19 November 2015

Aina Izz Zara vs Adam Najmi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/Saudari Pembaca Semua,

Ya ada cerita baru. Sha tengah fikir lagi ni. Belum decide tajuk cerita ni. Tajuk asal Laluan Cinta. Entah la. Okay ke tajuk tu. Then datang tajuk Manisnya Cinta. Lepas tu rasa macam nak letak tajuk Lelaki Ini.. ala-ala tajuk lagu Anuar Zain tu..hiiikk. Hmm tak decide lagi ni...

Apa pun jemput baca. Jangan lupa tau tinggalkan komen. Nak bagi cadangan pun boleh :).

Happy reading & enjoy ya..

Salam sayang,
Sha Hashim
19 November 2015

@}-;--- @}-;--- @}-;---

BERGEGAS Aina menuju ke jalan besar. Dek kerana laju melangkah, hampir sahaja kakinya tergelecek, gara-gara kaki yang bersepatu setinggi dua inci. Berjalan di atas jalan yang belum berturap itu memang mencabar. Sudah beberapa kali tumit tinggi kasut yang dipakai terbenam ke dalam tanah merah. Susah payah dia mengimbangi diri. Bimbang juga andai dia terjelepuk ke muka bumi. Malu dapat, sakit pun dapat.

            “Kak Aina nak ke mana ni?” sapaan Yasmin, anak jirannya memberhentikan langkah Aina.


            “Akak nak ke jalan besar. Nak pergi kerja,” balas Aina dalam senyuman biar pun dia sudah penat berjalan.

            “Mana kereta kakak?” soal Yasmin lagi.

            “Entah kenapa kereta akak tak mahu hidup pula enjinnya pagi ni,” adu Aina.

            Apabila mengingatkan keretanya yang tidak mahu hidup, Aina tidak mahu marah-marah. Jika diikutkan emosinya, keadaan tidak akan berubah. Kereta itu tetap tidak hidup enjinnya. Tidak mahu merosakkan mood awal paginya, Aina berfikiran sepositif mungkin. Mindanya cepat bertindak. Mahu membetulkan sendiri kereta kesayangannya itu dia tidak mampu. Pengetahuan teknikal berkaitan kereta langsung dia tidak ada. Pandu kereta dia tahu. Jadi tindakan paling tepat dia perlu menaiki kenderaan awam untuk sampai ke tempat kerja. Teksi tidak masuk hingga depan pintu rumahnya. Bas apatah lagi.

            “Jom Min hantar kakak ke jalan besar. Kesian akak nak jalan kaki.” Yasmin sudah menyorong basikal menukar arah ke jalan besar.

            Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. ‘Alhamdulillah.’

            “Betul ke ni Min. Buat susah-susah saja,” Aina berbasa-basi.

            “Betullah kak. Tapi akak la yang kayuh. Min mana larat,” ujar si kecil yang baru berusia sepuluh tahun.

            “Ya tak ya juga kan. Okeylah, biar akak yang bawa, Min duduk di belakang.” Aina memberi cadangan.

            “Beg akak tu biar Min pegang. Kalau letak dalam raga tu, nanti kena ragut pula,” kata Yasmin yang sudah pun bertenggek di pelantar basikal.

            “Betul juga tu. Nah,” dihulur tas tangan miliknya kepada Yasmin. “Pegang kuat-kuat ya. Jangan nanti akak sampai kat jalan besar, Min pula tak ada kat belakang ni. Susah akak.”

            Yasmin sudah mengekek ketawa sambil memaut pinggang Aina. Aina mula mengayuh basikal. Kayuhan yang mulanya perlahan semakin bertambah laju. Dia menggunakan kudrat yang ada untuk segera tiba di laluan utama.

            Tidak sampai lima minit Aina sudah sampai di simpang jalan. Kalau berjalan kaki tadi belum tentu dia tiba secepat itu.

            “Min,” dihulur wang kertas warna hijau kepada Yasmin.

            “Kenapa kakak bagi Min duit ni?” tanya Yasmin sambil memandang tepat ke wajah Aina.

            “Ini kakak hadiahkan untuk Min sebab tolong kakak,” jawab Aina jujur.

            Yasmin memandang basikalnya. Wajah Aina dipandang lama.

            “Ambillah Min. Kakak hadiah. Ini bukan sedekah tau. Tapi hadiah dari kakak,” ujar Aina masih mengunjukkan duit kertas lima ringgit ke arah Yasmin.

            Yasmin tidak mahu mengambil wang di tangan Aina. “Min tolong kakak bukan sebab nak upah. Min tolong kakak sebab Min tau kakak mesti penat nak jalan jauh. Min ikhlas nak tolong kakak.”

            Aina senyum mendengar jawapan polos si comel di hadapannya. Dia tahu Yasmin memang tidak mengharapkan upah daripadanya.

            “Min pernah dengar tak orang cakap, buat baik dibalas baik?” soal Aina mahu memujuk Yasmin.

            Yasmin mengangguk.

            “Jadi ni memang rezeki Min.” Aina turut tersenyum apabila Yasmin mengukir senyuman di bibir.

            Yasmin lambat-lambat mengambil wang kertas yang diunjukkan kepadanya. “Terima kasih Kak Aina.”

            Aina mengangguk. “Akak yang patut ucap terima kasih pada Min tau.”

            Berkerut wajah Yasmin.

            “Min dah tolong kakak,” sambung Aina.

            “Oh, perkara kecil je kak.”

            Aina memandang ke jalan raya. Tiada kelibat bas atau teksi yang kelihatan.

            “Min baliklah dulu. Tak perlu tunggu kakak. Nanti risau pula emak Min kat rumah. Tengah hari nanti elok-elok pergi sekolah ya.” Aina sempat memberi nasihat sebelum matanya menangkap kelibat sebuah teksi berwarna merah semakin menghampiri.

            Laju tangan kiri Aina melambai dengan harapan teksi tersebut berhenti.

“Kak Aina…” panggilan Yasmin sudah tidak dihirau oleh Aina. Dia tidak mahu terlepas waktu dan tiba lewat ke tempat yang mahu ditujunya.

‘Kawan kakak agaknya. Tapi kenapa kakak duduk di belakang?’ Yasmin memandang sahaja Aina memasuki perut kereta merah sehinggalah kereta itu berlalu.

Wang kertas di tangan segera dimasukkan ke dalam poket seluar panjangnya. Dia mengayuh basikal menuju ke arah rumahnya yang hanya selang dua buah rumah dari rumah Aina.

*******

BERKERUT dahi Najmi. Namun diperlahankan kenderaan. ‘Kecemasan barangkali.’

Gadis muda yang menahannya tadi segera melangkah masuk lalu duduk di tempat duduk penumpang di belakang di sebelah kirinya. Dari cermin pandang belakang, Najmi memerhati sahaja gadis itu membuka tas tangannya lalu mengeluarkan sekeping tisu. Gadis itu mengesat keringat di dahi. Sekeping lagi tisu dikeluarkan. Sambil memandu, Najmi masih lagi curi-curi pandang ke belakang melalui cermin pandang belakang.

Aina membuka kedua-dua kasut yang dipakai. Tisu di tangan dilap ke tumit kasut. Kasut yang dipegang ditelek mencari kesan selut. Langsung dia tidak menoleh ke arah pemandu.

Najmi sudah menggaru kepala. Tidak gatal sebenarnya. Sekadar mahu mengusir rasa pelik yang bertapak di mindanya.

“Err…cik nak ke mana?” soal Najmi setelah sekian lama gadis tadi tidak berkata apa-apa. Risau juga dia. Bawa anak dara orang. Kalau tidak kena gaya mahu dia kena pukul dengan alasan menculik. Ngeri pula bunyinya. Sekali lagi dia mengutarakan soalan yang sama apabila gadis di tempat duduk belakang tidak memberi respon. Asyik sangat mengelap kasut bertumit yang sedikit berselut itu.

Aina menoleh ke hadapan. “Encik bercakap dengan saya?”

Najmi menahan diri. Terpaksa dia sembunyi gelak yang hampir meletus sebaik mendengar pertanyaan gadis itu yang menjawab soalannya tadi. ‘Dah kenapa cik adik ni. Sah-sah aku cakap dengan dia. Siapa lagi ada dalam kereta ni?’

“Encik tanya apa tadi?” soal Aina.

Najmi senyum sumbing. Dia mengulangi soalan yang sama untuk kali ketiga.

“Eh! Saya belum cakap nak ke mana ya. Maaflah,” sempat Aina ketawa kecil. “Tolong hantar saya ke Jalan Raja Laut.”

Najmi akur sementelah dia juga menuju ke laluan yang sama. ‘Nasib baik sama, kalau tak memang aku tinggal juga cik adik ni tepi jalan.’

Aina bersandar selesa. Dia lega sudah separuh jalan menuju ke destinasi yang mahu dituju. Dalam rasa lega itu mindanya sarat memikirkan apa yang tidak kena dengan keretanya. Minyak masih penuh. ‘Dah servis. Baru je bulan lepas. Entah apa yang tidak kena.’

Najmi yang memandu di hadapan sempat melirik ke arah si gadis berbaju rona putih dan hitam. Mahu bertanya takut pula dia mengganggu gadis itu. Akhirnya dia membuat andaian sendiri. ‘Set three pieces macam lawyer.’

Cekap Najmi menukar lorong. Dari laluan Sungai Besi dia sudah menukar laluan ke Jalan Tun Razak. Kenderaan sudah banyak, jadi dia mesti berhati-hati. ‘Eloklah sekejap lagi sampai.’

“Cik nak berhenti di mana?” soal Najmi.

“Wisma Sime Darby.”

Najmi lantas menoleh ke belakang.

“Eh encik! Pandang depan,” suara nyaring Aina jelas kedengaran. Najmi menggeleng kepala. ‘Mujur jantung aku sihat.’

Aina mengurut dada. Risau pula dia bila pemandu itu menoleh ke arahnya. ‘Kereta dahlah banyak. Buatnya accident, siapa susah?’

*******

AINA mendongak memandang bangunan tersergam di hadapannya. Memang itulah impiannya. Mahu bekerja di sebuah syarikat gergasi di ibu kota. Syukur dipanjatkan pada Ilahi kerana impiannya telah termakbul.

            Aina melangkah penuh yakin walau pun di dada tetap berdebar. Entah bagaimana penerimaan rakan-rakan sekerja, bos baikkah, bolehkah dia menjalankan tugasnya dengan baik. Semua itu berlegar-legar di dalam fikirannya. Dia sudah tiba di hadapan pintu lif menunggu dengan sabar. Sebaik pintu lif terbuka, Aina melangkah masuk. Berhimpit dia dengan ramai orang yang mahu menuju ke destinasi masing-masing. Aina mengintai butang yang tertera nombor 19. ‘Good dah ada orang tekan.’

            Semakin menghampiri tingkat 19, ruang lif lebih selesa jadinya. Aina menarik nafas bagai mahu mengusir rasa debarnya.

Ting!

Pintu lif terbuka. Aina mendonggak memerhati nombor yang tertera. 19. Sebaik pintu lif terbuka, Aina melangkah keluar dari ruang lif.

“Selamat pagi,” tegur Aina pada gadis di meja penyambut tetamu.

“Selamat pagi cik,” balas gadis bertudung biru dalam senyuman. “Boleh saya bantu.”

Aina turut senyum. “Saya nak lapor diri.”

“Cik Aina Izz Zara Aizuddin kan?”

Aina menggangguk.

Welcome to the company. Puan Idayu memang sedang tunggu cik. Oh by the way my name is Iman.”

Aina menyambut huluran tangan Iman. Mereka berbalas senyuman.

“Mari Iman bawa Cik Aina ke bilik Puan Idayu. She’s our senior officer di HR Department.”

Yes sure. Thanks Cik Iman,” ucap Aina.

“Eh tak payah bercik-cik ni. Panggil je Iman,” kata Iman sambil menoleh ke arah Aina sambil berjalan mendahului Aina.

“Kalau macam tu, Iman pun panggil Aina je. Tak perlu la cik-cik juga,” balas Aina.

Iman membawa Aina memasuki ruang pejabat. Langkah Aina sedikit laju apabila Iman sudah semakin jauh beberapa langkah darinya. Aina turut sedar dirinya menjadi perhatian. Begitu banyak mata menjadi pemerhati. Dia sekadar melemparkan senyuman kepada semua staf yang berpapasan dengannya.

Okay. Here we are. Ni bilik Puan Idayu.”

Iman mengetuk pintu. Kemudian daun pintu ditolak perlahan sebaik sahaja tombol pintu dipulas.

“Assalamualaikum Puan Ayu.” Iman merapati meja kerja Puan Idayu.

Puan Idayu menyambut kedatangan Iman dengan senyuman. Salam juga turut dibalas.

“Ini staf baharu kita puan, Cik Aina Izz Zara Aizuddin.”

Aina menahan senyum. ‘Amboi dua kali sebut nama penuh aku. Hafal tu.’

“Assalamualaikum Puan Idayu,” sapa Aina. ‘Hari pertama. Lapor diri kena la behave kan.’

Segera Aina mengingatkan dirinya. Kelakuan dan adab perlu dijaga bukan hanya pada hari pertama masuk bekerja. Selaku pekerja baharu, dia perlu menunjukkan sikap yang baik sepanjang masa. Bukan niat untuk tunjuk baik atau membodek bos tetapi itulah yang sepatutnya. Aina turut ingat pesanan ibunya pagi tadi.

“Aina kita kerja makan gaji ni kena la berdisiplin, jaga masa dan paling penting niat kita pergi kerja. Kerja ni ibadah. Jadi janganlah buat perkara yang tidak elok waktu kerja. Jaga diri, jaga peribadi.”

“Saya tinggalkan Cik Aina dengan puan ya. Saya nak sambung tugas saya,” ujar Iman.

“Baik Iman. Thank you,” balas Puan Idayu.

Beberapa langkah sebelum Iman menghampiri pintu masuk, Puan Idayu memanggil nama Iman.

“Tolong panggil Ami masuk bilik saya.”

“Baik Puan.”

Sebaik sahaja Iman menutup pintu, “ Eh! jemput duduk.”

“Terima kasih puan,” balas Aina sopan.

Aina menarik kerusi kayu di hadapannya. Dia duduk. Di kala itu sempat dia membuat analisa wanita di hadapannya. Orangnya nampak manis dengan tudung berona merah jambu. Nampak tegas tetapi air mukanya tenang.

Ini kali kedua dia bertemu wanita itu. Mana mungkin dia lupa. Puan Idayu turut hadir semasa sesi temuduga dia sebulan yang lalu. Meski pun wanita itu hanya menjadi pemerhati, namun dia percaya Puan Idayu turut membuat penilaian dari segi sikap, bahasa tubuh dan reaksi calon yang ditemuduga.

First of all tahniah and welcome to Yayasan Sime Darby, Cik Aina Izz Zara. How should I address you?” soal Puan Idayu.

Thank you puan. You can call me Aina,” ucap Aina beserta seulas senyuman.

“I believe you aware on your position in this organization. With your great achievement from accounting background, you will be reporting to Business Services Department.”

Aina mengangguk tanda faham.

“Kita tunggu Encik Adam Najmi. He is the Head of  Business Services Department. You will work closely with him.”

“Ya puan.”

Ketukan di pintu jelas kedengaran.

“Masuk.”

Pintu dikuak dari luar.

Yes Ami, come in.”

“Assalamualaikum Puan Ayu,” sapa pemilik nama Ami.

Aina cuba mengecam suara itu. Seperti pernah dia dengar.

Have a seat young man,” pelawa Puan Idayu.

Sebaik sahaja Aina menoleh ke sisi kanannya, dia terdiam. ‘Oh! No.’ Aina seperti mahu menyembunyikan wajah terkejutnya di dalam beg tangan yang dipegang. Punyalah besar dunia ni kenapa boleh berjumpa lelaki ini, omel Aina di dalam hati. Sudahlah terjumpa semula lelaki yang disangka pemandu teksi, malah dia akan bekerja di jabatan yang sama dengan lelaki itu.

Najmi memberikan senyuman paling manis buat Aina. ‘Kecil sungguh dunia ni.’

6 comments:

  1. Hahaha lawaklah aina boleh sangka kereta najmi tu teksi... Good job kak Sha :) will be waiting for the next chapter...

    ReplyDelete
  2. Ha tu la tu, kn skrg byk teksi mewah...kereta merah najmi tu nmpak macam teksi sbb aina nk cepat...tq Suha..insya Allah next chapter in the making..

    ReplyDelete
  3. hehe menarik cite baru ya... Kelam kabut betullah aina nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Rozita, citer baru..kelam kabut la juga bila pemandu teksi jadi bos sendiri...

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim