Bunyi
jam loceng berdering kuat. Shaheen membuka matanya. Tangan kanannya mencapai
jam loceng lalu mematikannya. Lampu meja dibuka. Shaheen bangun pagi itu
selepas matanya terbuka luas. Sambil mendepangkan tangan dan menghirup udara
pagi dia membaca doa bangun tidur. Hatinya memanjat syukur. Nikmat Allah yang
satu itu masih lagi dirasainya. Nikmat masih bernyawa dikandung badan.
Selimut
yang membaluti tubuhnya dilipat kemas. Bantal yang digunakan turut
ditepuk-tepuk sebelum disusun semula di kepala katil. Cadar merah jambu dengan
ropol putih ditegangkan. Puas hati. Shaheen berlalu ke tingkap lalu membukanya.
Menderu angin pagi menyusup masuk menampar-nampar wajah Shaheen. Segar dan
nyaman terasa.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Shaheen mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi. 15 minit kemudian Shaheen sudah siap mandi juga siap mengambil wuduk. Sesudah berpakaian, Shaheen mengenakan telekung putih bersulam cantik. Sambil menunggu masuknya waktu subuh, Shaheen mencapai naskah Al-Quran. Bacaan ayat-ayat suci dialunkan dengan tertib. Bacaan yang lancar. Di pagi yang sunyi itu, suara bacaan ayat-ayat suci itu menyentuh jiwa. Begitulah hebatnya kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail. Membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.
Shaheen
menghentikan bacaannya apabila azan subuh berkumandang. Al-Quran ditutup lalu
dikucup sebanyak tiga kali. Shaheen bangun dan mengembalikan semula Al-Quran
tersebut ke atas rak di atas meja. Laungan azan disambut dengan sepenuh hati.
Pagi itu Shaheen menunaikan solat subuhnya seperti biasa. Bezanya hari ini hari
Sabtu. Sesudah solat, Shaheen turun ke dapur.
“Assalamualaikum
Umi,” sapa Shaheen ceria.
“Waalaikumsalam
Een.”
“Biar
Een bantu Umi,” Shaheen mengambil pisau dari tangan Puan Asyiqin. Sayur sawi
dipotong kecil-kecil. Selesai memotong sayur sawi, Shaheen memotong pula tauhu
yang sudah digoreng.
“Een
tolong Umi buatkan air,” pinta Puan Asyiqin.
“Baik
Umi,” Shaheen lantas mencapai teko. Satu sudu setengah gula dimasukkan ke dalam
teko. Serbuk kopi juga turut dimasukkan bersama. Cerek di atas
dapur diangkat dengan hati-hati lalu dituang ke dalam teko. Air kopi panas
dikacau perlahan mengikut arah lawan jam. Shaheen berhenti mengacau bila semua
gula telah larut. Teko ditutup lalu diletak di atas dulang. Tiga biji cawan dan tiga biji piring turut disusun bersama lalu di bawa ke meja makan di ruang tengah
rumah. Shaheen kembali ke dapur semula.
Puan
Asyiqin sedang sibuk menumis cili kering yang telah dikisar bersama bawang. Bau
harum semerbak di ruang dapur.
“Hmm
sedapnya bau,” Shaheen berdiri di sisi uminya.
“Hulurkan
Umi udang tu,” pinta Puan Asyikin.
“Ni
Umi.”
Cepat
dan cergas Puan Asyikin memasak di dapur. Shaheen memerhati Uminya. Sedari dia
kecil, Uminya tidak pernah gagal menyiapkan semua keperluan keluarga. Shaheen
menyimpan azam untuk mencontohi sikap Uminya. Menjadi bukan sahaja anak tetapi
isteri dan juga ibu mithali suatu masa nanti.
“Ok
dah siap. Ni Umi,” Shaheen menghulurkan satu mangkuk besar untuk diisi dengan
mihun goreng yang telah siap dimasak.
“Dah
jom kita ke depan,” ajak Puan Asyikin.
“Kejab
ya Een panggilkan Abi,” Shaheen melangkah ke luar rumah.
Encik
Suffian sedang sibuk menyiram pokok-pokok orkid kesayangan isterinya. Ikan koi
peliharaannya juga sudah diberi makan sebentar tadi.
“Abi
jom sarapan. Umi dah siap masak tu,” panggil Shaheen bila dia menghampiri
Abinya.
“Ya
lah. Abi tutup paip air dulu.”
Shaheen
masuk ke dalam rumah. Diikuti oleh Encik Suffian. Mereka mengambil tempat di
meja makan. Puan Asyikin telah sedia menunggu. Mihun goreng sudah pun
disendukkan ke dalam pinggan masing-masing. Cawan juga sudah siap berisi air kopi
o panas. Sebelum menikmati sarapan, mereka sekeluarga menadah tangan berdoa
mensyukuri nikmat rezeki kurniaan Ilahi.
“Abi
kenal Tuan Malik? Sempurna Resort?”
“Tuan
Malik Tuan Muzaffar?”
“Ya
Abi. Dia ada datang office semalam. Bincang pasal perabot untuk rangkaian
resort dia. Dia sampaikan salam pada Abi.”
“Waalaikumsalam.
Ya Abi satu sekolah dulu dengan Tuan Malik. Dia budak sukan. Aktif orangnya.”
“Baik
kan orangnya. Masa mula-mula jumpa tu nampak macam garang je. Mukanya yang
serius tu buat Een cemas je. Tapi lepas dah duduk berbincang tu dia ok saja.
Senang berurusan,” komen Shaheen.
“Itu
lah jangan kita menilai seseorang hanya pada paras rupa sahaja. Apa kata orang,
‘don’t judge a book by it’s cover,’ tokok Puan Asyikin.
Encik
Suffian mengangguk. Mihun goreng yang tinggal sedikit di pinggan ditambah lagi.
Puan Asyikin tersenyum melihat suaminya berselera makan hasil air tangannya.
Tidak terasa penat memasak bila suami dan anak makan bertambah.
“Oh
ya Abi, Tuan Malik ada cadangkan Jati Holding adakan pakej hiasan dalaman
bersama perabot. Dia berkenan dengan hiasan dalaman yang dilihat di Jati
Holding. Simple tapi ada nilai estetika.”
“Siapa
yang bertanggungjawab hias office di Jati Holding?”
“Itu
kan hasil kerja Afzan dengan Een. Aida pun ada juga bagi idea. Kami refer dari catalog
IKEA Abi,” Shaheen senyum. “Then kami cari bahan dan barang dari internet Abi.”
“Abi
setuju juga dengan cadangan Tuan Malik tu. Ada betulnya juga. Selain
membekalkan perabot, why not kita juga menawarkan khidmat hiasan dalaman.
Tambahan lagi, boleh juga kita beri khidmat konsultasi kepada klien dan
cadangkan aksesori yang sesuai dengan
perabot mereka. Boleh buat pakej yang secara tak langsung menawarkan lebih
pilihan kepada klien.”
“Jadi
Abi setuju dengan idea tu?”
Basically
yes. Abi setuju. Can you come out with a paper work. Bring this idea to the meeting.
Let’s our share partners decide,” putus Encik Suffian.
Puan
Asyikin yang mendengar dari tadi mula bersuara, “Anak beranak sembang pasal
bisnes sampai berhenti makan. Een dari tadi pinggan tak luak pun.”
“Een
better eat more. Kalau Umi
merajuk, Abi susah nanti,” gurau Encik Suffian mengusik isterinya.
Shaheen
senyum lebar. Mihun di pinggan disuap ke mulut. Air tangan Uminya memang tiada
tandingan.
“Abi
ni dah tiga kali tambah. Alhamdulillah Abi dah kenyang,” Encik Suffian masih
duduk di meja makan, menemani isteri dan anaknya makan. “Sayang, tuangkan kopi.
Sedap pula kopi pagi ni.”
“Een
yang bancuh tadi,” jawab Puan Asyikin.
“Patut
la sedap,” balas Encik Suffian sambil menyambut huluran cawan berisi kopi o
buatan Shaheen.
Encik
Suffian, Puan Asyikin dan Afzan sekali lagi menadah tangan sambil membaca doa
selepas makan. Bacaan doa yang diketuai oleh Encik Suffian.
“Umi
biar Een cuci semua ni ya. Umi pergi temankan Abi kat depan ya,” usul Shaheen.
“Betul
ni. Tak nak Umi bantu?” tanya Puan Asyikin.
Shaheen
senyum sambil menganggukkan kepala. Pinggan dan cawan dikutip semuanya. Terus
dibawa ke sinki.
‘Miaou…miaou…miaou.’
Shaheen
meninjau dari tingkap dapur bila terdengar bunyi kucing mengiau. Tidak
kelihatan. Shaheen memasang telinga. Sayup terdengar bunyi kucing mengiau.
Shaheen membuka pintu dapur. Mencari kelibat suara si kucing.
‘Miaou…miaou…miaou.’
Shaheen
berjalan perlahan-lahan. Matanya memerhati sekitar kawasan. Tidak jauh dari
tempat Shaheen berdiri keluar seekor kucing. Langkahnya lemah sahaja. Perlahan
sahaja kucing itu berjalan ke arah Shaheen.
“Hah!”
bulat mata Shaheen melihat keadaan kucing itu. Sungguh kasihan. “Umi..,” jerit
Shaheen lantang.
Puan
Asyikin yang mendengar panggilan Shaheen bergegas ke dapur. Encik Sufian turut
mengekori langkah isterinya.
“Ya
Allah. Kasihannya,” ucap Puan Asyikin sebaik sahaja melihat keadaan kucing di
depan mata.
“Abi,
boleh kita bawa kucing ni ke klinik? Kesiannya,” pinta Shaheen mendongak
memandang wajah Encik Sufian.
“Sayang
cari kotak. Nak letak kucing ni,” arah Encik Sufian.
“Baik
bang.”
“Abi,
Een naik atas kejab. Nak ambil tudung.”
“Baik.
Abi tunggu sini.”
Sebaik
kotak yang dipinta berada di tangannya, Encik Suffian mengangkat kucing putih dengan
tompok hitam itu perlahan-lahan ke dalam kotak. Kucing itu yang berasa takut
dimasukkan ke dalam kotak mula mengiau sekuat hati. Cepat-cepat Encik Suffian
menutup sedikit kotak tersebut agar si kucing tidak terlepas lari.
“Abi
ni kunci kereta. Biar Een pegang kotak ni.”
“Jom,”
Encik Suffian sudah melangkah laju ke pintu hadapan. Kunci kereta diaktifkan.
Encik Suffian segera menghidupkan enjin. Shaheen sudah masuk di tempat duduk
hadapan. Puan Asyikin juga turut masuk ke dalam kereta selepas mengunci pintu
rumah.
Kucing
yang mengiau kuat mencemaskan Shaheen. Kotak dibuka sedikit. Lalu diusap
perlahan kepala si kucing. Shaheen bertambah risau apabila cecair berwarna
sedikit kekuningan itu mengalir tanpa henti. Cecair berupa nanah itu mengalir
keluar dari lubang kecil di belakang si kucing.
“Een
tolong tengokkan di mana klinik haiwan terdekat. Abi kena fokus memandu ni. Tak
boleh nak toleh kiri kanan. Bahaya.”
“Umi
tengok sebelah kanan ya. Een perhati sebelah kiri,” luah Shaheen dalam nada
cemas.
Suasana
menjadi lebih kecoh apabila si kucing seperti mahu melompat keluar. Shaheen
berusaha mententeramkan kucing tersebut dengan mengusap lembut kepalanya. “Sabar
ya. Kejab lagi kita sampai,” Shaheen bercakap kepada si kucing yang memandang
tepat ke arah Shaheen. Kucing itu seperti memahami kata-kata Shaheen. Mata si
kucing nampak sayu sahaja. Menahan sakit barang kali.
“Abi
sebelah kiri ni ada Klinik Dr.Pets. Masuk di simpang depan ni Abi.”
Encik
Suffian bertindak pantas mengikut arahan Shaheen selaku co-pilot.
“Ok
Abi. Berhenti di sebelah kereta merah tu.”
Sebaik
sahaja Encik Suffian memberhentikan kereta, Shaheen bergegas keluar sambil
memeluk kotak. Puan Asyikin laju membukakan pintu klinik. Shaheen masuk dan
menuju ke kaunter yang dijaga oleh seorang gadis Melayu.
“Eh
kenapa ni,” tanya petugas di kaunter tersebut.
“Erm..
saya pun tak tau apa jadi pada kucing ni. Dia datang ke rumah saya dalam
keadaan macam ni.”
“Oh,”
itu sahaja yang meletus keluar dari bibir petugas di kaunter yang memakai tag
nama ‘Hani’. “Ok kita daftar pesakit dulu.”
‘Macam
orang la pula, kena daftar nama ‘pesakit’,’ Shaheen berkata di dalam hati.
“Sekejab
ya saya masukkan dulu pesakit ni dalam sangkar,” Hani mengambil si kucing
perlahan-lahan lalu dimasukkan ke dalam sangkar yang memang tersedia di situ.
Sebaik berada di dalam sangkar, si kucing mengiau kuat. Takut agaknya.
“Cik
apa nama kucing cik ni,” tanya Hani.
“Err..
ni bukan kucing saya. Kalau saya letak nama Putih boleh tak,” ucap Shaheen
sambil memandang si kucing yang masih mengiau. Tidak selesa agaknya dan
ditambah lagi dengan kesakitan yang dialami si Putih.
Hani
mencatat nama Putih di dalam kad daftar pesakit. “Berapa umurnya?”
‘Hah!
Umur? Aku tak tau,’ jawab Shaheen di dalam hati.
Belum
selesai Shaheen mendaftarkan si Putih, doktor yang bertugas pada hari itu
keluar dari bilik rawatan. Di belakang doktor itu seorang lelaki dan seorang
perempuan dengan satu sangkar sederhana kecil di tangan berjalan keluar. Di
dalamnya terdapat seekor kucing yang gebu bulunya dengan sebelah matanya
berbalut.
Shaheen
memerhati sahaja sangkar kucing yang cantik berwarna pink itu. Pandangan
matanya beralih kepada kotak yang digunakan untuk membawa si Putih sebentar
tadi. Perasaan malu menerpa di hati Shaheen.
“Sekejab
ya,” ucap Hani kepada Shaheen sewaktu dia menyelesaikan dahulu bayaran
perkhidmatan yang dikenakan kepada wanita yang membawa kucing gebu bermata satu
itu untuk rawatan.
“Kenapa
ni sayang,” tegur doktor di klinik itu kepada si Putih.
Si
Putih seperti memahami pertanyaan doktor itu mengiau perlahan. Sayu sahaja
mendengar suara si Putih yang sedikit perlahan. Letih agaknya dari tadi
mengiau.
“Hani
bawa kucing ni masuk.”
“Cik
pun mari masuk. Kucing ni dalam keadaan takut. Jadi kalau cik ada dia akan
lebih selesa,” kata Doktor Zaiton.
“Umi
tunggu dengan Abi ya,” Shaheen mengekori langkah Doktor Zaiton ke bilik
rawatan.
Di
bilik rawatan Doktor Zaiton meminta Shaheen memegang si Putih. Ini adalah
untuk mententeramkan emosi si Putih.
Doktor
Zaiton memegang lembut belakang si Putih. Memerhati kesan luka. Tangannya
pantas mengambil forcep dan mengepit kapas lalu direndam dengan cecair antiseptik.
Kapas yang telah basah itu diperah dengan menggunakan forcep. Kapas tadi disapu
dikeliling luka si Putih. Putih kembali mengiau. Hampr sahaja tangan Shaheen
dicakarnya.
“Ala
la sayang. Sikit lagi ya,” sekali lagi Doktor Zaiton berbicara dengan Putih.
Kapas kedua diambil untuk membersihkan sekeliling luka Putih. Sebaik kawasan
luka dibersihkan, jelas kelihatan terdapat satu luka berlubang di tengah-tengah
tulang belakang Putih.
Shaheen
berasa kasihan melihat Putih. Hanya dengan mengiau sahaja dapat si Putih
menzahirkan rasa sakit yang dialaminya.
“Apa
nama kucing ni?”
“Putih.”
“Nampaknya
Putih kena masuk wad. Kami kena pengsankan dulu. Baru boleh keluarkan nanah
dari luka ni. Tengok tadi masa saya nak bersihkan, Putih dah bertindak agresif.
Saya faham sakit ni.”
‘Oh
ya ka Doktor. Berapa hari saya kena tinggalkan Putih kat sini,” tanya Shaheen.
"Mungkin
3 hari.”
“Saya
boleh datang tengok ke?” Shaheen senyum sendiri bila mengingatkan dia mahu
melawat Putih di wad.
“Boleh.
Kalau ada apa-apa pihak kami akan call Cik.”
Shaheen
memandang Putih yang akan ditinggalkan selama tiga hari. ‘Hope semuanya ok
lepas ni.’
Salam Sha..baca n3 ni buat feeling sy berubah-ubah..mula2 rasa nk gelak bila nurse ckp pasal daftar pesakit..siap tanya nama dn umur lg (prosedur mmg mcm tu ke?)then sekelip mata tersentuh plak sebab Sha bandingkan sangkar dgn kotak Putih tu..hi2..tak cukup tick dkt box tu sy taip pulak kat sini..NAK LAGI ya! ;)
ReplyDeleteps:sy geli dgn kucing..lebih2 lg anak kucing yg baru lahir..boleh pengsan kalo dibuat main dgn sy..hi2
Cik Shiroe, kisah Putih ni kisah benar. Memang kucing ni datang rumah dalam keadaan tak bermaya..jalan pun slow je. then perut dia macam bengkak besar.
ReplyDeleteAah Cik Shiroe masa bawak kucing kat klinik tu memang pembantu doktor tu tanya nama kucing & umur kucing sbb nak masukkan dalam kad daftar.
Yup malu + sedih juga bila tengok org lain datang bawa kucing dalam sangkar yg nyata lebih cantik & dan selesa.
Salam Cik Shiroe,
ReplyDeleteSha cukup suka kucing..pantang jumpa..nak2 kalau kucing yang jenis aktif..geram je..
Sha nk tny..kalo yg kes kucing beranak..bleh bw die bersalin kat klinik x? Yalah kalo yg normal kita tgk tup2 die dh beranak..kalo penjaga yg terlebih prihatin nk die bersalin kat klinik bleh? Kalo sha tau la
ReplyDeleteCik Shiroe,
ReplyDeleteSha tak pasti yang kucing bersalin kat klinik ni. kalau ada masalah boleh je bawak ke klinik contoh cam kucing beranak songsang. biasanya kucing tau apa nak buat bila sampai masanya.
Ok2..tq sha!!! :)
ReplyDeleteOk2..tq sha!!! :)
ReplyDelete:) ur wc..
ReplyDelete