09 April 2013

Kasihmu 26

“Mama kangan sama Luqman Pa. Mau ngak kita ke Malaysia.”

Haji Halim berfikir sejenak. Elok juga dia balik ke Malaysia. Boleh juga bertemu sanak saudara di sana. Yang penting dapat menjenguk kedua orang tuanya di Gombak.

“Bagus juga tu Ma. Papa setuju. Besides visit Luq di sana, bisa aja kita langsung ketemu sama orang tua Papa,” balas Haji Luqman.

“Iya Pa. Mama juga kangan sama mereka. Kita ke sana yuk,” ajak Bu Kartika.

“Paling awal kita berangkat mungkin dalam dua minggu lagi, bisa Ma. Kerna Papa lagi sibuk di kantor.”

“Mama ikut aja kata Papa. Mama urus in semuanya. Flight nantinya Mama terus booking ya.”

Haji Halim mengangguk tanda setuju. “Mama jangan lupa kasi tau sama Luq, kita bakal berangkat nemui dia. Papa juga kangan sama Luqman.”

“Baik Pa. Sore ini Mama telfon Luq. Bilang kita mau ke sana.”

*******

Rayyan mengetuk bilik Luqman. Di tangannya terdapat satu dokumen tebal.

“Masuk la Rayyan.”

Rayyan duduk di kerusi di hadapan Luqman. Dia memerhati bilik pejabat Luqman yang bersih dan teratur. Berbeza dengan biliknya yang sedikit serabut. Sudah dia maklumkan kepada pekerjanya agar tidak mengemas biliknya kecuali diminta berbuat demikian.

“Kau dah baca draf kertas kerja MoU dengan Jati Holding Rayyan?”

“Dah. Aku memang tak ada masalah dengan kertas kerja ni. But seriously aku memang tak ada pengetahuan mendalam tentang perusahaan kayu jati ni.”

“Soal tu kau tak perlu risau. Bila kita jumpa Afzan and Sha kau bole tanya mereka nanti .So apa pendapat kau Rayyan. Patut ke kita go on dengan MoU ni?”

“Ok juga tu kan. Aku fikir tak ada masalah. Just lepas ni kita kena la ambil tahu hal berkaitan kayu jati. Baru la mudah nak deal dengan Jati Holding nanti. Oh ya aku tengok dalam ni more to communication side dengan pihak di Indonesia. Ya aku tak boleh deny kau lebih mudah access ke sana memandangkan kau ni half Malaysian half Indonesia,” ujar Rayyan.

Luqman sudah ketawa mendengan perkataan ‘half Malaysian half Indonesian’ yang diucapkan oleh Rayyan. “Hello buddy, Malindo la the best words.”

“Apa pun masih sama maksudkan,” ucap Rayyan turut senyum.

“Aku bayangkan badankan aku ni terbahagi dua bila kau cakap gitu. Kanan Malaysia. Kiri Indonesia.”

“Haha..ke situ pula.” Rayyan sudah tergelak besar.

“Ok pasal draf kertas kerja ni kira kau setuju la. Kalau macam tu may be we can have a visit to Jati Holding. Meet up with Sha and Cik Perdana kau tu.

“Ya. Cik Perdana tu sweet juga kan. Tapi kau tak ingat muka dia masa kita duduk sama-sama berbincang dengan Adif masa birthday party anak dia tu,” ucap Rayyan.

“Sorry Rayyan. Aku tak pulak perhati Cik Perdana kau tu. Kenapa dengan dia?”

“Kau tak tengok muka dia. Jelingan maut dia tu. Seram. Macam nak makan orang pun ada.”

“So kau dah terjatuh suka la dengan jelingan dia. Gitu?” soal Luqman menebak hati Rayyan.

“Tak ada la suka. Tapi ntah aku tak tau la Luq,” ucap Rayyan menguis meja Luqman.

“Eh dah-dah jangan nak kuis-kuis meja aku tu. Habis calar meja aku nanti. Tengok kau ni aku dah tau dah. Abis si Een pujaan kau yang bertahun kau tak jumpa tu macam mana?” usik Luqman.

“Hmm yang penting apa yang ada depan mata sekarang ni Luq. Een tu dah macam sejarah bagi aku. Lagi pun dia hanyalah secebis kisah di masa kecil aku Luq. Agaknya sekarang kalau aku jumpa dia, mungkin aku tak kenal agaknya. Tapi aku masih berharap untuk bertemu dengan dia Luq.”

Luqman terdiam. Dia faham perasaan Rayyan. Perasaan menunggu itu bagaikan suatu penyiksaan. Namun manusia adakalanya tidak kenal putus asa.

“Rayyan lepas ni kau tolong contact Jati Holding. Bincang lebih detail hal ni. Call PA Shaheen, Cik Aida. Set appointment kalau perlu.”

“Ok Luq.”

“Rayyan kau ingat tak pasal trip ke Spain yang aku cakap dulu?” Luqman mengubah topik.

“Aha. Ya aku ingat. Bila kau nak pergi? Kau jangan lupa aku pun nak join.”

“Ya aku ingat. Berdua lebih baik kan.”

“Tau pun,” bidas Rayyan.

“Kau nak travel guna pakej agen atau backpacker?

“Backpacker la Luq. Baru mencabar. Pusing-pusing negara orang tanpa perlu risau kekangan masa.”

“Yup. Jimat pun jimat,” tambah Luqman.

“Dah lama kan kita tinggalkan aktiviti ni. Kau tak ingat masa kita student dulu. Pantang musim cuti, mula la kita bertiga dengan Adif busy mengukur tanah Australia.”

“Mana boleh lupa semua tu. Kenangan termanis dalam hidup aku. Yang paling aku tak tahan tu arwah Alisa memang akan merajuk gila-gila punya la time tu.”

“Ha yang tu memang aku pun tak boleh lupa. Aku ingat lagi Tante Kartika call kau semata-mata nak minta kau pujuk arwah yang mogok tak nak makan.”

“Panas telinga aku. Dua jam tu sebelum aku berjaya dengan aksi pujuk memujuk. Nasib baik la arwah akhirnya lembut hati. Kalau dia teruskan mogok lapar dia, memang aku tak fikir panjang dah. For sure aku akan balik Jakarta.”

“Haha nasib baik la giant kangaroo soft toy tu jadi penyelamat kau Luq,” Rayyan ketawa mengingatkan permintaan arwah Alisa. Seekor kangaroo gergasi.

“Yup. Sampai sekarang big kangaroo tu masih tersimpan di rumah mama aku. Each time aku tengok kangaroo tu, memang tak boleh lupakan arwah.”

“Luq aku doakan kau akan segera menjumpai penganti arwah. Dah bertahun juga kan. Kau masih lagi tak boleh lupakan arwah.”

“Ya enam tahun Rayyan. Aku hidup berbekalkan kenangan bersama arwah Alisa. Kami membesar bersama-sama. Susah aku nak padamkan all sweet memories between us.”

Bait-bait lirik Saat Terakhir dendangan ST12 melintas di fikiran Luqman. Secara automatik bibirnya turut menyanyi kecil. Rayyan di depan mata tidak lagi dihiraukan malah sahabatnya itu turut sama menyanyi mengikut lirik yang telah pun dihafalnya sejak Luqman kehilangan arwah Alisa. Itulah lagu yang menemani Luqman bila saja dia teringat dan rindu pada arwah. Rayyan sentiasa menjadi pendengar setia luahan Luqman.

Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun kubayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit ku bayangkan
Begitu sakit kurasakan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Di bawah nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja ku telah bisa cintai kamu, kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu..di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Di nanti ku..

2 comments:

  1. Baiknyer Rayyan...best adw kwn cam die..smgt setiakawan yg tinggi :-)

    ReplyDelete
  2. kan..kawan datang dan pergi..kawan sejati sukar dicari..

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim