“Wah meriah betul,” tegur Afzan
saat kaki melangkah menghampiri pintu pagar rumah Prof. Dr.Hadif Mirza.
Shaheen memerhati belon-belon
berwarna lembut yang dihias cantik seperti pintu gerbang di pintu pagar. Cantik
bila warna merah jambu dan ungu serta putih mendominasi keseluruhan warna belon
tadi. Malah tema pada petang itu lebih kepada ungu dan putih.
Dua biji khemah yang sedia
dipasang sejak pagi tadi berdiri teguh. Di ruang tengah tersedia meja hidangan.
Terdapat meja dan kerusi panjang yang disusun seperti huruf ‘U’ mengelilingi
meja hidangan. Sungguh meriah dan begitu banyak sekali hidangan yang telah
disediakan. Mini burger, cupcakes, chicken wing, drumsticks, sandwiches,
spagetti, sate, nasi beriani dan lauk pauk serta mihun soto. Sirap bandung
bersama cincau juga disediakan di meja hidangan utama. Bagi penggemar teh tarik
juga tidak dilupakan. Di sebelah tepi
meja utama terdapat meja yang disusun dengan cupcakes, gula-gula, air mineral
dan goodies bag yang comel dan cantik berwarna ungu dan putih. Sesuai untuk
kanak-kanak.
Tidak jauh dari meja goodies bag
tadi, satu lagi meja khas disusun di situ. Ya Sand Art untuk kanak-kanak. Penuh
dengan bekas-bekas berisi pasir berwarna, lukisan berpelekat yang comel turut
tersedia. Pasti kanak-kanak yang hadir gembira.
Mata Shaheen terpaku pada satu
meja yang penuh dengan coklat. Teruja melihat satu meja yang penuh warna-warni
bagaikan pelangi. Hidangan Candy Buffet dengan Chocolate Fountain dipenuhi
dengan beraneka pilihan manisan. Ada mini cupcakes, cheese tart, chocolate
cookies, gummies, sumi jelly, love letters, cotton candy, macaroons, rainbow
lolipop, chocolate beans, fruit slices candy, finger biscuits, marshmallow
serta buah-buahan berupa buah epal, pisang dan anggur yang siap dicucuk seperti
sate. Sebiji kek perisa Tiramisu turut disajikan di situ.
Tuan rumah nampaknya sedang sibuk
menjemput tetamu duduk. Rata-rata terdiri daripada ibu dan bapa kepada
kawan-kawan dari tadika Imran dan Irfan ‘the birthday boys’.
“Sha, Afzan terima kasih datang. And
thanks for the cupcakes. It’s lovely. Kebetulan pula warnanya pink
kan.,” sapa Puan Almira menyambut kedatangan Afzan dan Shaheen.
Afzan dan Shaheen menghulurkan
hadiah buat si kembar Imran dan Irfan. Shaheen memberikan set permainan Sahibba
dan Saidina buat si kembar manakala Afzan memilih set mainan chess dan puzzle
yang comel untuk Imran dan Irfan.
“Ya Allah kenapa susah-susah ni,”
sambut Puan Almira malu-malu.
“Thanks for coming both of you,”
sapa Prof. Dr.Hadif mendekati Afzan dan Shaheen. “Imran dan Irfan ada kat
dalam. Irfan tu selesema sikit. I minta dia tunggu kat dalam sebelum majlis bermula.
Then Imran pun sama-sama la menemankan Irfan kat dalam dengan nanny
mereka.”
“Oh ya. Alahai birthday boy
kurang sihat ya,” balas Afzan.
“Jemput duduk dulu Sha, Afzan.
Kami menunggu kumpulan anak-anak yatim dari Shah Alam,” Puan Almira mengiringi
Afzan dan Shaheen duduk di kerusi yang disediakan berdekatan meja hidangan.
Hadiah yang dipegang tadi diletak di atas meja bersebelahan meja goodies bag
tadi.
Kurang sepuluh minit, rombongan
anak-anak yatim dari Darul Falah tiba. Mereka diiringi oleh
seorang lelaki dan seorang wanita. Prof. Dr. Hadif Mirza cepat-cepat
menghampiri kumpulan anak-anak yatim yang baru tiba itu. Menjemput mereka
masuk dan mempersilakan mereka duduk. Suasana menjadi sedikit riuh. Majlis
diiringi dengan lagu-lagu dendangan Maher Zain.
Sebaik semua tetamu telah
memenuhi ruang duduk di bawah khemah putih ungu itu, Prof. Dr. Hadif menjemput
Ustaz Amir membacakan doa bagi memberkati majlis. Majlis yang tadinya riuh
rendah dengan suara tetamu dan juga muzik yang berkumandang menjadi sedikit
sepi. Alunan doa bacaan Ustaz Amir diaminkan semua yang hadir. Sebaik habis
bacaan doa, dua biji kek dibawa ke meja hidangan utama. Imran dan Irfan
mengekori Datin Husna dan Dato’ Mokhtar dari belakang. Semua tetamu mula
berkumpul mengelilingi meja utama. Imran dan Irfan tersenyum gembira di hadapan
kek masing-masing. Imran dengan rainbow kek berbentuk kereta berwarna
merah dan Irfan dengan velvet kek padang bolanya. Menarik sekali bentuk kek
tersebut. Kawan-kawan si birthday boys juga teruja melihat bentuk kek yang comel itu
di atas meja.
“Mari sama-sama nyanyikan lagu
Selamat Hari Lahir versi Allah Selamatkan Kamu, boleh semua,” Dato’ Mokhtar
membuat permintaan.
Semua tetamu dengan senang hati menyanyikan
lagu Selamat Hari Lahir kepada Imran dan Irfan. Sebaik habis nyanyian, Imran
dan Irfan mula memotong kek. Tiada pula lilin diletakkan di atas kek.
“Sengaja tak letak lilin. Tak nak
nanti lilin yang cair terbakar tu menitik atas kek,” Datin Husna berbisik
lembut ke telinga Shaheen.
“Oh,” Shaheen angguk tanda faham.
Sebaik kek dipotong, semua tetamu
dijemput menjamu selera. Puan Almira memotong kecil-kecil kek dan mula
mengagihkan kepada semua tetamu. Sambil menjamu selera, kelihatan badut yang
ceria mula melakukan aktiviti silap mata. Tetamu yang melihat terpegun. Sampai
ada yang tidak berkelip mata. Persembahan badut itu nyata menghiburkan. Tetamu
bertepuk tangan melihat setiap aksi daripada badut itu.
“Wah, hebatnya,” jerit seorang
tetamu bila melihat aksi badut tersebut mengeluarkan seekor burung dari topi
panjangnya. Burung merpati itu akhirnya dilepaskan terbang bebas.
“Aunty Sha,” jerit Imran dan
Irfan serentak. Mereka berdua meluru ke arah Shaheen yang sedang duduk mengadap
pintu masuk. Di tangan masing-masing sepiring kek di bawa bersama.
“Wah Imran dengan Irfan pantang
ya nampak Aunty Sha. Mesti nak duduk atas riba ya.”
“Tak apa Datin,” Shaheen menjawab
sambil senyum. Shaheen yang sedang menikmati chicken wing terhenti bila diserbu
oleh dua beradik kembar yang manja itu.
“Imran, Irfan, jangan kacau Aunty
Sha makan. Mari sini sayang nenek suap kek tu,” tegur Datin Husna memujuk cucu
kesayangannya.
Imran dan Irfan laju sahaja
menggelengkan kepala. Afzan di sisi Shahen senyum melihat gelagat si kembar.
“Aunty Sha Irfan nak belon.”
“Belon?” Shaheen menoleh ke arah
suara kanak-kanak yang riuh bersorak.
“Kalau nak belon, Imran dengan
Irfan kena habiskan dulu kek ni. Makan tak mau comot ya,” pujuk Shaheen.
Cepat-cepat mereka berdua
menghabiskan kek. “Aunty dah,” Irfan sudah bangun berdiri di sisi Shaheen.
“Jom Ijan, teman aku.” Shaheen
bangun menuju ke arah badut yang sibuk meniup belon sambil memimpin tangan
Imran dan Irfan.
Afzan dan Shaheen berdiri berdekatan
menunggu Imran dan Irfan. Si kembar itu mahukan belon dari badut yang sibuk
dengan permintaan dari kanak-kanak yang mengelilinginya. Imran dan Irfan sabar
menunggu giliran mereka. Pemuda yang berbaju seperti pelangi itu tangkas
membuat pelbagai bentuk daripada belon. Tangan beliau amat pantas sekali dan
persembahannya amat menghiburkan. Senyuman ketika melayan tetamu menyebabkan
ramai kanak-kanak yang mengerumuni beliau.
“Hai aunty pun nak belon
jugakah?” satu suara menyapa Shaheen. Terasa dekat benar suara itu di
pendengaran Shaheen.
“Luqman.”
Shaheen terkejut melihat Luqman
berdiri di sisinya. Malam itu Luqman ringkas sahaja penampilannya. Berbaju-T
Adidas warna ungu dengan jeans hitamnya. Walaupun ringkas, namun penampilannya
kemas.
“Hi Cik Perdana. Nak belon juga
ke?” Rayyan mendekati Luqman, Shaheen dan Afzan.
Shaheen pelik siapa yang ditegur
oleh lelaki di sebelah Luqman. ‘Siapa Cik Perdana?’
Belum sempat Luqman
memperkenalkan mereka, Rayyan sudah berjalan ke hadapan menghampiri lelaki yang dipanggil Abang Magic oleh kanak-kanak
di hadapannya.
“Nah ambil ni,” Rayyan
menghulurkan sekuntum bunga yang dibuat dari belon kepada Shaheen dan seekor
arnab dihulur kepada Afzan.
Shaheen lambat-lambat menyambut
belon pemberian Rayyan. Dia malu sebenarnya. Dia menunggu si kembar sebetulnya
bukan menunggu belon untuk dirinya.
“Oh tak sempat mahu kenalkan
tadi. Rayyani ni Shaheen dan ini,” tergantung kata-kata Luqman bila tiba-tiba
Rayyan menyampuk.
“Cik Perdana kan..”
Afzan sudah kelat wajahnya. Tidak
sangka akan bertemu lagi pemuda yang
hampir sahaja melanggar kereta Perdana Shaheen gara-gara berebut tempat
parkir dua minggu lepas. Mujur sahaja dia lebih cepat jadi keretanya berjaya
diparkir di tempat yang sepatutnya.
“Eh awak tak nampak ke saya dah
bagi signal nak masuk parking ni.” jerit si pemuda.
“Ye ke awak bagi signal.
Saya tak nampak pun,” Afzan buat muka selamba. Kecut perut juga bila melihat
wajah serius pemuda itu yang nyata berang di hadapannya.
Rayyan memetik jari di hadapan
wajah Afzan dua kali. Tindakan Rayyan mengembalikan Afzan ke alam sedarnya.
‘Sempat lagi berkhayal rupanya Cik Perdana ni.’
Shaheen yang tidak tahu hujung
pangkal melirik Luqman di sisi. Luqman angkat bahu sambil membuat wajah selamba
tidak tahu.
“Here you are,” sapa Prof.
Dr. Hadif mendekati Luqman dan Rayyan. Mereka bersalaman dan berpelukan seperti
sudah lama tidak bertemu. Walhal baru pagi tadi mereka bersua di majlis bacaan
doa selamat masuk rumah baru Prof. Dr. Hadif Mirza.
Shaheen melihat keakraban mereka
bertiga. Tertanya-tanya juga apa hubungan mereka bertiga. Mesra sekali.
“Sha, Afzan mereka ni my
classmates merangkap my roommates masa di Australia dulu,” Prof. Dr.
Hadif Mirza menjawab persoalan di minda Shaheen. “Ini Luqman Hakim dan ini
Fitriansyah Putra. And young ladies here was my students one upon a time
dulu.”
“Hah! Really they are your
students, Adif?”
“Yup Rayyan. Why?”
“Erm nothing.”
“Tapi kenapa panggil Rayyan,”
Afzan bertanya.
“Senang nak ingat, senang nak sebut. Nama dia
panjang sangat,” jawab Luqman. “By the way aku dah kenal pun mereka
berdua ni, Adif.”
“Macam mana kau boleh kenal
mereka,” tanya Prof. Dr. Hadif Mirza ingin tahu.
“A few months ago we met in
Jakarta. Business matters ya,” balas Luqman bila Rayyan sudah memandangnya
seperti tidak percaya.
“You mean business kayu
jati tu ke Luq,” Rayyan bersuara pantas.
“Yup.”
“Oh bagus la. Aku memang tengah
cari someone untuk external deco rumah aku. Kawasan ni aku nak
buat pergola daripada kayu jati. Then aku nak buat kolam ikan koi kat
sini,” Prof. Dr. Hadif Mirza menyatakan perancangan yang belum terlaksana.
“You’re in the right hand
buddy,” Luqman menepuk bahu Prof. Dr. Hadif Mirza.
“Eh jom kita discuss kat sana
sambil makan-makan,” ajak Prof. Dr. Hadif Mirza.
Mereka berlima berjalan ke bawah
khemah.
“Eh kejab ya,” Prof. Dr. Hadif
Mirza menuju ke arah adiknya yang sibuk melayan tetamu yang hadir. Adiknya
mengangguk-anggukkan kepala. Seketika selepas itu Prof. Dr. Hadif Mirza menemui
Ustaz Amir. Kemudian dia kembali menyertai rakan-rakannya.
“Sekejab lagi masuk Asar. Boleh
la kita solat berjamaah di bilik solat kat dalam. Insya Allah boleh muat.”
“Surau taman ni dah
berfungsikah?”
“Belum lagi Rayyan. Maklum la
kawasan perumahan ni pun masih baru. Banyak lagi rumah-rumah kat sini belum
berpenghuni. Lorong rumah aku ni pun baru lima enam rumah yang dah diduduki.
Kalau nak ke surau kena pegi jauh sikit.”
“Hahaha,” tiba-tiba sahaja Afzan
ketawa.
‘Eih dah kenapa Cik Perdana ni?’
getus Rayyan memandang tajam ke arah Afzan.
“Cuba kau tengok badut tu menari
Chicken Dance,” Afzan menuding jari ke arah kanak-kanak yang gembira menari
Chicken Dance. Comel sahaja aksi mereka semua tapi bukan lah badut yang
mengetuai kumpulan kanak-kanak tersebut.
Luqman, Rayyan dan Prof. Dr.
Hadif Mirza berpusing ke belakang. Mereka turut ketawa kecil. Shaheen juga
tidak dapat menahan tawanya.
“Birthday boys pun suka
sangat tu. Kat depan sekali dengan my mum,” Prof. Dr. Hadif Mirza tersenyum
melihat gelagat anak-anaknya yang ditemani oleh ibunya.
“Dunia kanak-kanak yang dipenuhi
dengan keceriaan dan kegembiraan.”
“Betul tu Sha,” sahut Luqman.
“Ok back to our discussion,
I nak jadikan ruang ni sebagai tempat my family berkumpul. Macam I cakap
tadi, I nak letak pergola with nice meja and kerusi. Sesuai for having
hi-tea petang-petang kan. Tempat santai anak-anak, my wife and I. One
more thing I nak letak juga buaian for my kids.”
“Prof. I rasa better we
provide you with a few layouts first. Then from there we can figure out
your preference design.”
“Yup betul apa Sha cakap tu Prof.
Besides your corner lot ni luas juga. So ada banyak yang boleh dibuat
kat sini.”
Luqman dan Rayyan diam sahaja
mendengar cadangan Afzan dan Shaheen. ‘Serahkan pada yang pakar.’
hahaha..klako aje Rayyan dgn Cik Perdana
ReplyDeleteSha...jgn lupa sambung ya...
sy suka :) Citer ni bg sy byk info n pengajaran :)
insya Allah dalam proses siapkan sambungannya.
ReplyDeleteTerima kasih Cik Shiroe yang telah membaca dan berikan komen. Alhamdulillah..terharu rasa, semoga info dan pengajaran daripada kisah ini dapt memberi kebaikan buat semua..
Insya Allah..sy tggu smbgn die :)
ReplyDeleteAlso happy bc semua reply komen sha..bc komen pn bleh gelak sorg2 :)
:) sha pun bila baca komen dari Cik Shiroe..memang dok senyum + gelak depan pc/lappy..
ReplyDelete