“Thanks Suzana.
Result kau pun cemerlang kan. Kita seri. Tahniah juga.”
“Alhamdulillah
Ice,” Suzana sudah menerpa memeluk Aisyah.
“Erm kejab ya
Suzana. Aku nak ke sana jab.”
Aisyah berjalan
menghampiri Dzulhaizad yang bersandar di
balkoni tingkat 2. Rakannya itu masih berdiri mengadap padang sekolah. Berdiri
seorang diri di hujung balkoni.
“Assalamualaikum Ijad,” sapa Aisyah sambil mendekati rakannya itu.
“Waalaikumsalam
Ice,” dengan senyuman Dzulhaizad menjawab salam.
“Macam mana result
awak Jad?”
“Ok la. Yang pasti
tak kan dapat lawan result awak,” ucap Dzulhaizad sedikit perlahan.
Aisyah faham
perasaan Dzulhaizad. Rakannya itu berasa rendah diri. Keputusan SRP dirinya
tidak berapa baik.
“Syukur Jad.
Sekurang-kurangnya awak masih ada peluang kan naik ke Form 4. Lepas ni awak
akan terus berjuang untuk masa depan awak. SPM pulak lepas ni. Saya yakin awak
akan belajar dengan lebih baik lagi lepas ni,” Aisyah cuba memberikan kata-kata
semangat kepada rakannya itu.
“Mesti kau akan
pindah sekolah lepas ni kan Ice,” ucap Dzulhaizad sayu.
“Tak ada lah. Aku
tak akan ke mana-mana. Mak aku cakap walau di mana kita bersekolah, kalau dah
kita bagus itu semua bukan perkara utama.”
“Betul ni? Kalau
kau tak ada siapa nak ajar aku BI. Sapa nak teman aku belajar,” Dzulhaizad
senyum sedikit sewaktu mengucapkan kata-kata itu.
*******
“Assalamualaikum
dan selamat pagi semua.”
Cikgu Norhana
selaku guru kelas 4F masuk dengan wajah ceria. Satu persatu wajah anak muridnya
dipandang.
“Cikgu kenalkan
diri cikgu. Nama cikgu, Puan Norhana
Binti Nordin. Cikgu akan ajar matapelajaran Matematik. Selain tu cikgu juga
adalah guru kelas kamu pada tahun ni. Baik, cikgu juga nak kenal nama kamu
masing-masing. Kita mula dari hujung sebelah kanan saya. Bagi tahu nama kamu
ya.”
Sesi perkenalan
bermula lebih kurang sepuluh minit. Cikgu Norhana cuba sedaya upaya untuk
mengingati nama anak-anak muridnya.
“Boleh kita lantik
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas? Cikgu minta kamu cadangkan nama dan
seorang lagi menyokong cadangan yang dibuat, boleh?” pinta Cikgu Norhana.
“Boleh cikgu,”
jawab murid tingakatan 4F serentak.
“Cikgu,” Zuraidah
mengangkat tangan lalu mencadangkan nama Norazlina. Cadangan tersebut disokong
oleh Aida Mazlin.
Sesi penamaan calon
akhirnya berakhir dengan Ketua Kelas disandang oleh Azhari Bin Harun dan
dibantu oleh Norazlina Binti Amir.
“Azhari nanti
datang Bilik Guru ambil jadual kelas kamu dan edarkan pada semua.”
“Baik cikgu.”
“Belum terlambat
Cikgu ucapkan tahniah kepada kamu semua. Resul SRP kamu sangat baik. Cikgu
harap kamu semua akan meneruskan kecemerlangan kamu pada tahun ini dan tahun
hadapan ya. Cikgu tak mahu kamu anggap ni “honey moon” year sebab masa
terlalu pantas bergerak. Tahun ini dah kena ambil serius dan fokus pada
pelajaran,” ucap Cikgu Norhana sebelum mengakhiri kelas pada pagi itu.
Sebaik sahaja Cikgu
Norhana keluar dari kelas 4F, mereka semua berbual kosong. Masing-masing
bertukar-tukar kisah percutian mereka. Ada yang balik kampung ke rumah Datuk
dan Nenek. Ada yang bercuti bersama keluarga.
Kelas belum bermula
memandangkan jadual dan juga bantuan buku teks belum diedarkan lagi. Hari
pertama persekolahan agak membosankan bagi Aisyah. Ramai rakan sekelasnya yang
telah bertukar kelas. Namun dia gembira apabila melihat nama Suzana turut
berada dalam senarai rakan sekelasnya.
*******
“Maaf cikgu.
Setakat ni saja penyertaan saya,” ucap Aisyah bernada sayu. Sukan hoki sangat
disayanginya. Namun demi nasihat dan larangan ibu, Aisyah turutkan sahaja.
“Tapi Ice, awak
antara pemain terbaik sekolah.”
Aisyah benar-benar
tersepit antara ibu dan kesukaannya. Kedua-duanya ada nilai penting dalam
hidupnya.
Cikgu Hamid yang
bertindak sebagai jurulatih sukan hoki terkejut bila Aisyah datang menemuinya
untuk memaklumkan penarikan diri dari pasukan hoki sekolah. Terasa sayang bila
pemain sebaik Aisyah mengundur diri. Namun bila mendengar punca Aisyah berbuat
begitu, dia tidak dapat menahan lagi. Baginya seorang ibu lebih berhak menentukan
hala tuju anaknya.
“Ice jika awak
berubah fikiran awak tahu kan di mana nak cari kami semua.”
“Baik cikgu. Terima
kasih atas tunjuk ajar cikgu selama ini.”
“Oh by the way
team tahu awak akan pergi,” Cikgu Hamid bertanya sebelum Aisyah berlalu pergi.
Wajah Aisyah yang
tertunduk sayu sudah cukup menjelaskan jawapan yang ditanya oleh Cikgu Hamid.
Guru muda pertengahan 30-an itu meraup wajahnya.
*******
Aisyah leka di
perpustakaan sekolah. Kerja-kerja sekolahnya diselesaikan dengan segera. Jam di
pergelangan tangan kanan dilirik. ‘Mana Jad ni, kata nak study sama-sama.’
“Ice,” sapa Fairul
Faizan dengan ceria.
“Fairul, belum
balik lagi?”
“Tadi aku singgah
surau. Solat dulu.”
“Erm ada kau nampak
Jad di surau?”
Fairul sudah
melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Aisyah.
“Ada. Tapi lepas
solat tadi dia terus balik. Kenapa? Kau tunggu dia?”
Aisyah
menganggukkan kepala. ‘Dah balik. Bukan masa rehat tadi dia janji nak ikut aku
study kat library lepas sekolah,’ Aishah berkata dalam hati. Tangannya terus
ligat menulis karangan di buku latihannya. Kehadiran Fairul tidak sedikit pun
mengganggu Aisyah. Fairul pula hanya memandang Aisyah yang sedang menyiapkan
kerja sekolahnya.
“Ice boleh aku
tanya something?” Fairul takut-takut mengeluarkan kata-kata.
Aisyah yang tadinya
memberi tumpuan pada kerja sekolah, berhenti menulis. Wajahnya diangkat. Fairul
di hadapannya dipandang dengan wajah yang serius.
“Kau dengan Jad tu
couple ker?”
Aisyah sedikit
tersentak. Tidak menyangka langsung soalan itu yang keluar dari mulut Fairul.
“Kenapa kau tanya
macam tu Fairul?”
“Aku tengok kau
dengan Jad tu rapat. Selalu study sama-sama even korang buka sama kelas pun,”
Fairul meluahkan apa yang terbuku di hati.
“So..,” Aisyah
mahukan penjelasan lebih lanjut daripada Fairul.
Fairul terasa
menyesal pula bertanya soalan itu pada Aisyah. Wajah Aisyah tanpa senyuman itu
sedikit sebanyak menggugat keyakinan Fairul untuk terus berkata-kata. Namun bak
kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
‘Alang-alang dah menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,’ getus Fairul
mengumpul kekuatan dan keyakinan diri.
“Aku ingat lagi
Hasrul ada cakap yang korang memang rapat. Malah Hasrul dah warn aku jangan
kacau kau. Aku nak tau betul ke korang ni couple,” ucap Fairul sambil matanya
tepat menikam anak mata Aisyah yang sedikit coklat hazel. ‘Cantiknya,’ Fairul
baru tersedar yang Aisyah memiliki mata yang cantik pada pandangannya.
Aisyah tertunduk
bila menyedari Fairul merenungnya.
“Kami sahabat. Jad
tu sahabat baik aku. My BFF.”
Fairul tersenyum
puas. Dia lega mendengar pengakuan Aisyah. Baru tadi soalan yang sama turut
diaju kepada Dzulhaizad. Jawapan yang sama turut didengarinya dari mulut rakan
sekelasnya itu.
*******
Dzulhaizad mula
menjauhkan diri dari Aisyah. Pengakuan dari Fairul benar-benar membuatnya
sedar. Selama ini Aisyah berada di hatinya. Di suatu tempat yang istimewa.
Namun kerana rasa malu dan takut kehilangan Aisyah, semua itu dipendamkan saja.
Apabila Fairul meluahkan perasaan sukanya pada Aisyah, Dzulhaizad sudah tidak
terkata apa-apa. Demi rakannya itu dia rela mengundur diri. Perbualannya
bersama Fairul di surau sekolah semalam masih segar di ingatannya.
“Jad aku ada
perkara nak tanya ni. Aku harap kau tak marah,” tegur Fairul seusai solat zuhur
petang itu. Surau sekolah sudah lengang. Tinggal mereka berdua sahaja di situ.
“Tanya la,”
Dzulhaizad duduk bersandar ke dinding.
“Apa hubungan kau
dengan Ice,” pertanyaan Fairul bersahaja pada pendengaran Dzulhaizad.
Dzulhaizad diam
sejenak. ‘Haruskah aku berterus terang sahaja atau aku simpan kemas dalam hati
ini.’
Fairul menunggu
jawapan dari Dzulhaizad dengan sabar. Dia tidak mahu memaksa rakannya itu
menjawab soalannya secara tergesa-gesa.
“Aku kenal Ice
since dari form 1 lagi. Dia kawan baik aku. Dia selalu tolong aku dalam
pelajaran. Kau pun tau Ice budak pandai.”
“Kawan baik saja.
Best friend maksud kau?”
“Ya Fairul. Friend
for ever.”
“Ish aku tak
percaya la. Lelaki dan perempuan tak kan boleh jadi best friend. Lambat atau
cepat pasti ada perasaan cinta,” duga Fairul sambil melihat reaksi Dzulhaizad
yang diagah sebegitu. Namun Fairul lihat Dzulhaizad sungguh tenang. Tidak
langsung terkesan dengan pertanyaannya tadi.
“Itu lah yang
sebenarnya. Kenapa kau tanya ni semua Fairul,” giliran Dzulhaizad bertanya.
“Aku..aku sukakan
Ice. Kalau betul kau hanya kawan Ice, boleh la aku usha Ice,” pengakuan Fairul
membuatkan keadaan menjadi sunyi sepi. Hanya bunyi kipas berpusing di dalam
surau sekolah kedengaran. Deru nafas lega sebaik Fairul meluahkan isi hatinya
juga jelas kedengaran.
“Betul ke ni.”
“Ya Jad. Aku tak
tipu. Cuma aku nak dapatkan kepastian. Aku tak nak jadi pemusnah hubungan
korang berdua. Kalau betul apa kau cakap tadi aku rasa lega.”
“Fairul aku harap
kau jaga Ice baik-baik ya. She’s my best friend. Kalau dia menangis
sebab kau, tahu la aku nak ajar kau nanti,” pesan Dzulhaizad menyembunyikan
lirih di hati.
“Thanks Jad. Aku
janji.”
“Kalau tak ada
apa-apa aku nak balik dah ni. Aku rasa Ice ada di library ni. Cuba kau cari dia
kat sana.”
*******
Berita hubungan
Aisyah dan Fairul berpacaran di sekolah cepat sahaja tersebar. Ramai juga
pelajar lain yang terkejut dengan berita itu. Sangka mereka selama ini
Dzulhaizad yang bertakhta di hati Ice. Nyata telahan mereka tersasar.
Hubungan Dzulhaizad
dan Aisyah terus kekal seperti mana yang terlafaz di bibir mereka berdua. Walau
hati menyatakan sesuatu yang lain tiada siapa yang tahu rahsia hati mereka
berdua.
Salam Sha!!! Done reading!
ReplyDeleteNak tanya;
-mmg dah tak ada smbgan ke?
-ice mmg tak simpan langsung perasaan pd jad ke? (cian jad..huhu)
*Comel nama panggilan ICE..mcm lain drpd yg lain :)
finally, setuju dgn mak ice, walau di mn kita bersekolah, kalau kita sendiri bgs, sekolah kat mn bkn lg menjd perkara utama, niat belajar tu yg penting,nak bljr atau tak nak!! :)
Salam Cik Shiroe..Tq singgah sini.
ReplyDeleteSambungan kisah ni sebenarnya di kisah Milo Ais: Cinta Tidak Terucap. Ice ada perasaan pada Jad tapi since Jad tak luahkan Ice malu nak luahkan perasaan dia. Jadi masing-masing akhirnya simpan saja rasa cinta itu indah dalam hati.
Comel eih nama Ice.. :)
Ice: Terima kasih Cik Shiroe..
itu la kata-kata mak sha, masa sha sibuk nak tukar sekolah naik form 4
kreatif !
ReplyDeletegaya bahasa yang bersahaja..tertanya-tanya akan sambungan cerita ini..
syabas atas usaha anda!
Terima kasih sudi membaca kisah ini...
ReplyDelete