24 March 2013

Kasihmu 21

“Wah meriah betul,” tegur Afzan saat kaki melangkah menghampiri pintu pagar rumah Prof. Dr.Hadif Mirza.

Shaheen memerhati belon-belon berwarna lembut yang dihias cantik seperti pintu gerbang di pintu pagar. Cantik bila warna merah jambu dan ungu serta putih mendominasi keseluruhan warna belon tadi. Malah tema pada petang itu lebih kepada ungu dan putih.
Dua biji khemah yang sedia dipasang sejak pagi tadi berdiri teguh. Di ruang tengah tersedia meja hidangan. Terdapat meja dan kerusi panjang yang disusun seperti huruf ‘U’ mengelilingi meja hidangan. Sungguh meriah dan begitu banyak sekali hidangan yang telah disediakan. Mini burger, cupcakes, chicken wing, drumsticks, sandwiches, spagetti, sate, nasi beriani dan lauk pauk serta mihun soto. Sirap bandung bersama cincau juga disediakan di meja hidangan utama. Bagi penggemar teh tarik juga tidak dilupakan.  Di sebelah tepi meja utama terdapat meja yang disusun dengan cupcakes, gula-gula, air mineral dan goodies bag yang comel dan cantik berwarna ungu dan putih. Sesuai untuk kanak-kanak. 

Tidak jauh dari meja goodies bag tadi, satu lagi meja khas disusun di situ. Ya Sand Art untuk kanak-kanak. Penuh dengan bekas-bekas berisi pasir berwarna, lukisan berpelekat yang comel turut tersedia. Pasti kanak-kanak yang hadir gembira.
Mata Shaheen terpaku pada satu meja yang penuh dengan coklat. Teruja melihat satu meja yang penuh warna-warni bagaikan pelangi. Hidangan Candy Buffet dengan Chocolate Fountain dipenuhi dengan beraneka pilihan manisan. Ada mini cupcakes, cheese tart, chocolate cookies, gummies, sumi jelly, love letters, cotton candy, macaroons, rainbow lolipop, chocolate beans, fruit slices candy, finger biscuits, marshmallow serta buah-buahan berupa buah epal, pisang dan anggur yang siap dicucuk seperti sate. Sebiji kek perisa Tiramisu turut disajikan di situ.

Tuan rumah nampaknya sedang sibuk menjemput tetamu duduk. Rata-rata terdiri daripada ibu dan bapa kepada kawan-kawan dari tadika Imran dan Irfan ‘the birthday boys’.

“Sha, Afzan terima kasih datang. And thanks for the cupcakes. It’s lovely. Kebetulan pula warnanya pink kan.,” sapa Puan Almira menyambut kedatangan Afzan dan Shaheen.
Afzan dan Shaheen menghulurkan hadiah buat si kembar Imran dan Irfan. Shaheen memberikan set permainan Sahibba dan Saidina buat si kembar manakala Afzan memilih set mainan chess dan puzzle yang comel untuk Imran dan Irfan.

“Ya Allah kenapa susah-susah ni,” sambut Puan Almira malu-malu.
Thanks for coming both of you,” sapa Prof. Dr.Hadif mendekati Afzan dan Shaheen. “Imran dan Irfan ada kat dalam. Irfan tu selesema sikit. I minta dia tunggu kat dalam sebelum majlis bermula. Then Imran pun sama-sama la menemankan Irfan kat dalam dengan nanny mereka.”

“Oh ya. Alahai birthday boy kurang sihat ya,” balas Afzan.
“Jemput duduk dulu Sha, Afzan. Kami menunggu kumpulan anak-anak yatim dari Shah Alam,” Puan Almira mengiringi Afzan dan Shaheen duduk di kerusi yang disediakan berdekatan meja hidangan. Hadiah yang dipegang tadi diletak di atas meja bersebelahan meja goodies bag tadi.

Kurang sepuluh minit, rombongan anak-anak yatim dari Darul Falah tiba. Mereka diiringi oleh seorang lelaki dan seorang wanita. Prof. Dr. Hadif Mirza cepat-cepat menghampiri kumpulan anak-anak yatim yang baru tiba itu. Menjemput mereka masuk dan mempersilakan mereka duduk. Suasana menjadi sedikit riuh. Majlis diiringi dengan lagu-lagu dendangan Maher Zain.
Sebaik semua tetamu telah memenuhi ruang duduk di bawah khemah putih ungu itu, Prof. Dr. Hadif menjemput Ustaz Amir membacakan doa bagi memberkati majlis. Majlis yang tadinya riuh rendah dengan suara tetamu dan juga muzik yang berkumandang menjadi sedikit sepi. Alunan doa bacaan Ustaz Amir diaminkan semua yang hadir. Sebaik habis bacaan doa, dua biji kek dibawa ke meja hidangan utama. Imran dan Irfan mengekori Datin Husna dan Dato’ Mokhtar dari belakang. Semua tetamu mula berkumpul mengelilingi meja utama. Imran dan Irfan tersenyum gembira di hadapan kek masing-masing. Imran dengan rainbow kek berbentuk kereta berwarna merah dan Irfan dengan velvet kek padang bolanya. Menarik sekali bentuk kek tersebut. Kawan-kawan si birthday boys  juga teruja melihat bentuk kek yang comel itu di atas meja.

“Mari sama-sama nyanyikan lagu Selamat Hari Lahir versi Allah Selamatkan Kamu, boleh semua,” Dato’ Mokhtar membuat permintaan.
Semua tetamu dengan senang hati menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir kepada Imran dan Irfan. Sebaik habis nyanyian, Imran dan Irfan mula memotong kek. Tiada pula lilin diletakkan di atas kek.

“Sengaja tak letak lilin. Tak nak nanti lilin yang cair terbakar tu menitik atas kek,” Datin Husna berbisik lembut ke telinga Shaheen.
“Oh,” Shaheen angguk tanda faham.

Sebaik kek dipotong, semua tetamu dijemput menjamu selera. Puan Almira memotong kecil-kecil kek dan mula mengagihkan kepada semua tetamu. Sambil menjamu selera, kelihatan badut yang ceria mula melakukan aktiviti silap mata. Tetamu yang melihat terpegun. Sampai ada yang tidak berkelip mata. Persembahan badut itu nyata menghiburkan. Tetamu bertepuk tangan melihat setiap aksi daripada badut itu.
“Wah, hebatnya,” jerit seorang tetamu bila melihat aksi badut tersebut mengeluarkan seekor burung dari topi panjangnya. Burung merpati itu akhirnya dilepaskan terbang bebas. 

“Aunty Sha,” jerit Imran dan Irfan serentak. Mereka berdua meluru ke arah Shaheen yang sedang duduk mengadap pintu masuk. Di tangan masing-masing sepiring kek di bawa bersama.
“Wah Imran dengan Irfan pantang ya nampak Aunty Sha. Mesti nak duduk atas riba ya.”

“Tak apa Datin,” Shaheen menjawab sambil senyum. Shaheen yang sedang menikmati chicken wing terhenti bila diserbu oleh dua beradik kembar yang manja itu.
“Imran, Irfan, jangan kacau Aunty Sha makan. Mari sini sayang nenek suap kek tu,” tegur Datin Husna memujuk cucu kesayangannya.
Imran dan Irfan laju sahaja menggelengkan kepala. Afzan di sisi Shahen senyum melihat gelagat si kembar.
“Aunty Sha Irfan nak belon.”

“Belon?” Shaheen menoleh ke arah suara kanak-kanak yang riuh bersorak.
“Kalau nak belon, Imran dengan Irfan kena habiskan dulu kek ni. Makan tak mau comot ya,” pujuk Shaheen.
Cepat-cepat mereka berdua menghabiskan kek. “Aunty dah,” Irfan sudah bangun berdiri di sisi Shaheen.
“Jom Ijan, teman aku.” Shaheen bangun menuju ke arah badut yang sibuk meniup belon sambil memimpin tangan Imran dan Irfan.
Afzan dan Shaheen berdiri berdekatan menunggu Imran dan Irfan. Si kembar itu mahukan belon dari badut yang sibuk dengan permintaan dari kanak-kanak yang mengelilinginya. Imran dan Irfan sabar menunggu giliran mereka. Pemuda yang berbaju seperti pelangi itu tangkas membuat pelbagai bentuk daripada belon. Tangan beliau amat pantas sekali dan persembahannya amat menghiburkan. Senyuman ketika melayan tetamu menyebabkan ramai kanak-kanak yang mengerumuni beliau.
“Hai aunty pun nak belon jugakah?” satu suara menyapa Shaheen. Terasa dekat benar suara itu di pendengaran Shaheen.
“Luqman.”
Shaheen terkejut melihat Luqman berdiri di sisinya. Malam itu Luqman ringkas sahaja penampilannya. Berbaju-T Adidas warna ungu dengan jeans hitamnya. Walaupun ringkas, namun penampilannya kemas.
“Hi Cik Perdana. Nak belon juga ke?” Rayyan mendekati Luqman, Shaheen dan Afzan.
Shaheen pelik siapa yang ditegur oleh lelaki di sebelah Luqman. ‘Siapa Cik Perdana?’
Belum sempat Luqman memperkenalkan mereka, Rayyan sudah berjalan ke hadapan menghampiri lelaki  yang dipanggil Abang Magic oleh kanak-kanak di hadapannya.
“Nah ambil ni,” Rayyan menghulurkan sekuntum bunga yang dibuat dari belon kepada Shaheen dan seekor arnab dihulur kepada Afzan.
Shaheen lambat-lambat menyambut belon pemberian Rayyan. Dia malu sebenarnya. Dia menunggu si kembar sebetulnya bukan menunggu belon untuk dirinya.
“Oh tak sempat mahu kenalkan tadi. Rayyani ni Shaheen dan ini,” tergantung kata-kata Luqman bila tiba-tiba Rayyan menyampuk.
“Cik Perdana kan..”
Afzan sudah kelat wajahnya. Tidak sangka akan bertemu lagi pemuda yang  hampir sahaja melanggar kereta Perdana Shaheen gara-gara berebut tempat parkir dua minggu lepas. Mujur sahaja dia lebih cepat jadi keretanya berjaya diparkir di tempat yang sepatutnya.
“Eh awak tak nampak ke saya dah bagi signal nak masuk parking ni.” jerit si pemuda.
“Ye ke awak bagi signal. Saya tak nampak pun,” Afzan buat muka selamba. Kecut perut juga bila melihat wajah serius pemuda itu yang nyata berang di hadapannya.
Rayyan memetik jari di hadapan wajah Afzan dua kali. Tindakan Rayyan mengembalikan Afzan ke alam sedarnya. ‘Sempat lagi berkhayal rupanya Cik Perdana ni.’
Shaheen yang tidak tahu hujung pangkal melirik Luqman di sisi. Luqman angkat bahu sambil membuat wajah selamba tidak tahu.
Here you are,” sapa Prof. Dr. Hadif mendekati Luqman dan Rayyan. Mereka bersalaman dan berpelukan seperti sudah lama tidak bertemu. Walhal baru pagi tadi mereka bersua di majlis bacaan doa selamat masuk rumah baru Prof. Dr. Hadif Mirza.
Shaheen melihat keakraban mereka bertiga. Tertanya-tanya juga apa hubungan mereka bertiga. Mesra sekali.
“Sha, Afzan mereka ni my classmates merangkap my roommates masa di Australia dulu,” Prof. Dr. Hadif Mirza menjawab persoalan di minda Shaheen. “Ini Luqman Hakim dan ini Fitriansyah Putra. And young ladies here was my students one upon a time dulu.”
“Hah! Really they are your students, Adif?”
“Yup Rayyan. Why?”
Erm nothing.”
“Tapi kenapa panggil Rayyan,” Afzan bertanya.
“Senang nak ingat, senang nak sebut. Nama dia panjang sangat,” jawab Luqman. “By the way aku dah kenal pun mereka berdua ni, Adif.”
“Macam mana kau boleh kenal mereka,” tanya Prof. Dr. Hadif Mirza ingin tahu.
A few months ago we met in Jakarta. Business matters ya,” balas Luqman bila Rayyan sudah memandangnya seperti tidak percaya.
You mean business kayu jati tu ke Luq,” Rayyan bersuara pantas.
“Yup.”
“Oh bagus la. Aku memang tengah cari someone untuk external deco rumah aku. Kawasan ni aku nak buat pergola daripada kayu jati. Then aku nak buat kolam ikan koi kat sini,” Prof. Dr. Hadif Mirza menyatakan perancangan yang belum terlaksana.
You’re in the right hand buddy,” Luqman menepuk bahu Prof. Dr. Hadif Mirza.
“Eh jom kita discuss kat sana sambil makan-makan,” ajak Prof. Dr. Hadif Mirza.
Mereka berlima berjalan ke bawah khemah.
“Eh kejab ya,” Prof. Dr. Hadif Mirza menuju ke arah adiknya yang sibuk melayan tetamu yang hadir. Adiknya mengangguk-anggukkan kepala. Seketika selepas itu Prof. Dr. Hadif Mirza menemui Ustaz Amir. Kemudian dia kembali menyertai rakan-rakannya.
“Sekejab lagi masuk Asar. Boleh la kita solat berjamaah di bilik solat kat dalam. Insya Allah boleh muat.”
“Surau taman ni dah berfungsikah?”
“Belum lagi Rayyan. Maklum la kawasan perumahan ni pun masih baru. Banyak lagi rumah-rumah kat sini belum berpenghuni. Lorong rumah aku ni pun baru lima enam rumah yang dah diduduki. Kalau nak ke surau kena pegi jauh sikit.”
“Hahaha,” tiba-tiba sahaja Afzan ketawa.
‘Eih dah kenapa Cik Perdana ni?’ getus Rayyan memandang tajam ke arah Afzan.
“Cuba kau tengok badut tu menari Chicken Dance,” Afzan menuding jari ke arah kanak-kanak yang gembira menari Chicken Dance. Comel sahaja aksi mereka semua tapi bukan lah badut yang mengetuai kumpulan kanak-kanak tersebut.
Luqman, Rayyan dan Prof. Dr. Hadif Mirza berpusing ke belakang. Mereka turut ketawa kecil. Shaheen juga tidak dapat menahan tawanya.
Birthday boys pun suka sangat tu. Kat depan sekali dengan my mum,” Prof. Dr. Hadif Mirza tersenyum melihat gelagat anak-anaknya yang ditemani oleh ibunya.
“Dunia kanak-kanak yang dipenuhi dengan keceriaan dan kegembiraan.”
“Betul tu Sha,” sahut Luqman.
Ok back to our discussion, I nak jadikan ruang ni sebagai tempat my family berkumpul. Macam I cakap tadi, I nak letak pergola with nice meja and kerusi. Sesuai for having hi-tea petang-petang kan. Tempat santai anak-anak, my wife and I. One more thing I nak letak juga buaian for my kids.”
“Prof. I rasa better we provide you with a few layouts first. Then from there we can figure out your preference design.
“Yup betul apa Sha cakap tu Prof. Besides your corner lot ni luas juga. So ada banyak yang boleh dibuat kat sini.”
Luqman dan Rayyan diam sahaja mendengar cadangan Afzan dan Shaheen. ‘Serahkan pada yang pakar.’

4 comments:

  1. hahaha..klako aje Rayyan dgn Cik Perdana

    Sha...jgn lupa sambung ya...

    sy suka :) Citer ni bg sy byk info n pengajaran :)

    ReplyDelete
  2. insya Allah dalam proses siapkan sambungannya.

    Terima kasih Cik Shiroe yang telah membaca dan berikan komen. Alhamdulillah..terharu rasa, semoga info dan pengajaran daripada kisah ini dapt memberi kebaikan buat semua..

    ReplyDelete
  3. Insya Allah..sy tggu smbgn die :)

    Also happy bc semua reply komen sha..bc komen pn bleh gelak sorg2 :)

    ReplyDelete
  4. :) sha pun bila baca komen dari Cik Shiroe..memang dok senyum + gelak depan pc/lappy..

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim