12 September 2014

Cinta Milikmu Selamanya 15

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Semua Rakan Pembaca,

   Hampir dua minggu atau lebih tepatnya 12 hari, Sha tak update any story kan. Masa sangat limited lately ni. Ini pun alhamdulillah pelajar UPSR dah pun habis sesi tutoring. Masih ada pelajar darjah 3, tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang masih lagi proceed home tutor dengan Sha. So after work tu get ready dengan home tutor pula. So masa tu agak tight untuk menulis. Rindu sebenarnya nak menulis. Jari ni cam tergedik-gedik nak menaip. Tapi utamakan yang utama. Bila dah penat..idea tu tak mai, kata orang utara :)

   Oppss... maaf banyak pula Sha membebel ya. Okay jom baca kisah seterusnya. Apa kisah kali ni ya? Jemput baca. Andai ada kekurangan di mana-mana tu, jangan segan silu tegur tau. Komen rakan pembaca sangat-sangat Sha hargai.

   Here we go, Cinta Milikmu Selamanya 15. Happy reading & enjoy!

Salam sayang,
~Sha Hashim~
   12092014



PERBINCANGAN HAMPIR SATU JAM MEMBERI BANYAK INFORMASI BUAT AMMARA. Sepanjang perbincangan Ammara lebih kepada menjadi pemerhati. Tanpa diminta Ammara bertindak sebagai pencatat. Semua butiran perbincangan ditaip ke dalam iPad milik Zaim. Hanya sesekali dia mencelah apabila pendapatnya diperlukan. Keseluruhan perbincangan dimonopoli oleh Zaim dan Encik Rizman. Ammara memerhati kepetahan Zaim memberikan input terhadap projek merekabentuk dan menaiktaraf tandas awam yang menjadi perbincangan utama bersama wakil daripada Perbadanan Putrajaya itu.

            Encik Rizman yang mengetuai pihak Perbadanan Putrajaya menegaskan keperluan menyediakan tandas awam yang berkonsepkan teknologi hijau.

            “Inspirasi untuk menaiktaraf tandas ini timbul selepas delegasi dari Perbadanan sendiri membuat lawatan ke tandas awam di Pasar Sungai Apong. Konsep yang digunakan juga praktikal untuk diaplikasikan di sini.” Mukadimah awal Encik Rizman.

            “Kalau saya betul Tandas Awam Pasar Sungai Apong ni telah dinobatkan sebagai tandas tercantik di peringkat nasional,” ujar Zaim.

            Encik Rizman menggangguk tanda setuju. “Betul tu Ar. Zaim.”

            “Konsep teknologi hijau sudah mula diiktiraf dan banyak digunapakai sekarang ini. Kebanyakan pelanggan kami turut menitikberakan isu ni. Penggunaan sumber daripada alam semula jadi ni selain praktikal dan mesra alam, juga lebih menjimatkan,” balas Zaim. Sambungnya lagi, “Negara kita beruntung kerana kedudukannya di garisan Khatulistiwa. Jadi dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, konsep teknologi hijau ni memang terbaik untuk dipraktikkan secara meluas.”

            “Saya difahamkan kos untuk penyediakan prasarana dengan konsep hijau ni too costly. Apa kata tuan?” soal Encik Muaz yang duduk di sebelah Encik Rizman.

            “Tidak dinafikan kos untuk bangunan dan prasarana yang bercirikan konsep teknologi hijau ni mahal, tetapi dalam tempoh 30 tahun kita akan dapat melihat penjimatan berganda dari segi penggunaan tenaga dan elektrik. Jadi kesannya akan dapat dirasa untuk tempoh  jangka panjang.

“Beginilah, saya akan serahkan kepada pihak Harris Architects untuk merekabentuk projek ini sepenuhnya. Saya yakin dengan idea dan konsep yang kita telah bincangkan. Tuan tentu sudah ada gambaran kasar pelaksanaan projek ini. Jika tiada halangan saya harap dalam tempoh dua minggu lagi pihak tuan bolehlah submit kepada saya lakaran awal.  Jadi dari situ perbincangan lanjut bolehlah dibuat.” Encik Rizman memberi kata putus.

“Insya-Allah. By two week should be okay. And again, how about the budget?” tanya Zaim tenang.

            “Budget keseluruhan sekitar 300 ribu,” balas Encik Rizman.

            Zaim menggangguk. Di kepalanya sudah terangka berbagai-bagai perkara untuk menzahirkan idea dan konsep yang sesuai dengan projek yang diberikan.

            Zaim sudah bangun apabila perbincangan sudah sampai ke penghujung. Tangan dihulur, berjabat salam dengan Encik Rizman dan Encik Muaz. Ammara memberikan senyuman kepada kedua-dua wakil daripada Perbadanan Putrajaya.

            Zaim dan Ammara meninggalkan bilik perbincangan. Tiada sepatah kata pun yang terbit di antara Zaim dan Ammara sepanjang mereka menunggu lif untuk turun ke tempat parkir kenderaan.

*******

DI TEMPAT LETAK KENDERAAN, AMMARA SEGERA MELOLOSKAN DIRI KE DALAM KENDERAAN. Zaim turut masuk dan duduk di tempat pemandu.

            “Ammara this would be your first project,” ujar Zaim.

            Ammara terdiam. Dalam senyap berlegar-legar berbagai-bagai persoalan. ‘Boleh ke ni? Mampukah aku laksanakan projek ini?’

            You jangan risau. I akan sentiasa supervise your work. Lepas ni anything about this project, I will let you handle it. But report of this project, direct to me.” Zaim menghidupkan enjin selepas wajah Ammara dipandang sekilas.

            “Tapi..,” kata-kata Ammara dipintas oleh Zaim dengan pantas.

            “Ini arahan Dato’.” Zaim senyum sambil memandu keluar daripada kawasan bangunan.

            Ammara tidak lagi mampu berkata apa-apa. Rasa ragu itu masih ada. ‘Aku kena buktikan aku boleh. Show time!’

            Ammara mula memikirkan kembali pengalaman yang telah dilalui dan teori yang dipelajari. Kata orang, teori yang kita pelajari semasa zaman belajar tidak sama dengan alam pekerjaan. Teori dalam buku boleh dijadikan panduan. Hakikatnya tidak sama dengan keadaan sebenar. Nampaknya kenalah dia ringan-ringankan mulut bertanya dan berguru dengan Zaim yang nyata lebih banyak pengalaman. Ammara menoleh ke arah lelaki di sebelahnya.

Dari ekor mata, Zaim dapat merasakan Ammara sedang memandang ke arahnya. Dia yakin Ammara ingin bertanya sesuatu. Dia masih menumpukan perhatian kepada pemanduan di atas jalan raya.

Sir, macam mana nak mula?” tanya Ammara tiba-tiba.

Zaim faham perasaan Ammara. Bukan senang juga mahu mengetuai satu-satu projek pembinaan. Tambahan pula apabila mahu membuat semua perkara daripada A-Z. Tanpa pasukan kerja yang sama-sama mahu melaksanakan tugas yang diberi, ditambah dengan perancangan yang baik pasti sesuatu tugas itu akan menjadi sangat mencabar. Dia sudah lalui itu semua.

Ammara terkejut apabila tiba-tiba Zaim memperlahankan kenderaan. Kereta yang dipandu betul-betul diberhentikan di bahu kiri jalan. Bunyi yang terhasil apabila lampu isyarat dinyalakan jelas kedengaran. Ammara memerhati Zaim yang sedang menekan butang di skrin telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum mama,” sapa Zaim.

            Bertaut kening Ammara. Tidak pula dia mendengar bunyi telefon bimbit Zaim berdering.

            “Im baru je habis meeting di Putrajaya tadi ma. Ni dah on the way nak pergi lunch,” kedengaran suara Zaim berbual dengan pemanggil.

            Ammara diam di tempat duduk. Namun bicara Zaim di talian jelas didengarinya.

            “Im dengan officemate ni ma. Just two of us. Oh ya ke ni ma, boleh sangat,” ceria sahaja Zaim berbual dengan mamanya. “Kalau macam tu, Im sampai kejap lagi. Bye ma. Assalamualaikum.”

            Zaim senyum. Kata orang rezeki jangan ditolak.

            Ammara sudah menjungkitkan keningnya ke arah Zaim yang sedang mengukir senyuman manis. “Ada apa?”

            “Mama panggil balik.” Zaim menukar isyarat ke sebelah kanan tanda dia mahu memasuki laluan di atas jalan raya. Zaim memandang cermin sisi di sebelah kanan sebelum memasuki laluan.

            “Kalau macam tu, sir hantar saya balik office dulu. Saya boleh lunch dengan Kira nanti,” cadang Ammara.

            “That is not an option,” balas Zaim.

            Sekali lagi berkerut wajah Ammara sampai bertaut kening.

            “Mama ajak you join us,” kata Zaim.

            “Tapi kan mama ajak sir yang balik makan,” ujar Ammara mahu melepaskan diri. Segan dia rasa mahu makan tengahari di rumah Zaim. Walau pun atas jemputan mama Zaim.

            Zaim senyum. Sedap sahaja sebutan ‘mama’ dari mulut Ammara.

            “Lain kali ya saya ke rumah sir,” sekali lagi Ammara cuba mengelak.

            “Ammara, this is the last time you call me sir. Sekali lagi awak panggil saya sir, I akan pastikan you lunch di rumah I hari-hari. You nak macam tu?” gertak Zaim.

            “Mana boleh macam tu?” protes Ammara.

            “Kalau tak nak, then stop calling me sir. Fullstop.” Zaim seolah-olah menggunakan kuasa vetonya ke atas Ammara. Ada senyuman kecil di hujung bibir.

            Ammara gigit bibir. Terpaksalah dia mengikut syarat Zaim. Lagi pula dia mahu berguru dengan Zaim. Jika awal-awal dia membantah, susahlah dia mahu melaksanakan tugasan yang harus dia pikul.

            Pada masa yang sama Zaim puas hati. Sudah tiba masanya cubaan untuk meraih cinta gadis di sisi. Enam tahun bukan satu tempoh yang singkat baginya. Selama itulah dia menyimpan rasa. Sabar dia memujuk hati menunggu kepulangan Ammara. Kini si gadis idaman sudah kembali. Sudah sampai saatnya dia menyusun strategi. Dia perlu bersabar sedikit waktu lagi. Tidak perlu dia tergesa-gesa. Jika sebelum ini dia boleh bersabar, masakan sekarang dia perlu mengejar si gadis yang sudah berada di depan mata. Bagaikan menarik rambut di dalam tepung. Dia tidak mahu rambut yang ditarik putus dan tepung pula berselerak. Jadi tindakan dan masa yang tepat perlu sebelum dia mengorak langkah.

            Langkah pertama sudah pun berjalan. Pertemuan Ammara dan mamanya sangat penting. Dia mahu mendengar pendapat mamanya.

*******

DI PEJABAT DELISHA SEPETI CACING KEPANASAN. Sudahlah pagi tadi dia ditegur oleh Dato’ Harith kerana isu hadir lewat ke pejabat. Masuk ke pejabat, bos pula meminta dia menyediakan Laporan Sumber Manusia. Serabut pula fikirannya. Baharu dia tahu bukan senang melaksanakan sesuatu kerja. Baharu dia sedar zaman belajar dan alam pekerjaan itu berbeza. Laporan yang tidak sampai suku muka surat yang sudah ditaip dipandang sepi. Di kala itu fikirannya melayang teringat sahabat baiknya, Amanda. Rakan itulah yang selama ini membantunya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah suatu masa dahulu.

            Delisha pantas mencapai gagang telefon. Pada deringan ke empat, suara sahabatnya ceria menyambut panggilannya.

            “Manda, tolong aku,” suara Delisha merengek di talian. “Aku bagilah data yang perlu. Tapi make sure kau siapkan before lunch.”

            Delisha mengangguk.

            “Mestilah. Upah kau mesti ada. Mana boleh lupa. Okay bye.” Delisha senang hati.

            Pantas Delisha membuka emel peribadinya. Segera dia mengirim emel bersama data-data Sumber Manusia, dilampirkan untuk tindakan Amanda. Memudahkan Amanda menyiapkan laporan yang dikehendaki.

            ‘Yang penting kerja aku siap.’ Delisha bangun menuju ke pintu. Dia mahu ke pantri. Tekak terasa dahaga pula.

            Delisha berhenti di kaunter Kirana.

            “Kira, jom minum,” ajak Delisha.

            Kirana yang sedang sibuk membetulkan minit mesyuarat hari sebelumnya menggangkat muka memandang Delisha yang elok bersandar di tepi meja.

            “Maaf Cik Isya. Saya tengah sibuk sikit ni. Dato’ nak segera minit ni.” Kirana menyambung kerjanya. Laju sahaja jarinya menekan mouse. Mana-mana bahagian yang bertanda, dibetulkan semula.

            Delisha tidak menunggu lama di situ. Kaki diatur ke bilik pantri. Pintu ditolak. Kelihatan dua orang staf wanita di situ.

            Tanpa senyuman, “ Buatkan I black coffee.”

            Azah dan Jenny saling berpandangan. Masing-masing kurang senang diarah begitu. Sudahlah meminta tolong, dengan wajah yang kelat bersama nada berunsur arahan, sungguh mereka berdua tidak suka.

            Melihatkan Delisha yang masih tegak berdiri di hadapan mereka, Azah akhirnya mengalah. Dia bangun juga walau pun Jenny menarik tangannya. Dia tidak mahu bergaduh pula dengan anak saudara pemilik syarikat dia bekerja.

            Bukan susah, uncang kopi cap Hang Tuah tiga dalam satu dimasukkan ke dalam satu mug. Air panas dituang ke dalam mug.

            “Cik nak tambah gula?” tanya Azah.

            “No need.” Wajah Delisha serius, masih tiada segaris senyuman.

            Okay, siap.” Azah menghulurkan mug di tangan kepada Delisha.

            “Thanks,” Delisha menyambut mug berisi kopi panas.

            Delisha terus keluar daripada bilik pantri.

            Azah dan Jenny diam tidak terkata apa-apa melihat reaksi Delisha. Memang sejak awal lagi Delisha tidak mesra dengan staf lain di situ.

            Setelah pasti Delisha sudah jauh dari situ, baharulah Jenny bersuara.

            “Kenapa awak baik sangat,” komen Jenny.

            “Tak rugi pun bantu orang. Mana tau suatu hari nanti aku perlukan bantuan dia,” ujar Azah mengambil pendekatan positif.

            “Hmm… kalau aku, tak ingin bantu orang yang sombong macam tu. Dia ingat dia anak saudara Dato’ dia boleh buat sesuka hati,” runggut Jenny. Jelas nada suara Jenny mengambarkan dia tidak puas hati.

            “Tak apalah Jenny. Bukan susah pun buat air tu. Tutup mata pun Azah boleh buat tau,” balas Azah yang mengundang tawa Jenny. “Dah habis minum kan, jom sambung kerja.”

            Mereka berdua bangun lalu mencuci mug masing-masing.

3 comments:

  1. Casino Site Review | LuckyClub | Get 50 FREE Spins
    Are you ready to become a millionaire in 2021? 카지노사이트luckclub Get 50 Free Spins on 'Baccarat' and 'Sarat' with Lucky Club. Get 50 free spins, no deposit bonus!

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim