24 March 2015

Mr. Right Forever 23

LAMA diperhati gelagat sahabatnya itu. Jauh merenung keluar tingkap. Tidak berkutik walau sedikit.

Rifqi mendonggak ke langit. Bintang-bintang di langit diperhati. Biarpun jauh, kerlipannya tetap dapat dilihat dek mata kasar.

            “Iqi kau okay ke tak ni?” soal Saiful.

            Rifqi menoleh ke arah Saiful. Dia berjalan mendekati katil lalu duduk di birai katil.

            “Aku nak balik rumah,” ujar Rifqi sambil memandang tepat ke wajah Saiful.

            “Kau dah kenapa ni? Ada dua hari lagi. Esok lusa, lepas tu kursus tamat,” balas Saiful.

            Rifqi meraut wajah. Lama dia berkeadaan begitu. Saiful hanya memerhati.

            “Serabut,” pendek sahaja ucapan yang keluar dari mulut Rifqi.

            Berkerut wajah Saiful. Dia sudah dapat menjangka punca Rifqi berkelakuan begitu.

            “Cuba kau cerita apa masalah kau,” kata Saiful.

            Rifqi yang tadinya dalam posisi duduk, membaringkan badannya perlahan-lahan. Matanya memerhati siling bilik yang berwarna putih.

            Come on Iqi. Aku kenal kau bukan sehari dua. Ni sure masalah dengan assistant Profesor kursus tu kan. Senang cerita Marina kan. Our schoolmate, once upon a time.” Tebak Saiful.

            “Ya Marina.”

            Saiful faham situasi Rifqi. Bertahun Rifqi hidup untuk melupakan Marina. Namun hari ini mereka bertemu lagi. Kisah yang berlaku di antara Rifqi dan Marina semuanya Saiful tahu.

            “Aku tau perkara ni tak mudah. Tapi kau kena terima semua ni. Allah telah merancang kau bertemu dengan dia di sini. Aku yakin perancangan Allah itu ada hikmahnya.” Saiful memerhati riak wajah Rifqi seperti tiada perasaan. Malah wajah itu nampak tegang.

            “Kalau bukan sebab incident tu aku tak akan tau dia curang di belakang aku,” luah Rifqi. “Pada hal waktu itu lagi satu bulan sebelum majlis perkahwinan kami.”

*******

IMBAS KEMBALI

MARINA semakin gusar. Dia yakin lambat-laun perkara yang cuba dia sorokkan pasti akan terurai juga.

            Pintu bilik diketuk.

            “Ya masuk,” jawab Marina sambil memandang pintu.

            Sebaik pintu bilik dibuka, seorang pelajar dengan senyuman berdiri di muka pintu.

            “Kak Ina, ada orang nak jumpa akak,” kata gadis bertubuh kecil itu.

            “Siapa, Aina?” soal Marina.

            “Dia kata surprise jangan bagi tau akak,” balas Aina dengan senyuman manis di bibir.

            Okay kejap lagi akak turun. Thanks Aina,” ucap Marina.

            “Sama-sama Kak Ina.” Aina segera menutup pintu dan berlaku ke biliknya.

            Tertanya-tanya Marina siapa yang datang. Baru semalam Nasrul datang melawatnya. Tak mungkin hari ini datang lagi melawatnya di kampus. Namun dek kerana hati yang ingin tahu, dia bersiap ala kadar. Wajahnya dicalit sedikit pelembap dan dioles sedikit bedak ke wajah. Seluar separa lutut warna biru yang dipakainya ditukar kepada seluar panjang warna hitam. Baju tanpa lengan yang dipakainya turut ditukar. Baju-T lengan panjang warna hijau muda disarung ke badan. Rambut ikal melepasi bahu disikat kemas lalu diikat satu.

            ‘I am coming.’

            Marina tidak perlu menuruni anak tangga sementelah biliknya di tingkat paling bawah. Dia berjalan perlahan menuju ke ruang pelawat. Hatinya sedikit berdebar.

            “Abang Iqi!”

            Senyuman manis Rifqi menghiasi bibirnya yang semula jadi merah. Wajah tunang yang sekian lama dirindu ditatap lama.

            “Kenapa? Terkejut tengok abang?” soal Rifqi apabila Marina berhenti melangkah beberapa tapak darinya.

            “Ini memang surprise. Bila abang sampai? Abang buat apa kat sini? Abang dari mana ni? Macam mana boleh singgah sini?” bertalu-talu soalan Marina sebelum dia melangkah perlahan mendekati Rifqi.

            Rifqi senyum lagi.

            “Banyak betul soalan Ina. Yang mana satu abang nak jawab ni?” Rifqi bersuara tenang. “Sebelum abang jawab soalan Ina, tak nak ajak abang duduk?” kata Rifqi. Dia sedar Marina seperti sedikit gemuruh bertemu dengannya petang itu. Biasanya Marina akan menyambutnya dengan mesra. Namun kali ini Rifqi boleh nampak wajah Marina yang sedikit gugup.

            ‘Bersangka baik. Mungkin dia betul-betul terkejut lihat kau datang. Dah la datang tak bagi tau.’

            “Oh, abang jemput duduk,” pelawa Marina.

            “Ina apa khabar?” soal Rifqi. Wajah itu diperhati lagi. Lama matanya tertancap ke air muka Marina. Terasa seperti ada yang tidak kena. Namun dia tidak pasti apakah ia.

            “Ina baik bang. Alhamdulillah.”

            “Kenapa dah macam panda je abang tengok. Mata sembap. Ada lingkaran hitam bawah mata,” tegur Rifqi.

            “Eh ya ke? Mungkin sebab Ina tidur lambat. Siapkan assignment. Then esoknya bangun awal pergi kelas,” balas Marina sambil tangannya meraba di bawah mata. “Abang belum jawab soalan Ina tadi.”

            “Sekarang kan masa abang banyak free. Exam pun dah habis. Itu yang abang datang visit Ina."            

            Suasana menjadi sunyi. Hanya isyarat mata menjadi medan komunikasi.

            “What?”

            Why Ina macam gelisah je ni?” soal Rifqi. “Tak suka abang datang visit Ina?”

            “Bukan macam tu. Tapi ya ini memang surprise. Ina tak sangka abang nak datang.”

            “Kalau Ina tak suka abang datang, abang balik ya,” Rifqi sudah bangun dari kerusi kayu yang didudukinya.

            Rifqi benar-benar mahu melihat sejauh mana sayang Marina pada dirinya. Jadi dia berjalan laju tanpa menoleh ke belakang.

            ‘Satu, dua, tiga, empat, lima.’

            Dahi Rifqi sudah berkerut. Dadanya tiba-tiba berdebar. Dia dapat rasakan seolah-olah Marina tidak langsung mahu memujuknya. Marina tidak langsung menunjukkan tanda mahu mengejarnya atau menahan dia pergi.

            ‘Ish tak boleh jadi ni. Kalau aku merajuk aku yang rugi.’

            Segera Rifqi menoleh ke belakang. Marina sedang memandang ke arahnya sambil berpeluk tubuh. Lebar senyuman di bibir Marina. Seperti berjanji Marina dan Rifqi melangkah serentak mendekat.

            “Aduh,” suara Marina yang sudah jatuh ke tanah. Wajahnya sudah berkerut menahan rasa sakit. Sakit terasa menjalar di bahagian bawah perut.

            “Maaf Kak Ina, Lily tak sengaja terlanggar akak. Lily nak cepat ke kelas. Itu yang Lily tak perasan akak. Maafkan saya abang.” Jelas Lily Ilyana rasa bersalah.

Rifqi sudah menerpa ke arah Marina. Wajah pelajar yang tanpa sengaja melanggar Marina ditoleh sekilas.

“Tak apa. Sikit sahaja ni,” ujar Rifqi masih mampu bercakap dengan suara yang tenang.

“Terima kasih abang,” ucap Lily. “Lily pergi dulu kak, abang.”

Rifqi kembali memberi tumpuan kepada Marina yang sedang memegang perut.

“Kenapa ni?” Rifqi sudah panik. Wajah Marina yang berkerut menahan sakit membuatkan Rifqi semakin risau.

“Sakit,” rintih Marina.

“Boleh bangun?” soal Rifqi.

Rifqi membantu Marina bangun dengan perlahan-lahan.

“Eh Ina! Darah apa ni?” Rifqi semakin panik melilihat titisan darah yang sudah menitis hingga ke selipar yang dipakai oleh Marina.

“Abang, tolong Ina, sakit,” rintih Marina.

Rifqi tidak lagi menoleh ke kiri dan kanan. Dia lantas mencempong tubuh Marina. Selaju mungkin dia melangkah lalu memasukkan Marina ke tempat duduk hadapan kereta yang dipinjam daripada Akmal. Tempat duduk yang sudah diselaputi darah merah tidak dia hiraukan. Yang Rifqi tahu, dia harus ke klinik berdekatan.

“Ina tahan sikit. Abang bawa Ina ke klinik,” pujuk Rifqi.

*******

KINI…          

RIFQI segera bangun dari perbaringan.

            “Epoi kalau kau di tempat aku, apa yang kau rasa? Wanita yang kau harap akan menjadi suri hidup kau curang dengan lelaki lain sebelum sah bergelar isteri. Mujur aku tahu sebelum dia bergelar isteri aku.”

            Saiful diam tidak berani menambah kata. Dia sudah mendengar luahan kecewa Rifqi sepuluh tahun yang lalu. Waktu itu mereka berada di tahun akhir. Hanya sebulan sahaja lagi sebelum majlis konvokesyen. Ketika itu, Marina masih mempunyai satu semester sahaja lagi sebelum menamatkan pengajian. Sepatutnya selepas sahaja Rifqi tamat pengajian, majlis pernikahannya dan Marina akan dilangsungkan.

            “Waktu itu kandungan Marina sudah tujuh minggu. Boleh kau bayangkan apabila doktor yang merawat Marina mengucapkan tahniah pada aku sebab kandungannya selamat dan minta aku jaga isteri aku baik-baik. Waktu itu aku speechless.”

            “Sudahlah Iqi. Perkara yang dah berlaku ni biarlah lepas,” pujuk Saiful.

            “Dia datang semula dalam hidup aku. Kalau boleh aku tak mahu tengok muka dia Epoi,” ucap Rifqi dengan wajah yang serius.

            Saiful diam mendengar luahan Rifqi.

            “Kau tak tengok macam mana dia dua tiga hari ni. Rimas.”

            Saiful akui Marina sedang cuba mendekati Rifqi.

            “Iqi mungkin dia nak berbaik-baik dengan kau. Mungkin dia nak minta maaf atas apa yang dah berlaku dulu,” Saiful cuba mengendurkan keadaan.

            “Aku boleh maafkan dia. Tapi aku susah nak lupakan hal tu.”

            Saiful tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Diam diam sahaja. Dia berdoa agar Rifqi akan kembali tenang esok hari.

            “Rifqi tidurlah. Dah pukul berapa ni? Esok ada lecture lagi,” kata Saiful. Badannya sudah pun dibaringkan di atas tilam yang tidak seempuk tilamnya di rumah.

‘Bersyukurlah.’

“Go ahead Epoi. I wanna check my emel first.”

“Okay bro. Good nite. Assalamualaikum.”

            “Waalaikumsalam buddy.”

*******

JAM menunjukkan pukul 11.30 malam.

            Rifqi membuka akaun emel miliknya. Mood yang tadinya merudum kembali pulih. Bibirnya tersenyum. Kiriman emel Sarah dibaca berulang-kali.

            ‘Apa dia buat sekarang. Dah tidur agaknya,’

            Telefon bimbitnya dibuka. Segera nombor telefon Sarah dicari. Dia menaip ke perisian WhatsApp. Dia sabar menunggu. Jika nasibnya baik, Sarah belum tidur dapatlah dia berbual sekejap dengan gadis itu.

            Telefon bimbitnya berkelip.

Sarah: Waalaikumsalam you. Belum tidur ke?

Rifqi: yup. kalau dah tidur macam mana nak chat dengan sarah. How come my cinderella belum tidur ni?

Sarah: kan belum 12 midnite

Rifqi: ya la..but almost midnite ni. sarah buat apa?

Sarah: tgh baca paper work. almost done

Rifqi: I kacau ke?

Sarah: Nope...y u blom tido?

Rifqi: lepas sarah masuk tidur, I masuk tidur

Sarah: y mcm tu?

Rifqi: prince charming kan... :)

Sarah: hi3x...cinderella dah ngantuk ni prince charming..nanti kita sambung ya. gud nite

Rifqi: okay. janji tomorrow night. We meet here

Sarah: here?

Rifqi: dalam wassap la..

Sarah: baik janji nite MC

Rifqi: MC?? Apa tu?

Sarah: secret..okay you..gud nite..

Rifqi: ya..nite..sweet dream.

            Rifqi memerhati lama telefon bimbit di tangan.

            ‘Baru semangat nak tidur.’

            Rifqi bangun menuju ke bilik air. Dia mahu mengambil wuduk sebelum tidur.

4 comments:

  1. Yeayy cerita pasal iqi!

    Owhh itu ke yg jd between rifqi & marina... Mestilah iqi kecewa sgt... Sakitnya tuh di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kisahnya..hihi Suha dah tau apa jadi antara iqi dan marina..tapi Sarah belum tahu ni...

      mana lagi best sarah tahu dr iqi atau dari marina atau dari saiful?

      Delete
    2. Macam tragis sgt je kalau tahu dari orang lain... Kalau tahu dari tuan punya badan mungkin Sarah akan lebih percaya pada rifqi... Lebih terbuka pd rifqi... Tapi depends pada konflik waktu tu lah... Tgk kesesuaian... Hehehe

      I'm waiting for the next entry kak sha ;)

      Delete
    3. :) betul juga tu Suha..sentap pulak sarah kan...elok2 rindu2an..ha kan dah bencinta la pulak...

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim