06 January 2013

Kasihmu 16

(Kini)

Perbincangan dan urusniaga di antara Bapak Ahmad Saroni dan Luqman berjalan dengan baik. Meskipun Afzan dan Shaheen tidak ikut serta, tawaran yang diberi oleh Perusahaan Ukiran Jepara ternyata sangat memuaskan.

“Terima kasih Pak.”

“Ayuh langsung kita semua makan siang.” Bapak Ahmad Saroni rupanya telah pun memesan makanan tengahari buat mereka semua. Hidangan nasi ambeng menjadi pilihan menu makan tengahari mereka.
Bapak Ahmad Saroni dan Luqman melangkah ke arah Afzan dan Shaheen.

“Gi mana kondisi anda.”

“Baik Pak. Terima kasih.”

“Bapak mohon ampun. Kerna cermin itu anda dilanda kecelakaan.”

“Tak mengapa. Ini kecuaian saya sendiri. Saya yang tak hati-hati tadi. Bukan salah Bapak.”

“Gini aja, sebentar lagi kita makan siang. Lalu nantinya Bapak akan bantu kalian memesan tempat penginapan di Jepara Indah Hotel. Supir Bapak akan hantar in kalian ke sana.”

“Terima kasih Bapak.”

“Yuk kita makan siang di kamar di dalam.”

Bapak Ahmad Saroni berjalan mendahului mereka semua. Sampai di satu bilik yang telah tersedia hidangan makan tengahari. Di atas meja terhidang hidangan nasi beralaskan daun pisang. Menu lauk pauk juga dihidang beralaskan daun pisang. Antara menunya adalah ayam kampong goreng, tauhu goreng, daging bakar, sate, daun cekur dan sambal belacan.

‘Berseninya hidangan sampai lesung batu pun dihidang sekali di atas tampi,’ Shaheen bermonolog di dalam hati diiringi senyuman di bibir. Afzan memandang Shaheen. Terasa ringan sahaja bibirnya ingin memberi komentar yang sama. Namun Afzan hanya diam sahaja sebagai tanda menghormati tuan rumah yang telah bersusah payah menyediakan makanan tengahari buat mereka.

Nampaknya hidangan nasi ambeng menepati selera mereka. Hidangan yang jarang dirasai sebelum ini. Walau pun berlainan adat dan budaya, namun masakan yang disediakan sangat enak. Sementelah mereka penat mengharung perjalanan yang jauh, jadi hidangan yang disediakan mampu menambat selera mereka. Sambil makan ramah sekali Bapak Ahmad Saroni melayan tetamu. Malahan tetamu yang datang adalah anak kepada rakannya juga. Mereka turut berbual dari perihal sukan kepada politik membawa kepada sejarah malah isu-isu semasa berkenaan perabot kayu jati turut dibualkan.

“Terima kasih sekali lagi Pak. Kami udah repot in Bapak. Udah diberi makan. Ini lagi hantar in kami ke hotel.” Luqman terasa segan di atas kebaikan yang dihulurkan oleh Bapak Ahmad Saroni. Afzan dan Shaheen turut mengiakan kata-kata Luqman.

“Ngak apa-apa kok. Ini biasa saja.” Bapak Ahmad Saroni ternyata sungguh budiman. “Kalian hati-hati ya. Perlu apa-apa, bilang saja sama Bapak. Bisa telfon saja ke sini.”

“Iya. Terima kasih.”

Sebaik Luqman, Afzan dan Shaheen masuk ke dalam kereta, pemandu Bapak Ahmad Saroni memandu pacuan empat roda ke arah Jepara Indah Hotel.

“Pertama kali ke sini?” sambil memandu, Pak Herman bertanya kepada Luqman di sisi.

“Iya Pak. Pertama kali.”

“Selamat berkunjung di Kota Jepara. Di sini selain melihat koleksi barang furniture, anda juga bisa berkunjung pada tempat wisata di Kota Jepara, dikenal dengan kura-kura raksasa yang ada di bibir Pantai Kartini. Salah satu pantai kebanggakan kota kami.”

“Iya. InsyaAllah jika sempat boleh la kita ke sana.” Afzan menjadi teruja mendengar saja terdapat kura-kura raksasa di Pantai Kartini.

Kurang lebih 30 minit mereka tiba di hadapan Jepara Indah Hotel. Sebuah hotel yang terletak tidak jauh dari alun-alun Jepara.

“Telfon aja Pak Herman. Sore nanti kok mau jalan-jalan sekitar sini?”

“Makasih ya Pak Herman. Usah repot in segala. Sekarang ini mau istirehat dulu. Ya mungkin mau jalan-jalan ke Pantai Kartini sore ini. Kita bisa sendirian ngak mau repot in bapak.”

“Ngak ada yang repot ni nak Luqman. Usah malu deh. Telfon aja. Bapak bisa bawa kalian wisata sekitar kota.”

Luqman senyum melihat kesungguhan Pak Herman mahu membawa mereka bertiga melawat sekitar Kota Jepara. Tidak sampai hati pula mahu menolak walau pun dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan lelaki separuh abad itu.

“Kalau itu kata bapak, baiklah. Sore nanti kita ketemu lagi, insyaAllah.” Luqman berjanji akan menunggu Pak Herman sekitar pukul lima petang. Luqman turun dari kereta Hilux hitam itu selepas bersalaman dengan Pak Herman. Afzan dan Shaheen juga turun sebaik mengucapkan ucapan terima kasih.

“Daaa,” ucap mereka bertiga sambil melambai tangan kepada Pak Herman sebaik sahaja lelaki itu menekan minyak kereta dan meneruskan pemanduan meninggalkan mereka di perkarangan lobi hotel.

“Selamat siang Pak, Mbak. Ada yang bisa dibantu,” sapaan petugas di front desk hotel menyambut ketibaan mereka bertiga.

“Biar saja aku urus in semuanya. Kamu berdua istirehat di sana sebentar ya.” Luqman menunjukkan sofa kayu di hadapan kaunter.

Afzan dan Shaheen akur. Dek rasa letih yang merantai diri, mereka berdua bersyukur tatkala Luqman menawarkan diri untuk menyelesaikan urusan check in. Tidak sampai sepuluh minit, Luqman kembali dengan dua kunci di tangan.

“Ini buat kamu. Kunci kamar. Aku kira selamat kok kamu berdua di kamar yang sama.”

Thanks Luqman.”

“Jam lima siap ya. Mau jalan-jalan sekitar kota sama Pak Herman.”

“Baik.”

Afzan dan Shaheen sudah berjalan ke arah lif.

“Shaheen,” panggil Luqman.

“Sha aku naik dulu. Oh ya bilik kita di tingkat dua.”

“Ok Ijan.”

“Kita ke sana,” Luqman mengajak Shaheen ke ruang lobi.

Shaheen mengikut sahaja.

“Sebetulnya aku mau mohon ampun. Aku ngak sengaja. Aku surprisebangat lihat kamu jatuh tadi. Jadi aku lupa kamu ini Shaheen.”

“Luqman siapa Alisa. Kenapa awak panggil saya Alisa.”

Luqman renung wajah Shaheen yang mendamaikan. Dia kemudian tunduk merenung lantai.

“Alisa itu bakal isteri aku. Lagian dia keponakan Mama.”

“Di mana Alisa, Luqman?”

“Dia telah pergi Sha. Bertemu Sang Pencipta buat selama-lamanya.”

“Oh maaf. Sha tak tau.” Shaheen jadi simpati dan serba salah.

“Ngak apa-apa kok,” ucap Luqman dalam nada perlahan. “Maaf in aku ya atas hal tadi. Aku benar-benar mohon ampun.”

“Kita lupakan saja hal itu. Boleh Sha tanya something?”

“Silakan.”

“Arwah Alisa pergi sebelum majlis perkahwinan kamu berdua?”

Luqman mengenggam tangannya, mengumpul kekuatan mengenang kembali saat paling sedih dalam diari hidupnya. Lama Luqman tunduk memandang lantai.

“Benar. Satu minggu sebelum majlis pernikahan kami. Seperti ngak percaya. Dia pergi buat selamanya. Jika aku lebih cepat tiba ke sana, aku yakin, Alisa pasti masih ada.”

Shaheen terdiam. Dia memandang sisi Luqman yang dilanda rasa sedih. Rasa rindu mungkin. Dia seakan mengerti rasa yang membelenggu hati kecil Luqman. Meski pun dia hanya kehilangan rasa kasih seorang lelaki bergelar kekasih yang telah membuatkannya hilang arah, ini kan pula kehilangan insan yang bakal menjalani hidup bersama. Pasangan yang akan sama-sama menempuh hidup hingga ke Jannah. Pasti saat itu menjadi satu detik yang mahu dilupakan dan dilontar jauh dari ingatan.

Shaheen tidak jadi mahu bertanya lebih lagi. Bimbang akan membawa kembali nostalgia Luqman terhadap Alisa yang telah terkubur. Dia tidak sampai hati melihat raut wajah Luqman yang berubah mendung. Biarlah dia tenang di sana. Al-Fatihah Shaheen hadiahkan buat arwah Alisa.

“Ya udah. Maaf in aku sekali lagi. Silalah ke kamar. Istirehat ya. Pasti kamu capek. Aku mau di sini sebentar.”

“OK. Sha mau buat panggilan ke Malaysia dulu ni. Semalam lupa mau telefon Abi.”

Shaheen bangun menuju ke kaunter penyambut tetamu. Petugas di kaunter menghulurkan gagang telefon kepada Shaheen sebaik sahaja talian berjaya disambung. Suara Abi ceria di hujung talian. Shaheen apatah lagi. Selepas bertanya khabar Abi dan Umi serta memaklumkan keberadaannya di Jepara, Shaheen mematikan talian. Shaheen melangkah menuju ke arah pintu lif di sebelah kiri ruang lobi. Dari dalam lif Shaheen membuang pandang ke arah Luqman. Luqman masih duduk sendirian di lobi.

*******

Seperti dijanjikan Luqman menunggu Afzan dan Shaheen di lobi. Ada 10 minit lagi sebelum pukul lima petang. Dia menunggu sambil membaca majalah Travelodge.

“Assalamualaikum. Dah lama tunggu?” sapa Shaheen.

“Waalaikumsalam. Ngak la. Baru sebentar aja kok.”

“Sha, Luqman tu Pak Herman dah sampai.”

Mereka bertiga berjalan pantas.

“Assalamualaikum anak-anak,” sapa Pak Herman. Bibirnya tersenyum mesra.

“Waalaikumsalam,” serentak mereka bertiga menjawab salam Pak Herman. Masing-masing meloloskan diri ke dalam kereta putih Kia Pregio.

“Gi mana kondisi hotelnya. Nyaman?”

“Alhamdulillah semuanya baik sekali.”

“Kalian suka main catur?” Pak Herman bertanya.

“Ya suka.” Afzan menjawab pantas. Selalunya Shaheen la yang menemani Afzan berlatih catur bila saja tiba saat pertandingan lawan catur peringkat universiti dahulu.

“Mau cuba catur di Pantai Kartini?” tanya Pak Herman lagi.

“Apa yang special catur di sana Pak Herman?”

“Sebentar lagi kalian akan tau kok.”

Afzan diterpa rasa ingin tahunya. Perasaan teruja meluap-luap di dada. “Jauh lagi ke Pak Herman?”

“Ngak jauh lagi ni. Lima menit lagi kita bakal sampei nih.”

Shaheen lebih banyak berdiam diri. Fokusnya kepada Luqman yang duduk di sebelah Pak Herman. Selepas mendengar kisah sedih Luqman tadi dia menjadi simpati pada lelaki yang mempunyai tampang rupa yang menarik. Di sebalik kesempurnaan fizikal dan sikap yang bersahaja, rupanya tersembunyi satu kisah pedih yang tersimpan jauh di sudut hati seorang yang bernama Luqman Hakim.

“Sha jom keluar. Kita dah sampai ni,” Afzan mencuit Shaheen.

“Kita udah sampei ke Pantai Kartini.”

Tiket masuk ke Pantai Kartini Rp. 8.00 seorang. Pantai dipenuhi dengan pepohon rendang. Di bawahnya terdapat laluan pejalan kaki yang lebar dan selesa. Di sebelah kanan pantai dipenuhi dengan gerai-gerai menjual pelbagai cenderamata hasil khazanah laut.

“Pantai Kartini sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga. Lihat la tempat ni lengkap dengan facilities untuk berpiknik, ada taman permainan untuk kanak-kanak, tempat mandi ada, nak naik perahu susur tepi pantai pun boleh.”

“Ya la Sha. Bagus tempat ni, beriadah satu keluarga.”

“Pasti menyenangkan kalau saja bisa jogging tiap pagi di sini.”Luqman mendepangkan tangan sambil menarik nafas dalam-dalam.

“Yang ni kolam apa Pak Herman?”

“Ini tempat berendam. Penduduk sini percaya air kolam mini ini bisa nyembuhkan penyakit kulit dan rematik.”

“Oh gitu. Sha ingatkan ni kolam renang untuk anak-anak.”

“Ayuh saya mau bawa kalian main catur raksasa.”

“Eh benar ke ni Pak Herman, ada catur raksasa?”

Afzan melangkah lebih laju. Shaheen yang berjalan seiring dengannya tertinggal di belakang. Luqman yang menyedari Shaheen masih di belakang memperlahankan langkah. Dia menunggu Shaheen sampai di sisinya. Mereka berjalan seiring ke arah Afzan yang begitu teruja melihat catur raksasa di depan mata. Afzan sudah berjalan ke tengah-tengah arena papan catur besar.

“Urrggh beratnya.”

“Afzan catur ni dibuat dari kayu. Lumayan berat lho.”

“Ya la Luq. Memang berat betul.

“Berbeda dengan catur raksasa ini, harus betul-betul angkat dengan kedua belah tangan. Kalo di papan catur biasa, dua jari aja bisa diangkat,” tutur Pak Herman sambil memerhati pengunjung yang berada di sekitar kawasan bidak catur besar setinggi kanak-kanak berumur lima tahun.

“Ini yang uniknya. Mencabar juga kan nak gerakkan buah catur sebesar ini.”

Shaheen memegang buah catur permaisuri yang merupakan buah catur yang paling kuat. Shaheen masih ingat kata-kata Afzan sewaktu dia mula-mula belajar bermain catur. Kata Afzan buah catur permaisuri boleh bergerak sejauh mana yang dikehendaki oleh pemain. Boleh ke arah sisian atau ke arah pepenjuru. Permaisuri boleh memakan mana-mana buah lawan yang berada di laluannya lalu duduk di petak yang sebelumnya diduduki lawan.

“Cuma satu je queen tak boleh buat.”

“Apa,” tanya Shaheen ingin tahu.

Queen tak boleh melompat mana-mana buah lain.”

Shaheen angguk. Perbualannya dan Afzan kembali menerjah ruang ingatannya.

“Rasa macam nak bawa balik je catur ni,” ujar Afzan sambil mengelilingi buah catur kuda.

Shaheen tersenyum mendengar kata-kata Afzan. Dia mengeluarkan kamera digital dari dalam tas tangannya. Lensa dihala kepada Afzan yang leka memerhati buah catur kuda.

Afzan kagum melihat hasil ukiran pengukir di Jepara. Sungguh luar biasa kemahiran dan bakat ukiran pengukir-pengukir kayu di Jepara. Kualiti ukiran jelas dapat dilihat dari bentuk yang halus dan kemas buatannya. Afzan meneliti buah catur kuda. Bentuk dan ekspresi buah catur kuda itu persis sekali dengan kuda yang asli.

“Ok Ijan, smile and say cheese.”

“Kejab,” mendengar sahaja arahan Shaheen, Afzan berlari ke arah buah raja. Sambil memeluk buah catur tersebut, Afzan senyum sambil memberikan posepaling cantik dirasakannya.

“Bagi yang hobi main catur kebetulan lewat sini bisa main dengan catur raksasa ini. Banyak juga yang sekadar ingin berfoto dengan pion catur raksasa ini. Mungkin mereka melihatnya unik," ujar Pak Herman.

“Ya unik.”

“Aku bantu,” Luqman menawarkan diri untuk mengambil gambar Shaheen dan Afzan di sekitar papan catur tersebut. Buat kenangan mereka sudah menjejakkan kaki di Pantai Kartini.

Shaheen menyerahkan kamera kepada Luqman. Dia menerangkan manual ringkas penggunaan kamera Samsung tersebut. Luqman angguk kepala tanda dia faham.

“Mau lihat akuarium raksasa?” tanya Pak Herman.

“Mau Pak,” serentak Afzan, Shaheen dan Luqman berkata persis anak kecil yang mahu kan gula-gula.

“Ayuh kita jalan ke sana.”

Mereka berempat berjalan menuju ke arah Ocean Park.

Shaheen rasa selesa berjalan di kawasan Pantai Kartini. Persekitrannya dijaga rapi. Bersih dan tersusun. Papan-papan tanda yang disediakan juga memudahkan pengunjung. Tiada tanda-tanda vandalisme terhadap papan tanda penunjuk arah yang ditemui. Ditambah lagi dengan informasi penting di beberapa sudut-sudut taman.

“Anak-anak kalo ngak mau capek, bisa naik kereta wisata yang keliling pantai. Mau coba?” tanya Pak Herman.

“Aku lagi suka berjalan kaki. Menyenangkan juga,” luah Luqman.

Afzan dan Shaheen setuju dengan kata-kata Luqman. Dengan berjalan kaki mereka punya banyak masa untuk melihat dan menikmati keunikan serta kecantikan yang dimiliki oleh Pantai Kartini.

“Pak Herman, siapakah Kartini?” Shaheen bertanya ingin tahu.

“Nama Kartini ini diambil dari nama seorang wanita Indonesia yang terkenal atas usahanya memajukan dan menaikkan harkat dan derajat kaum perempuan untuk bisa setara dengan laki-laki waktu itu. Kita warga Jepara sangat bangga dengan ibu kita Raden Anjeng Kartini yang udah mengharumkan nama bangsa ini,” terang Pak Herman.

Sambil berjalan, mata dijamu dengan keindahan pantai. Ramai pengunjung berada di pantai. Ada yang duduk di gazebo sambil menikmati pesona laut. Gazebonya cukup cantik. Ada juga yang duduk santai di atas pasir pantai sambil mengawasi anak-anak yang bermain berdekatan. Tidak kurang juga ada anak-anak yang berkejar-kejaran dengan orang tuanya di pantai.

Shaheen berhenti seketika untuk mengambil gambar. Lensa kamera dihala ke arah laut. Lautnya tidak terlalu biru. Laut tampak begitu tenang. Terdapat sebuah dermaga buatan di Pantai Kartini. Tidak jauh dari pantai, di sudut kiri Pantai Kartini terdapat pelabuhan untuk menyeberang ke Karimunjawa.

Shaheen meneruskan berjalan kaki. Afzan, Luqman dan Pak Herman telah pun berada agak jauh. Lalu Shaheen berlari-lari anak menghampiri Afzan. Di depan mata tidak jauh dari tempat Shaheen berdiri terbentang satu arca kura-kura yang sangat besar.

“Kita udah sampai.” Mereka berempat berdiri betul-betul di hadapan pintu masuk ke Ocean Park di bahagian leher kura-kura raksasa.

“Eh tak jauh rupanya dengan papan catur raksasa tadi,” Afzan terjerit kecil.

“Sengaja Bapak bawa kalian jalan-jalan.”

Unik bentuk bangunannya seperti kura-kura. Sungguh besar. Afzan dan Shaheen sangat kagum melihat senibina yang unik itu. Shaheen berundur beberapa langkah. Dia mahu mengabadikan momen berada di depan kura-kura raksasa yang merupakan sebuah akuarium terbesar yang pernah lihatnya dalam rekabentuk yang sungguh unik. Jika dibandingkan dengan Aquaria di KLCC nyata berbeza dari segi rekabentuk bangunan.

“Biar aku bantu in kamu,” Luqman menawarkan diri untuk mengambil gambar Afzan dan Shaheen.

“Luq, kamu pula. Berdiri di sebelah Sha ya. Meh saya ambilkan gambar korang.”

Rasa kagum menyelinap ke hati mereka bertiga. Bangunan dengan bentuk seperti penyu ini tetap sahaja dipanggil kura-kura oleh penduduk tempatan. Patung kura-kura ini adalah ikon bagi Pantai Kartini dan Kota Jepara.

“Kreatif sekali tangan-tangan pembuatnya bisa hasilkan karya seindah ini. Lihat saja gurat-gurat di bagian leher kura-kura ini, detailsekali. Sungguh luar biasa ya,” Luqman meluahkan rasa kagumnya. Matanya masih lagi meneliti keseluruhan objek di depan mata.

Pak Herman sudah berdiri di tepi pintu masuk. Dia menunggu Afzan, Shaheen dan Luqman mengambil gambar.

“Eh Ijan, baru aku perasan kedudukan penyu ni mengadap ke arah daratan. Kenapa bukan ke arah lautan?”

“Ya la Sha. Macam kura-kura ni tengah bergerak dari laut naik ke darat.”

“Lebih mudah seperti ini sih. Coba kalian bayang in kalo kura-kura ini ke laut. Sukar lho mau masuk in. Aku ngak mau masuk lalui ekornya. Ngak sopan gitu. Aku kira ini posisi paling bagus.”

Afzan dan Shaheen sudah tergelak mendengan komen dari Luqman.

“Iya juga kan,” Shaheen mengakui kata-kata Luqman itu ada benarnya.

“Ya la. Logik juga andaian awak tu Luq.”

“Ayuh masuk ke sana. Pak Herman udah di sana.”

“Ok Luq. Terima kasih,” ucap Shaheen sewaktu menyambut kameranya dari tangan Luqman.

“Kasihmu ku terima,” balas Luqman sambil menghadiahkan seulas senyuman buat Shaheen.

Pintu masuk terletak di bahagian tingkat bawah. Di tingkat yang sama juga terdapat tempat penjualan tiket dan beberapa kios yang menjual cenderamata khas Jepara. Manakala di tingkat atas terletak mini theatredan lounge.

Luqman berjalan menuju ke arah kaunter tiket. Tiket diserahkan kepada Luqman setelah Rp 90.000 bertukar tangan.

Mereka berempat berjalan memasuki ruang akuarium utama yang berfungsi sebagai taman laut yang menempatkan akuarium besar yang berisi ikan-ikan bersaiz besar dari jenis Penyu Sisik, Pari, Kakap, Jenaha, Buntal dan lain-lain jenis ikan. Ada 12 buah akuarium dinding dan empat buah akuarium meja yang diisi dengan beberapa ikan laut dan ikan tawar yang kecil dan sederhana besar. Terdapat sebuah kolam sentuh yang berisi ikan-ikan air tawar terutamanya kura-kura yang jinak. Pengunjung dapat memegang kura-kura di dalam kolam tersebut. Selain dari akurium dan kolam ikan, terdapat juga satu ruang untuk pengunjung melakukan terapi ikan. Beribu-ribu ikan Garra Rufa yang berasal dari Turki ditempatkankan di situ untuk tujuan terapi ikan. Harga tiket bagi terapi ikan Rp10.000 bagi kanak-kanak dan Rp 15.00 bagi orang dewasa.

“Sha, selamat ke buat terapi ikan ni,” Afzan merasa gusar melihat kolam terapi ikan.

“Aku pun ada dengar juga pasal isu ni. Terapi ikan ni boleh menularnya penyakit. Mana tau kan. Sebab air kolam ni tidak ditukar ganti. Ramai orang yang buat terapi ikan ni dalam satu hari. Aku pun tak berani nak cuba,”ucap Shaheen sapara berbisik ke telingga Afzan.

Setelah puas melihat suasana akuarium raksasa di dalam perut kura-kura unik itu, mereka berempat berjalan keluar melalui pintu yang mereka masuk tadi. Disebabkan hari telah pun beranjak ke lewat petang, mereka tidak jadi mahu ke mini theatre mahu pun ke lounge yang disediakan. Sebelum beredar dari Pantai Kartini Afzan dan Shaheen membeli sedikit cenderamata rantai tangan yang dibuat dari kulit siput yang dijalin bersama mutiara putih. Kulit siput yang diwarnakan itu menarik di pandangan Shaheen. Warna merah jambu menjadi pilihan Shaheen. Afzan turut membeli beberapa rantai kunci untuk dibawa pulang.

Sebelum pulang, Pak Herman membawa mereka makan di belakang Shopping Center Jepara. Makanan laut menjadi pilihan. Pak Herman memesan Ikan Bakar Bumbu Srepeh dan sebagai lawannya Pak Herman memesan Nasi Uduk khas Jepara yang berwarna kuning. Selain itu terdapat juga sajian Pindang Serani Ikan Patin.

“Mau coba minuman khas Jepara? Ini Es Gempol Plered dan Adon-adon.”

Afzan dan Shaheen sudah saling berpandangan selepas mendengar nama minuman yang disebut oleh Pak Herman. Terasa pelik nama minuman itu pada pendengaran mereka. Luqman hanya senyum.

“Minuman apa tu Pak?”

“Es Gempol itu disiram sama kuah santan dan ditambah sirap Cocopandan. Hal yang membuatnya special itu kerna penggunaan gempol dan plered.”

“Gempol dan plered itu apa pak,” Shaheen pula bertanya.

“Gempol itu berbentuk seperti bola yang terbuat dari tepung beras. Bebola ini lalu dikukus selama 20 menit dan putih warnanya. Plered pula merah warnanya dan bentuknya pipih.

“Macam Kuih Seri Mandi je kan Sha,” ulas Afzan.

“Aah. Hmm Adon-adon tu apa pula Pak?”

Adon-adon ini berupa wedang jahe yang ditambah dengan irisan kelapa bakar dan diguyur dengan kuah santan. Cocok sekali minumnya saat sore atau pun malam hari.”

“Wedang jahe?”

“Sha wedang jahe itu ginger tea,” Luqman membalas pertanyaan Shaheen.

“Oh. Kalau gitu Sha mau cuba Adon-adon and Ijan ambil Es Gempol Plered. Boleh kita share nanti,” usul Shaheen. Afzan angguk tanda setuju.

“Pak selain ikan ada ngak sajian lain?” tanya Luqman.

“Ya ada. Ayam bakar bisa ngak?”

“Ya bisa. Terima kasih pak.”

“Tak makan ikan ke?” tanya Afzan kepada Luqman yang duduk di hadapannya.

“Ya. Aku elergik sama ikan.”

“Oh iya. Sha ni hantu ikan.” Shaheen menjeling Afzan.

“Hah! Hantu itu ghost. Iya kan,” tutur Luqman.

Afzan dan Shaheen sudah ketawa mendengar kata-kata Luqman. Hampir saja Afzan mengeluarkan air mata dek kerana ketawa yang berlebihan.

“Bukan ghost yang 'itu' la Luqman. Tapi pengemar ikan maksud Ijan tadi tu.”

“Oh. Maaf aku kira Sha itu ghost ikan. Aduh gawat lho kalo itu terjadi.”

Afzan yang sudah mahu berhenti ketawa, tidak dapat menahan diri. Terburai juga gelak yang cuba ditahan tadi. Shaheen senyum sambil menjeling Afzan yang membuka isu ‘hantu’ tadi.
“Apa jadi kalau awak makan ikan Luq,” tanya Shaheen ingin lari dari topik ‘hantu’ tadi.

“Aku jadi sulit untuk breathing. Aku bakal gatal-gatal di wajah, tangan serta tubuh.”

“Oh teruk juga tu.”

Makanan yang dipesan tiba selepas 20 minit mereka menunggu. Hidangan yang panas-panas dengan bau yang enak dari bahan-bahan segar yang digunakan menaikkan selera makan mereka.

Shaheen memerhati Nasi Uduk yang dihidangkan bersama emping goreng, tauhu goreng yang dihiris nipis-nipis, serunding daging, tempe, bawang goreng, ayam goreng, timun dan sambal kacang. Terasa meriah sekali menu Nasi Uduk di dalam pinggan. Nasinya diletak di dalam daun pisang di atas pinggan.

“Sila makan semuanya,” Pak Herman menjemput mereka makan selepas dia sendiri membacakan doa makan.

Shaheen melihat Luqman yang telah pun menyuap nasi ke mulut. Nampak menyelerakan sahaja ayam bakar yang dimakan oleh Luqman.

“Mau coba?” tanya Luqman lalu mencubit isi ayam bakar lalu diletakkan ke dalam pinggan Shaheen.

“Terima kasih Luq, awak makan la tak apa. Sha ada banyak ni. Ikan ni lagi.”

“Kasihmu ku terima,” balas Luqman ringkas.

Afzan dan Shaheen meneruskan suapan. Menu Ikan Bakar Bumbu Srepeh itu walaupun baru pertama kali dicuba, nyata rasanya tidak menghampakan. Kata Pak Herman srepeh itu maksudnya kacang tanah yang ditumbuk kasar bersama kunyit dan bawang merah. Ikan akan dibakar selama 15 minit bersama dengan bumbu srepeh tadi. Isi ikan terasa sungguh menyelerakan apabila rasa kacang serasi dengan wanginya aroma kunyit. Minuman yang dipesan oleh Pak Herman itu menambahkan lagi selera mereka makan lewat petang itu.

“Sedap juga Adon-adon ni ya,” Shaheen menghirup buat kali kedua minuman yang dihidang panas.

“Adon-adon ini bisa mengatasi flu,” kata Pak Herman.

“Oh ya. Wah banyak khasiatnya. Cuba la rasa Ijan. Ada rasa teh halia, santan, gula merah dan ada potongan kelapa bakar.”

Afzan menyambut gelas di tangan Shaheen lalu mencicip sedikit minuman tersebut. Terasa sejuk sahaja aliran minuman itu menuruni ke kerongkong.

“Sha nak rasa yang ni.” Afzan menghulurkan mangkuk berkaki berisi Es Gempol Plered.

Shaheen menyudu gempol berwarna putih dan memasukkan ke mulut. Dikunyah perlahan. Kemudian dicedok pula plered berwarna merah dan dibawa ke mulut lalu dikunyah perlahan-lahan.

“Hmm sedap.”

Pak Herman tersenyum sahaja mendengar komen Afzan dan Shaheen. Lega hatinya kerana hidangan makan petang itu boleh diterima oleh mereka. Pak Herman meneguk Adon-adon.

“Mau ke mana selepas ini,” tanya Pak Herman.

“Aku sudah capek ni. Pulang aja yuk,” gesa Luqman.

“Sha ikut aja.”

“Saya juga.”

“Kalau gitu selepas ini Bapak hantar in anak-anak pulang ke hotel aja. Istirehat.”

“Ya Pak Herman.”

“Besok kalian masih di sini?”

“Ngak Pak. Kami harus pulang ke Jakarta. Kerna urusan di sini udah selesai.” Luqman memandang Shaheen dan Afzan bersilih ganti.

“Benar Pak. Kami ucapkan terima kasih pada Bapak yang sudah bawa kami jalan-jalan sekitar Kota Jepara.”

“Biasa saja. Bapak senang kalian di sini.”

“Terima kasih juga Pak. Layanan bapak first class gitu,”ucap Afzan sambil mengangkat ibu jari tanda bagus.

“Besok jam brapa mau pulang?”

“Mungkin selepas breakfast Pak sekitar jam tujuh pagi.”

“Kalau gitu biar Bapak aja hantar in kalian ke Bandara Ahmad Yani.”

“Ngak usah Pak. Kita ngak mau repot in sama bapak. Naik taksi aja kok.”

“Ngak la. Bapak lagi senang mau hantar in kalian. Ngak apa-apa kok. Besok Bapak ambil kalian di hotel ya.”

“Kalau gitu terima kasih Pak Herman.”

Luqman bangun ke meja bayaran. Setelah melangsaikan bayaran makanan tadi, mereka berempat berjalan menuju ke tempat letak kereta. Pak Herman memandu dengan hati-hati menuju ke arah Hotel Jepara Indah. Sampai sahaja di depan lobi hotel dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Herman, mereka bertiga berjalan menuju ke lif hotel.

Rasa penat yang mula menjalar ke seluruh badan mula terasa. Shaheen sudah menguap beberapa kali. Afzan juga sudah lesu.

Good night Sha, Afzan. Sebelum tidur solat dulu ya,”Luqman mengingatkan Afzan dan Shaheen.

“Ok and good night Luq.”

“Assalamualaikum,”ucap Luqman saat mereka berpisah di muka pintu bilik Afzan dan Shaheen.

“Waalaikumsalam,”serentak Afzan dan Shaheen menjawab salam.

*******
“Macam tak nak bangun je tadi,” Afzan sudah siap berdandan.

“Ya la. Lena betul. Letak je kepala terus tertidur Ijan.”

Shaheen memeriksa semua suis elektrik supaya tiada yang masih terpasang.

“Ok dah. Jom turun. Kita breakfast dulu.”

“Sha kau dah check semua barang-barang kau. Takut ada yang tertinggal pula.”

“Dah. Semua ada.”

Selepas semuanya ditinggalkan dalam keadaan yang kemas, mereka berdua meninggalkan bilik. Jalan seiring menuju ke pintu lif. Sebaik sampai di tingkat bawah, Afzan dan Shaheen menuju ke ruang café. Dari pintu masuk ke café mereka berdua telah pun nampak Luqman yang sedang menikmati sarapan pagi seorang diri. Mereka berjalan ke meja Luqman.

“Assalamualaikum Luq. Selamat pagi,” ucap Afzan bersemangat.

“Waalaikumsalam. Selamat pagi. Makan dulu ya.”

Afzan dan Shaheen meletak tas tangan dan bagasi mereka berdekatan dengan Luqman sementara mereka ke meja hidangan. Mereka kembali selepas lima minit.

Afzan dengan hidangan bubur nasi ayam dan minuman jus oren dan Shaheen mengambil roti bakar dengan jem dan jus oren di tangan.

Mereka bertiga bersarapan bersama. Tidak banyak yang mereka bualkan. Masing-masing menikmati sarapan.

“Sedikit aja kalian makan,” tegur Luqman.

“Ini baru first round Luq. Lagi pun takut perut terkejut kalau makan banyak-banyak,” Afzan menjawab sebelum sesudu bubur nasi ayam masuk ke mulut.

“Menurut satu kajian oleh Kirschmann (1996), menyatakan bahawa badan kita memerlukan kuantiti makanan yang seimbang. Pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak atau terlalu sedikit akan menjejaskan seseorang untuk menjalankan aktiviti fizikal harian dan menjejaskan tahap penggunaan minda mereka,” ulas Luqman.

“Ya betul tu. Ada juga hadis berkenaan makan waktu pagi ni Luq. Hadis Abu Sa'id al- Khudri RA dari Rasulullah SAW, bahwa Baginda SAW bersabda,
Sahur adalah berkah, makan janganlah kalian meninggalkannya walaupun salah seorang di antara kalian hanya dengan meneguk satu tegukan air. Kerana sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan orang-orang yang makan sahur. (HR. Ahmad 3/12 dan 44).
Islam juga menekankan sarapan pagi,” Shaheen meluahkan pandangannya.

“Ya Sha. Aku juga setuju itu. Sememangnya Islam itu menyenangkan dan menyebarkan kebaikan buat umatNya.”

“Luq awak makan apa?”

“Sebelum kalian ke mari, aku udah coba nasi goreng. Ini aku hampir habis in roti sama butter aja. Afzan kamu patut coba nasi gorengnya. Enak kok.”

“Dah awak yang suggest, ok nanti saya cuba. Sha aku bangun dulu ya. Nak ambil nasi goreng pulak.”

Shaheen hanya angguk tidak dapat menjawab kata-kata Afzan kerana mulutnya masih penuh dengan roti bakar.

Luqman memerhati Shaheen makan. ‘Persis sekali caranya.’ Langsung Luqman teringat arwah Alisa. Alisa pasti akan mengasingkan bahagian roti yang putih dan keliling kulit roti. Alisa hanya makan bahagian roti yang berwarna putih. Kulit roti ditinggalkan. Seperti biasa Luqman akan menghabiskan kulit roti tersebut. Tanpa sedar cepat sahaja tangan Luqman mengambil lebihan kulit roti di dalam pinggan Shaheen. Shaheen yang belum habis makan tergamam.

‘Apa kena Luqman ni.’ Shaheen memerhati Luqman yang sedang mencalit butter kepada kulit roti tadi.

Luqman terus masukkan roti tadi ke dalam mulut. Dia mengunyah sambil senyum ke arah Shaheen. Habis sudah lebihan roti di dalam pinggan Luqman.

“Al ngapa in belum habisi roti itu. Mau yang lain?”

Shaheen faham kini. Tindakan Luqman tadi pasti ada kena mengena dengan arwah Alisa. DIa diam sejenak. Memikirkan apakah yang patut dilakukan.

“Eh Sha, tak abis makan roti lagi. Aku dah second dish ni,” tegur Afzan yang kembali dengan sepinggan nasi goreng dan kepingan sosej.

Luqman kembali sedar saat Afzan menegur Shaheen tadi. Dia terdiam.

“Sha mana kau sorok lebihan kulit roti kau tadi. Takkan Luq makan pulak,” teka Afzan sambil memandang Luqman di hadapannya.

Shaheen senyum sahaja. Luqman tidak terkata apa-apa.

“Ijan rasa sikit nasi goreng.”

Afzan menyudu nasi goreng dan menyuap ke mulut Shaheen. ‘Sedap juga.’

“Ok Ijan aku nak pegi ambil nasi goreng jugak la."

Shaheen kembali semula. Secawan kopi panas turut diletakkan di tepi pinggan nasi goreng. Luqman yang sudah habis makan masih duduk di situ tanpa niat untuk berbual. Afzan dan Shaheen meneruskan suapan. Mereka harus segera menghabiskan makanan. Sebentar lagi mereka akan kembali ke Jakarta. Perasaan ingin segera pulang ke rumah membuak-buak di dada. Namun perjalanan untuk tiba ke rumah masih panjang.

*******

Afzan, Shaheen dan Luqman terkejut apabila Bapak Ahmad Saroni beria-ia benar mahu menghantar mereka ke Bandara Ahmad Yani. Pak Herman yang memandu Toyota Avanza milik Bapak Ahmad Saroni tenang sahaja di tempat duduk pemandu. Perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam itu tidak terasa apabila sepanjang perjalanan Bapak Ahmad Saroni begitu ramah berbual.

Sampai di pintu utama Bandara Ahmad Yani, Pak Herman menurunkan mereka sementara dia mencari tempat parkir kenderaan. Bapak Ahmad Saroni mengiringi Afzan, Shaheen dan Luqman dari urusan check in - boarding pass hingga ke check in baggage.

Pak Herman menyusul selepas 30 minit dia berpusing-pusing mencari tempat untuk memakir Toyota Avanza yang dipandunya. Di tangan Pak Herman terdapat satu plastik berisi Roti Gardenia dan juga air mineral buat Afzan, Shaheen dan Luqman. Mereka makan roti sementara menunggu pesawat yang dijadualkan berlepas pada pukul 12.00 tengahari.

Satu jam sebelum kapal terbang berlepas, Afzan, Shaheen dan Luqman ke kaunter imigresen. Mereka tidak mahu beratur panjang dan bersesak-sesak di situ. Paling tidak mahu terjadi andai mereka tertinggal pesawat.

“Sampaikan salam Bapak pada Papa dan Mama kamu ya Luqman. Kapan senang, datang lagi ya ke sini,”pesan Bapak Ahmad Saroni.

“InsyaAllah Pak. Terima kasih atas semuanya Pak. Bapak Herman juga. Terima kasih.” Luqman berjabat tangan dengan Bapak Ahmad Saroni dan juga Pak Herman.

“Usah serik mau ke sini lagi ya,” tambah Pak Herman.

Setelah mengucapkan terima kasih, Afzan, Shaheen dan Luqman berlalu ke balai berlepas. Di sana mereka menunggu pengumuman pesawat yang akan dinaiki. Sebaik sahaja pengumuman dibuat, mereka bertiga beratur lalu menghulurkan boarding pass dan passport sebelum keluar dari pagar ke kapal terbang. Sekali lagi proses yang sama mereka lalui semasa ingin mrenaiki tangga kapal terbang.

‘Selamat tinggal Jepara, kota pengukir,’ bisik Shaheen sewaktu dia sudah di dalam perut kapal terbang menuju ke Jakarta.

6 comments:

  1. Seronokk ^_^
    Do comment on my new entry juga ya :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Puteri singgah dan komen. Do come again ya..

    ReplyDelete
  3. 1st: okey..sgt sedih..part yg alisa

    2nd: Rasa mcm nk pegi melancong kat Jepara jgk...rupa2nya byk tmpt menarik kat situ..rasa mcm boleh byg situasi dia cmne...catur raksaksa..yg sy pernah tgk dlm movie harry potter..mcm tu ke? hihi

    3rd: suka ayat luq..kasihmu ku terima :)

    ReplyDelete
  4. 1. sedih bila kita teringat orang yang dah tak ada..

    2. aah jepara memang terkenal sebagai kota ukir. ada banyak tempat menarik juga. yang giant chess tu aah sama. berat nak angkat sbb dari kayu.

    3. itu tajuk yang sha guna di p2u - Kasih Mu.. Ku Terima

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim