12 October 2014

Mr. Right Forever 19

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua Rakan Pembaca,

     First of all, maaf ya Sha ambil masa yang lebih lama untuk post sambungan entry sebelum ini. Alasannya masih sama. Komitmen lain yang lebih penting. Jadi Sha perlu korbankan sementara aktiviti menulis ni. Hope masih ada pembaca yang mengikuti kisah ini. Terima kasih kepada pembaca yang tidak jemu berkunjung ke sini.

     Jika ada kekurangan & kelemahan di mana-mana tu, tinggalkan komen ya. Insya-Allah untuk Sha perbaiki lagi pada post yang akan datang. Yang baik itu dariNya, yang kurang baik itu daripada diri Sha sendiri. Selamat membaca.

 Salam sayang
~Sha Hashim~
    12102014



SARAH memerhati wajah kedua-dua mama dan papanya. Dia tahu apa yang bakal ditanya oleh mamanya. Ada debar bertamu di hati. Mujur mindanya bijak mengawal.

            ‘Tenangkan diri. Tarik nafas. Hembus. Tarik lagi. Hembus. Semua akan okay,’ ayat berbaur pujukan yang melintas di minda Sarah.

            Datin Kharidah menoleh sekilas ke arah suami di sisi. Dato’ Shamsul faham lirikan mata isteri di sebelahnya. Teh di dalam cawan yang masih berbaki dihirup perlahan.

            ‘Tak perlu kelam-kabut,’ Dato’ Shamsul membalas lirikan si isteri.
            Kali ini Datin Kharidah mencuit lengan suami. Dia sudah tidak tahan sabar. Lirikan matanya tadi memberi isyarat agar suaminya memulakan bicara. Dato’ Shamsul mengerdipkan matanya perlahan-lahan tanda mesej yang dihantar oleh Datin Kharidah sudah diterima dan difahami.

            “Sarah,” panggil Dato’ Shamsul.

            Sarah yang sudah bersedia, menunggu dengan tenang kata-kata yang bakal keluar dari mulut papanya.

            “Ya papa,” sahut Sarah.

            “Macam mana kerja?” tanya Dato’ Shamsul.

            Datin Kharidah cepat sahaja berpaling ke arah suami. Dato’ Shamsul tahu maksud pandangan si isteri. Dia mengangguk sedikit sambil mengerdipkan mata.

            Sarah juga terkejut mendengar soalan papanya. Sangkanya soalan cepu emas yang bakal keluar dari mulut papanya pastilah berkisar akan perkenalannya dengan Rifqi. Tersasar rupanya telahan yang difikirkan tadi.

            So far so good papa. Biasalah hari-hari ada sahaja haiwan comel yang tak sihat datang klinik. Sekarang ni Sarah kena follow-up kertas kerja mengumpul dana untuk pembinaan better shelter for strays cats and dogs. Besides charity event so called Dogathon yang dianjurkan setiap tahun tu, we are looking forward to organize another activity which will focus not only dogs and cats but other pets as well. To create activities tu tak ada masalah papa,” ujar Sarah.

            Then what is the problem?” celah Dato’ Shamsul menunjukkan minat.

            Funding,” ringkas jawapan Sarah.

            Just name it. Papa yakin ramai kawan-kawan papa yang sanggup mengeluarkan budget untuk charity events ni,” ulas Dato’ Shamsul.

            “Mama pun boleh tolong Sarah kumpulkan dana.” Datin Kharidah tidak mahu ketinggalan dalam perbualan bersama anak dan suaminya.

Sekali lagi Datin Kharidah menoleh ke wajah Dato’ Shamsul. Dicuit sedikit lengan suaminya buat kali kedua. Dia mahu mengingatkan suaminya sebelum suaminya leka membincangkan hal kerja. Tahu sangat sikap suaminya. Apabila topik kerja yang dibincangkan memang semangat tu nampak berkobar-kobar. Anak dan suami sama sahaja. Kedua-duanya kaki kerja. Malah sikap Sarah banyak mengikut perangai suaminya, bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

            Sarah senyum.

            “Sarah,” panggil Dato’ Shamsul.

            “Ya papa,” balas Sarah.

            Actually papa dan mama ada perkara nak tanya ni?” mukadimah awal daripada Dato’ Shamsul.

            Debaran yang tadinya sudah reda, kembali memenuhi dada Sarah. Dia cuba seboleh mungkin untuk bertenang. Lagi pula tiada apa yang mahu disorokkan.

            “Ini mama Sarah, ada benda yang nak ditanya,” Dato’ Shamsul melirik ke sebelah kirinya.

            Datin Kharidah menyorong badannya ke hadapan sedikit. Tangannya menyentuh tangan Sarah yang duduk tidak jauh darinya.

“Ada apa papa, mama? Suspense pula rasa,” ucap Sarah menyuarakan rasa hati.

            Bersilih-ganti pandangan Sarah dihalakan ke arah papa dan mamanya. Dia sabar menunggu. Senyum diukir di bibir bagi mengusir rasa debar yang sedari tadi mengusik jiwanya.

            “Begini…” berjeda sebentar sebelum Datin Kharidah menyambung kata-katanya.

            Sebelum kata-kata Datin Kharidah bersambung, Sarah segera mencelah. Sudah tidak sabar rasanya. Jiwanya bagai terdera menunggu soalan-soalan serta pertanyaan dari kedua-dua papa dan mamanya. “Tanyalah mama.”

            Datin Kharidah juga tidak sabar mahu mengetahui kisah perkenalan Sarah dan Rifqi. Menunggu suaminya yang memulakan kata, nampaknya tidak menjadi. Biarlah dia yang bertanya. Bermacam-macam tanda tanda berlegar-legar dalam fikirannya.

            “Mama tak tahu pula Sarah berkawan dengan Rifqi.” Mukadimah awal dari mulut Datin Kharidah. “Seingat mama, baru sekali kan Sarah berjumpa dengan Rifqi. Itu pun masa kenduri kat rumah kita ni.”

            Sarah senyum dan tenang mendengar bicara mamanya. Dia sedar pasti mama serta papanya ingin tahu sejauh mana perkenalannya dengan Rifqi. Cepat atau lambat pasti mama dan papanya akan tahu juga. Jadi tidak perlu hal itu disembunyikan dari pengetahuan mereka. Lagi pula mama seperti mempunyai deria keenam. Dapat sahaja menghidu rahsia anak-anak. Naluri keibuan itu terlalu kuat. Mama akan dapat mengagak andai anak-anak ada menyimpan rahsia. Hebat sungguh mama kan, omel Sarah sambil menunggu soalan mamanya.

            “Saiful yang berkawan baik dengan Rifqi pun tak tahu dia kenal Sarah ma,” tiba-tiba Saiful muncul dari arah dapur. Di tangan Saiful terdapat satu mangkuk berisi kerepek pisang. Diletak mangkuk sederhana besar itu di atas meja di ruang tamu tempat mereka sekeluarga berkumpul.

            “Sarah pun tak tahu Rifqi tu anak kawan papa dan mama atau kawan abang. Masa dia datang ke sini dengan keluarga dia pun Sarah tak kenal dia. Sarah sendiri pun baru tahu dia adalah kawan Sarah,” ujar Sarah membela diri.

            “Papa peninglah. Sarah kata tak kenal. Tapi lepas tu Sarah kata dia kawan Sarah. Yang mana yang betul sebenarnya ni?” soal Dato’ Shamsul.

            Reaksi sama yang berlaku kepada Saiful turut dialami oleh Dato’ Shamsul dan Datin Kharidah. Saiful juga awalnya pelik mendengar penerangan Sarah sebelum ini.

            “Yalah Sarah cuba cerita. Mama pun tak faham apa yang Sarah cakapkan tu,” ucap Datin Kharidah.

            “Sebenarnya Rifqi selalu jengguk blog Sarah. Dia suka baca kisah-kisah pengembaraan Sarah,” ujar Sarah.

            Ya semua ahli keluarga Sarah sedia maklum Sarah gemar melancong. Melancong bersama rakan-rakan. Siapa lagi kalau bukan dengan Raina dan Faris. Mereka bertiga akan merancang awal. Kewangan sudah pasti dikumpul lebih awal. Paling mereka gemar melancong secara backpacker. Lebih bebas dan tidak terikat dengan masa. Risikonya tinggi juga. Macam-macam boleh berlaku.

Bagi Sarah tiada istilah solo backpacker. Sudah pasti Dato’ Shamsul dan Datin Kharidah tidak mengizinkan Sarah melancong seorang diri. Syarat paling utama yang perlu dipatuhi pastilah mesti berteman. Sarah bernasib baik mempunyai sahabat yang berkongsi minat yang sama, sanggup mengikut Sarah melancong. Bersama Raina dan Faris, Sarah merancang perjalanan mereka. Faris sudah pasti menjadi pengawal setia kepada Sarah dan Raina. Raina pula lebih kepada penasihat kewangan dalam setiap sesi pelancongan mereka. Sarah pula lebih mahir menjadi ketua perancang dan pentadbir. Lagi pula perjalanan jauh seperti itu tidak boleh terlalu ramai dalam satu-satu kumpulan. Niat mahu melancong nanti boleh bergaduh pula bila masing-masing punyai pendapat berbeza, fikir Sarah.

            “Sarah kenal Rifqi through blog. Mama pun tau kan Sarah minat scuba diving. So Sarah singgah ke blog Rifqi untuk baca info on scuba diving. He put his experiences and tips di blog. So I enjoyed reading it. Tapi bila nak ambil kelas tu tak tahulah,” akui Sarah.

            No worry Sarah. Nanti abang bagi tahu Iqi, Sarah minat nak ambil lesson scuba diving. I’m sure he will be more than happy to teach you,” usik Saiful sambil mengenyitkan matanya ke arah Sarah.

            Sarah sudah membulatkan matanya. Saiful senyum sambil menjungkit kening.

            Oh really! You mean Iqi ada lessen menyelam di laut dalam? Penyelam professional?” Dato’ Shamsul menampakkan rasa kagumnya.

            “Ya papa. Since zaman sekolah lagi Iqi dah berjinak-jinak dengan aktiviti menyelam ni pa,” kata Saiful.

            “Hmm… interesting,” Dato’ Shamsul mengganggukkan kepala.

            “Sarah, I still can’t get it. How do you know Rifqi? Lunch date today?” Datin Kharidah menyuarakan rasa ingin tahu yang membuak-buak.

            “Sayang, sabarlah. Okay Sarah continue please,” arah Dato’ Shamsul.

            “Sebenarnya Sarah dah pernah jumpa Rifqi. Tapi waktu tu Sarah tak tahu pun yang kami saling mengenali di alam maya.” Sarah senyum mengingati detik menikmati biskut bersama Rifqi sehingga dia memanggil nama Mister Chipsmore yang merujuk kepada Rifqi.

            “Aik…dah senyum sendiri tu. Ni mesti ada kisahkan. Tak nak share ker?” usik Saiful lagi.

            “Eee…kepoci betullah abang ni,” balas Sarah.

            “Maksudnya, masa jumpa di rumah kita tu Sarah dah kenal dia ya,” tanya Datin Kharidah ingin mengesahkan hal itu.

            “Ya mama. Kenal sebab pernah jumpa di LCCT masa Sarah jemput Raina. Mama ingatkan Sarah jemput Raina balik dari kampung dia tu. Tapi waktu tu pun Sarah belum tahu yang Rifqi tu adalah rakan blog Sarah ma,” jujur Sarah menerangkan hal sebenar.

            Giliran Datin Kharidah pula mengganggukkan kepala.

            Hmmm… this is isteresting,” ucap Dato’ Shamsul. “Habis tu bila yang Sarah tahu dia kawan Sarah di blog tu?”

            Tidak sempat Sarah mahu menjawab pertanyaan papanya, Saiful terlebih awal menjawab bagi pihak Sarah.

            “Baru tengahari tadi pa,” sampuk Saiful.

            Kuch Kuch Hota Hai?” soal Datin Kharidah.

            “Mama ni,” renget Sarah manja.

            “Hmm dah malu la tu,’ usik Saiful untuk ketiga kalinya. Bab mengusik serah pada Saiful. Memang pakar.

            “Barulah mama faham rantaian kisahnya. So macam mana? Sarah suka Rifqi?” Datin Kharidah tanpa berselindung terus sahaja menanyakan soalan yang asyik bermain di mindanya.

            “Suka? Maksud mama?” Sarah buat-buat tidak faham soalan mamanya.

            “Ada peluang ke Rifqi tu jadi Mister Right Sarah?” tanya Datin Kharidah dalam senyum bermakna.

            “Sarah tak pastilah. Kan mama juga yang cakap tak kenal maka tak cinta.” Sarah teringat perbualan bersama mamanya tidak lama sebelum ini.

            “Tu dah kenal. So ada rasa cinta tak?” giliran Dato’ Shamsul pula mengusik Sarah.

            Sarah terdiam apabila diusik begitu. Dia tidak tahu perasaan apakah yang dia rasa selepas mengenali Rifqi. Perasaan itu tidak sama semasa dia bersama Faris. Paling dia pasti, setiap kali bertemu Rifqi atau berada berdekatan dengan Rifqi malah sewaktu bercakap di telefon sekali pun, hatinya tidak keruan. Debar di dada usah cakap. Memang tidak dapat dikawal.

‘Aku jatuh cinta? Betul ke ni? Ish… tak kan lah. Kuch Kuch Hota Hai macam kata mama tu.’

“Diam je tu siap senyum lagi. Betullah tu pa, ma,” Saiful sudah pun bersedia dengan ayat untuk mengusik Sarah.

“Abang ni,” merah pipi Sarah menahan malu.

“Ha kan betul. Tak payah malulah Sarah. Sekilas ikan di kolam, abang kenal jantina ikan tu tau,” kata Saiful.

“Amboi seronok ya mengusik Sarah, yang awak tu bila nak kenalkan mama dengan buah hati pengarang jantung?” giliran Saiful pula menerima tempias.

Saiful terdiam. Tidak sangka dia pula menjadi mangsa usikan mama.

“Ha kenapa diam?” soal Dato’ Shamsul. “Papa pun nak kenal juga bakal menantu papa. Satu-satunya menantu perempuan dalam rumah ni.”

Sarah lega. Kini dia bukan lagi topik utama perbualan mereka sekeluarga. ‘Ha… rasakan. Tadi suka hati ya mengusik aku.’ Keningnya terjungkit-jungkit ke arah Saiful.

“Sampai masa nanti Saiful bawalah. Kenal-kenal dengan papa dan mama. Saiful nak pergi tandas kejap,” alasan Saiful melarikan diri daripada diasak untuk memperkenalkan kekasih hati.

“Oh… nak lari ya,” kata Sarah sambil matanya mengekori langkah Saiful.

“Mana ada lari. Kan abang berjalan ni,” balas Saiful yang sudah pun bangun dan melangkah ke arah tangga.

Dato’ Shamsul dan Datin Kharidah sudah masak dengan sikap Saiful. Liat sungguh dia mahu berbicara soal hati dan perasaan. Kalau orang lain tu, laju sahaja akal mengusik. Bila kena diri sendiri, tahu pula mahu menyelamatkan diri. Gara-gara putus tunang, Saiful seakan serik untuk mencari pengganti.

“Sarah, papa tengok Iqi tu baik budaknya. Jangan sia-siakan lelaki yang baik macam tu,” pesan Dato’ Shamsul. Dia mahu melihat anak gadisnya itu di dalam jagaan lelaki yang baik sekiranya dia sudah menutup mata. Tidaklah dia bimbang akan masa hadapan anak bongsunya itu.

“Mama pun setuju dengan papa.” Datin Kharidah pula memberi bayangan persetujuannya akan hubungan Sarah dan Rifqi. “Apa pun mama serahkan pada Sarah untuk membuat keputusan. Pilihan di tangan Sarah. Fikirlah masak-masak.”

Sarah diam mendengar nasihat kedua-dua papa dan mama. Dia takut untuk memulakan langkah. Kalau bertepuk sebelah tangan, malulah dia. Entah apa perasaan Rifqi padanya, dia tidak tahu. Tidak mahulah dia dikata hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong. ‘Biarlah masa yang menentukan takdir kita,’ hatinya berbisik pasrah.

*******

BERBOLAK-BALIK. Mesej yang sudah ditaip ditatap lagi. Minda masih berbelah-bahagi dan tertanya-tanya apa perlunya mesej itu dihantar. Kalau ikutkan hati, tangan sudah diarah menekan butang SEND.

‘Kalau nak hantar, hantar jelah.’ Minda sudah mengalah bila kemahuan hati lagi kuat mendesak.

'Saya dah sampai rumah'.

Bunyi mesej yang masuk ke telefon segera ditoleh. Cepat sahaja Sarah memberi respon tatkala melihat nama pengirim mesej tertera di skrin telefon. Tuntas bibirnya mengukir senyuman manis. Tanpa perlu dipaksa. Bukan ada orang nampak pun dia senyum.

Jari-jemari Sarah cekap menjalankan peranan. Selesai mesej ditaip, jarinya menekan butang SEND.

'Alhamdulillah, you dah sampai'.

4 comments:

  1. Hoyeah, tak banyak terlepas... Hehe... Baru hari ni berkesempatan nak baca... Hopefully Kak sha dpt sambung cepat ;)

    A few things yang org perasan tapi tak sure jgk.. Kena check balik.. Hehe..
    Cepu emas - cepumas
    Suspence - suspense
    Jengguk - jenguk
    Renget - rengek
    Tak sure especially yg BM.. Kadang2 ejaan mmg dekat2 tapi maksud lain.. Kalau Akak ada check nanti share laa ye ;)


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Suha. Perkataan renget dan suspence tu memang salah akak. Typo. Sepatutnya rengek dan suspense.

      Cepu emas ni kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, memang tiada maklumat. Yang ada ialah cepumas. Maksudnya, jumlah nilai hadiah (biasanya berupa wang terkumpul) yang terbesar yang mungkin dimenangi dalam sesuatu permainan, pertaruhan dan sebagainya. Selalu akak suka sebut cepu cemas. Jadi secara logiknya cepumas yang digunakan sebelum ini adalah dalam konteks yang salah. Cepumas tu bahasa rjak yang tidak betul struktur penggunaannya dalam ayat. Dah biasa dengar perkataan cepumas itu disebut, maka dah jadi biasa.

      Jenguk – mengunjungi, menengok. Jenguk ni sama maksud dengan jengah.
      Jengguk (menjenggukkan kepala) – menghulurkan (kepala ke dalam pintu).

      Terima kasih Suha sekali lagi...akak sangat hargai teguran Suha tu.

      Delete
    2. Thanks for sharing Kak... Rasanya jenguk n jengguk ni Kak sha dah pernah explain tapi org yg lupa... Hehe

      Delete
    3. You're welcome Suha. Saling ingat-mengingati...amalan yang baik.

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim