20 July 2015

Cinta Milikmu Selamanya 16ii


Assalamualaikum/Salam Sejahtera buat sahabat pembaca,

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun sebelumnya.
(Hope belum terlambat ucapan Sha ni)

 Dikesempatan ini Sha mohon maaf ya sebab takes time untuk upload kisah terbaharu. Kalau ada content yang tersalah info atau ada typo...jangan segan boleh send komen, sangat Sha hargai. Kalau sendiri yang proof-reading nampak macam okay sahaja.

Selamat membaca!

Salam mesra,
Sha Hashim
20 Julai 2015

@}-;---- @}-;---- @}-;----
 
KIRANA selesa bersandar. Perut sudah kenyang, apa lagi hati pun senang.
            “Cik Ammara nak ke mana tu? Dah lupa ya?” tegur Kirana sebelum Ammara melepasi pintu pantri.
            “Nak naik atas la Kira. Buat kerja, kenapa?” soal Ammara, menoleh ke arah Kirana.
            “Ni betul-betul lupa ke buat-buat lupa,” Kirana melirik senyum paling manis buat Ammara.
            Berlapis dahi Ammara.
            “Kalau ya pun tak payah la berkerut sangat muka tu. Hilang seri pagi-pagi ni.” Usik Zaim yang sedang memegang cawan di tangan sebelum meneguk air. Matanya tidak lepas dari raut wajah Ammara.
            Ammara berjalan mendekati meja makan. Kening dijungkit sedikit ke arah Kirana.
            ‘Comel pulak muka blur dia pagi-pagi ni,’ Zaim masih menilik wajah Ammara.
            Tadi kan dah janji. Kata masa makan tak boleh cakap, nanti tersedak la, tercekik la, tak baik la kan,” ungkit Kirana.
            Ammara sudah senyum. Dia sudah faham maksud Kirana. “Ohhh... pasal makan dengan tangan tu ya.”
            Kirana menggangguk.
            “Salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W ialah makan dengan tangan kanan. Jadi lebih elok kita amalkan sunnah ni. Dapat pahala,” ujar Ammara.
            “Okey lepas ni saya akan makan dengan tangan,” Zaim penuh semangat membuat ikrar.
            Kirana sudah tergelak. Tidak sangka cepat betul Zaim memberi tindak balas. “Amboi kalau ya pun tak payah la angkat tangan tu. Nak baca rukun negara ke apa ni.”
            Mei Ling yang baru selesai mencuci tangan turut tersenyum melihat reaksi Zaim. Zaim cepat-cepat menurunkan telapak tangan yang diangkat separas bahu tadi.
            “Baguslah kalau you dah janji macam tu. I happy dapat share perkara baik dengan you,” lembut kata-kata Ammara.
            Kirana memandang wajah Zaim. Kemudian dialih pandangannya ke wajah Ammara. ‘Sah ni mesti ada apa-apa. Kena lancarkan edisi siasat ni.’
Besides makan dengan tangan ni bagus kan Cik Ammara. Kalau ada tulang ke atau bendasing dalam makanan kita boleh detect cepat.” Mei Ling turut memberi pendapat.
“Ya betul tu Mei Ling,” akui Ammara. “Bab tangan tak bersih tu tak jadi isu sebab sebelum makan kan kita cuci tangan. Confirm tangan bersih. Kalau makan dengan sudu atau garfu, kita just wipe with tissue.”
“Ammara, you pernah dengar tak orang-orang tua kita zaman dahulu kala larang kita sentuh makanan dengan tangan sebab tak nak makanan tu basi. Macam mana boleh jadi macam tu?” soal Zaim menguji pengetahuan Ammara.
“Zaim, you pernah dengar tak jari-jemari kita ni ada enzim?” Ammara membalik-balikkan telapak tangannya.
“Jadi itu ke punca makanan boleh basi kalau dipegang dengan tangan,” soal Mei Ling pula.
Ammara mengangguk sambil bibirnya mengulas senyuman. “Enzim tu sebenarnya akan memudahkan proses penghadaman dalam perut kita ni. So satu lagi sunnah ialah menjilat jari selepas makan. Hukumnya sunat. Selain mempercepatkan penghadaman, menjilat jari ni adalah untuk mendapatkan keberkatan pada akhir waktu makan.”
“Terima kasih Cik Ammara. Banyak ilmu I dapat hari ni.” Kirana mula bersuara sebaik mendengar penjelasan Ammara.
“Yalah, thanks Cik Ammara. I pun dapat info baru. Lepas ni I pun nak makan dengan tangan juga. Baik untuk kesihatan.” Mei Ling senyum menghadap Ammara.
You are welcome Kira, Mei Ling,” balas Ammara.
By the way I heard you mention a word ‘sunnah’. What it means?” tanya Mei Ling ingin tahu.
“Sunnah ni adalah perkara yang harus kita contohi semampu dan sedaya boleh kita. Kita digalakkan berusaha sehabis baik untuk mengikuti dan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W. Sunnah ni merangkum perbuatan, perkataan dan taqrir sebelum Nabi Muhammad S.A.W diutus menjadi nabi atau selepasnya,” jawab Ammara lembut.
“Taqrir tu apa?” soal Kirana pula.
Zaim menjadi pendengar yang baik pagi itu. Matanya tunak memerhati Ammara.
“Taqrir tu maksudnya Nabi Muhammad S.A.W berdiam diri, tidak menunjukkan persetujuan atau bantahan terhadap sesuatu perkara,” balas Ammara.
“I tau. He was a great man. In fact, Nabi Muhammad S.A.W telah diakui sebagai pemimpin paling berpengaruh oleh penulis Barat. I ada baca buku tu.” Mei Ling mencelah apabila dia mendengar kata-kata Ammara.
“Ya you are right,” celah Zaim. Dia bangun untuk mencuci cawan dan pinggan yang dia gunakan.
“Mei Ling kalau you nak tau lebih lanjut lagi, nanti I bagi you pinjam satu buku berkaitan sunnah Nabi.” Ammara senyum ke arah Mei Ling.
Sure. I would love it. I ada juga come across a few sunnah macam yang Cik Ammara cakap tu dalam internet while i am surfing,” ujar Mei Ling. I like it because it covers almost all aspect of life. Lagi pun I banyak kawan Melayu, so I tau sikit-sikit. Thanks once again Cik Ammara kongsi rezeki ni dengan I.”
You are welcome Mei Ling. Rezeki kalau kita hebahkan pada orang lain, insya Allah kita akan mendapat rezeki yang lebih banyak.”
“I tak faham. Macam mana boleh jadi banyak. You kan dah bagi pada I?” berkerut dahi Mei Ling.
“Sekarang memanglah sikit Mei. Rezeki ni boleh datang dalam banyak bentuk. Bukan makanan sahaja Mei. Naik pangkat tu rezeki, ada anak pandai atau anak ramai pun rezeki, dapat berita baik pun rezeki, kesihatan yang baik juga rezeki and having beautiful wife pun rezeki,” sekali lagi Zaim mencelah.
“Dah ada calon isteri ke?” sambung Kirana.
“Siapa I?”
“Tuan Zaim je sorang lelaki kat sini, akan beristeri cantik,” usik Kirana.
“Ammiin.” Zaim tersenyum. “Calon dah ada tapi dia tak sudi pula. Yalah siapa nak kan I.” Mata Zaim menusuk ke wajah Ammara.
Ammara buat-buat tidak faham. Ya dia ingat Zaim pernah melamarnya beberapa tahun dulu. Namun dia belum bersedia ketika itu. Sekarang? Semuanya tersimpan kemas di hati Ammara.
“Eh yer ke? Hai siapalah perempuan yang menolak tuah tu. Tuan Zaim yang handsome ni dia reject,” pantas Mei Ling memberi pandangan.
“Itulah. Rabun agaknya perempuan tu,” sambung Kirana.
Zaim sudah ketawa besar. Ammara pula terdiam mendengar komentar Mei Ling dan Kirana.
“Seronok sangat nampak. Lupa ya tuan ada mesyuarat dengan Dato’ pagi ni?” cepat Ammara mahu mengalih tajuk perbualan.
“Ala meeting dengan Dato’ tu pukul sepuluh pagi. Sekarang belum pun 8.30 pagi.” Kirana melirik jam di tangan.
“Dato’ ada WhatsApp I tadi Kira. Meeting tu kat luar. Tuan Zaim ni pun dapat mesej Dato’ kan,” Ammara menoleh ke arah Zaim.
Zaim memerhati jam di tangan. “Ya Allah nasib baik you ingatkan. I dah lupa pasal meeting lepas makan nasi lemak mak mertua I ni,” ucap Zaim.
Mei Ling sudah ketawa. Kirana menoleh ke arah Zaim seperti tidak percaya mendengar kata-kata Zaim tadi. ‘Pengakuan berani nampaknya ni.’
Ammara sudah membuntangkan mata memerhati wajah Zaim yang selamba.
Shall we?” kata Zaim.
“Nak ke mana?” soal Ammara.
Meeting dengan Dato’ la. Naik dengan I. Biar I drive,” jawab Zaim memberi arahan.
“Okey.” Sepatah Ammara membalas. “Kira both of us ke Nilai.”
“Baik. Any message jot down,” ulang Kirana. Dia sudah hafal ayat yang selalu Ammara pesan padanya.
Ammara senyum. “Balik nanti I bawa ole-ole ya.”
“Untuk I?”
“Untuk you juga Mei,” kata Ammara. “Okey I pergi dulu.”
 

2 comments:

  1. Zaim siap bagi hint tu. Bila lagi Ammara? Dok main tarik tali nie..........

    ReplyDelete
  2. Eifa,
    Ammara cool je, nak tengok kesungguhan Zaim...

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim