10 June 2014

Mr. Right Forever 13

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua,
Hope semuanya happy membaca sambungan yang sedikit dan tidak seberapa ini. Dua tiga hari lepas lagi memang dah berkobar-kobar nak post entri ni ;)
Selamat membaca semua...enjoy!
***********************************************
MASA BAGAIKAN BERHENTI BERPUTAR. Sarah dan Rifqi kaku di tempat masing-masing. Hanya fizikal yang kaku. Hati dan minda sedang berperang di dalam.

Rifqi menatap ralit wajah Sarah yang berdiri di sebelahnya. Seolah-olah ada satu magnet yang menghalang dia berpaling. Sejak di dalam rumah lagi dia sudah melihat gadis itu di dalam gambar keluarga di dinding. Hendak bertanya, rasa segan menahan dia untuk bertanya. Hatinya berkata, mungkin pelanduk dua serupa. Ini dia, orang yang dicari sudah berada di depan mata.

            Sarah meletakkan tangan di dada. Cuba menahan debar yang sedari tadi tidak mahu menghilang. Malah jantungnya seperti bekerja dua kali ganda lebih laju daripada biasa. Matanya juga tunak mengamati wajah ‘mister chipsmore’nya.

            Saiful dan Shira memandang ke arah Sarah dan Rifqi bersilih ganti.

            “Ehem…ehem,” suara Saiful mengembalikan semula masa yang terhenti tadi.

            Sarah dan Rifqi kembali ke alam nyata. Persis baru sahaja tersedar daripada dihipnosis oleh masa.

         “Kamu berdua dah saling kenal?” soal Saiful teruja.

         “Tak!”

“Kenal!”

Sarah dan Rifqi menjawab serentak.

Shira sudah berkerut wajahnya. Saiful juga sudah menggaru kepala.

“Kalau ya pun Sarah cuba duduk,” saran Saiful apabila melihat Sarah seperti serba tidak kena.

“Aah..cuba duduk.” Shira pula menyokong kata-kata Saiful.

Rifqi lantas bangun dan menarik kerusi di sisinya. Dia menoleh sekilas ke wajah Sarah. Isyarat untuk Sarah duduk. Lambat-lambat Sarah mencecahkan punggungnya ke kerusi di sebelah Rifqi.

Shira menyembunyikan senyum. Saiful juga sudah bersinar matanya. Masing-masing mahu tahu apakah yang sedang berlaku di antara kedua-duanya.

“Iqi, you kenal adik I?” tanya Saiful.

        “Err..kenal tapi tak kenal sebenarnya,” jawab Rifqi.

“Mana satu ni?” soal Shira. “Sarah kenal Abang Iqi?”

“Tak kenal,” pantas Sarah menjawab.

Sekali lagi Shira dan Saiful berpandangan. Pelik. Seorang kata kenal, yang seorang lagi cakap tak kenal.

“Awak tak ingat kita pernah jumpa di LCCT dua minggu lepas?” soal Rifqi ingin mengembalikan ingatan Sarah.

“Oh…dah pernah jumpa. Tak nak mengaku ya,” usikan Shira cepat sahaja membuatkan Sarah tertunduk.

“So Sarah kenallah Iqi ni?” sekali lagi Saiful mengutarakan soalan yang sama.

‘Abang ni macam polis pencen pula,’ kata-kata itu tersekat di kerongkong Sarah.

“Iqi cuba kau cerita hal sebenar,” usul Saiful.

Rifqi menoleh ke sisi. Pada masa yang sama Sarah juga menoleh ke arah Rifqi. Lama pandangan mereka bertaut. Tanpa suara namun hati sudah berkata-kata.

‘Macam berjanji pula mereka berdua ni,’ bisik hati kecil Shira. Bibirnya menguntum senyum.

“Dua minggu lepas aku balik dari Terengganu. Flight aku touch down di LCCT. So sementara tunggu Ilman fetched me, aku dengan Irfan duduk di ruang legar LCCT.” Rifqi memulakan penceritaan.

Sarah hanya mendengar. Dia cuba mentafsirkan maklumat yang baru sahaja didengarnya. ‘Terengganu?’

 “Then?” Saiful tidak sabar mahu mengetahui kisah seterusnya.

“Tak lama lepas tu this lovely girl came and sit beside me,” ujar Rifqi menyampaikan turutan situasi yang berlaku.

“Aha. Well dear lovely girl, buat apa di LCCT a fortnight ago?” giliran Shira pula bertanya.

Sarah cuba menyembunyikan wajahnya yang sudah memerah. Malu dipanggil begitu.

“Sarah tunggu Raina. Picked her up from Kedah,” balas Sarah.

“Jadi betullah kamu berdua dah berjumpa sebelum ni,” kata Saiful.

Sarah dan Rifqi saling berpandangan. “Ya.”

“Hmmm… baguslah kalau dua-dua dah mengaku. Senang sikit abang nak buat dakwaan,” usik Saiful.

Sarah sudah membulatkan matanya ke arah Saiful.

“Err.. tiba-tiba rasa dahaga pula. Jom teman Ira,” ajak Shira sambil mencuit lengan Saiful.

Sarah mendonggak memandang Shira yang sudah bangun dari kerusi yang didudukinya.

“Yalah. Sarah berbuallah dengan Iqi. Abang pergi ambil air sekejap.” Saiful turut bangun mengekori langkah Shira.

“Sarah ikut,” segera Sarah mahu angkat kaki.

“Eh tak payah la. Sarah duduk la teman Iqi berbual. Kata tak kenal tadi,” usik Saiful.

Sarah kembali duduk.

“Jangan risaulah. Abang Iqi ni tak makan orang,” kata Shira dengan senyuman penuh makna.

“Iqi take care of my sister okay,” ucap Saiful sambil mengenyitkan mata.

Rifqi sedar apa sebenarnya helah Saiful dan Shira. Dia cuba berlagak tenang walaupun hati di dalam rancak berdansa. ‘Peluang di depan mata jangan disia-siakan.’ Kata hatinya memain peranan.

*******

SHIRA SUDAH MENUJU KE ARAH DATIN KHARIDAH. Kerusi kosong di sebelah mamanya ditarik lalu dia duduk di situ.

“Mama rasanya Sarah dah jumpa mister right dia tu,” bisik Shira ke telinga Datin Kharidah.

Datin Kharidah menjungkit kening. Matanya memandang Shira tidak berkelip. “Really? How do you know?”

“Tu.” Shira segera menuding jarinya ke arah Sarah dan Rifqi.

“Pandai anak mama ni nak ‘match’kan mereka ya,” ujar Datin Kharidah.

Shira membuat isyarat bagus dengan ibu jarinya. Perlakuan dua beranak itu turut disaksikan oleh Puan Ruziah. Matanya turut menghala ke arah yang sama.

“Apa yang bagusnya tu?” tegur Dato’ Shamsul kepada anak keduanya.

“Tak lama lagi sambut menantulah papa,” ucap Shira dalam senyuman.

“Sambut menantu? Siapa yang nak kahwin?” soal Dato’Shamsul tidak faham hujung pangkal perkara yang dimaksudkan oleh Shira.

Perbualan Shira dan Dato’ Shamsul turut menarik minat Encik Qamaruzzaman.

“Sham, kalau you nak bermenantu jangan lupa jemput I,” usik Encik Qamaruzzaman.

Datin Kharidah dan Puan Ruziah sudah senyum ceria. Mereka berdua sudah tahu apa yang patut mereka lakukan. Hanya masa yang akan menentukan kejayaan rancangan yang bakal mereka berdua usahakan.

*******

SOROTAN MATA SARAH MENGEKORI LANGKAH KAKI ABANG DAN KAKAKNYA YANG MAKIN MENJAUH. Kalau tidak disebabkan pesanan abangnya tadi serta rasa hormat pada tetamu, sudah tentu dia akan bangun meninggalkan lelaki itu. Tidak tahu apa yang mahu diucapkan, Sarah hanya diam.

Rifqi juga duduk diam. Fikirannya menerawang mencari idea mahu berbual dengan gadis di sebelahnya.

Suasana bisu berlarutan.

“Di sini anak mama,” suara Datin Kharidah kedengaran mendekat.

Suasana bisu tadi nampaknya sudah terganggu-gugat dek teguran Datin Kharidah. Sarah sudah bangun. Rifqi juga turut bangun. Masing-masing mengukir senyum ke arah ibu bapa masing-masing.

“Sarah dah kenal ya anak aunty? Hari tu datang rumah Iqi tak ada,” kata Puan Ruziah.

‘Datang rumah?’ Rifqi seperti tidak percaya Sarah pernah datang ke rumahnya.

Sarah tidak terkata apa-apa. Dijeling sekilas lelaki di sebelahnya.

Datin Kharidah sudah menjeling ke arah Puan Ruziah.

“Eloklah kami beransur dulu. Terima kasih Sham jemput kami sekeluarga,” luah Encik Qamaruzzaman.

“Zie bila senang datanglah rumah I. Boleh kita berbual panjang. Ajak minum kopi berbual panjang di dalam tak mahu,” ajak Datin Kharidah.

“Bukan tak mahu Kay. Dah lewat ni. Sure you pun dah penat kan. Insya-Allah bila senang I call you,” janji Puan Ruziah.

Dato’ Shamsul dan Encik Qamaruzzaman menjadi pemerhati keakraban isteri masing-masing. Bukan setahun dua mereka kenal. Malah sejak mereka di zaman universiti lagi. Kini ikatan silaturrahim itu berpanjangan hingga ke generasi anak-anak mereka pula.

“Yalah Zie. Jangan lupa ya. Ada banyak plan yang I sedang fikirkan ni. Kalau tak ada you, plan I tak jalan tau,” ujar Datin Kharidah dengan senyuman .

“Ai besar bunyinya projek tu,” usik Dato’ Shamsul di sisi Datin Kharidah.

“Projek kita bukan juta-juta. Tapi besar pahalanya kalau berjaya,” kata Datin Kharidah membalas usikan suaminya tadi.

“Macam nak bina masjid saja bunyinya ni?” tebak Encik Qamaruzzaman.

Datin Kharidah dan Puan Ruziah sudah tersenyum simpul.

Mereka berenam berjalan perlahan menuju ke pintu pagar.

“Senang-senang datanglah ke rumah,” ajak Encik Qamaruzzaman. “Kami pulang dulu.”

“Insya-Allah Qamar,” jawab Dato’ Shamsul sambil menggangguk.

Segera Rifqi menghulurkan tangan berjabat tangan dengan Dato’ Shamsul.

“Iqi pun bila ada masa tu jemputlah datang rumah uncle. Jangan segan,” pelawa Dato’ Shamsul.

Insya-Allah uncle.” Rifqi membalas ringkas.

“Kay kalau you datang rumah I, bawa la Sarah sekali,” pesan Puan Ruziah sewaktu Sarah menunduk mencium tangan ketika bersalaman dengannya.

“Yalah,” balas Datin Kharidah ceria.

“Assalamualaikum semua,” ucap Rifqi sewaktu melangkah meninggalkan banglo keluarga Sarah.

Salam dijawab serentak oleh keluarga Dato’ Shamsul.

Dato’ Shamsul, Datin Kharidah dan Sarah memerhati keluarga Encik Qamaruzzaman yang sudah berada di dalam kereta yang dipakir di seberang jalan.

Rifqi membunyikan hon keretanya sewaktu kereta yang dipandu melintas di kedudukan betul-betul di hadapan Dato’Shamsul. Tangan juga diangkat melambai perlahan. Semakin lama semakin jauh Mazda CX-5 meninggalkan kawasan perumahan Bukit Antarabangsa.

Rifqi memandu dengan berhati-hati. Matanya tetap fokus memandang laluan di hadapan. Namun hati dan mindanya bermonolog sesama sendiri. ‘Akan bertemu lagikah? Bila agaknya?’

Sepanjang perjalanan Rifqi masih teringat-ingat penampilan Sarah yang ‘sejuk’ di matanya. Walau hanya dengan solekan nipis, wajah itu tetap ayu. Baju kurung moden warna hijau berbunga kecil warna putih menambahkan seri pemakai. ‘Hijau, my favourite color.’

Seulas senyuman terbit di bibir Rifqi. Hatinya juga berbunga riang.

“Seronok nampak anak mak ni?” tegur Puan Ruziah perasan akan emosi anaknya yang tampak ceria.

“Hidup kena happy mak. Baru bahagia tu datang,” jawab Rifqi.

Puan Ruziah senyum sahaja mendengar kata-kata anak bujangnya.

            Di waktu yang sama, Sarah turut memikirkan pertemuan empat mata bersama ‘mister chipsmore’nya. Walaupun mereka hanya duduk bersama tanpa berkata walau sepatah pun, Sarah rasakan itulah perbualan paling menyeronokkan yang dialaminya. Tanpa sedar mulut munggilnya menyebut, ‘Iqi.’

            “Sarah mari masuk. Mereka dah balik tu,” tegur Dato’ Shamsul apabila Sarah masih lagi berdiri di hadapan pintu pagar memerhati jalan yang sudah lenggang.

            Ahh..seperti darah menyerbu ke muka. Sarah sudah malu sendiri ditegur papanya. Mujur juga ketika itu di malam hari. Tidaklah papa nampak wajahnya yang barangkali sudah kemerah-merahan. Cepat-cepat dia melangkah mengekori mama dan papanya yang sudah jauh ke hadapan.

4 comments:

  1. Green is my fav colour too ;p muehehe

    Ho ho ho hokeh... Next tunggu mereka tau yang mereka selama ni mmg dah lama berhubung... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihikk me too...

      sedang memerah idea tuk part yang itu..coming soon..

      Delete
  2. Replies
    1. Teima kasih Eifa singgah :)

      Insya-Allah sedang dalam usaha menyambung kisahnya..nantikan ya..

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim