Haji
Halim berfikir sejenak. Elok juga dia balik ke Malaysia. Boleh juga bertemu
sanak saudara di sana. Yang penting dapat menjenguk kedua orang tuanya di
Gombak.
“Bagus
juga tu Ma. Papa setuju. Besides visit Luq di sana, bisa aja kita
langsung ketemu sama orang tua Papa,” balas Haji Luqman.
“Iya
Pa. Mama juga kangan sama mereka. Kita ke sana yuk,” ajak Bu Kartika.
“Paling
awal kita berangkat mungkin dalam dua minggu lagi, bisa Ma. Kerna Papa lagi
sibuk di kantor.”
“Mama
ikut aja kata Papa. Mama urus in semuanya. Flight nantinya Mama terus booking
ya.”
Haji
Halim mengangguk tanda setuju. “Mama jangan lupa kasi tau sama Luq, kita bakal
berangkat nemui dia. Papa juga kangan sama Luqman.”
“Baik
Pa. Sore ini Mama telfon Luq. Bilang kita mau ke sana.”
*******
“Masuk
la Rayyan.”
Rayyan
duduk di kerusi di hadapan Luqman. Dia memerhati bilik pejabat Luqman yang
bersih dan teratur. Berbeza dengan biliknya yang sedikit serabut. Sudah dia
maklumkan kepada pekerjanya agar tidak mengemas biliknya kecuali diminta
berbuat demikian.
“Kau
dah baca draf kertas kerja MoU dengan Jati Holding Rayyan?”
“Dah.
Aku memang tak ada masalah dengan kertas kerja ni. But seriously aku
memang tak ada pengetahuan mendalam tentang perusahaan kayu jati ni.”
“Soal
tu kau tak perlu risau. Bila kita jumpa Afzan and Sha kau bole tanya mereka
nanti .So apa pendapat kau Rayyan. Patut ke kita go on dengan MoU ni?”
“Ok
juga tu kan. Aku fikir tak ada masalah. Just lepas ni kita kena la ambil tahu
hal berkaitan kayu jati. Baru la mudah nak deal dengan Jati Holding nanti. Oh
ya aku tengok dalam ni more to communication side dengan pihak di
Indonesia. Ya aku tak boleh deny kau lebih mudah access ke sana memandangkan kau
ni half Malaysian half Indonesia,” ujar Rayyan.
Luqman
sudah ketawa mendengan perkataan ‘half Malaysian half Indonesian’ yang
diucapkan oleh Rayyan. “Hello buddy, Malindo la the best words.”
“Apa
pun masih sama maksudkan,” ucap Rayyan turut senyum.
“Aku
bayangkan badankan aku ni terbahagi dua bila kau cakap gitu. Kanan Malaysia.
Kiri Indonesia.”
“Haha..ke
situ pula.” Rayyan sudah tergelak besar.
“Ok
pasal draf kertas kerja ni kira kau setuju la. Kalau macam tu may be we can
have a visit to Jati Holding. Meet up with Sha and Cik Perdana kau
tu.
“Ya.
Cik Perdana tu sweet juga kan. Tapi kau tak ingat muka dia masa kita duduk
sama-sama berbincang dengan Adif masa birthday party anak dia tu,” ucap
Rayyan.
“Sorry
Rayyan. Aku tak pulak perhati Cik Perdana kau tu. Kenapa dengan dia?”
“Kau
tak tengok muka dia. Jelingan maut dia tu. Seram. Macam nak makan orang pun
ada.”
“So
kau dah terjatuh suka la dengan jelingan dia. Gitu?” soal Luqman menebak hati
Rayyan.
“Tak
ada la suka. Tapi ntah aku tak tau la Luq,” ucap Rayyan menguis meja Luqman.
“Eh
dah-dah jangan nak kuis-kuis meja aku tu. Habis calar meja aku nanti. Tengok
kau ni aku dah tau dah. Abis si Een pujaan kau yang bertahun kau tak jumpa tu
macam mana?” usik Luqman.
“Hmm
yang penting apa yang ada depan mata sekarang ni Luq. Een tu dah macam sejarah
bagi aku. Lagi pun dia hanyalah secebis kisah di masa kecil aku Luq. Agaknya
sekarang kalau aku jumpa dia, mungkin aku tak kenal agaknya. Tapi aku masih
berharap untuk bertemu dengan dia Luq.”
Luqman
terdiam. Dia faham perasaan Rayyan. Perasaan menunggu itu bagaikan suatu
penyiksaan. Namun manusia adakalanya tidak kenal putus asa.
“Rayyan
lepas ni kau tolong contact Jati Holding. Bincang lebih detail hal ni. Call PA
Shaheen, Cik Aida. Set appointment kalau perlu.”
“Ok
Luq.”
“Rayyan
kau ingat tak pasal trip ke Spain yang aku cakap dulu?” Luqman mengubah topik.
“Aha.
Ya aku ingat. Bila kau nak pergi? Kau jangan lupa aku pun nak join.”
“Ya
aku ingat. Berdua lebih baik kan.”
“Tau
pun,” bidas Rayyan.
“Kau
nak travel guna pakej agen atau backpacker?
“Backpacker
la Luq. Baru mencabar. Pusing-pusing negara orang tanpa perlu risau kekangan
masa.”
“Yup.
Jimat pun jimat,” tambah Luqman.
“Dah
lama kan kita tinggalkan aktiviti ni. Kau tak ingat masa kita student dulu.
Pantang musim cuti, mula la kita bertiga dengan Adif busy mengukur tanah
Australia.”
“Mana
boleh lupa semua tu. Kenangan termanis dalam hidup aku. Yang paling aku tak
tahan tu arwah Alisa memang akan merajuk gila-gila punya la time tu.”
“Ha
yang tu memang aku pun tak boleh lupa. Aku ingat lagi Tante Kartika call kau
semata-mata nak minta kau pujuk arwah yang mogok tak nak makan.”
“Panas
telinga aku. Dua jam tu sebelum aku berjaya dengan aksi pujuk memujuk. Nasib
baik la arwah akhirnya lembut hati. Kalau dia teruskan mogok lapar dia, memang
aku tak fikir panjang dah. For sure aku akan balik Jakarta.”
“Haha
nasib baik la giant kangaroo soft toy tu jadi penyelamat kau Luq,”
Rayyan ketawa mengingatkan permintaan arwah Alisa. Seekor kangaroo gergasi.
“Yup.
Sampai sekarang big kangaroo tu masih tersimpan di rumah mama aku. Each time
aku tengok kangaroo tu, memang tak boleh lupakan arwah.”
“Luq
aku doakan kau akan segera menjumpai penganti arwah. Dah bertahun juga kan. Kau
masih lagi tak boleh lupakan arwah.”
“Ya
enam tahun Rayyan. Aku hidup berbekalkan kenangan bersama arwah Alisa. Kami
membesar bersama-sama. Susah aku nak padamkan all sweet memories between us.”
Bait-bait
lirik Saat Terakhir dendangan ST12 melintas di fikiran Luqman. Secara automatik
bibirnya turut menyanyi kecil. Rayyan di depan mata tidak lagi dihiraukan malah
sahabatnya itu turut sama menyanyi mengikut lirik yang telah pun dihafalnya
sejak Luqman kehilangan arwah Alisa. Itulah lagu yang menemani Luqman bila saja
dia teringat dan rindu pada arwah. Rayyan sentiasa menjadi pendengar setia
luahan Luqman.
Tak
pernah terfikir olehku
Tak
sedikit pun kubayangkanKau akan pergi tinggalkan kusendiri
Begitu
sulit ku bayangkan
Begitu
sakit kurasakanKau akan pergi tinggalkan kusendiri
Di
bawah nisan kini
Kau
telah sandarkanKasih sayang kamu begitu dalam
Sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta
Inilah
saat terakhirku melihat kamu
Jatuh
air mataku menangis piluHanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih
Satu
jam saja ku telah bisa cintai kamu, kamu di hatiku
Namun
bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidupSatu jam saja kutelah bisa sayangi kamu..di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Di nanti ku..
Baiknyer Rayyan...best adw kwn cam die..smgt setiakawan yg tinggi :-)
ReplyDeletekan..kawan datang dan pergi..kawan sejati sukar dicari..
ReplyDelete