26 October 2012

Cerpen Milo Ais: Cinta Tidak Terucap

Ice ada pelajar baru la,” Suzana berbisik perlahan ke telinga Aisyah. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang berdiri tegak di hadapan kelas.

“Pelajar semua, kita ada rakan baru. Sila beri kerjasama kepada beliau memandangkan hari ini adalah hari pertama di sekolah ini. Ini Fairul Faizan Bin Azizan,” ucap Cikgu Norizan guru kelas 3C1 merangkap guru mata pelajaran Perdagangan. Pelajar kelas Perdagangan seramai 30 orang itu semuanya menumpukan perhatian kepada pelajar baru di hadapan kelas.

“Oh,” hampir serentak semua pelajar di kelas 3C1 bersuara.

Smartla mamat ni. Tapi muka serius je,” komen Suzana lagi. Aishah di sebelah hanya diam.

“Fairul awak boleh duduk di meja kosong di sebelah Hasrul,” arah Cikgu Norizan.

 

Suzana masih lagi mengekori langkah Fairul Faizan sehingga dia duduk di kerusi bersebelahan Hasrul, pelajar paling peramah di dalam kelas 3C1. Memandangkan kerusi dan meja disusun mengadap seramai 6 pelajar, Fairul menghulurkan salam perkenalan kepada Dzulhaizat, Hasrul, Rosli, Syamsul Ridzul dan Muhammad Mirza. Meja mereka terletak di belakang kelas.

“Baik kelas, kita sambung bab seterusnya. Hari ini kita akan belajar berkenaan Pengeluaran. Minggu lepas kita dah pun habiskan tajuk Keperluan Dan Kehendak. Sebelum kita sambung, Cikgu nak buat revisionbab sebelum ini. Siapa boleh bagi tahu Cikgu apakah beza antara Keperluan dan Kehendak.”

“Saya Cikgu,” Rusmawati terlebih dahulu mengangkat tangan. Rusmawati antara pelajar pintar di dalam kelas. Orangnya lemah lembut, sopan santun serta peramah. Dia sangat disenangi oleh semua di dalam kelas dan juga dikenali di kalangan pelajar senior kerana eloknya paras rupa. Dengan tahi lalat di atas bibir kiri, menambahkan seri pemanis wajah.

“Ya Rusmawati,” Cikgu Norizan bergerak menghampiri meja Rusmawati yang berdekatan dengan tingkap di tepi pintu masuk.

Lancar sahaja Rusmawati menjawab soalan Cikgu Norizan. “Keperluan mesti dipenuhi untuk terus hidup manakala kehendak diperlukan untuk hidup dengan selesa.”

“Ya betul tu. Apa contoh keperluan manusia?"

“Makanan,” jawab Devi.

“Tempat tinggal,” jawab Suzana.

“Pakaian,” laung Khairul dari belakang kelas.

“Ada lagi tak contoh-contoh keperluan?” tanya Cikgu Norizan sambil matanya memandang pelajar- pelajar di depan mata. “Ya Aishah,” panggil Cikgu Norizan saat dia terlihat Aishah mengangkat tangan.

“Keperluan lain ialah perubatan, pendidikan dan bekalan air,” jawab Aishah lancar.

“Bagus Aishah. Sekarang Cikgu nak tahu apa pula contoh kehendak?” Cikgu Norizan tersenyum melihat anak muridnya bersemangat mengangkat tangan. Berlumba-lumba mereka ingin menjawab soalan.

“Kereta mewah Cikgu,” jawab Anuar.

“Pakaian berjenama,” Chook Loon menjawab dengan yakin.

“Bagus. Nampaknya kamu semua dah buat ulangkaji kan. Baik lah ada sesiapa nak terangkan pada Cikgu berkenaan Teori Maslow.” Cikgu Norizan ingin memastikan anak muridnya benar-benar faham tajuk Keperluan Dan Kehendak sebelum dia meneruskan kepada tajuk seterusnya. Sesi ulangkaji berjalan selama 15 minit. Setelah berpuas hati, Cikgu Norizan meneruskan dengan bab Pengeluaran.

“Pengeluaran ialah aktiviti untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan bagi memuaskan keperluan dan kehendak manusia. Pengeluaran juga ditakrifkan sebagai proses mencipta nilai faedah.”

“Cikgu apa itu nilai faedah? tanya Siew Foong ingin tahu.

“Nilai faedah ni ada empat jenis iaitu nilai faedah bentuk, nilai faedah tempat, nilai faedah masa dan nilai faedah milikan.” Cikgu Norizan menulis sesuatu di papan hijau. Satu persatu diterangkan dengan jelas. Para pelajarnya menumpukan perhatian di papan hijau. Kelas yang memakan masa satu jam itu berakhir apabila loceng menandakan waktu rehat berbunyi.

“Terima kasih Cikgu,” Badrul Hiza selaku ketua kelas mengetuai semua pelajar mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Norizan. Diikuti oleh pelajar lain.

“Aku turun dulu la Ice. Nanti aku cop tempat kau ya.”

Aisyah hanya mengangguk. Dia hanya memandang Suzana yang telah pun keluar bersaing dengan rakan-rakan yang lain.Masing-masing mula meninggalkan kelas menuju ke kantin sekolah.

“Jom Fairul. Kita ke kantin. Sapedek dulu ya,”ajak Hasrul. Fairul senyum sambil manganggukkan kepala. Ganesh yang terdengar kata-kata Hasrul turut tersenyum. Rosli, Syamsul Ridzul, Mirza, Anuar, Kamal mengekori dari belakang.

Dzulhaizat berjalan menuju ke meja Aishah. “Iceboleh tolong aku tak?”

“Tolong apa, Jat?”

“Ni BI semalam aku tak tau la nak jawab soalan-soalan komprehensif tu. Tolong aku?”

“OK. Boleh je.”

“Eh Jat. Dah-dah la tu. Nak dating pun lepas sekolah la wey. Jom pi soru dulu,” jerit Hasrul di muka pintu.

Dzulhaizat tersenyum memandang Hasrul yang menunggunya di muka pintu. Merah mukanya menahan malu. Lambat-lambat dia melangkah keluar kelas.

“Wey Ice, hang tak mau ikut kita orang pi makan ka?” ajak Hasrul dengan loghat utaranya.

“Korang gerak dulu. Aku nak sapu kelas dulu. Hari ni turn aku duty la.”

“OK. Kau nak apa-apa tak? Aku tolong belikan.”

“Tak apa Jat. Aku bawak bekal nasi goreng. Mak aku masak.”

Hasrul dan Dzulhaizat berlalu pergi. Aisyah meneruskan tugas menyapu sampah. Habis menyapu, diambilnya penyodok sampah dan memasukkan sampah serta pasir yang dikumpul tadi ke dalam tong sampah. Setelah berpuas hati, Aisyah mengambil bekal yang dibawa. Langkah dibawa ke arah kerusi batu tempat kawan-kawannya berkumpul.

Di kantin suasana hiruk pikuk dengan suara para pelajar. Sambil berbaris mahu membeli makanan dan minuman mereka rancak berborak sesama sendiri. Kebanyakan kerusi dan meja di kantin hampir penuh diduduki oleh pelajar-pelajar.

Seperti biasa, Suzana, Khairun Niza, Mariati, Mastura, Zuraidah, Ros Anizalia dan beberapa orang lagi pelajar perempuan akan berkumpul di kerusi batu di bahagian tepi kantin sekolah. Suasana di situ redup dilitupi dengan pepohon rendang. Sambil menikmati makanan sama ada yang dibawa dari rumah atau dibeli di kantin, mereka berbual panjang.

Ice,” Suzana menjerit lantang memanggil Aisyah. Aisyah yang mendengar jeritan Suzana berjalan laju ke arah Suzana. Aisyah mengambil tempat di sebelah Suzana.

“Ada pelajar baru kat kelas korang kan,” Azura bersuara agak kuat.

“Mana kau tau Jua?” tanya Suzana.

“Mesti la tau sebab kembar dia dalam kelas aku,” Azura memberitahu Suzana yang nyata nampak teruja.

“Hah Fairul ada kembar?” Aishah bertanya pada Azura. Tangan yang sedang menyudu nasi goreng ke mulut terhenti.

“Oh Fairul ya nama adik si Azrul tu. Hensem kan?” getus Azura sambil tersenyum.

“Berangan la tu,” sampuk Aishah apabila dilihatnya Azura tersenyum sendiri.

“Mana ada. Kau ni tak baik tau,” nafi Azura.

“Jua tak yah la nak tipu. Tengok muka pun aku dah tau. Dah jangan nak berangan nak bercinta bagai. Kita semua ni muda lagi tau. Pelajaran lagi penting,” Aishah mengingatkan Azura serta dirinya sendiri.

“Ha betul tu. Aku pun setuju dengan apa yang Ice cakap,” Khairun Niza menyokong kata-kata Aishah. Sementara kawan-kawan yang lain turut mengangguk.
Ice aku tau la kau tu ulat buku. Sesuai dengan nama ice tu. Kalau dah jodoh aku sampai awal, jangan la kau jeles pulak Ice,” ujar Azura sengaja membakar hati Aisyah.

Aishah tidak sedikit pun berkecil hati. Dia faham sangat perangai Azura yang selalu cakap lepas. Azura pasti akan melupakan apa yang diucapkannya selepas itu. Mulutnya agak berbisa, namun baik orangnya. Sangat mengambil berat perihal kawan-kawan. Mereka mula berkawan baik sejak dari tingkatan satu lagi. Walau pun mereka berlainan kelas itu tidak menghalang mereka berkawan. Selalunya mereka akan berkumpul pada waktu rehat atau pun sama-sama menyertai aktiviti sekolah bersama-sama. Tambahan lagi kelas mereka bergabung semasa kelas Pendidikan Agama Islam. Bilangan pelajar bukan Islam tidak ramai jadi kelas Pendidikan Moral dan Sivik juga bergabung. Kelas 3C1 dengan kelas 3C2 digabungkan bukan hanya untuk kelas Pendidikan Agama Islam malah kelas Pendidikan Jasmani juga.

“Eh Jua, mereka tu kembar seiras ke atau tak seiras.” topik pelajar baru Fairul dan Azrul masih lagi menarik minat pelajar-pelajar perempuan hari itu.

“Nak tau tengok la sendiri masa kelas Ustaz Shamsuddin nanti,” balas Azura dengan senyuman manisnya.

Suzana mencebik. Dia tidak sabar ingin mengenali adik-beradik kembar yang baru bertukar ke sekolah mereka. Suzana sangat obses dengan pasangan kembar. Obsesinya itu telah menjadikan Suzana rajin membuat beberapa folio berbentuk gambar pasangan kembar.

Di meja kantin sekolah Hasrul mula memperkenalkan pasangan kembar Azrul Aizan dan Fairul Faizan kepada kawan-kawan yang lain. Cepat sahaja mereka mesra. Bermacam-macam soalan yang ditanya oleh mereka kepada sahabat baru yang nyata cepat menyesuaikan diri.

“Azrul, Fairul korang nak join team hockey tak?” Dzulhaizad selaku Kapten Hoki Sekolah bertanya. “Team Hockey sekolah ni baru je ditubuhkan. So kalau korang nak join boleh la datang praktis petang-petang kat padang Taman Kamunting Jaya,” usul Dzulhaizat. “Kalau weekend kami praktis di Padang Esplanade di Taiping depan MPT.”

“Ok gak tu,” Azrul bersuara lebih pantas. Azrul lebih lincah sementara Fairul lebih banyak senyum dari berkata-kata. Agak pendiam berbanding Azrul. “Saper Coach?”

“Cikgu Hamid. Dia pun baru lagi transfer ke sekolah kita ni,” Azhari yang dari tadi hanya mendengar bersuara menjawab soalan Azrul.

“Kiranya kita ni pioneer team hockey la kan,” Fairul pula bertanya inginkan kepastian.

“Yup Fairul. And yang best tu batchkita je yang join hoki ni since Cikgu Hamid tubuhkan pasukan hoki sekolah. Baru lagi, start awal tahun ni la,” beritahu Dzulhaizad dengan senyuman.

“Wah baru sangat lagi. Ni baru bulan 3. Ok akujoin. Petang ni ada praktis ke?” Azrul bersemangat mahu menyertai pasukan hoki sekolah.

“Hang tak mau join ka wey,” Hasrul bertanya sambil mata memandang tepat ke arah Fairul.

“Aku pun in.”

“Wokeh. Good-good. Hampa baguih dok kat bahagian defender,” cadang Hasrul yang memang becok dengan loghat utaranya.

Team lelaki je ke? Team girlada tak?” Azrul ingin tau.

“Mesti la ada,” pantas Mirza bersuara.

“Praktis sama-sama ke?”

“Aaah. Petang ni hang buleh la jumpa semua team laki dengan team pompuan.”

“Selalu dorang suka berkumpul kat kerusi batu tepi kantin ni. Nak kenal kalu, pegi la tengok sendiri,’ cabar Azrul Amir.

“Wey yang lain hang bleh usha. Ice hang jangan kacau. Satgi mau kena pukui dengan kayu hoki kapten,” Hasrul memberi peringatan.

Dzulhaizat dah tersenyum sipu diusik Hasrul. Rakan-rakan yang lain dah pun ketawa. Azrul dan Fairul semakin teruja mahu mengenali rakan-rakan yang lain terutamanya pasukan hoki sekolah mereka.

“Pandai je la hang ni Hasrul. Dia kawan baik aku kot,” nafi Dzulhaizat. “Kalau Rusma tu memang aku tak bagi korang kacau,”terang-terang Dzulhaizat memberi ingatan.

“Ah sudah la wey. Sekilas ikan di laut, aku dah tau ikan apa,” kata-kata Hasrul disambut gelak ketawa yang lain. Suasana di kantain riuh dengan suara gelak tawa kumpulan hoki sekolah yang berada di penjuru kiri kantin sekolah.

Gelak ketawa mereka sampai didengar oleh mereka yang duduk di kerusi batu. Mendengar suara sahaja mereka sudah tahu siapakah yang bergelak ketawa di kantin sekolah.

“Sakan Hasrul and the gang gelak. Apa kes tu?” Zarina memanjangkan leher memandang ke arah suara riuh rendah dalam kantin.

“Ntah la. Takpe Ice bleh risik apa kisah dorang tu.”

“Eh apa pulak aku Gie,” Aisyah tidak puas hati bila namanya dipetik oleh Hazana tadi.

“Ye la kan. Kau kan rapat dengan Kapten,” ujar Gie sambil mengelip-ngelip mata sepetnya.

“Ish takde makna la nak korek citer dorang.”

Ice tolong la risik pasal kembar tu,”renget Hazana lagi.
Aisyah senyum sahaja. “Berminat nampak. Tadi Jua, ni kau pulak Gie,” giat Aisyah.

Hazana tersenyum sumbing. Matanya yang sedia sepet semakin kecil jadinya.

“Eh petang ni ada training kan,” tanya Azlina.

“Ya ada. Tapi aku lewat sikit kot. Aku ada tuisyen Maths.”

“OK Ice. Jangan tak datang pulak,”Azura mengingatkan Aisyah. Hanya anggukan sahaja yang mampu dibuat oleh Aisyah memandangkan mulutnya masih dipenuhi dengan nasi goreng hasil air tangan ibu tersayang.

“Tak sabar nak pegi training petang ni,” ucap Azlina diiringi senyum.

“Apsal?”

“Korang tak tau ke? Ina ni dah angau sukakan coachkita tu. Ala-ala Chuck Noris katanya,” Rusmawati membongkar rahsia hati Azlina.

“Hah! Ya ker? Baru kutahu. Patut la di padang kau semangat semacam Ina. Tapi kan Cikgu Hamid tu macho kan. Pastu cool jer,”luah Hazana.

“Ha tau takpe. My Chuck Noris tu,” balas Azlina.

“Eh korang dah hafal poem yang Cikgu Monica bagi semalam?” kata Khairun Niza menukar topik perbualan mereka.

“Hah! Eee aku lupa la. Eh bila nak kena present poem tu?” Suzana meluahkan kegusaran hatinya.

“Hari ni kan Khairun?” Aisyah inginkan kepastian.

“Yup. Betul tu. Hari ni kena presentkat depan kelas sorang-sorang.”

“Yer ke. Ish ngeri lak. BI aku dah la tunggang langgang. Nak hafal sajak dalam BI,” Norzita pula meluahkan rasa hatinya.

“Nasib baik Cikgu Asha tak minta kelas kitaorang buat camtu,” Azura menyatakan kelegaannya.

Kringgg...loceng menandakan waktu rehat telah tamat telah pun berbunyi. Semua pelajar mula berjalan ke arah kelas masing-masing. Pelajar 3C1 dan 3C2 memanjat tangga hingga ke tingkat 3. Sementara menunggu kelas bermula, Badrul Hiza mengedarkan kembali buku latihan Bahasa Melayu yang diambil dari bilik guru.

Ice,” tiba-tiba sahaja Dzulhaizat telah pun berdiri di sebelah Aisyah. Tangan dibawa ke dada untuk mengusir rasa terkejut disapa Dzulhaizat tiba-tiba.

“Ya ada apa Jat?

“Macam mana nak sebut perkataan ni,”Dzulhaizad menunjukkan perkataan reservation.

Aisyah menyebut dengan perlahan. Dzulhaizat mengikut dengan perlahan. Sekali lagi Aisyah menyebut perkataan reservation supaya Dzulhaizat berjaya menyebut perkataan reservation dengan betul.

Sebaik sahaja Dzulhaizat berjaya menyebut buat kali kedua, kelibat Cikgu Monica muncul di hadapan kelas.

Laju sahaja langkah Cikgu Monika.

Stand up,” lantang suara Badrul Hiza. Semua pelajar bangun. “Good morning teacher,” Pelajar mengajuk ucapan yang diketuai oleh Badrul Hiza.

Good morning class,” Cikgu Monika yang sentiasa tampail dengan imej skirt labuhnya membalas sapaan pelajarnya tadi. “OK everyone. Have you ready?”

Seisi kelas 3C1 diam.

Any volunteer?” tanya Cikgu monika menunggu respon anak muridnya.

OK good Afida. Come in front.”

Semua pelajar diam sewaktu Afida membacakan sajak bertajuk Trees yang ditulis oleh Kilmer:

                                  Trees

I think that I shall never see

A poem lovely as a tree.

A tree whose hungry mouth is prest

Against the earth's sweet flowing breast;

A tree that looks at God all day,

And lifts her leafy arms to pray;

A tree that may in summer wear

A nest of robins in her hair;

Upon whose bosom snow has lain;

Who intimately lives with rain.

Poems are made by fools like me,

But only God can make a tree.

Sebaik Afida selesai membacakan sajak Trees itu, .

Next,” Cikgu Monika berjalan ke arah belakang kelas.

Aisyah bangun menuju ke hadapan kelas. Sajak tersebut dibacanya penuh penghayatan. Tona suaranya berubah-ubah. Bacaannya juga lancar.

“Good Aisyah.”

Cikgu Monika baru tersedar ada seorang pelajar baru di kelas 3C1.

Seems we have new member. Come young man. Introduce yourself.”

Fairul bangun menuju ke hadapan kelas. Perasaan gugup mula berlegar di dalam dada. Dia mula menarik nafas untuk menstabilkan rasa cemas di dalam dada. Semua mata tertumpu kepada dirinya.

Cikgu Monika tahu pelajarnya gugup di hadapan kelas. “Tell me your name,” pinta Cikgu Monika lembut.

My name is Fairul Faizan Bin Azizan.”Fairul kembali diam. Matanya dihala ke arah Cikgu Monika. Sepertinya dia meminta bantuan guru itu.

Where are you from?” Cikgu Monika masih lagi ingin tahu.

“Err.. Kuala Lumpur.”

Today is your first day in this school?”

“Yes, Teacher.”

“Ok Fairul, please sit.” Cikgu Monika bergerak ke hadapan kelas. Class, whose the best in reading the poem just now?"

“Rusmawati.”

“Aisyah.”

“Afida.”

Masing-masing menjerit hinggakan kelas 3C1 menjadi riuh.

Class please slow down your voice. You might disturb other classes.” Cikgu Monika mengingatkan para pelajarnya. Dia juga cuba mententeramkan kelas yang hinggar-bingar tadi. “Well to be fair, tomorrow I want Rusmawati, Aisyah and Afida to read the poem again. But this time with tones, expressions and fluency.”

Teacher why tomorrow? Why not today?”Wai Wah mencelah.

How?” pertanyaan itu Cikgu Monika tujukan kepada Rusmawati, Aisyah dan Afida. Matanya memerhati mereka silih berganti. Mereka bertiga hanya senyum. “Can we start with Afida first?”

Afida menyampaikan sajak dengan suara yang agak mendatar. Perasaan terkejut bila diminta menyampaikan sajak yang sama buat kali kedua amat tidak disenanginya. Namun untuk tidak menghampakan rakan sekelas, Afida mencuba yang terbaik untuk menyampaikan sajak di hadapan kelas.

Seterusnya giliran Aisyah. Selepas itu giliran Rusmawati. Selepas mendengar dan melihat persembahan ketiga-tiga pelajarnya, Puan Monika masih sukar membuat pemilihan, sedangkan masa sudah terlalu suntuk.“Class again with honour, who do you choose?”

Sebulat suara kelas memilih “Aisyah”.

Aisyah mengangkat muka. Dia tergamam. ‘Ye ke ni?’.

Suzana menepuk bahu Aisyah.

“Aisyah please see me after class,”arah Cikgu Monika.

OK teacher.”

Kelas terpaksa ditamatkan lebih awal apabila kerani pejabat memanggil Puan Monika ke Bilik Guru. Ada perjumpaan secara mengejut. Seorang Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah datang membuat lawatan mengejut.

“Badrul please look after the class,” sempat Cikgu Monika meninggalkan pesanan.

*******
“Mak aku dah bising la,” ucap Aisyah sewaktu dia duduk sambil mengadap buku di tangan di tepi padang. Botol air dicapai lalu diteguk perlahan.

Di bawah pohon besar itu lah tempat Aisyah dan Dzulhaizad akan melepaskan lelah setelah penat menjalani latihan hoki. Setiap masa terluang pasti buku pelajaran terselit di tangan Aishah. Semua kerja rumah yang belum sempat disiapkan dibawa bersama. Dzulhaizad lah yang selalu menemani Aishah sambil sama-sama menyiapkan kerja sekolah atau pun sekadar mengulangkaji pelajaran.

“Kenapa,” Dzulhaizad yang duduk di hadapan Aisyah memandang wajah Aishah.

“Ya lah exam dah dekat ni. Mak aku bising aku dok main hoki ni. Mak aku takut aku tak boleh fokus pada SRP tahun ni sebab masa banyak aku hamburkan di tengah padang. Kulit pun dah makin gelap. Yang mak aku paling tak suka bila aku balik dengan kaki terhencut-hencut kena libas bola hoki.”

Dzulhaizad tidak dapat menahan gelak. Kisah pemain hoki dilibas dengan kayu hoki atau terkena bola hoki semasa latihan adalah perkara biasa. Dia juga menghadapi masalah yang sama. Gara-gara minatnya terhadap sukan hoki, hampir sahaja kayu hoki dibakar sang ayah. Mujur sempat diselamatkan. Hasil titik peluh bekerja selepas waktu sekolah, Dzulhaizad mampu memiliki Gryphon Silver Arrow. Lantas kayu hoki kesayangan terpaksa disimpan di rumah nenek yang berada tidak jauh.
Tournament pun dah dekat.”

“Aku dah janji dengan mak aku. Lepas tournamentni abis, aku akan fokus pada SRP. Ni aku nak datang pun mak aku dah berleter panjang.”

“Kau ok la Ice. Kau budak pandai. Test bulanan semua score. Aku lain la. Ada je calit merah dalam report card aku.”

“Ijat kau pun pandai la. Kalau tak pandai, tak kan la kau boleh masuk kelas C1 kan. Maknanya kau budak pandai di kelas C2. So Cikgu hantar kau ke C1 tuk jadi lebih pandai.”

“Ada je jawapan kau kan Ice,” ucap Dzulhaizad sambil senyum. Matanya ralit memerhati wajah Aishah.

“ Hello kawan! Cukup-cukup sudah ya. Jom sambung training,” panggil Azrul Amir.

Aishah dan Dzulhaizad mengemas buku-buku lalu dimasukkan ke dalam beg sandang masing-masing. Langkah diatur ke tangah padang. Cikgu Hamid sudah terpacak di tengah padang. Pemain-pemain hoki sudah berkumpul mengelilingi Cikgu Hamid.

“Ok kali ni Cikgu nak tengok you alllawan team by team. Milo pilih team. Boleh campur. Azlina awak pilih team awak,” arah Cikgu Hamid bila semua pemainnya sudah berkumpul. Milo panggilan yang diberikan oleh Cikgu Hamid kepada Dzulhaizad.

Sementara menunggu pasukan sedia, Cikgu Hamid mengambil bip berwarna merah dari tepi padang. Dzulhaizad dan Azlina telah bersedia. Mereka menunggu arahan seterusnya dari Cikgu Hamid.

“Ok pilih bunga, ekor?” tanya Cikgu Hamid sambil memandang syiling 50 sen di tangan. Azlina memilih ekor. Cikgu Hamid melambung syiling tersebut ke udara dan menangkap kembali syiling lalu diunjuk kepada Azlina dan Dzulhaizad. Keputusan pasukan Dzulhaizad yang akan memukul bola dahulu.

Sebelum permainan dimulakan, Cikgu Hamid memangil setiap kumpulan untuk diberikan taklimat dan juga tips.

Ice, Cikgu nak kamu main midfielder.”
“Tapi selalu saya main wing kiri Cikgu. Saya tak biasa la main di bahagian tengah,” Aisyah bersuara cemas.

“Tak apa Ice. Ni kan latihan sahaja. Cikgu tau awak boleh atur bola dari pertahanan kepada penyerang untuk cipta peluang jaringan. Awak cuba dulu ya,” pujuk Cikgu Hamid.

“Baik Cikgu,” Aishah akur dengan saranan Cikgu Hamid.

Latihan petang itu sungguh meletihkan. Namun perasaan gembira bermain hoki bersama-sama rakan sekelas mengatasi rasa penat yang menjalar ke seluruh fizikal. Dengan tunjuk ajar Cikgu Hamid yang pernah mewakili skuad negeri, semuanya terasa mudah. Jika sebelum ini hoki tidak tersenarai di dalam belanjawan pihak sekolah, selepas melihat prestasi baik para pemain, Guru Besar telah memberikan sumbangan peribadi kepada pasukan hoki sekolah. Semua pemain bermain dengan penuh semangat kesukanan.

*******

“Ice...Ice jauh awak mengelamun,” tegur Dzulhaizad apabila dilihatnya Aisyah tidak menyentuh makanan di depan mata.

Aisyah tersenyum malu. Dia terlupa yang dia berada di hadapan teman sekolah yang sudah hampir berbelas tahun tidak bertemu.

“Apa yang awak renungkan tu. Ingat kenangan zaman sekolah ya,” duga Dzulhaizad.

“Ya Jat. Zaman sekolah tu paling indah. Terutamanya saat kita semua di padang hoki,” ujar Aishah sambil senyum melirik.

Pertemuan semula Aishah dan Dzulhaizad secara tidak sengaja di ruang maya ruangan facebook membawa kepada pertemuan minum petang secara empat mata. Dzulhaizad berusaha mengajak Aisyah bertemu pada petang itu. Pertemuan yang banyak mengimbas kembali memori zaman persekolahan. Perbualan yang juga berkisar kepada aktiviti mereka di sekolah membuatkan pertemuan itu dipenuhi dengan gelak ketawa. Ada sahaja kisah-kisah yang membuatkan mereka tidak kering gusi.

“Aisyah boleh aku tanya sesuatu,” tutur Dzulhaizad.

“Tanya lah,” balas Aisyah.

“Ke mana kau menghilangkan diri selepas SPM dulu? Puas aku cari kau. Aku tanya pada kawan-kawan kita semua. Kau seperti hilang jejak. Sungguh aku tercari-cari kau. Aku selalu pergi ke libraryTaiping, kalau-kalau terjumpa kau di sana. Aku hilang punca bila kau hilang dari hidup aku Ice tapi aku dah tak tau di mana lagi hendak mencari kau. Ada juga aku pergi ke rumah kau. Keluarga kau pula dah berpindah. Pencarian aku terhenti di situ Ice.”

“Kenapa kau cari aku Jat?”

“Ada banyak perkara yang aku tak sempat bagi tau kau masa zaman sekolah dulu. Aku takut aku akan hilang kawan sebaik kau Ice.”

“Apa maksud kau Jat?”

Dzulhaizad terdiam. Dia mencari kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati sejak berbelas tahun yang lalu. Lama dia merenung Aishah di depan mata.

“Aku..sukakan kau sejak zaman sekolah. Tapi aku tak berani nak cakap. Kau budak pandai di sekolah. Aku ingat lagi masa kau kena present poem trees tu kat assembly. Masa tu saham kau naik mendadak. Kau cantik pulak tu. Siapa lah aku,” luah Dzulhaizad. “Kau tak ingat sampai Cikgu Hamid panggi aku MILO sebab kulit aku yang agak gelap ni.”

Aisyah terkedu. Luahan hati Dzulhaizat nyata memberi kejutan besar buat dirinya. ‘Jika kau tau isi hati aku masa kita di zaman sekolah dulu Jat,’ luah Aisyah lirih di dalam hati.

“Jangan la dikesalkan semua tu Jat. Aku yakin Allah telah tentukan perjalanan hidup kita. Lagipun kau dah pun miliki keluarga bahagia. Allah kurniakan kau dengan sepasang kembar yang sangat comel. Aku gembira melihat kau bahagia Jat,” Aisyah memujuk hati yang nyata rasa terkilan dengan luahan yang didengari dari lelaki yang pernah menghuni sudut hatinya dalam diam.

6 comments:

  1. waaaa...Sha!!!! sedih
    hbngn ice dengan fairul cmne?..haha sy dh mula pening bc terbalik...
    mula2 cian kat jat..tp last2 cian kat ice pulak...
    itulah namanya jodoh..kita suka dia, dia suka kita tapi jodoh tu tak ada :(
    pe2 pun good story..
    xsemua kisah kehidupan manis ;)

    ReplyDelete
  2. lupe nk habaq..citer ni buat sy rasa nk pegi sekolah n blaja bersungguh2 utk baiki result yg dulu2 tu n enjoy wat keje giler2 ngan kwn2..hihi

    ps; zaman sekolah adalah zaman yg paling menyeronokkan!!!!

    ReplyDelete
  3. :) begitulah kehidupan ada manis ada pahit, asam garam kehidupan.

    hubungan ice & fairul juga baik.. just takdir menentukan segalanya

    ReplyDelete
  4. Cik Shiroe, sha pun setuju zaman sekolah adalah paling best.. macam-macam kisah ada di sekolah.

    So kalau ada anak-anak yang masih bersekolah, belajar rajin-rajin ya. hargai zaman persekolahan. Cukup manis untuk dikenang..

    ReplyDelete
  5. =) dua2 saling suka sbnarnya... hek2.. tapi xde jodoh kan? hurm =)

    *psst..mula2 baca ingt ice+salah satu kembar tu..ekekke >.< meleset habis!

    ReplyDelete
  6. thanks lieza singgah..

    :) itu lah lieza..jodoh itu rahsia Allah..x tau kn..

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim