31 March 2013

Kasihmu 23

'Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit’

Bunyi jam loceng berdering kuat. Shaheen membuka matanya. Tangan kanannya mencapai jam loceng lalu mematikannya. Lampu meja dibuka. Shaheen bangun pagi itu selepas matanya terbuka luas. Sambil mendepangkan tangan dan menghirup udara pagi dia membaca doa bangun tidur. Hatinya memanjat syukur. Nikmat Allah yang satu itu masih lagi dirasainya. Nikmat masih bernyawa dikandung badan.  

Selimut yang membaluti tubuhnya dilipat kemas. Bantal yang digunakan turut ditepuk-tepuk sebelum disusun semula di kepala katil. Cadar merah jambu dengan ropol putih ditegangkan. Puas hati. Shaheen berlalu ke tingkap lalu membukanya. Menderu angin pagi menyusup masuk menampar-nampar wajah Shaheen. Segar dan nyaman terasa.



Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Shaheen mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi. 15 minit kemudian Shaheen sudah siap mandi juga siap mengambil wuduk. Sesudah berpakaian, Shaheen mengenakan telekung putih bersulam cantik. Sambil menunggu masuknya waktu subuh, Shaheen mencapai naskah Al-Quran. Bacaan ayat-ayat suci dialunkan dengan tertib. Bacaan yang lancar. Di pagi yang sunyi itu, suara bacaan ayat-ayat suci itu menyentuh jiwa. Begitulah hebatnya kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail. Membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.

Shaheen menghentikan bacaannya apabila azan subuh berkumandang. Al-Quran ditutup lalu dikucup sebanyak tiga kali. Shaheen bangun dan mengembalikan semula Al-Quran tersebut ke atas rak di atas meja. Laungan azan disambut dengan sepenuh hati. Pagi itu Shaheen menunaikan solat subuhnya seperti biasa. Bezanya hari ini hari Sabtu. Sesudah solat, Shaheen turun ke dapur.

“Assalamualaikum Umi,” sapa Shaheen ceria.

“Waalaikumsalam Een.”

“Biar Een bantu Umi,” Shaheen mengambil pisau dari tangan Puan Asyiqin. Sayur sawi dipotong kecil-kecil. Selesai memotong sayur sawi, Shaheen memotong pula tauhu yang sudah digoreng.

“Een tolong Umi buatkan air,” pinta Puan Asyiqin.

“Baik Umi,” Shaheen lantas mencapai teko. Satu sudu setengah gula dimasukkan ke dalam teko. Serbuk kopi juga turut dimasukkan bersama. Cerek di atas dapur diangkat dengan hati-hati lalu dituang ke dalam teko. Air kopi panas dikacau perlahan mengikut arah lawan jam. Shaheen berhenti mengacau bila semua gula telah larut. Teko ditutup lalu diletak di atas dulang. Tiga biji cawan dan tiga biji piring turut disusun bersama lalu di bawa ke meja makan di ruang tengah rumah. Shaheen kembali ke dapur semula.

Puan Asyiqin sedang sibuk menumis cili kering yang telah dikisar bersama bawang. Bau harum semerbak di ruang dapur.

“Hmm sedapnya bau,” Shaheen berdiri di sisi uminya.

“Hulurkan Umi udang tu,” pinta Puan Asyikin.

“Ni Umi.”

Cepat dan cergas Puan Asyikin memasak di dapur. Shaheen memerhati Uminya. Sedari dia kecil, Uminya tidak pernah gagal menyiapkan semua keperluan keluarga. Shaheen menyimpan azam untuk mencontohi sikap Uminya. Menjadi bukan sahaja anak tetapi isteri dan juga ibu mithali suatu masa nanti.

“Ok dah siap. Ni Umi,” Shaheen menghulurkan satu mangkuk besar untuk diisi dengan mihun goreng yang telah siap dimasak.

“Dah jom kita ke depan,” ajak Puan Asyikin.

“Kejab ya Een panggilkan Abi,” Shaheen melangkah ke luar rumah.

Encik Suffian sedang sibuk menyiram pokok-pokok orkid kesayangan isterinya. Ikan koi peliharaannya juga sudah diberi makan sebentar tadi.

“Abi jom sarapan. Umi dah siap masak tu,” panggil Shaheen bila dia menghampiri Abinya.

“Ya lah. Abi tutup paip air dulu.”

Shaheen masuk ke dalam rumah. Diikuti oleh Encik Suffian. Mereka mengambil tempat di meja makan. Puan Asyikin telah sedia menunggu. Mihun goreng sudah pun disendukkan ke dalam pinggan masing-masing. Cawan juga sudah siap berisi air kopi o panas. Sebelum menikmati sarapan, mereka sekeluarga menadah tangan berdoa mensyukuri nikmat rezeki kurniaan Ilahi.

“Abi kenal Tuan Malik? Sempurna Resort?”

“Tuan Malik Tuan Muzaffar?”

“Ya Abi. Dia ada datang office semalam. Bincang pasal perabot untuk rangkaian resort dia. Dia sampaikan salam pada Abi.”

“Waalaikumsalam. Ya Abi satu sekolah dulu dengan Tuan Malik. Dia budak sukan. Aktif orangnya.”

“Baik kan orangnya. Masa mula-mula jumpa tu nampak macam garang je. Mukanya yang serius tu buat Een cemas je. Tapi lepas dah duduk berbincang tu dia ok saja. Senang berurusan,” komen Shaheen.

“Itu lah jangan kita menilai seseorang hanya pada paras rupa sahaja. Apa kata orang, ‘don’t  judge a book by it’s cover,’  tokok Puan Asyikin.

Encik Suffian mengangguk. Mihun goreng yang tinggal sedikit di pinggan ditambah lagi. Puan Asyikin tersenyum melihat suaminya berselera makan hasil air tangannya. Tidak terasa penat memasak bila suami dan anak makan bertambah.

“Oh ya Abi, Tuan Malik ada cadangkan Jati Holding adakan pakej hiasan dalaman bersama perabot. Dia berkenan dengan hiasan dalaman yang dilihat di Jati Holding. Simple tapi ada nilai estetika.”

“Siapa yang bertanggungjawab hias office di Jati Holding?”

“Itu kan hasil kerja Afzan dengan Een. Aida pun ada juga bagi idea. Kami refer dari catalog IKEA Abi,” Shaheen senyum. “Then kami cari bahan dan barang dari internet Abi.”

“Abi setuju juga dengan cadangan Tuan Malik tu. Ada betulnya juga. Selain membekalkan perabot, why not kita juga menawarkan khidmat hiasan dalaman. Tambahan lagi, boleh juga kita beri khidmat konsultasi kepada klien dan cadangkan aksesori  yang sesuai dengan perabot mereka. Boleh buat pakej yang secara tak langsung menawarkan lebih pilihan kepada klien.”

“Jadi Abi setuju dengan idea tu?”

Basically yes. Abi setuju. Can you come out with a  paper work. Bring this idea to the meeting. Let’s our share partners decide,” putus Encik Suffian.

Puan Asyikin yang mendengar dari tadi mula bersuara, “Anak beranak sembang pasal bisnes sampai berhenti makan. Een dari tadi pinggan tak luak pun.”

“Een better eat  more. Kalau Umi merajuk, Abi susah nanti,” gurau Encik Suffian mengusik isterinya.

Shaheen senyum lebar. Mihun di pinggan disuap ke mulut. Air tangan Uminya memang tiada tandingan.

“Abi ni dah tiga kali tambah. Alhamdulillah Abi dah kenyang,” Encik Suffian masih duduk di meja makan, menemani isteri dan anaknya makan. “Sayang, tuangkan kopi. Sedap pula kopi pagi ni.”

“Een yang bancuh tadi,” jawab Puan Asyikin.

“Patut la sedap,” balas Encik Suffian sambil menyambut huluran cawan berisi kopi o buatan Shaheen.

Encik Suffian, Puan Asyikin dan Afzan sekali lagi menadah tangan sambil membaca doa selepas makan. Bacaan doa yang diketuai oleh Encik Suffian.

“Umi biar Een cuci semua ni ya. Umi pergi temankan Abi kat depan ya,” usul Shaheen.

“Betul ni. Tak nak Umi bantu?” tanya Puan Asyikin.

Shaheen senyum sambil menganggukkan kepala. Pinggan dan cawan dikutip semuanya. Terus dibawa ke sinki.

‘Miaou…miaou…miaou.’

Shaheen meninjau dari tingkap dapur bila terdengar bunyi kucing mengiau. Tidak kelihatan. Shaheen memasang telinga. Sayup terdengar bunyi kucing mengiau. Shaheen membuka pintu dapur. Mencari kelibat suara si kucing.

‘Miaou…miaou…miaou.’

Shaheen berjalan perlahan-lahan. Matanya memerhati sekitar kawasan. Tidak jauh dari tempat Shaheen berdiri keluar seekor kucing. Langkahnya lemah sahaja. Perlahan sahaja kucing itu berjalan ke arah Shaheen.

“Hah!” bulat mata Shaheen melihat keadaan kucing itu. Sungguh kasihan. “Umi..,” jerit Shaheen lantang.

Puan Asyikin yang mendengar panggilan Shaheen bergegas ke dapur. Encik Sufian turut mengekori langkah isterinya.

“Ya Allah. Kasihannya,” ucap Puan Asyikin sebaik sahaja melihat keadaan kucing di depan mata.

“Abi, boleh kita bawa kucing ni ke klinik? Kesiannya,” pinta Shaheen mendongak memandang wajah Encik Sufian.

“Sayang cari kotak. Nak letak kucing ni,” arah Encik Sufian.

“Baik bang.”

“Abi, Een naik atas kejab. Nak ambil tudung.”

“Baik. Abi tunggu sini.”

Sebaik kotak yang dipinta berada di tangannya, Encik Suffian mengangkat kucing putih dengan tompok hitam itu perlahan-lahan ke dalam kotak. Kucing itu yang berasa takut dimasukkan ke dalam kotak mula mengiau sekuat hati. Cepat-cepat Encik Suffian menutup sedikit kotak tersebut agar si kucing tidak terlepas lari.

“Abi ni kunci kereta. Biar Een pegang kotak ni.”

“Jom,” Encik Suffian sudah melangkah laju ke pintu hadapan. Kunci kereta diaktifkan. Encik Suffian segera menghidupkan enjin. Shaheen sudah masuk di tempat duduk hadapan. Puan Asyikin juga turut masuk ke dalam kereta selepas mengunci pintu rumah.

Kucing yang mengiau kuat mencemaskan Shaheen. Kotak dibuka sedikit. Lalu diusap perlahan kepala si kucing. Shaheen bertambah risau apabila cecair berwarna sedikit kekuningan itu mengalir tanpa henti. Cecair berupa nanah itu mengalir keluar dari lubang kecil di belakang si kucing.

“Een tolong tengokkan di mana klinik haiwan terdekat. Abi kena fokus memandu ni. Tak boleh nak toleh kiri kanan. Bahaya.”

“Umi tengok sebelah kanan ya. Een perhati sebelah kiri,” luah Shaheen dalam nada cemas.

Suasana menjadi lebih kecoh apabila si kucing seperti mahu melompat keluar. Shaheen berusaha mententeramkan kucing tersebut dengan mengusap lembut kepalanya. “Sabar ya. Kejab lagi kita sampai,” Shaheen bercakap kepada si kucing yang memandang tepat ke arah Shaheen. Kucing itu seperti memahami kata-kata Shaheen. Mata si kucing nampak sayu sahaja. Menahan sakit barang kali.

“Abi sebelah kiri ni ada Klinik Dr.Pets. Masuk di simpang depan ni Abi.”

Encik Suffian bertindak pantas mengikut arahan Shaheen selaku co-pilot.

“Ok Abi. Berhenti di sebelah kereta merah tu.”

Sebaik sahaja Encik Suffian memberhentikan kereta, Shaheen bergegas keluar sambil memeluk kotak. Puan Asyikin laju membukakan pintu klinik. Shaheen masuk dan menuju ke kaunter yang dijaga oleh seorang gadis Melayu.

“Eh kenapa ni,” tanya petugas di kaunter tersebut.

“Erm.. saya pun tak tau apa jadi pada kucing ni. Dia datang ke rumah saya dalam keadaan macam ni.”

“Oh,” itu sahaja yang meletus keluar dari bibir petugas di kaunter yang memakai tag nama ‘Hani’. “Ok kita daftar pesakit dulu.”

‘Macam orang la pula, kena daftar nama ‘pesakit’,’ Shaheen berkata di dalam hati.

“Sekejab ya saya masukkan dulu pesakit ni dalam sangkar,” Hani mengambil si kucing perlahan-lahan lalu dimasukkan ke dalam sangkar yang memang tersedia di situ. Sebaik berada di dalam sangkar, si kucing mengiau kuat. Takut agaknya.

“Cik apa nama kucing cik ni,” tanya Hani.

“Err.. ni bukan kucing saya. Kalau saya letak nama Putih boleh tak,” ucap Shaheen sambil memandang si kucing yang masih mengiau. Tidak selesa agaknya dan ditambah lagi dengan kesakitan yang dialami si Putih.

Hani mencatat nama Putih di dalam kad daftar pesakit. “Berapa umurnya?”

‘Hah! Umur? Aku tak tau,’ jawab Shaheen di dalam hati.

Belum selesai Shaheen mendaftarkan si Putih, doktor yang bertugas pada hari itu keluar dari bilik rawatan. Di belakang doktor itu seorang lelaki dan seorang perempuan dengan satu sangkar sederhana kecil di tangan berjalan keluar. Di dalamnya terdapat seekor kucing yang gebu bulunya dengan sebelah matanya berbalut.

Shaheen memerhati sahaja sangkar kucing yang cantik berwarna pink itu. Pandangan matanya beralih kepada kotak yang digunakan untuk membawa si Putih sebentar tadi. Perasaan malu menerpa di hati Shaheen.

“Sekejab ya,” ucap Hani kepada Shaheen sewaktu dia menyelesaikan dahulu bayaran perkhidmatan yang dikenakan kepada wanita yang membawa kucing gebu bermata satu itu untuk rawatan.

“Kenapa ni sayang,” tegur doktor di klinik itu kepada si Putih.

Si Putih seperti memahami pertanyaan doktor itu mengiau perlahan. Sayu sahaja mendengar suara si Putih yang sedikit perlahan. Letih agaknya dari tadi mengiau.

“Hani bawa kucing ni masuk.”

“Cik pun mari masuk. Kucing ni dalam keadaan takut. Jadi kalau cik ada dia akan lebih selesa,” kata Doktor Zaiton.

“Umi tunggu dengan Abi ya,” Shaheen mengekori langkah Doktor Zaiton ke bilik rawatan.

Di bilik rawatan Doktor Zaiton meminta Shaheen memegang si Putih. Ini adalah untuk mententeramkan emosi si Putih.

Doktor Zaiton memegang lembut belakang si Putih. Memerhati kesan luka. Tangannya pantas mengambil forcep dan mengepit kapas lalu direndam dengan cecair antiseptik. Kapas yang telah basah itu diperah dengan menggunakan forcep. Kapas tadi disapu dikeliling luka si Putih. Putih kembali mengiau. Hampr sahaja tangan Shaheen dicakarnya.

“Ala la sayang. Sikit lagi ya,” sekali lagi Doktor Zaiton berbicara dengan Putih. Kapas kedua diambil untuk membersihkan sekeliling luka Putih. Sebaik kawasan luka dibersihkan, jelas kelihatan terdapat satu luka berlubang di tengah-tengah tulang belakang Putih.

Shaheen berasa kasihan melihat Putih. Hanya dengan mengiau sahaja dapat si Putih menzahirkan rasa sakit yang dialaminya.

“Apa nama kucing ni?”

“Putih.”

“Nampaknya Putih kena masuk wad. Kami kena pengsankan dulu. Baru boleh keluarkan nanah dari luka ni. Tengok tadi masa saya nak bersihkan, Putih dah bertindak agresif. Saya faham sakit ni.”

‘Oh ya ka Doktor. Berapa hari saya kena tinggalkan Putih kat sini,” tanya Shaheen.

"Mungkin 3 hari.”

“Saya boleh datang tengok ke?” Shaheen senyum sendiri bila mengingatkan dia mahu melawat Putih di wad.

“Boleh. Kalau ada apa-apa pihak kami akan call Cik.”

Shaheen memandang Putih yang akan ditinggalkan selama tiga hari. ‘Hope semuanya ok lepas ni.’

8 comments:

  1. Salam Sha..baca n3 ni buat feeling sy berubah-ubah..mula2 rasa nk gelak bila nurse ckp pasal daftar pesakit..siap tanya nama dn umur lg (prosedur mmg mcm tu ke?)then sekelip mata tersentuh plak sebab Sha bandingkan sangkar dgn kotak Putih tu..hi2..tak cukup tick dkt box tu sy taip pulak kat sini..NAK LAGI ya! ;)

    ps:sy geli dgn kucing..lebih2 lg anak kucing yg baru lahir..boleh pengsan kalo dibuat main dgn sy..hi2

    ReplyDelete
  2. Cik Shiroe, kisah Putih ni kisah benar. Memang kucing ni datang rumah dalam keadaan tak bermaya..jalan pun slow je. then perut dia macam bengkak besar.

    Aah Cik Shiroe masa bawak kucing kat klinik tu memang pembantu doktor tu tanya nama kucing & umur kucing sbb nak masukkan dalam kad daftar.

    Yup malu + sedih juga bila tengok org lain datang bawa kucing dalam sangkar yg nyata lebih cantik & dan selesa.

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Shiroe,

    Sha cukup suka kucing..pantang jumpa..nak2 kalau kucing yang jenis aktif..geram je..

    ReplyDelete
  4. Sha nk tny..kalo yg kes kucing beranak..bleh bw die bersalin kat klinik x? Yalah kalo yg normal kita tgk tup2 die dh beranak..kalo penjaga yg terlebih prihatin nk die bersalin kat klinik bleh? Kalo sha tau la

    ReplyDelete
  5. Cik Shiroe,

    Sha tak pasti yang kucing bersalin kat klinik ni. kalau ada masalah boleh je bawak ke klinik contoh cam kucing beranak songsang. biasanya kucing tau apa nak buat bila sampai masanya.

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim