar Allahu Akbar.

Asyhadu alla ilahaillallah. 
Asyhadu alla ilahaillallah.

Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. 
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.

Hayaalas solah. 
Hayaalas solah.

Hayaalal falah. 
Hayaalal falah.

Assolatu khairun minan naum. 
Assolatu khairun minan naum.

Allahu Akbar Allahu Akbar.

La ilahaillah.


             Qisha segera masuk ke dalam chalet. Pintu ditutup rapat lalu dikunci dari dalam. Sambil iu mulutnya terkumat-kamit menjawab ucapan azan yang diseru oleh muadzin perlahan-lahan.

Sebaik habis menjawab ucapan azan, Qisha menadah tangan membaca doa selepas azan. Walaupun membacakan doa tersebut hukumnya sunat, ada ganjaran juga apabila dilakukan. Qisha faham doa tersebut dibaca untuk mendoakan kesejahteraan atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.

‘Masa untuk solat. Pergi suraulah.’ Qisha segera mengambil wuduk. Telekung yang tersangkut dicapai. Cepat-cepat disarung telekung ke kepala. Kain telekung disangkut di tangan kanan. Langkahnya laju menuju ke pintu. Dia mahu segera ke surau yang tidak jauh dari chalet yang didiaminya.

Tiba di surau, Qisha segera mengenakan kain sarung berwarna putih. Segera dia memasuki saf muslimat di baris kedua.

‘Mujur sempat,’ bisik Qisha.

*******

“EH! ADA KAD,” KATA QISHA SEWAKTU DIA MENAIKI TANGGA CHALET. Dibelek depan dan belakang kad nan sekeping itu. Walau pun ringkas, tetap menarik dengan latar belakang warna merah hati. Qisha membaca kad bertinta emas itu sekali lalu.



UNDANGAN MAJLIS DOA SELAMAT

&
MINUM PETANG



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani. Salam dihulur Pembuka Bicara. Sepenuh Hormat Harapan Dari Kami

Dengan segala hormatnya mengundang Yg. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Cik

CIK QISHA IZZ ZARA BINTI IZZAT ZIQRI

ke majlis kami

_______pada tanggal_______

21 Mei 2014 (Rabu)
5.30 petang
Surau Al-Amin

            ‘Majlisnya esok, insya-Allah saya hadir,” kata Qisha di dalam hati.


*******

QISHA DUDUK BERSANDAR SELESA DI ATAS KATIL. Televisyen yang terpasang dilirik lesu. Tiada siaran yang menarik baginya. Ayat ‘Macam-macam Ada’ yang didengarnya dari satu iklan di televisyen suatu masa dahulu nampaknya tidak menepati kehendak Qisha.

            “Pergi pantailah.’

            Qisha sudah bangun. Baju lengan panjang dan seluar panjang yang dipakainya ditilik atas bawah. Okay pada pandangan matanya. Sedikit pelembap UV dioles ke muka. Buat pelindung wajah. Bedak nipis pula disapu ke muka. Sedikit pelembap bibir turut dicalit nipis ke bibirnya. Puas hati. Kemudian tudung hitam disarung kemas ke kepala.

            “Let’s go Qisha.’

            Petang itu, cuaca sedikit redup. Qisha berjalan perlahan di persisiran pantai. Sesekali dia berpapasan dengan pemuda dan pemudi yang berjogging di kawasan pantai. Mereka berbalas senyuman kepadanya.

            ‘Terasa haus pula.’ Qisha menoleh ke arah kiri mencari kalau ada gerai yang menjual air di situ. Hampa. “Eh! Ada bunyi loceng. Orang jual aiskrim rasanya.’

            Qisha segera berlalu ke arah bunyi loceng. Benarlah ada seorang lelaki yang sedang sibuk melayani para pembeli. Rata-rata kanak-kanak.

            “Pakcik, askrim potong perisa coklat ada?” tanya Qisha.

            “Coklat dah habis nak. Yang tinggal perisa vanila sahaja.” Penjual aiskirim tersenyum manis menjawab soalan Qisha.

            “Bolehlah pakcik,” pinta Qisha.

            Aiskrim bertukar tangan. Begitu juga sekeping wang kertas satu ringgit turut berpindah hak milik.

            “Terima kasih pakcik,” ucap Qisha berlalu sambil menikmati aiskrim di tangan. Bibirnya mengukir senyum apabila teringat sepotong ayat berkenaan aiskrim.

‘Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.’

            Qisha masih berjalan menyusuri gigi pantai. Terasa tenang dengan cuaca yang redup, angin yang bertiup lembut dan aiskrim di tangan. Sungguh Qisha menikmatinya.

‘Ada buai.’ Qisha berjalan pantas ke arah buaian yang diikat elok ke pokok. Sebelum duduk Qisha memastikan ikatannya kuat. Mampu menampung beratnya. Jangan dah duduk, tau-tau dah atas pasir. Hah…siapa yang malu?

Qisha duduk sambil menghayun buai perlahan. Aiskrim di tangan dipegang kemas. Jangan nanti elok berbuai, sekali aiskrim di tangan sudah tergolek di atas pasir. Tetapi jika dah bukan rezeki, makanan yang mahu disuap ke mulut juga boleh jadi tidak masuk ke mulut. Qisha senyum sendiri.

Jam di tangan dilirik sepintas lalu. Hah! Sudah pukul enam. Qisha segera bangun. Tidak jadi dia mahu berlama-lama di atas buai. Jauh juga dia berjalan tadi. Tidak terasa pula penatnya. Ini mahu balik baru terasa penat. Namun digagah juga kaki melangkah.

Melalui laluan yang sama, Qisha memerhati sekeliling. Matanya mencari-cari kelibat si kecil. Langkahnya diteruskan. Chalet yang didudukinya sudah pun nampak pada pandangannya.

‘Mana Angel? Tak nampak pula dia petang ni,” omel Qisha sendirian.

 Anak kecil itu sungguh petah. Qisha suka melihat senyumannya. Hilang rasa gundahnya melihat wajah polos si kecil. Tetapi di mana dia, Qisha tertanya-tanya sendiri.

Aunty Qisha,” suara Angel kedengaran di telinga Qisha.

“Ya Angel, panjang umur. Aunty baru fikirkan Angel tadi.” Qisha senyum menyahut panggilan Angel di sisi.

“Iya ke?” Angel senyum gembira. “Hari ni Angel nak teman Aunty Qisha tengok sunset, boleh?”

Permintaan si kecil tidak boleh dikata tidak oleh Qisha. Dia tidak sampai hati menolak permintaan si kecil.

“Boleh sayang. Tapi ada syaratnya,” jawab Qisha.

“Apa syaratnya aunty?” soal Angel.

“Angel kena minta kebenaran papa atau mama Angel dahulu. Aunty tak nak la nanti mereka risaukan Angel. Takut nanti mereka tercari-cari Angel,” balas Qisha sambil mencuit hidung mancung bak seludang milik Angel.

“Papa tau Angel dengan aunty,” kata Angel dengan yakin.

“Betul ni? Angel dah beritahu papa?” soal Qisha sekali lagi.

Laju sahaja Angel mengangguk mengiakan kata-kata Qisha.

“Baiklah kalau macam tu,” ujar Qisha.

“Jom aunty kita duduk di situ,” Angel menuding jari ke arah pepohon kelapa yang sedang meliuk-liuk ditiup angin.

“Tak nak la Angel. Aunty takut buah kelapa jatuh atas kepala nanti,” kata Qisha dengan mimik muka yang sedikit berkerut.

Angel sudah ketawa besar.

“Kita duduk di kerusi tempat first time Angel jumpa aunty tu, mahu?” tanya Qisha.

“Okay,” balas Angel sambil membuat isyarat bagus dengan ibu jari dan jejari lain digenggam.

Pihak resort sudah pun menyediakan susunan kerusi di sepanjang kawasan mengadap laut bagi memudahkan semua penghuni resort yang ingin menikmati suasana matahari terbenam. Lebih selesa untuk semua.

Qisha berjalan beriringan bersama-sama Angel mencari kerusi kosong untuk diduduki oleh mereka berdua. Sudah ramai rupanya yang sedang menunggu saat-saat matahari terbenam.

“Kat situ aunty,” tuding jari kecil Angel.

“Ya perfect,” balas Qisha.

Masa berputar dengan cepatnya. Sekejap sahaja suasana yang cerah petang tadi mula ditabiri warna-warna kuning dan jingga. Remang senja sudah melabuhkan tirainya di kaki langit.

‘Subhanallah sangat cantik dan mendamaikan ciptaan Ilahi,’ ucap Qisha menikmati panorama senja. Angel di sebelah hanya diam membisu. Matanya terpaku memerhati pemandangan matahari terbenam.

“Angel tak ajak papa pun,” tiba-tiba sahaja Encik Ehsan muncul di tengah-tengah Qisha dan Angel.

“Encik Ehsan,” Qisha menyapa. Tangannya laju mengurut dada buat mengusir rasa terkejutnya tadi.

“Papa kan tahu Angel nak teman aunty tengok sunset,” ujar Angel sambil mendongak memandang wajah papanya.

“Ya papa tahu,” balas Encik Ehsan sambil turut sama memerhati detik2 di hujung tirai senja.

Ok done. Mari Angel kita balik. Aunty pun tentu dah penat,” kata Encik Ehsan.

“Baik papa,” akur Angel bangun dari kerusi dan memaut tangan papanya.

“Terima kasih Qisha teman anak saya di sini,” ucap Encik Ehsan.

“Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada Angel,” balas Qisha.

“Esok jangan lupa datang ke majlis kami ya,” Encik Ehsan mengingatkan Qisha akan undangan pihak resort.

“Insya-Allah saya datang,” janji Qisha.

Okay Angel. Cakap apa dengan aunty?” kata Encik Ehsan sambil menatap wajah anak comelnya di sisi.

Thank you aunty. Hope to see you again. Bye,” ucap Angel.

Sungguh Qisha tersentuh mendengar kata-kata si kecil.

Thank you to you too Angel. Bye Angel,” balas Qisha dengan seulas senyuman buat si kecil. Tangannya automatik melambai ke arah Angel yang sudah berpaling mahu meninggalkannya.



p.s Sekiranya ada kekurangan, Sha mohon maaf. Sudi-sudikanlah meninggalkan komen anda untuk sebarang penambahbaikan. Segala teguran dan komen yang diberikan amat Sha dihargai. Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah ke sini.

4 comments:

  1. Kak, awat rasa macam pendek sangat ja? Dok scroll2 tiba2 abes dah... Hehehe... Nak lagi please ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihikk pendek ker Suha..rasa cam dah panjang tuk part 2 ni..insya-Allah.. coming soon..

      Delete
  2. Ala.... ciputnya. Tak puas baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Eifa..pendek eih..ok sama-sama kita nantikan part 3 (final) soon

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim