Rifqi
mengangguk. Matanya meliar mencari kerusi kosong sementara menunggu Ilman yang
akan menjemput mereka nanti.
‘Perfect,’ Rifqi bergegas ke
arah kerusi kayu panjang yang baru sahaja dikosongkan. Dia duduk bersandar
dengan selesanya.
Irfan
kembali dengan satu plastik kecil berisi biskut Chipsmore dan air minuman . Dia
duduk di sebelah Rifqi. Dihulur sebungkus biskut dan satu botol minuman kepada
Rifqi.
“Tolong
jaga barang aku. Aku nak ke gents sekejab.” Irfan segera melangkah ke
tandas.
“Okay,”
balas Rifqi.
Pada
masa yang sama, Sarah baru sahaja tiba di LCCT, Sepang. Dia memasuki ruang
parkir. Sarah memandu perlahan mencari ruang yang kosong. Dalam perjalanan
tadi, dia menerima kiriman pesanan ringkas daripada Raina. Katanya penerbangan
dari Alor Setar tertangguh selama satu jam akibat masalah teknikal pada
pesawat. Ada baiknya dia menunggu di dalam. Panas berbahang jika dia mahu
menunggu di dalam kereta. Oh! Tidak sanggup.
Selepas
memarkir Proton Persona putihnya, Sarah berlalu ke dalam bangunan. Dia mencari
jika ada tempat duduk kosong. Penat juga nak berdiri.
‘Ya
Allah, kenapa hati ni berdebar-debar,’ guman Sarah.
Sarah
memerhati sekeliling. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, ada satu kerusi kayu
yang kosong. Ada seorang pemuda yang duduk berhampiran. Terdapat dua buah
kerusi kayu di situ yang mengapit satu
meja kecil di tengah-tengah.
Debaran
di dada makin kencang. ‘Apa kena ni.’ Sarah meletakkan tangan di dada kirinya.
Dia berharap agar debar di dada menghilang pergi. Sarah berjalan perlahan ke
arah kerusi kosong yang tinggal beberapa langkah lagi. Sewaktu dia mahu duduk,
pemuda di kerusi bersebelahan memanggung kepala. Mata bertentang mata. Pemuda
itu senyum sambil menundukkan kepala kepada Sarah.
‘Tenanglah
wahai hati,’ ucap Sarah di dalam hati. Bibirnya turut membalas senyuman pemuda
tadi.
Dari
ekor mata, Sarah sedar pemuda tadi masih lagi memandang ke arahnya. Sarah kalut
sendiri. Tangan di dada diusap perlahan. Entah mengapa debar di dada makin
menjadi-jadi. Dia tidak berani menoleh ke arah pemuda yang tersenyum manis
padanya tadi. Bukan tidak pernah dia bertemu, malah bertentang mata dengan
ramai pemuda tampan juga dia pernah. Entah mengapa aura pesona pemuda itu
begitu kuat. Sarah hilang fokus.
“Tunggu
siapa?” sapa pemuda itu ramah.
Sarah
senyum untuk mengusir debar di dada. “Saya tunggu kawan. Flight dia delay
pula. Sepatutnya dah sampai ni.”
Pemuda
itu mengangguk.
“Encik
tunggu siapa?” soal Sarah pula. Dia lihat ada sebiji lagi beg sandang di
sebelah pemuda itu. ‘Baru pulang bercutikah?’ Sarah membuat andaian sendiri.
Takut pula Sarah mahu terlebih ramah. Buatnya pemuda itu bersama isterinya,
lain pula jadinya.
“Saya
pun tunggu my friend to pick me up. Dia baru call, bagi tahu
lambat sikit. Jalan jammed,”ujar pemuda itu.
“Oh,’
balas Sarah sepatah.
Masing-masing
sudah diam. Sarah melirik jam di tangan kanannya. Dia mula resah menunggu.
Padahal baru lima minit Sarah duduk di situ. Benarlah kata orang, penantian itu
satu penyiksaan.
“Awak,”
panggil pemuda itu sambil menghulurkan bungkusan biskut Chipsmore ke arah
Sarah.
Sarah
ragu-ragu mahu mengambil sekeping biskut dari tangan pemuda itu. Wajah pemuda
itu dipandang sekilas.
“Ambillah.
Kita share. Saya makan seorang tak habis ni,” kata pemuda itu
mengunjukkan bungkusan biskut.
Selepas
dipelawa untuk kali kedua, Sarah mengambil juga sekeping biskut Chipsmore daripada
pemuda yang memang manis senyumannya. Digigit biskut di tangan.
“Awak
ambil la ya,” sekali lagi pemuda itu mempelawa sambil meletakkan bungkusan
biskut di atas meja kecil di tengah-tengah mereka berdua.
Mereka
berdua menikmati ranggupnya biskut tanpa kata. Masing-masing diam.
‘Sedaplah
pula.’ Sarah sudah mencapai kepingan biskut yang entah ke berapa.
Tinggal
hanya sekeping biskut. Tanpa sedar, kedua-dua tangan mencapai biskut yang sama.
“Maaf!”
Serentak Sarah dan pemuda itu terkesima. Serta-merta mereka melepaskan biskut
yang dipegang.
Rasa
malu menyerbu ke muka. Bukan tidak pernah makan biskut. Tetapi dia jadi ralit
menikmati biskut yang ditawarkan kepadanya. Tidak perasan langsung, dia sudah
terlanjur makan beberapa keping biskut kepunyaan pemuda itu.
“Tak
apa, awak ambillah,” kata pemuda itu.
“Oh
tak apa. Awakkan tuan punya biskut. Lebih afdal awak yang makan biskut yang
terakhir tu. Ada keberkatan di situ,” luah Sarah.
“Kalau
begitu kita kongsi ya. Biar sama-sama mendapat keberkatan,” kata pemuda itu
sambil mematahkan kepada dua bahagian biskut di tangan. Sebahagian biskut di
tangan kanan diserahkan kepada Sarah dan sebahagian lagi masih di tangan
kirinya.
Sarah
malu sebenarnya tetapi atas dasar menghormati pemuda itu yang beria-ia mahu
berkongsi biskut di tangan, Sarah mengambil juga separuh biskut yang dihulurkan
kepadanya.
“Terima
kasih, awak,” ucap Sarah malu-malu.
“Sama-sama,”
ucap pemuda itu. Tampang wajahnya sungguh polos.
Tidak
semena-mena Sarah tersedak. Pemuda tadi terkejut. Tindakan reflek yang cepat,
dibuka tudung botol air. Segera diserahkan kepada Sarah. Tanpa banyak bicara
Sarah menyambut huluran botol air mineral. Diteguk beberapa kali. Berair
matanya menahan perit. Segera Sarah membuka tas tangan. Sehelai tisu
dikeluarkan. Dia mengelap mata.
“Ada
orang menyebut agaknya ni. Sampai tersedak,” ulas pemuda itu.
“Agaknya,”
sambut Sarah. “Terima kasih.”
“Untuk
apa?” tanya pemuda itu.
“Untuk
ini,” kata Sarah sambil menunjukkan botol air mineral di tangan.
“Hal
kecil sahaja. Kalau orang lain pun tentu mereka akan berbuat hal yang sama,”
ternyata pemuda itu seorang yang merendah diri.
Sarah
memandang wajah pemuda yang duduk mencangkung betul-betul di hadapannya. Jelas
pemuda berkumis nipis itu mempunyai aura pesona yang membuatkan Sarah terpaku
lama memerhati. Debaran yang dirasakan tadi kembali mengetuk dadanya. ‘Siapakah
lelaki ini? Apakah dia turut merasa apa yang aku rasa?’
‘Awak
okay?” soal pemuda itu.
“Ya,
ya saya okay,” balas Sarah.
Pemuda
itu sudah berdiri. Sarah mendongak.
“Terima
kasih,” ucap Sarah sekali lagi.
Pemuda
itu sudah mengangkat keningnya. “ Kali ini untuk apa pula?”
“Biskut
yang saya habiskan tadi,” jawab Sarah sambil menunjukkan bungkusan biskut yang
sudah kosong.
Terhambur
tawa pemuda itu. Nada tawanya terasa asyik didengar. Bagikan muzik merdu di
pendengaran Sarah. Dia terpana melihat tawa pemuda yang baru dikenalinya. Hanya
satu minit diperlukan untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi untuk melupakan seseorang
mengambil masa sepanjang hayat.
Nada
dering You’re Still The One berkumandang.
“Hello
Raina, waalaikumsalam. Ya aku dah sampai. Kau kat mana ni?” Sarah menjawab panggilan
Raina. “Okay kau tunggu kat depan ni. Aku pergi ambil kereta.”
“Saya
gerak dulu,” ucap Sarah. “Kawan saya dah sampai.” Sarah menoleh ke arah pemuda di
sebelahnya.
“Baik.
Ada jodoh kita jumpa lagi.” Pemuda itu senyum lagi.
“In
shaa Allah. Jumpa lagi,” ucap Sarah bersama senyuman di bibir.
Mereka
berpisah di situ. Akan adakah pertemuan seterusnya?
akan adakah pertemuan seterusnya?
ReplyDeleteyeayy!! mesti ada~ ;P
In sha Allah, kalau dah jodoh pasti bertemu (lagu Afgan)
ReplyDeleteMacam mana la agaknya pertemuan mereka nanti? Hihikk Sha pula yang tanya soalan ni..
Kalau jodoh pasti nak bersua.
ReplyDeleteBetul tu, kalau dah jodoh..
Delete