01 May 2013

Kasihmu 28 iii

Shaheen bangun ke meja kerjanya. Beg kertas pemberian Luqman diletak di atas meja. Isi di dalam beg itu tidak sempat dia lihat. ‘Malu la nak tengok di depan tuan yang beri hadiah,’ bisik Shaheen menyembunyikan senyum.

“Boleh terangkan serba sedikit berkenaan kayu jati ni? At least dapat juga informasi baru,” ujar Luqman bertanya sebaik sahaja Shaheen kembali duduk di sebelahnya.

“Kalau bab kayu jati, Sha lebih pakar. Saya buat design ok. Tapi nak terangkan tu tak pandai la,” akui Afzan awal-awal.


“Apa istimewanya kayu jati ni?” tanya Rayyan yang duduk mengadap Shaheen

“Kayu jati ni dikenali juga sebagai ‘raja kayu’  dalam membuat perabot.  Kayu jati paling tahan lama di antara kayu alam. Memandangkan kayu jati tahan terhadap perubahan cuaca ekstrim dan suhu, maka kayu jati merupakan bahan paling ideal dalam pembuatan outdoor furniture,” Shaheen menjawab sebagai mukadimah memperkenalkan kayu jati.

Rayyan dan Luqman mendengar dengan penuh fokus. “Itukah sebabnya kayu jati ni lebih mahal jika dibandingkan dengan kayu lain?” soal Rayyan lagi.

“Ya betul tu. Awak jangan tak tau ya Rayyan, kayu jati ni bukan sekadar perabot, tapi turut menjadi lambang status tau. Malah boleh menjadi barang pusaka,” Shaheen menjawab dengan yakin.

“Maksud awak boleh diwariskan kepada generasi akan datang, gitu?” Rayyan masih bertanya lagi.

“Ya begitu lah Rayyan. Lihat lah betapa berharganya raja kayu ni.”

Rayyan menganggukkan kepala. “Saya biasa lihat perabot yang menggunakan jati ni berbentuk meja makan, bangku, meja kopi dan kerusi malas. Apa lagi yang boleh dihasilkan daripada kayu jati ni?”

“Banyak Rayyan. Boleh juga dibuat rangka payung besar sesuai dengan sifatnya yang berdaya tahan dan tahan cuaca. Kayu jati juga sesuai dibuat kerusi adirondack,” balas Shaheen.

“Kerusi adirondacks? Apa tu?”

Shaheen tersenyum melihat reaksi muka Luqman. Berkerut dahinya  bila mendengar Shaheen menyebut kerusi adirondack .

“Kerusi adirondack tu nama manjanya kerusi berkontur. Sesuai digunakan untuk waktu santai dengan tempat duduk yang tinggi dengan tempat lengan yang lebar. Selesa sangat,” Shaheen menerangkan kepada Luqman yang masih nampak pelik dengan perkataan tersebut.

“Nanti I nak cari la sepasang untuk my parents.”

“Ha elok la tu Luq. Mesti mereka suka.”

“Oh ya Sha macam mana I nak tahu kayu jati tu berkualiti baik atau sebaliknya? I pengguna yang tak mahir dalam menilai kualiti kayu yang digunakan untuk membuat perabot ni. Kalau ada yang claim kualiti kayunya bagus, for sure I akan terima bulat-bulat,” Luqman makin berminat untuk mengetahui lebih banyak maklumat untuk mengenali kayu jati.

“Bagus soalan awak ni Luq. For your information, kayu jati ni mempunyai gred dan kualiti tertentu.”

Oh really. Then how do I know?” Rayyan tiba-tiba memintas kata-kata Shaheen.

Shaheen menyambung kembali kata-katanya yang terhenti tadi. “Di Malaysia ni kayu jati dikelaskan kepada gred A, B atau C.  Awak boleh kenal kayu tu bergred A, B atau  C dengan meneliti urat kayu. Kayu yang berkualiti lebih lurus dan halus urat kayunya. Kayu yang baik kualitinya berbelang-belang dan mempunyai warna permukaan yang sekata. Selain dari itu, cara lain untuk pastikan kayu tu berkualiti dengan melihat kepada warna kayu tu sendiri. Biasanya kayu yang berwarna coklat tua lebih baik berbanding kayu yang berwarna agak cerah. Ada syaratnya ya. You kena lihat semua tu sebelum kayu tu diwarnakan menggunakan varnish. Awak kena perhatikan warna asli kayu tu sebelum divarnish.”

“Wah tak sangka Sha, awak mahir dalam memilih kayu jati ni,” puji Rayyan.

“Saya biasa saja Rayyan.  Abi yang banyak mengajar saya dalam mengenali kayu jati ni. “

“Selain yang awak cakap tadi, apa lagi tanda yang saya boleh lihat untuk pastikan kayu yang digunakan tu benar-benar berkualiti?”

“Luq, awak perlu check permukaan dan celah-celah ukiran perabot. Permukaannya mestilah halus. Selain tu awak juga kena periksa kemasan perabot, teknik sambungan kayu serta struktur kayu yang kukuh. Normally perabot yang baik nampak cantik dan kemas serta disambung dengan teliti dengan struktur yang kukuh. Dan satu lagi, perhatikan juga ‘mata kayu’. Kalau boleh pilih yang tidak mempunyai mata kayu.”

“’Mata kayu’ tu apa? Dan kenapa kena pilih yang tiada ‘mata kayu’?” sekali lagi berkerut dahi Luqman.

Afzan yang memerhati dari tadi senyum sahaja. Dia mendengar satu-persatu penerangan yang dinyatakan oleh Shaheen. Dia sendiri tidak punya banyak maklumat jika ditanya hal-hal berkaitan kayu jati. Selama ini dia hanya menumpukan kepada merekabentuk sahaja.

“Mata kayu ni bahagian pokok yang mengeluarkan dahan. Bahagian tu kelihatan seperti pusaran kecil dan biasanya berlubang secara semulajadi. Elok pilih yang tak ada mata kayu untuk elakkan berlaku rekahan.”

“Oh macam tu ya. Banyak yang awak tahu pasal kayu jati ni ya,” ulas Luqman.

“Saya kena ambil tau. Saya orang berniaga Luq, Rayyan. Kena la tau. Bila orang macam awak tanya saya pasal kelebihan produk saya, saya kena la bagi jawapan terbaik. Kalau saya tak tahu macam mana saya nak promote produk dari syarikat saya ni Luq, Rayyan,” Shaheen membalas pertanyaan Luqman.

“Hmm betul juga tu” Rayyan akui benar kata-kata Shaheen itu. “Selain produk daripada kayu jati, awak ada terima tempahan menggunakan kayu lain?”

“Jika ada request daripada client, pihak saya akan usahakan. Ada juga client yang inginkan perabot daripada kayu balam, merbau, mahogani atau pun cengal.”

“Tadi awak ada sebut gred A, gred B & gred C kan. Apa maksudnya tu Sha?” tanya Luqman.

“Gred A dan gred B adalah kayu jati yang benar-benar berkualiti tinggi. Gred C pula adalah gred yang tidak berkualiti. Saya memang tak ambil perabot yang dihasilkan daripada kayu gred C.”

“Sha kenapa awak memilih perabot yang berasal dari Jepara?” soalan Luqman seterusnya.

“Jepara ni unik. Ramai pengukir kayu di sana terdiri daripada pengukir yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi. Memang terjamin ukiran mereka. Mereka menghasilkan ukiran yang kemas dan halus.  Itu sebabnya saya pilih perabot Jepara demi memenuhi permintaan pelanggan yang pentingkan kualiti. Harga perabot di sana juga berpatutan.

Rayyan sudah melirik jam di tangan kirinya. “Wah cepatnya dah hampir lunch time. Teman saya pergi brunch, boleh?”

Brunch? Awak skip breakfast ya pagi tadi?” Afzan meneka.

“Saya tak biasa la makan pagi-pagi.”

Then bulan puasa you tak sahur la ya,” tebak Afzan lagi.

“Eh mana awak tau?”

I guess,” Afzan sekali lagi membuat tekaan rambang.

“You ada six senses kah?” Rayyan memandang tepat ke wajah Afzan.

“Jom Sha teman all of you lunch. Can we go to Cozy Corner? Western?”

As you wish my lady,” ucap Rayyan dengan gaya lelaki gentleman nya.

Rayyan berjalan seiring dengan Afzan. Shaheen berjalan perlahan di belakang Luqman.

“Err Luq,” panggil Shaheen perlahan.

Luqman berpusing ke belakang. Dia menunggu Shaheen rapat ke sisinya. Kening diangkat menunggu kata-kata Shaheen yang terhenti tadi.

“Terima kasih.”

“Kasih mu ..ku terima,” balas Luqman dengan senyuman.

‘Senyum lagi. Tak puas dipandang mata,’ Shaheen terpukau melihat senyuman Luqman. Dia tunduk menekur lantai akhirnya.

“Sha jom. Afzan dan Rayyan dah pergi pun. Nanti mereka tertunggu-tunggu kita pula,” ajak Luqman.

Shaheen segera melangkah seiring dengan Luqman.

4 comments:

  1. Wow..2 n3 tu...balas dendam ke apa ni?? Tqsm...BAIKLAH Luqman ni...baik sgt!!! Rayyan n afzan tu mcm kuat chemistry diorg..huhu..nk nyanyi lagu bunga2 cintalah :) puas hati bc...as usual..very informative :)

    ReplyDelete
  2. hihkk tq Cik Shiroe..

    bukan balas dendam..tapi n3 ni dah panjang sgt tu yg terpaksa buat in 3 part..hiik

    bunga2 cinta hmm suka lagu tu misha omar..hmm nice choice la Cik Shiroe..tq

    ReplyDelete
  3. welcome sha :) Have a good time ya :)

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim