20 December 2015

Mr. Right Forever 29

Assalamualaikum/Salam Sejahtera semua rakan-rakan pembaca,
 
Terima kasih atas sokongan semua. Selamat membaca sambungan kisah Sarah & Rifqi. Andai ada kekurangan di mana-mana, mohon rakan-rakan beri teguran & komen untuk penambahbaikan. Sudah baca, silalah tinggalkan komen atau cadangan.
 
Terima kasih.
 
Salam sayang,
Sha Hashim
20 Disember 2015
 
@}-;--- @}-;--- @}-;---

SARAH memerhati raut wajah Rifqi sebelum lelaki itu masuk ke dalam kereta. Dia dapat rasakan gelombang yang sama dalam sanubarinya. Namun semuanya terpaksa dia telan jika mama dan papa sudah ada pilihan untuknya.

            Sebaik CX-5 Rifqi hilang dari pandangan, Sarah melangkah laju ke dalam rumah.

            “Sarah nak ke mana tu?” tegur Dato’ Shamsul.

            Sarah berhenti dan memusingkan badannya mengadap papa dan mamanya yang berada di belakang.

            “Nak masuk mandi dulu. Dah melekik satu badan masa bersenamrobik tadi pa.”

            “Ermm.. yalah.”

            Langkah Sarah atur ke muka pintu. Dia mahu segera sampai ke biliknya. Air mata yang ditahan tadi sudah bergenang di kelopak mata. Dia tidak mahu titisan air matanya terpamer di hadapan papa dan mamanya. Biarlah dia korbankan perasaan yang mula tumbuh jika itu membahagiakan kedua orang tuanya.

            Melihat Sarah sudah masuk ke dalam rumah, Datin Kharidah menarik tangan suaminya ke arah pergola di sisi rumah. Dilabuhkan punggung di situ.

            “Sayang tak nampak muka budak berdua tu?” soal Dato’ Shamsul. “Kesian saya tengok.”

            “Kalau saya tak buat macam tu, entah bila la baru mereka nak mengaku bang. Saya nak cepatkan rancangan satukan mereka berdua tu bang.”

            Dato’ Shamsul mengerutkan wajahnya. Tanda dia tidak faham.

“Nak cepatkan macam mana kalau sayang dah bagi tahu Iqi, sayang dah ada calon untuk anak kita tu?” Kecewakan budak Iqi tu adalah.”

“Bukan macam tu bang. Itu cuma rancangan sayang. Sayang nak tengok sejauh mana Iqi tu sukakan anak kita.”

Dato’ Shamsul senyum sedikit.

“Pihak sana tahu ke”

“Siapa? Ruziah ke maksud abang? Sayang dah bincang hal ni dengan Zie. Dia setuju.”

“Kalau macam tu abang ikut saja rancangan sayang.”

*******

(Esoknya)

DI dalam bilik Rifqi mundar-mandir. Langsung dia tidak boleh duduk diam Fikirannya serabut memikir bagaimana dia boleh mengubah keputusan Aunty K.

Telefon bimbit di atas meja komputer dipandang lama.

‘Nak call ke nak WhatsApp?’

Rifqi meraut wajahnya.

‘Lama-lama macam ni, boleh hilang akal dibuatnya.’

Rifqi bergegas keluar dari biliknya. Menuruni anak tangga.

Puan Ruziah yang sedang menyiapkan sarapan terkejut melihat anaknya tidak bersiap ke universiti.

“Iqi tak kerja hari ni?” soalnya ingin tahu.

“Kerja. Tapi kelas Iqi pukul 11.00 pagi mak.”

“Kalau gitu kita sarapan sama-sama. Tunggu abah,” kata Puan Ruziah mengambil sebiji pinggan lagi.

Kebiasaannya Rifqi jarang bersarapan bersama-sama kedua orang tuanya. Dia keluar awal pagi. Puan Ruziah akan menyediakan bekal sarapan untuk Rifqi.

“Ya Allah mak!”

Rifqi tercegat kaku. Baru dia ingat dia sudah berjanji dengan Sarah untuk menghantar gadis itu ke tempat kerja. Semalam dia yang hantar gadis itu pulang ke rumah. Matanya melirik ke arah jam di dinding. 6.00 pagi.

“Mak Iqi dah lambat ni. Iqi janji nak ambil Sarah pagi ni,” bergegas Rifqi menaiki anak tangga. Mujur baju kerjanya sudah siap bergosok. Sebelum solat subuh tadi dia sudah mandi.

‘Nasib baik aku tak tidur balik tadi. Ampang dah la jammed. Ahh..masak.’

Siap berpakaian dan mengemas diri, Rifqi segera menyarung sarung kaki. Langkahnya pantas. Beg kerjanya disangkut ke bahu. Sebelum keluar dari bilik, haruman Acqua Di Gio dicapai dan disembur sekali lalu.

Rifqi bergegas keluar dari biliknya dan menuruni anak tangga. Tangannya laju menaip di aplikasi WhatsApp. “I dah on the way to pick you up.”

“Mak, Iqi pergi dulu.” Tangan emaknya dicapai dan dikucup. Puan Ruziah seperti selalu akan memeluk dan mencium pipi Rifqi kiri dan kanan. Tanpa gagal Rifqi pasti mengucup dahi emaknya.

“Hati-hati bawa kereta. Biar lambat asal selamat,” pesan Puan Ruziah.

“Baik mak.”

“Ni bekal,” unjuk Puan Ruziah ke arah anaknya.

“Kenapa ada banyak ni?” soal Rifqi. Tangan tetap menyambut bekal yang diberi oleh emaknya.

“Bagi Sarah. Iqi nak ambil Sarah kan pagi ni,” satu senyum Puan Ruziah hadiahkan pada Rifqi.

“Eh! Abah,” sapa Iqi apabila abahnya muncul di muka pintu.

“Awal pagi ni Iqi,” balas Encik Qamaruzzaman.

“Pagi ni Iqi janji nak ambil Sarah. Lepas tu nak hantar dia ke tempat kerja.”

“Sampaikan salam abah pada parents Sarah kalau Iqi bertemu mereka nanti.”

“Insya Allah abah. Iqi gerak dulu ya.” Sama seperti emaknya, Rifqi mencium tangan abahnya. Tubuh abahnya dipeluh erat.

*******

SARAH bersiap dengan pakaian kerjanya. Dia tidak mahu Rifqi menunggu lama di luar.

‘Tak sempat agaknya nak sarapan ni.’

Sarah menuruni anak tangga dan berlalu ke arah dapur. Di dapur Datin Kharidah sedang menuang air panas ke dalam satu bekas berisi dua biji telur. Itu antara menu wajib suaminya. Telur separuh masak.

Kembang kempis hidung Sarah. Bau nasi goreng mamanya menusuk ke hidung. Perut yang belum diisi, terasa lapar pula. Sarah menuju ke rak pinggan. Tupperware separuh besar diambil. Nasi goreng diceduk.

“Sarah tak makan dulu?”

“Takut tak sempat la ma. Pagi ni Iqi datang ambil Sarah.”

“Oh ya lupa mama. Kereta Sarah macam mana?”

“Kata Iqi nanti dia uruskan ma.”

“Nanti jemputlah Iqi makan dulu. Sempat la sarapan sama-sama.”

“Tak payah la ma. Nanti lambat pula Iqi pergi kerja. Dia nak hantar Sarah lagi tu. Then dia nak balik ke Cyberjaya pula lepas tu.”

“Kalau macam tu buat la satu bekas lagi nasi goreng tu. Bagi pada Iqi. Cakap bakal mak mertua bagi,” usik Datin Kharidah.

“Mama, tak baik tau gurau dengan Iqi macam tu. Dah la semalam dia terkejut dengan rancangan mama. Hari ni mama nak bagi harapan pula. Kesian dia ma.”

‘Amboi back up nampak,’ tersenyum Datin Kharidah.

Sarah akur. Diambil satu lagi bekas dan dicedok nasi goreng.

“Sudu dan garfu tu jangan lupa. Tisu,” kata Datin Kharidah mengingatkan.

Sarah masukkan bekas makanan ke dalam beg kertas. Bekas air juga dimasukkan ke dalam beg yang sama. Diangkat dan dibawa ke meja kopi di ruang tamu. Diletakkan di situ bersebelahan beg tangannya.

“Sarah, Iqi dah sampai tu,” ujar Dato’Shamsul yang menjengah ke dalam rumah.

Sarah bingkas bangun. Dia menuju ke dapur. “Mama, Sarah nak pergi dah ni.”

“Kirim salam dengan Iqi,” pesan Datin Kharidah.

“Insya Allah ma.” Sarah bersalaman dan mencium tangan mamanya. Pipi mamanya dicium kiri kanan. “Sarah gerak dulu ma.”

Datin Kharidah mengangguk.

Laju langkah kaki Sarah. Dia tidak mahu Rifqi menunggu lama di luar. Dia rasa bersalah pula menyusahkan lelaki itu mengambilnya pagi itu. Lebih parah apabila rasa hatinya terpaksa dia nafikan demi menjadi anak yang mengikut kata kedua-dua orang tua.

Sarah mengambil beg tangan dan bekas makanan dari atas meja kopi. Dia keluar lalu menyarung kasut. Dia nampak Rifqi sedang berbual dengan papanya di luar pagar.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam Sarah.”

“Elok-elok bawa kereta.”

“Baik uncle.”

“Sarah pergi dulu papa.” Sarah menghulurkan tangan. Tangan papanya dicium. Dato’ Shamsul turut bersalaman dengan Rifqi.

“Kami gerak dulu,” kata Rifqi sebelum dia membuka pintu untuk Sarah. Kemudian dia membuka pula pintu di tempat duduk pemandu. Diloloskan diri ke dalam kereta. Diturunkan ceriman di tempat duduk penumpang di sisi. Dia mengangkat tangan sebelum menekan pedal minyak.

“Assalamualaikum uncle.”

*******

SARAH menoleh sekilas ke wajah Rifqi. Lelaki itu nampak tenang.

            “Terima kasih ambil Sarah pagi ni. Maaf ya,” ucap Sarah.

            Sambil memandu Rifqi menoleh ke arah Sarah.

            “Kasih Sarah I terima tapi maaf tu untuk apa?”

            Sarah senyum sedikit.

            “Maaf sebab susahkan you je pagi ni ambil Sarah. Lepas ni you nak pergi tempat kerja you pula.”

            “Tak adalah susah. I happy dapat ambil dan hantar orang I sayang pergi kerja. Hari-hari pun tak apa.”

            Sarah kaku di tempat duduk. Hatinya rasa sayu. Tidak berani dia mahu memberi respon terhadap kata-kata Rifqi. Bimbang hatinya lebih terluka. Sudahnya Sarah hanya diam sahaja di tempat duduk. Matanya lurus memerhati kenderaan di hadapan.

‘Ya Allah, kenapa baru sekarang lelaki ini berada dalam hatiku? Aku tidak sanggup menghampakan permintaan mama. Aku juga tidak sanggup kehilangan lelaki ini.’

Isyarat pesanan WhatsApp berbunyi. Sarah segera membuka beg tangan dan mengeluarkan telefon bimbitnya.

Assalamualaikum Sarah. Today you on leave kan. So have a good rest. Bosan hari ni Rai sorang-sorang je.

Bulat mata Sarah membaca WhatsApp daripada Raina.

‘Macam mana boleh lupa ni. Macam mana ni? Rifqi?’

“Kenapa Sarah?”

“Err.. Iqi, Sarah minta maaf.”

“I okay. No worry. Tak susah pun hantar you pergi kerja.”

“Bukan…,” tergantung kata-kata Sarah di situ.

Rifqi menoleh sekilas. Terjungkit keningnya.

“Sebenarnya…,” sekali lagi Sarah tidak menghabiskan kata-katanya.

Rifqi perasan Sarah seperti serba tidak kena selepas membaca pesanan yang diterima di telefon bimbitnya tadi.

“Kenapa ni?”

“Sarah nak minta maaf. Sarah lupa hari ni sebenarnya I’m on leave. Suppose you don’t have to pick me up. Sorry,” ucap Sarah sekali nafas.

Really?”

“Ya. Tadi Raina yang remind Sarah. So macam mana ni? Kalau nak patah balik hantar Sarah balik rumah sure you akan lambat sampai kan.”

Rifqi diam. Memikirkan cara terbaik menyelesaikan isu yang timbul. Akhirnya dia senyum lebar.

‘Kenapa pula dia senyum gembira. Aku dah la susahkan dia pagi-pagi ni. Ish tak faham.’

Okay sebagai denda pagi ni you kena breakfast dengan I. Then you kena ikut I pegi MMU. Kelas I pukul 11.00 pagi nanti.”

“Hah!”

“So now where to? Having our breakfast?”

I have no idea but somewhere near to MMU may be,” cadangan Sarah.

I ada bawa bekal. My mum bagi extra. For you she said,” kata Rifqi.

“Sama juga mama pun ada bagi bekal untuk kita,” balas Sarah.

“Kita?” ulang Rifqi.

“Ya untuk kita.”

‘Perkataan ‘kita itu sangat sedap didengar. Akan adakah ‘kita’ untuk kita.’ Rifqi bermonolog dalam hati.

“Apa kata kita ke Taman Wetland dan sarapan di sana.”

As you wish.”

5 comments:

  1. Dah lama tak bukak blogger.. Tak perasan ada update cerita ni..

    Wah³ breakfast sama² nampak.. Bolehlah berbincang dengan lebih lanjut.. Mana tahu hati Sarah berubah & sama² protest dengan Rifqi.. Habis plan mak² nak kenakan anak² nanti.. Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran jazilan Suha singgah..

      Hihi boleh kluar dialog "bikin rosaklah ana punya program," kata mak2 sarah & Rifqi..

      Delete
  2. txs for the update. Last2 mak bapak juga yg amik the next step ya. Slow betullah mereka berdua nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome Rozita..Thanks for your support..

      Kena mak bapa juga campur tangan baru jadi..

      Delete
  3. New UK Casino Site - LuckyClub.live
    The newest online casino for UK players, new casino sites, casino games for UK players and the world's top game providers. Discover the new Welcome Bonus: £20 Welcome Bonus; Deposit Bonus: £20 Welcome Bonus; Mobile 카지노사이트luckclub Available: Android, iPhone, Tablet, Blackberry, Tablet,

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim