16 January 2015

Haiku Pilihan Daripada Sha Hashim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua Pembaca Blog Sha ni,

     Maaf la lately ni Sha agak mengambil masa untuk post entry terbaru. Jadi Sha kongsikan dengan kawan-kawan semua satu lagi seni yang baharu bagi Sha, penulisan Haiku. Seni ini begitu mencabar. Jika dilihat sekali imbas, seperti pantun Melayu. Tetapi jika dihalusi, haiku ini begitu mencabar untuk ditulis. Lebih sukar daripada menulis pantun. Bukan niat mahu menakut-nakutkan kawan-kawan yang ingin mencuba menulis haiku tetapi sungguh, menulis haiku ini sangat mencabar bagi Sha. Pemilihan kata atau suku kata yang sesuai itu perlu difikirkan dengan berhati-hati.



Alhamdulillah berjaya dipilih untuk menyumbangkan haiku untuk e-buku yang telah diusahakan oleh Sensei Tabir Alam. Terima kasih Sensei atas bimbingan yang diberikan. 

Para haijin dan peminat haiku boleh membaca haiku terpilih di link seperti di bawah: 


Boleh download e-buku tersebut


Haiku pilihan daripada Sha Hashim:
# 1
salam lebaran
muslimin berziarah
silaturrahim
- 7 Ogos 2013

# 2
menjelang Syawal
semua serba baru
bertadah tangan
- 11 Ogos 2013

# 3
di Aidilfitri
kanak-kanak gembira
persaudaraan
- 11 Ogos 2013
20
e-book Antologi Haiku @ Facebook - TabirAlam
Haiku pilihan daripada Sha Hashim:

# 4
raya kelapan
makan tidak berpantang
katil wad lapan
- 15 Ogos 2013

# 5
raya ketujuh
balang kuih di meja
pintu terbuka
- 15 Ogos 2014
# 6
titisan hujan
anak kecil berlari
alhamdulillah
- 14 September 2013

# 7
titisan hujan
anak kecil berlari
alhamdulillah
- 14 September 2013

# 8
di Aidiladha
lembu korban dilapah
bersatu hati
- 2 Disember 2013

# 9
tengkujuh tiba
gigil hingga ke tulang
minuman panas
- 3 Disember 2013

#10
di akhir tahun
duduk menghitung hari
lembaran baru
- 28 Disember 2013

#11
penghujung tahun
keperluan sekolah
geleng kepala
- 23 Disember 2014

#12
penghujung tahun
enam khemah berderet
seri pengantin
- 19 Disember 2014

#13
Maulidur Rasul
alun zikir selawat
cahaya taufik
- 4 Januari 2015

#14
tiba tengkujuh
daratan penuh air
teruji sabar
- 5 Januari 2015

6 comments:

  1. Salam kak sha :)

    Menariklah kak haiku ni...
    Macam sajak tapi 3 baris je and i'm sure ada syarat lain penulisan haiku ni...
    Hanya beberapa perkataan, cukup untuk menggambarkan keadaan...
    Sangat menarik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Suha :)

      Haiku memang menarik untuk dipelajari. Antara syarat penulisan haiku ialah jumlah suku kata 17 dengan pembahagian 5-7-5. Maksudnya baris 1 - 5 suku kata, baris 2 - 7 sukukata & baris 3 - 5 suku kata.

      Delete
  2. Sis....bila nak sambung cerita Cinta Milikmu Selamanya??? Sya tunggu. X sabr nk tau ksudahannya...

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah...buat masa ini masa agak terhad dengan tugas di tempat baharu...terima kasih atas sokongan sdr/i

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim