10 October 2015

Mr. Right Forever 26

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Maaf sekali lagi. Agak lama menyepikan diri. Baru ini Sha berkesempatan menulis sambungan kisah seterusnya.

Sebarang cadangan, komen mahu pun pandangan sangatlah Sha hargai.Selamat membaca dan boleh tinggalkan komen untuk penambahbaikan di masa akan datang. Terima kasih.

Salam sayang,

Sha Hashim

10 Oktober 2015

 @}-;---- @}-;--- @}-;---
TERKELIP-KELIP Rifqi memandang siling bilik. Dia berbaring selesa dengan kedua lengannya di bawah kepala. Fikirannya sarat memikirkan soal hati yang begitu asyik mengusik jiwanya. Bukan dia mahu menidakkan rasa hati tetapi seperti tidak percaya.
            ‘Aku jatuh cinta?’
            Akal dan hatinya bagaikan berada dalam pertandingan pidato. Masing-masing memberikan hujah terbaik bagi membantu juri membuat keputusan yang memang sudah jelas. Juri masih sangsi dengan rasa yang sedang dialaminya.
            “Mana tahu kau jatuh cinta ni,” soal akal membuat provokasi.
            “Mestilah tau.” Hati menjawab dengan yakin.
            “Buktinya?” soal akal lagi.
            “Bila aku pandang dia, terasa something. Rasa tu tak sama macam pandang perempuan lain. Wajahnya buat aku rasa tenang.”
            “Selain tu, apa lagi yang kau rasa?” soal akal belum berpuas hati.
            Rifqi tersenyum. Figura Sarah tergambar di ruang matanya. Semasa di meja makan tengah hari  tadi, entah berapa kali Rifqi tunak memandang Sarah yang duduk betul-betul di hadapannya. Matanya begitu degil daripada berganjak memandang gadis di depannya. Rifqi juga selesa bila berada dekat dengan Sarah. Mahu sahaja dia mengatakan, “ Jangan pergi. Please stay.”
            “Sampai macam tu sekali,” akal yang waras sengaja mahu menguji perasaan yang menjalar di hati Rifqi.
            “Aku suka mendengar dia menyebut namaku. Terasa enak di telinga. Melihat senyum dan mendengar tawanya juga membuatkan aku rasa bahagia. Saat terdengar tutur bicaranya juga aku sudah mampu tersenyum.”
            “Mengapa kau punyai rasa seperti itu Iqi?” tanya minda.
            “Bila memandangnya, aku melihat dia mempunyai ciri wanita yang layak dijadikan isteri dan ibu kepada bakal anak-anakku nanti. Terasa rindu bila tidak terlihat di depan mata.”
            “Lagi,”
            “Aku ingin menjadi pelindung dan penjaganya. Aku ingin jadi penghibur hatinya di kala duka. Aku ingin menjadi orang pertama bertanya khabar dirinya setiap pagi. Aku ingin menjadi teman dan pendamping dirinya. Malah aku ingin menjadi pelengkap hidupnya.”
            “Ini sudah parah,” akal lantas mencelah. “Kalau itu kisahnya, apa yang menahanmu daripada meluahkan rasa hati?”
            “Ini yang sukarnya,” balas hati laju.
            “Sukar? Mengapa sukar? Jika benar hati suka mengapa bertangguh. Jangan tunggu lama-lama Iqi,” bidas akal mencabar.
            Bertaut kening Rifqi. “Aku tidak tahu hatinya milik siapa?”
            “Tak rugikan kalau tanya pada empunya diri,” cadang akal.
            “Boleh ke?” ragu-ragu hati membalas. “Adakah ruang di hatinya untukku? Tidak terlalu awalkah untuk berterus-terang?”
            “Lebih baik bertindak daripada hanya berdiam diri. Sekurang-kurangnya jawapan yang diterima sudah pasti.”
            “Betul juga tu,” akui hati Rifqi mula tenang. “Tapi bagaimana jika ibu bapanya betul-betul sedang uruskan majlis perkahwinannya?”
Rifqi terasa sedikit nanar memikirkan andai gadis yang berada di sudut hatinya terlepas ke tangan orang lain.
            “Jangan tunggu lagi Iqi,” pintas akal. “Kalau hati dah suka, berterus-teranglah. Straight to the point. Beranikan diri, luahkan isi hati padanya. Mudahkan. Jangan lewat sangat bertindak. Nanti gigit jari,” nasihat akal.
            Bila hati dan akal sudah mencapai kata sepakat, tindakan perlu juga selari. Rifqi mula memikirkan langkah susulan yang harus disusun demi mencapai saranan hati dan akalnya.
            ‘Esok pergi jogging. Badan cergas minda pun cergas.’
*******
PAGI yang indah menyusul lagi.
            “Mama, Sarah nak jumpa Raina. Kami nak ke Tasik Titiwangsa ma,” kata Sarah meminta kebenaran daripada Datin Kharidah.
            “Pergi jogging ya,” ujar Datin Kharidah sudah maklum akan aktiviti anaknya bersama Raina.
            “Ya ma,” jawab Sarah selepas dia membantu Datin Kharidah mengemas meja makan.
            “Hati-hati Sarah. Sampaikan salam mama pada Raina. Lama dia tak datang rumah,” kata Datin Kharidah.
            “Insya Allah, ma,” balas Sarah. “Nanti Sarah ajak dia singgah.”
*******
PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT.
            Raina sudah menunggu Sarah di tempat biasa. Kereta Saga miliknya elok diparkir di ruang meletak kenderaan tidak jauh daripada kawasan Rekreasi Berkuda Taman Tasik Titiwangsa. Matanya meliar mencari kelibat Proton Persona putih milik Sarah.
‘Mana Sarah ni? Jangan dia tak jadi datang sudah.’
“Assalamualaikum Raina,” ucap Sarah sambil menepuk bahu sahabatnya.
“Ya Allah, terkejutnya aku. Sarah kau ni,” Raina sudah mengurut dada.
“Kau belum jawab salam aku Rai. Jangan kata aku tak bagi salam ya,” ujar Sarah dengan senyuman di bibir.
“Waalaikumsalam Sarah.” Raina membalas salam Sarah. “Kau parking kat mana ni Sarah. Tak nampak pun kau masuk parking lot dekat sini.”
“Kat sebelah sana. Saja rasa nak parking sebelah kereta Mazda,” kata Sarah.
“Amboi. Kenal ke pemilik kereta Mazda tu?” tanya Raina.
“Ish mana tau. Tuan punya kereta tak ada kat situ.”
Raina senyum.
“Dah jom. Kaki aku dari tadi tak sabar nak berlari,” ajak Raina.
“Eee…tak menyabar,” balas Sarah. “Kau dah buat warm up?”
Raina mengangguk.
“Kalau gitu jap ya aku warm up dulu. Nanti kalau jadi apa-apa kau juga yang susah Rai,” kata Sarah sambil membuat rutin memanaskan badan.
Selesai memanaskan badan, Sarah dan Raina mula berlari-lari anak di laluan pejalan kaki. Mereka berlari seiring.
Masuk pusingan ketiga mereka berdua membawa haluan ke arah bunyi muzik yang kuat bergema. Lagu Nobody dendangan Wonder Girls jelas kedengaran.
“Hari ni Ahad. Senamrobik. Jom Rai.”
Sarah dan Raina bergegas ke ruang senamrobik. Larian mereka tiba di ruangan senamrobik. Ramai yang sedang menggerakkan tubuh mengikut muzik. Mereka segera mengikut gerak senamrobik sebaik masuk ke dalam kelompok peserta yang sedang rancak mengikut gerak langkah instruktor senam pagi itu.
‘Kenapa ni?’ Sarah letak telapak tangan ke dada. Tiba-tiba dadanya dipalu debar.
Sarah memerhati sekeling. Ramai juga yang ikut serta. Tua muda semuanya ada tanpa rasa segan menggerakkan badan mengikut rentak lagu di samping mengeluarkan peluh.
Lagu bertukar irama. Permintaan peserta yang mahukan rentak Bollywood tidak dihampakan. Sebaik lagu Its Time to Disco berkumandang, semua bersorak gembira. Gerak tari semakin rancak. Mereka menari juga walau pun ada masanya tersalah gerak tari. Siapa yang ambil tahu. Salah sekali pun mereka tetap meneruskan langkah menari.
Selang sebaris sepasang mata memerhati gerak tari Sarah. Bibirnya tersenyum memerhati gerakan lincah Sarah.
“Hai,” entah bagaimana kaki Rifqi sudah membawanya berada di sebelah Sarah.
Sarah yang mulanya seperti tidak mahu mengendahkan lelaki di sebelahnya, terdiam kaku apabila lelaki di sebelahnya tersenyum manis. Rasa malu dan debaran di dadanya mula menjalar di dada lebih rancak serancak lagu .
“Hai, buat apa kat sini?” soal Sarah yang masih dalam rasa terkejut bertemu Rifqi di situ.
Rifqi angkat kening. Dia terus mengikut gerakan kaki dan tangan seperti yang dibuat oleh instruktor senam aerobik pagi itu.
‘Kenapa tanya macam tu? Tentulah dia datang untuk join senamrobik ni,’ Sarah baru tersedar dia bertanyakan soalan yang dia sudah tahu. Perasaan malu mula menerpa hingga terpancar ke wajah. Jika wajahnya ditoreh ketika itu pasti membuak-buak darah merah mengalir.
“Nanti kita sambung ya, for now have fun,” ujar Rifqi sambil meneruskan langkah mengikut irama dan rentak lagu.
Sarah malu-malu di sebelah Rifqi. Gerak langkahnya terasa sumbang. Debar di dada usah cakap. Bagai ingin pecah rasanya menahan degup jantung yang sama rancak dengan lagu Livin’ La Vida Loca yang sedang berkumandang. Raina di sebelah Sarah hanya mengukir senyum tatkala Rifqi melambai tangan ke arahnya. Sarah di sebelah dilihat seperti cacing kepanasan, serba tidak kena.
“Sarah okay ke tak ni?”
Okay, aku okay.”      
“Nak continue?”
“Ermm aku okay. Dah separuh jalan pun, kita teruskan je ya.”
Okay Sarah. Let’s do it.”
Sarah kembali fokus. Gerak langkah tubuhnya juga kembali mengikut gerakan seirama peserta lain. Rifqi di sebelanya sudah tidak diendahkan. Jika dilayan hatinya yang sedang menahan rasa debar, segalanya terasa canggung.
Lain pula halnya bagi Rifqi. Rasa bahagia melimpah-limpah di hati. Tidak sangka mahu bertemu Sarah di situ. Mata memandang ke depan tetapi gerak langkah Sarah di sisi tetap tidak lepas dari ekor matanya.
‘Inilah masanya memulakan langkah Rifqi,’ akal waras Rifqi memberi cadangan.
Hampir satu jam juga mereka mengikuti aktiviti senamrobik. Semuanya gara-gara ada yang membuat permintaan melakukan senamrobik mengikut lagu kegemaran masing-masing. Dari irama Bollywood, beralih ke lagu Barat, tukar ke lagu dangdut, bersambung lagu irama Malaysia hinggalah ke lagu terakhir peserta masih bersemangat.
“Penatnya,” ujar Raina yang sudah beralih duduk di lantai.
“Mana tak penat lima lagu, rasa macam nak tercabut kaki,” balas Sarah.
Sarah mengesat peluh yang membasahi dahi. Sebaik tuala kecil mengesat mukanya disangkut ke leher, matanya terpandang Rifqi yang sudah berdiri d hadapannya.
“Assalamualaikum,” tegur Rifqi.
“Waalaikumsalam, laju Raina menjawab.
Sarah terkedu kaku.
“Sarah, awak okay?” Rifqi sudah melambai tangannya beberapa kali di hadapan Sarah.
“Sarah,” giliran Raina pula memanggil nama Sarah.
Bagai tersentak dari lena, Sarah terasa wajahnya memerah. Tangan sudah mengurut dada. Cuba diusir rasa debar yang mengetuk hatinya.
“Awak okay?” sekali lagi Rifqi bertanya.
Rifqi menarik tangan Sarah untuk duduk di kerusi kayu tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Sarah duduk perlahan. Raina berada di sebelah Sarah.
“Minum ni,” unjuk Rifqi.
Botol mineral yang baru dibuka sudah bertukar tangan. Sarah meneguk perlahan.
“Sekali lagi Sarah terdiam kaku. Tergaman. Rifqi dengan senyuman di bibir menghulurkan sebungkus biskut Chipsmore ke arah Sarah.
Masa seakan berputar. Lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sarah bagaikan berada di sebuah kerusi kayu di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenali sambil menikmati sebungkus biskut Chipsmore. Saat itu terasa indah.
“Ambillah, buat alas perut,” pelawa Rifqi. “Tadi belum breakfast ke? Nasib baik awak tak pitam.”
Raina sekadar memerhati.
“Sarah, I hantar you balik ya, risau pula tengok you macam ni,” luah Rifqi. Matanya tidak lepas dari wajah Sarah.
“Eh tak apa. I boleh balik sendiri. Lagi pun I drive sendiri tadi,” balas Sarah cuba mengelak.
“Jangan degil la Sarah. Aku pun risau la kalau kau drive macam ni,” kata Raina menyokong usul Rifqi tadi.
Rifqi sudah menjungkit kening. Bibirnya tersenyum manis. Sarah mengelip mata beberapa kali. Senyuman Rifqi bagai meresap ke pandangan Sarah. Wajah itu bermain-main di ruang mata Sarah. Kata orang sayang itu dari mata turun ke hati. Benarkah?
“I hantar you balik. Kereta, you jangan risau. Nanti I minta mekanik I hantar ke rumah you. Esok I ambil you kat rumah. I send you pergi kerja,” bagaikan satu arahan yang keluar dari bibir Rifqi.
Sarah tidak terkata apa-apa.
“Boleh bagi I nombor phone rumah you?” soal Rifqi.
“Nak buat apa?” giliran Sarah pula bertanya. Soalan Rifqi belum dijawab.
Call your dad, asking for permission. I nak hantar you balik. Esok I nak ambil you,” balas Rifqi.
Hati Sarah sudah berbunga indah. ‘Gentleman. Another right for him.’
‘Ish dah kenapa Sarah ni senyum pulak. Soalan mamat ni dia belum jawab. Hmm memang elok la mamat ni tolong hantar Sarah balik. Risau aku dia balik sorang-sorang macam ni.’ Raina mencuit lengan Sarah.
“Sarah phone number?” ulang Rifqi.

12 comments:

  1. Terbaekkkkk laa rifqi. Nak minta izin orang tua dulu. Up markah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barulah gentleman. Nampak ikhlas dan bersungguh bila lelaki minta kebenaran ibu ayah sebelum bawa keluar anak gadis orang kan.

      Delete
  2. Yeay! Teruskan maju ke hadapan Iqi! Terus minta permission nak nikah dengan Sarah pun boleyyy :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah khairan kathira Suha yang singgah ke sini.

      Gigil jg ni hati di dalam. Doakn Iqi berani berdepan dengan parents Sarah..

      Delete
    2. Wajib beranikan diri kalau tak nanti melepasssss.... Huhuhu

      Delete
    3. Nantikan tindakan Iqi selepas ini.

      Delete
  3. Replies
    1. Jazakillah khairan Kathira sdri Bintang Timur singgah bersama komen tersebut.

      Delete
  4. hehe sukalah cara Rifqi, terlebih gentleman gitu.... Patutlah Sarah terawang2an

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata Sarah, Marina pun masih berusaha mendapatkan Rifqi kembali kerana sikap gentleman Iqi tu..

      Jazakillah khairan kathira singgah sdri Rozita

      Delete
  5. Suka2...Gentleman n sweet je Iqi ni...xsabar plak nak tunggu next n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah khairan kathira Anna Masuri yang singgah bersama komen tersebut.

      Kini jarang kita jumpa lelaki yang gentleman yang akan jumpa mak ayah untuk minta izin bawa keluar anak gadis mereka.

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim