“Boleh
terangkan serba sedikit berkenaan kayu jati ni? At least dapat juga informasi
baru,” ujar Luqman bertanya sebaik sahaja Shaheen kembali duduk di sebelahnya.
“Kalau
bab kayu jati, Sha lebih pakar. Saya buat design ok. Tapi nak terangkan tu tak
pandai la,” akui Afzan awal-awal.
“Apa
istimewanya kayu jati ni?” tanya Rayyan yang duduk mengadap Shaheen
“Kayu
jati ni dikenali juga sebagai ‘raja kayu’
dalam membuat perabot. Kayu jati
paling tahan lama di antara kayu alam. Memandangkan kayu jati tahan terhadap
perubahan cuaca ekstrim dan suhu, maka kayu jati merupakan bahan paling ideal
dalam pembuatan outdoor furniture,” Shaheen menjawab sebagai mukadimah
memperkenalkan kayu jati.
Rayyan dan
Luqman mendengar dengan penuh fokus. “Itukah sebabnya kayu jati ni lebih mahal
jika dibandingkan dengan kayu lain?” soal Rayyan lagi.
“Ya betul
tu. Awak jangan tak tau ya Rayyan, kayu jati ni bukan sekadar perabot, tapi
turut menjadi lambang status tau. Malah boleh menjadi barang pusaka,” Shaheen
menjawab dengan yakin.
“Maksud
awak boleh diwariskan kepada generasi akan datang, gitu?” Rayyan masih bertanya
lagi.
“Ya
begitu lah Rayyan. Lihat lah betapa berharganya raja kayu ni.”
Rayyan
menganggukkan kepala. “Saya biasa lihat perabot yang menggunakan jati ni
berbentuk meja makan, bangku, meja kopi dan kerusi malas. Apa lagi yang boleh
dihasilkan daripada kayu jati ni?”
“Banyak
Rayyan. Boleh juga dibuat rangka payung besar sesuai dengan sifatnya yang berdaya
tahan dan tahan cuaca. Kayu jati juga sesuai dibuat kerusi adirondack,” balas
Shaheen.
“Kerusi
adirondacks? Apa tu?”
Shaheen
tersenyum melihat reaksi muka Luqman. Berkerut dahinya bila mendengar Shaheen menyebut kerusi adirondack
.
“Kerusi adirondack
tu nama manjanya kerusi berkontur. Sesuai digunakan untuk waktu santai
dengan tempat duduk yang tinggi dengan tempat lengan yang lebar. Selesa
sangat,” Shaheen menerangkan kepada Luqman yang masih nampak pelik dengan
perkataan tersebut.
“Nanti I
nak cari la sepasang untuk my parents.”
“Ha elok
la tu Luq. Mesti mereka suka.”
“Oh ya
Sha macam mana I nak tahu kayu jati tu berkualiti baik atau sebaliknya? I
pengguna yang tak mahir dalam menilai kualiti kayu yang digunakan untuk membuat
perabot ni. Kalau ada yang claim kualiti kayunya bagus, for sure I
akan terima bulat-bulat,” Luqman makin berminat untuk mengetahui lebih banyak
maklumat untuk mengenali kayu jati.
“Bagus
soalan awak ni Luq. For your information, kayu jati ni mempunyai gred
dan kualiti tertentu.”
“Oh
really. Then how do I know?” Rayyan tiba-tiba memintas kata-kata Shaheen.
Shaheen
menyambung kembali kata-katanya yang terhenti tadi. “Di Malaysia ni kayu jati
dikelaskan kepada gred A, B atau C. Awak
boleh kenal kayu tu bergred A, B atau C
dengan meneliti urat kayu. Kayu yang berkualiti lebih lurus dan halus urat
kayunya. Kayu yang baik kualitinya berbelang-belang dan mempunyai warna
permukaan yang sekata. Selain dari itu, cara lain untuk pastikan kayu tu
berkualiti dengan melihat kepada warna kayu tu sendiri. Biasanya kayu yang
berwarna coklat tua lebih baik berbanding kayu yang berwarna agak cerah. Ada
syaratnya ya. You kena lihat semua tu sebelum kayu tu diwarnakan menggunakan
varnish. Awak kena perhatikan warna asli kayu tu sebelum divarnish.”
“Wah tak
sangka Sha, awak mahir dalam memilih kayu jati ni,” puji Rayyan.
“Saya biasa
saja Rayyan. Abi yang banyak mengajar
saya dalam mengenali kayu jati ni. “
“Selain
yang awak cakap tadi, apa lagi tanda yang saya boleh lihat untuk pastikan kayu
yang digunakan tu benar-benar berkualiti?”
“Luq,
awak perlu check permukaan dan celah-celah ukiran perabot. Permukaannya
mestilah halus. Selain tu awak juga kena periksa kemasan perabot, teknik
sambungan kayu serta struktur kayu yang kukuh. Normally perabot yang baik
nampak cantik dan kemas serta disambung dengan teliti dengan struktur yang
kukuh. Dan satu lagi, perhatikan juga ‘mata kayu’. Kalau boleh pilih yang tidak
mempunyai mata kayu.”
“’Mata
kayu’ tu apa? Dan kenapa kena pilih yang tiada ‘mata kayu’?” sekali lagi
berkerut dahi Luqman.
Afzan
yang memerhati dari tadi senyum sahaja. Dia mendengar satu-persatu penerangan yang
dinyatakan oleh Shaheen. Dia sendiri tidak punya banyak maklumat jika ditanya
hal-hal berkaitan kayu jati. Selama ini dia hanya menumpukan kepada
merekabentuk sahaja.
“Mata
kayu ni bahagian pokok yang mengeluarkan dahan. Bahagian tu kelihatan seperti
pusaran kecil dan biasanya berlubang secara semulajadi. Elok pilih yang tak ada
mata kayu untuk elakkan berlaku rekahan.”
“Oh macam
tu ya. Banyak yang awak tahu pasal kayu jati ni ya,” ulas Luqman.
“Saya
kena ambil tau. Saya orang berniaga Luq, Rayyan. Kena la tau. Bila orang macam awak
tanya saya pasal kelebihan produk saya, saya kena la bagi jawapan terbaik.
Kalau saya tak tahu macam mana saya nak promote produk dari syarikat saya ni
Luq, Rayyan,” Shaheen membalas pertanyaan Luqman.
“Hmm
betul juga tu” Rayyan akui benar kata-kata Shaheen itu. “Selain produk daripada
kayu jati, awak ada terima tempahan menggunakan kayu lain?”
“Jika ada
request daripada client, pihak saya akan usahakan. Ada juga client
yang inginkan perabot daripada kayu balam, merbau, mahogani atau pun cengal.”
“Tadi awak
ada sebut gred A, gred B & gred C kan. Apa maksudnya tu Sha?” tanya Luqman.
“Gred A
dan gred B adalah kayu jati yang benar-benar berkualiti tinggi. Gred C pula
adalah gred yang tidak berkualiti. Saya memang tak ambil perabot yang
dihasilkan daripada kayu gred C.”
“Sha kenapa
awak memilih perabot yang berasal dari Jepara?” soalan Luqman seterusnya.
“Jepara
ni unik. Ramai pengukir kayu di sana terdiri daripada pengukir yang
berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi. Memang terjamin ukiran mereka.
Mereka menghasilkan ukiran yang kemas dan halus. Itu sebabnya saya pilih perabot Jepara demi
memenuhi permintaan pelanggan yang pentingkan kualiti. Harga perabot di sana
juga berpatutan.
Rayyan
sudah melirik jam di tangan kirinya. “Wah cepatnya dah hampir lunch time.
Teman saya pergi brunch, boleh?”
“Brunch?
Awak skip breakfast ya pagi tadi?” Afzan meneka.
“Saya tak
biasa la makan pagi-pagi.”
“Then
bulan puasa you tak sahur la ya,” tebak Afzan lagi.
“Eh mana awak
tau?”
“I
guess,” Afzan sekali lagi membuat tekaan rambang.
“You ada six
senses kah?” Rayyan memandang tepat ke wajah Afzan.
“Jom Sha
teman all of you lunch. Can we go to Cozy Corner? Western?”
“As
you wish my lady,” ucap Rayyan dengan gaya lelaki gentleman nya.
Rayyan
berjalan seiring dengan Afzan. Shaheen berjalan perlahan di belakang Luqman.
“Err Luq,”
panggil Shaheen perlahan.
Luqman
berpusing ke belakang. Dia menunggu Shaheen rapat ke sisinya. Kening diangkat
menunggu kata-kata Shaheen yang terhenti tadi.
“Terima
kasih.”
“Kasih mu
..ku terima,” balas Luqman dengan senyuman.
‘Senyum
lagi. Tak puas dipandang mata,’ Shaheen terpukau melihat senyuman Luqman. Dia
tunduk menekur lantai akhirnya.
“Sha jom.
Afzan dan Rayyan dah pergi pun. Nanti mereka tertunggu-tunggu kita pula,” ajak
Luqman.
Shaheen
segera melangkah seiring dengan Luqman.
Wow..2 n3 tu...balas dendam ke apa ni?? Tqsm...BAIKLAH Luqman ni...baik sgt!!! Rayyan n afzan tu mcm kuat chemistry diorg..huhu..nk nyanyi lagu bunga2 cintalah :) puas hati bc...as usual..very informative :)
ReplyDeletehihkk tq Cik Shiroe..
ReplyDeletebukan balas dendam..tapi n3 ni dah panjang sgt tu yg terpaksa buat in 3 part..hiik
bunga2 cinta hmm suka lagu tu misha omar..hmm nice choice la Cik Shiroe..tq
welcome sha :) Have a good time ya :)
ReplyDeleteu 2 have a great time..
ReplyDelete