12 March 2013

Cerpen: Milo Ais: Cinta Atau Persahabatan

 “Tahniah Ice. Result kau cemerlang.”

“Thanks Suzana. Result kau pun cemerlang kan. Kita seri. Tahniah juga.”

“Alhamdulillah Ice,” Suzana sudah menerpa memeluk Aisyah.

“Erm kejab ya Suzana. Aku nak ke sana jab.”

Aisyah berjalan menghampiri  Dzulhaizad yang bersandar di balkoni tingkat 2. Rakannya itu masih berdiri mengadap padang sekolah. Berdiri seorang diri di hujung balkoni.

“Assalamualaikum Ijad,”  sapa Aisyah sambil mendekati rakannya itu.

“Waalaikumsalam Ice,” dengan senyuman Dzulhaizad menjawab salam.

“Macam mana result awak Jad?”

“Ok la. Yang pasti tak kan dapat lawan result awak,” ucap Dzulhaizad sedikit perlahan.

Aisyah faham perasaan Dzulhaizad. Rakannya itu berasa rendah diri. Keputusan SRP dirinya tidak berapa baik.

“Syukur Jad. Sekurang-kurangnya awak masih ada peluang kan naik ke Form 4. Lepas ni awak akan terus berjuang untuk masa depan awak. SPM pulak lepas ni. Saya yakin awak akan belajar dengan lebih baik lagi lepas ni,” Aisyah cuba memberikan kata-kata semangat kepada rakannya itu.

“Mesti kau akan pindah sekolah lepas ni kan Ice,” ucap Dzulhaizad sayu.

“Tak ada lah. Aku tak akan ke mana-mana. Mak aku cakap walau di mana kita bersekolah, kalau dah kita bagus itu semua bukan perkara utama.”

“Betul ni? Kalau kau tak ada siapa nak ajar aku BI. Sapa nak teman aku belajar,” Dzulhaizad senyum sedikit sewaktu mengucapkan kata-kata itu.

*******

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua.”

Cikgu Norhana selaku guru kelas 4F masuk dengan wajah ceria. Satu persatu wajah anak muridnya dipandang.

“Cikgu kenalkan diri cikgu.  Nama cikgu, Puan Norhana Binti Nordin. Cikgu akan ajar matapelajaran Matematik. Selain tu cikgu juga adalah guru kelas kamu pada tahun ni. Baik, cikgu juga nak kenal nama kamu masing-masing. Kita mula dari hujung sebelah kanan saya. Bagi tahu nama kamu ya.”

Sesi perkenalan bermula lebih kurang sepuluh minit. Cikgu Norhana cuba sedaya upaya untuk mengingati nama anak-anak muridnya.

“Boleh kita lantik Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas? Cikgu minta kamu cadangkan nama dan seorang lagi menyokong cadangan yang dibuat, boleh?” pinta Cikgu Norhana.

“Boleh cikgu,” jawab murid tingakatan 4F serentak.

“Cikgu,” Zuraidah mengangkat tangan lalu mencadangkan nama Norazlina. Cadangan tersebut disokong oleh Aida Mazlin.

Sesi penamaan calon akhirnya berakhir dengan Ketua Kelas disandang oleh Azhari Bin Harun dan dibantu oleh Norazlina Binti Amir.

“Azhari nanti datang Bilik Guru ambil jadual kelas kamu dan edarkan pada semua.”

“Baik cikgu.”

“Belum terlambat Cikgu ucapkan tahniah kepada kamu semua. Resul SRP kamu sangat baik. Cikgu harap kamu semua akan meneruskan kecemerlangan kamu pada tahun ini dan tahun hadapan ya. Cikgu tak mahu kamu anggap ni “honey moon” year sebab masa terlalu pantas bergerak. Tahun ini dah kena ambil serius dan fokus pada pelajaran,” ucap Cikgu Norhana sebelum mengakhiri kelas pada pagi itu.

Sebaik sahaja Cikgu Norhana keluar dari kelas 4F, mereka semua berbual kosong. Masing-masing bertukar-tukar kisah percutian mereka. Ada yang balik kampung ke rumah Datuk dan Nenek. Ada yang bercuti bersama keluarga.

Kelas belum bermula memandangkan jadual dan juga bantuan buku teks belum diedarkan lagi. Hari pertama persekolahan agak membosankan bagi Aisyah. Ramai rakan sekelasnya yang telah bertukar kelas. Namun dia gembira apabila melihat nama Suzana turut berada dalam senarai rakan sekelasnya.

*******

“Maaf cikgu. Setakat ni saja penyertaan saya,” ucap Aisyah bernada sayu. Sukan hoki sangat disayanginya. Namun demi nasihat dan larangan ibu, Aisyah turutkan sahaja.

“Tapi Ice, awak antara pemain terbaik sekolah.”

Aisyah benar-benar tersepit antara ibu dan kesukaannya. Kedua-duanya ada nilai penting dalam hidupnya.

Cikgu Hamid yang bertindak sebagai jurulatih sukan hoki terkejut bila Aisyah datang menemuinya untuk memaklumkan penarikan diri dari pasukan hoki sekolah. Terasa sayang bila pemain sebaik Aisyah mengundur diri. Namun bila mendengar punca Aisyah berbuat begitu, dia tidak dapat menahan lagi. Baginya seorang ibu lebih berhak menentukan hala tuju anaknya.

“Ice jika awak berubah fikiran awak tahu kan di mana nak cari kami semua.”

“Baik cikgu. Terima kasih atas tunjuk ajar cikgu selama ini.”

Oh by the way team tahu awak akan pergi,” Cikgu Hamid bertanya sebelum Aisyah berlalu pergi.

Wajah Aisyah yang tertunduk sayu sudah cukup menjelaskan jawapan yang ditanya oleh Cikgu Hamid. Guru muda pertengahan 30-an itu meraup wajahnya.

*******

Aisyah leka di perpustakaan sekolah. Kerja-kerja sekolahnya diselesaikan dengan segera. Jam di pergelangan tangan kanan dilirik. ‘Mana Jad ni, kata nak study sama-sama.’

“Ice,” sapa Fairul Faizan dengan ceria.

“Fairul, belum balik lagi?”

“Tadi aku singgah surau. Solat dulu.”

“Erm ada kau nampak Jad di surau?”

Fairul sudah melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Aisyah.

“Ada. Tapi lepas solat tadi dia terus balik. Kenapa? Kau tunggu dia?”

Aisyah menganggukkan kepala. ‘Dah balik. Bukan masa rehat tadi dia janji nak ikut aku study kat library lepas sekolah,’ Aishah berkata dalam hati. Tangannya terus ligat menulis karangan di buku latihannya. Kehadiran Fairul tidak sedikit pun mengganggu Aisyah. Fairul pula hanya memandang Aisyah yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya.

“Ice boleh aku tanya something?” Fairul takut-takut mengeluarkan kata-kata.

Aisyah yang tadinya memberi tumpuan pada kerja sekolah, berhenti menulis. Wajahnya diangkat. Fairul di hadapannya dipandang dengan wajah yang serius.

“Kau dengan Jad tu couple ker?”

Aisyah sedikit tersentak. Tidak menyangka langsung soalan itu yang keluar dari mulut Fairul.

“Kenapa kau tanya macam tu Fairul?”

“Aku tengok kau dengan Jad tu rapat. Selalu study sama-sama even korang buka sama kelas pun,” Fairul meluahkan apa yang terbuku di hati.

“So..,” Aisyah mahukan penjelasan lebih lanjut daripada Fairul.

Fairul terasa menyesal pula bertanya soalan itu pada Aisyah. Wajah Aisyah tanpa senyuman itu sedikit sebanyak menggugat keyakinan Fairul untuk terus berkata-kata. Namun bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. ‘Alang-alang dah menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,’ getus Fairul mengumpul kekuatan dan keyakinan diri.

“Aku ingat lagi Hasrul ada cakap yang korang memang rapat. Malah Hasrul dah warn aku jangan kacau kau. Aku nak tau betul ke korang ni couple,” ucap Fairul sambil matanya tepat menikam anak mata Aisyah yang sedikit coklat hazel. ‘Cantiknya,’ Fairul baru tersedar yang Aisyah memiliki mata yang cantik pada pandangannya.

Aisyah tertunduk bila menyedari Fairul merenungnya.

“Kami sahabat. Jad tu sahabat baik aku. My BFF.”

Fairul tersenyum puas. Dia lega mendengar pengakuan Aisyah. Baru tadi soalan yang sama turut diaju kepada Dzulhaizad. Jawapan yang sama turut didengarinya dari mulut rakan sekelasnya itu.

*******

Dzulhaizad mula menjauhkan diri dari Aisyah. Pengakuan dari Fairul benar-benar membuatnya sedar. Selama ini Aisyah berada di hatinya. Di suatu tempat yang istimewa. Namun kerana rasa malu dan takut kehilangan Aisyah, semua itu dipendamkan saja. Apabila Fairul meluahkan perasaan sukanya pada Aisyah, Dzulhaizad sudah tidak terkata apa-apa. Demi rakannya itu dia rela mengundur diri. Perbualannya bersama Fairul di surau sekolah semalam masih segar di ingatannya.

“Jad aku ada perkara nak tanya ni. Aku harap kau tak marah,” tegur Fairul seusai solat zuhur petang itu. Surau sekolah sudah lengang. Tinggal mereka berdua sahaja di situ.

“Tanya la,” Dzulhaizad duduk bersandar ke dinding.

“Apa hubungan kau dengan Ice,” pertanyaan Fairul bersahaja pada pendengaran Dzulhaizad.

Dzulhaizad diam sejenak. ‘Haruskah aku berterus terang sahaja atau aku simpan kemas dalam hati ini.’

Fairul menunggu jawapan dari Dzulhaizad dengan sabar. Dia tidak mahu memaksa rakannya itu menjawab soalannya secara tergesa-gesa.

“Aku kenal Ice since dari form 1 lagi. Dia kawan baik aku. Dia selalu tolong aku dalam pelajaran. Kau pun tau Ice budak pandai.”

“Kawan baik saja. Best friend maksud kau?”

“Ya Fairul. Friend for ever.”

“Ish aku tak percaya la. Lelaki dan perempuan tak kan boleh jadi best friend. Lambat atau cepat pasti ada perasaan cinta,” duga Fairul sambil melihat reaksi Dzulhaizad yang diagah sebegitu. Namun Fairul lihat Dzulhaizad sungguh tenang. Tidak langsung terkesan dengan pertanyaannya tadi.

“Itu lah yang sebenarnya. Kenapa kau tanya ni semua Fairul,” giliran Dzulhaizad bertanya.

“Aku..aku sukakan Ice. Kalau betul kau hanya kawan Ice, boleh la aku usha Ice,” pengakuan Fairul membuatkan keadaan menjadi sunyi sepi. Hanya bunyi kipas berpusing di dalam surau sekolah kedengaran. Deru nafas lega sebaik Fairul meluahkan isi hatinya juga jelas kedengaran.

“Betul ke ni.”

“Ya Jad. Aku tak tipu. Cuma aku nak dapatkan kepastian. Aku tak nak jadi pemusnah hubungan korang berdua. Kalau betul apa kau cakap tadi aku rasa lega.”

“Fairul aku harap kau jaga Ice baik-baik ya. She’s my best friend. Kalau dia menangis sebab kau, tahu la aku nak ajar kau nanti,” pesan Dzulhaizad menyembunyikan lirih di hati.

“Thanks Jad. Aku janji.”

“Kalau tak ada apa-apa aku nak balik dah ni. Aku rasa Ice ada di library ni. Cuba kau cari dia kat sana.”

*******

Berita hubungan Aisyah dan Fairul berpacaran di sekolah cepat sahaja tersebar. Ramai juga pelajar lain yang terkejut dengan berita itu. Sangka mereka selama ini Dzulhaizad yang bertakhta di hati Ice. Nyata telahan mereka tersasar.

Hubungan Dzulhaizad dan Aisyah terus kekal seperti mana yang terlafaz di bibir mereka berdua. Walau hati menyatakan sesuatu yang lain tiada siapa yang tahu rahsia hati mereka berdua.

4 comments:

  1. Salam Sha!!! Done reading!

    Nak tanya;
    -mmg dah tak ada smbgan ke?
    -ice mmg tak simpan langsung perasaan pd jad ke? (cian jad..huhu)

    *Comel nama panggilan ICE..mcm lain drpd yg lain :)

    finally, setuju dgn mak ice, walau di mn kita bersekolah, kalau kita sendiri bgs, sekolah kat mn bkn lg menjd perkara utama, niat belajar tu yg penting,nak bljr atau tak nak!! :)

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Shiroe..Tq singgah sini.

    Sambungan kisah ni sebenarnya di kisah Milo Ais: Cinta Tidak Terucap. Ice ada perasaan pada Jad tapi since Jad tak luahkan Ice malu nak luahkan perasaan dia. Jadi masing-masing akhirnya simpan saja rasa cinta itu indah dalam hati.

    Comel eih nama Ice.. :)
    Ice: Terima kasih Cik Shiroe..

    itu la kata-kata mak sha, masa sha sibuk nak tukar sekolah naik form 4

    ReplyDelete
  3. kreatif !

    gaya bahasa yang bersahaja..tertanya-tanya akan sambungan cerita ini..

    syabas atas usaha anda!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sudi membaca kisah ini...

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim