“Waalaikumsalam Ara,” Eryna sudah terjerit kuat apabila suara
Ammara menerpa telinganya. Rindu sungguh dia pada sahabatnya itu.
“Apa khabar Ery?” soal Ammara.
“Aku sihat. Alhamdulillah. Kau apa khabar Ara?
Ya Allah rindunya aku dengan kau,” luah Eryna.
“Aku pun alhamdulillah baik-baik saja. Cuba
teka aku kat mana?” Ammara sengaja mahu membuat Eryna tertanya-tanya.
“Paris?” jawab Eryna laju.
Ammara sudah ketawa di hujung talian. “Jom
Eryna teman aku minum.”
“What!!! You are in Malaysia, aren’t you?” terjerit Eryna apabila dia baru tersedar
Ammara sudah kembali ke tanahair.
Ammara menjarakkan sedikit telefon bimbitnya.
Jeritan Eryna nyata membinggitkan telinganya. “Kenapa tak percaya?”
“Bukan tak percaya, kurang yakin saja,” balas
Eryna sambil ketawa kecil.
“Oh ya, jangan lupa ajak Tihani sama. Aku
rindu both of you tau,” Ammara mahu bertemu kedua-dua sahabatnya.
“Baik. Aku call Tihani kejap. Takut dia ada
kelas tengahari ni. Apa kata kau datang office aku atau aku ambil kau.
Then kita gerak sama-sama,” cadang Eryna.
“I will pick you up Ery. Aku kat luar
ni. Baru lepas attended interview,” kata Ammara.
“Oh ya ke, amboi cepatnya. Baru balik dah
pergi temuduga kerja. Aku doakan kau dapat kerja tu Ara,” ucap Eryna gembira.
“Ery, kalau aku tak dapat pun tak apa. Boleh
cuba lagi di tempat lain kan,” kata Ammara dalam nada perlahan.
“Eih kenapa pula macam tu?” soal Eryna ingin
tahu.
“Nanti aku cerita ya, bila kita jumpa nanti,”
janji Ammara.
“Baik. Aku tunggu kau. Kau tau kan datang
sini. Jangan cakap kau dah lupa jalan-jalan di KL ni. Maklumlah duduk di negara
orang lama,” usik Eryna.
“Ish mana ada. Ni Ammara la. Warganegara
Malaysia sejati tau. Mana boleh lupa. Tempat jatuh kan lagi dikenang,” kata
Ammara.
“Inikan pula tempat bercinta ya,” Eryna
menyambung kata-kata Ammara tadi sambil ketawa.
“Aipp..mana kau dapat kata-kata tu. Rosak
bahasa gini. Sambungannya, inikan pula tempat bermain la Ery,” Ammara membetulkan
peribahasa melayu lama yang dia ucapkan tadi.
Sudahnya mereka berdua ketawa.
“Ok Ery kejap lagi aku sampai. Kau call
Tihani. Bagi tau dia kau nak ambil dia pergi lunch. Tapi jangan bagi tau
dia aku ada. Nak surprise kan dia,” pesan Ammara.
“Baik Cik Ammara, perintah dijunjung,” usik
Eryna.
Ammara senyum mendengar kata-kata Eryna.
“Bye. Assalamualaikum,” ucap Ammara lantas
mematikan talian.
“Waalaikumsalam Ara,” balas Eryna. Dia
tersenyum gembira. Tidak sabar dia mahu bertemu Ammara. Walaupun mereka sering
berhubung melalui Skype, namun pertemuan empat mata begini lebih seronok.
*******
“Saya belum fikir lagi soal itu. Andai kita
ada jodoh, in shaa Allah tak ke mana. Lagipun sekarang ini saya sudah ada
seseorang,” luah Ammara.
Zaim terkenang kembali peristiwa enam tahun
lalu. Saat dirinya meluahkan hasrat hatinya pada Ammara. Hasrat murni yang
mahukan Ammara sebagai isterinya yang sah.
“Masih terlalu awal untuk memikirkan hal itu.
Saya baru 20 tahun. Saya yakin Sir barangkali dalam lingkungan 27 tahun.
Kita masih muda,” tambah Ammara.
Penolakan secara baik daripada Ammara biar pun
pedih, namun Zaim tetap hadapinya dengan senyuman. Tanda dia menghormati
keputusan yang dibuat oleh Ammara.
Ammara menolak dengan baik tetapi sakit dan
pedih hatinya masih belum hilang. Waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa
pedihnya rasa di hati Zaim. Walau pun hasrat hatinya ditolak, namun dia tetap
bersyukur kerana berani meluahkan hasrat tersebut kepada Ammara.
Sekurang-kurangnya Ammara tahu perasaan yang tersimpan di hatinya. Itu kisah
enam tahun yang lalu.
Kini, Ammara telah muncul kembali, muncul di
tempat kerjanya. Hakikatnya, pertemuan semula dengan Ammara menimbulkan rasa
teruja yang meluap-luap. Kali terakhir Zaim bertemu Ammara adalah pada hari
terakhir minggu peperiksaan sebelum Ammara pergi tanpa berita. Dia hanya
mendapat berita Ammara telah pun berangkat ke luar negara menyambung
pelajarannya daripada Eryna. Ke mana dia tidak tahu. Ternyata Eryna dan Tihani,
sahabat Ammara berpegang teguh untuk tidak membocorkan rahsia tempat pengajian
Ammara.
Satu kejutan buatnya siang tadi. Tiada
langsung terlintas di fikirannya yang Ammara akan hadir temuduga di tempat dia
bekerja. Zaim tersenyum memikirkan Ammara bakal bekerja satu bumbung dengannya
nanti. Berbunga rasa gembira di hatinya. Peluang kedua ini tidak akan dia sia-siakan.
Dia perlu menjejak Ammara semula, janji Zaim pada dirinya sendiri.
Zaim keluar ke balkoni biliknya. Dia menikmati
angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar manja tubuhnya. Malam itu langit cerah.
Berselerakan bintang-bintang yang berkelip memancar cahaya, sayup-sayup memukau
pandangan. Hatinya dilanda rasa bahagia yang tiada taranya. Kemunculan Ammara
siang tadi benar-benar memberi semangat buatnya untuk kembali mencuba nasib
buat kali kedua. Dia tidak akan pernah berputus asa. Doanya, agar penantiannya
akan membuahkan hasil yang dia harapkan sejak enam tahun yang telah pun
berlalu.
Penantian selama itu cukup untuk membuatnya
terseksa. Lebih menyakitkan apabila dia tidak dapat menjejaki ke mana Ammara
menghilang. Apa yang dia tahu hanyalah Ammara telah pergi jauh darinya untuk
mengenggam cita-cita. Dia yang tinggal di sini nanar separuh mati mengingati
gadis itu.
Zaim mendonggak ke dada langit. Bayangan
Ammara jelas terukir di dada langit. Dia tersenyum mengingatkan Ammara yang
pernah menjadi pelajar terbaiknya sebelum ini. Waktu cepat berputar. Gadis
manis itu sudah kembali. Dia terpana siang tadi melihat Ammara yang sedikit
berbeza. Peribadi tegas jelas menonjol. Paling ketara, Ammara yang dikenalinya
sudah menjadi seorang gadis matang sesuai dengan pengalamannya menempuh hidup
di negara orang.
Zaim melepaskan nafas lega. Dia akan berusaha
memenangi hati Ammara buat kali kedua. Cintanya tidak pernah padam. Cintanya
hanyalah untuk Ammara. Namun apa caranya dia mahu mendekati gadis itu.
“Takkan lari gunung dikejar. Kalau dah jodoh
tak ke mana kan,” ucap Zaim dalam nada berbisik seraya dia kembali masuk ke
kamarnya. Dia percaya hari-hari seterusnya akan membawa sinar bahagia.
Zaim merebahkan tubuhnya ke atas tilam empuk.
Dia berbaring mengadap siling. “Ammara,” nama itu meniti di bibir Zaim. Tidak
sedar bilakah akhirnya dia terlelap sambil bayangan wajah Ammara berada di ruang
matanya dan kekal di mindanya.
sangat suka kisah ni...teruskan kak..i will support u love it Zaim...herm
ReplyDelete:) thanks for your support... sangat Sha hargai :)
ReplyDeletenantikan sambunganya..
sis... i wish that this is in the form of hard copy... best sket nak baca...
ReplyDeleteteruskan ye sis...
Thanks Suha...mudah2an doa Suha agar cerita ini dibukukan tu menjadi kenyataan...aamiin :)
ReplyDeletein sha Allah Suha, akan diteruskan..
best.
ReplyDeleteterima kasih baby mio :)
ReplyDelete