SARAH DUDUK BERSANDAR DI SOFA. Diperhati seluruh ruang tamu. Semuanya sudah siap sedia dikemas.
Malam nanti majlis penting untuk kedua-dua ibu dan bapanya.
“Sarah,” tegur Syira.
“Ya Kak Ira.” Sarah memerhati
satu-satunya kakak yang dia ada.
“Dah siap kemas? Nah,” Syira
menghulurkan segelas air oren ke tangan Sarah.
Sarah mengangguk. Gelas bertukar
tangan. Syira turut melabuhkan punggung ke sofa di sebelah Sarah. Dia turut
menyisip sedikit air di tangan.
“Kenapa?” soal Sarah apabila Syira ralit memandang wajahnya.
Syira senyum. “Adik akak ni dah
makin dewasa. Cantik pula tu.”
Sarah sudah senyum lebar.
“Bila akak nak merasa nasi minyak
Sarah ni?” soalan Syira seterusnya.
“Kenapa tak cakap nak makan nasi
minyak? Boleh Sarah cadangkan pada mama menu nasi minyak untuk malam ni,” Sarah
cuba mengenakan Syira.
“Bila?” soal Syira masih tidak mahu
mengalah.
“Bila apanya Kak Syira?” Sarah
sengaja buat-buat tidak faham.
“Akak nak tengok Sarah kahwin la.
Asyik sibuk kerja sahaja. Bila nak berdua ni? Err... malam ni si dia datang
tak?” tebak Syira.
“Dia? Siapa tu kak?” Sarah sudah
berkerut dahinya.
“Ish...tak payahlah buat muka macam
tu Sarah. Akak serius ni? Bila Sarah nak kahwin?” kata Syira menatap wajah
Sarah.
Sarah senyum. Soalan itu tidak mampu
dia jawab.
“Sarah, Syira apa yang dibualkan
tu?” Datin Kharidah muncul di ruang tamu menyertai anak-anaknya.
“Ini mama, si Sarah ni bila nak
berdua?” kata Syira laju sahaja menjawab pertanyaan mamanya.
“Sarah tunggu mister right
dia yang belum ditemui?” balas Datin Kharidah seraya menjeling ke arah Sarah.
Sarah hanya senyum mendengar usikan
mamanya.
“Menarik ni. Mister right
mana yang ditunggunya ni ma?” tanya Syira ingin tahu.
“Yang itu kena tanya Sarah. Kalau
mama tanya dia, memang itulah jawapan yang Sarah akan bagi pada mama,” ujar
Datin Kharidah.
“Sarah, hal jodoh ni bukan boleh
tunggu saja. Kita kena usaha tau,” nasihat Syira kepada adik bongsunya.
“Itu Sarah tahu Kak Syira. Tapi
Sarah belum jumpa lelaki tu.” Sarah membela diri.
“Kat tempat kerja tu tak ada ke yang
berkenan. Kalau bukan rakan sekerja pun sure ramai kan customer
yang datang ke hospital tu. Tak jumpa juga ke mister right Sarah tu?”
tanya Syira.
“Mama dan kakak jangan risau ya.
Sampai masa nanti mister right Sarah tu akan datang rumah kita ni.
Tup-tup...tadaaa dia sampai,” ucap Sarah dengan senyuman lebarnya.
“Yelah tu Sarah.” Syira segera
menghabiskan air di dalam gelas.
“Mama apa lagi yang belum siap untu
malam nanti? Soal Sarah.
“Mama, tengoklah tu. Sarah nak tukar
topik. Nak lari ya Takut kena tembak la
tu,” Syira tidak puas lagi mahu mengusik Sarah.
“Akak ni, lain kali ya kita sambung
topik panas ni. Boleh kan mama?” Sarah sudah bangun lalu duduk berdekatan
dengan mamanya.
Datin Kharidah senyum sahaja melihat
telatah dua anak gadisnya. Eh..sorang dah jadi mak orang dah pun.
“Mama ruang tamu dah kemas. Kat
depan tu pun dah kemas. Ada apa-apa lagi ke?” soal Sarah.
“Semua dah siap sedia. Tunggu majlis
malam ni je sayang.” Datin Kharidah membalas kata-kata Sarah.
“Mana papa dan kaum lelaki dalam
rumah ni?” soal Syira.
“Papa dengan Abang Saiful dan Abang
Fahmi tadi keluar nak beli barang-barang basah. Abang Saiful kamu beria sangat
nak tambah bahan untuk barbeque malam nanti,” kata Datin Kharidah.
“Mama bukan kita order catering
ke?” tanya Sarah.
“Mama order catering untuk main
dish sahaja. Tapi barbeque tu untuk side dish. Papa la yang
beria sangat nak buat.” Datin Kharidah teringat permintaan suaminya untuk
mengadakan majlis mereka dengan sederhana tapi meriah.
“Oh,” kata Syira dan Sarah serentak .
“Papa kata majlis malam nanti kecil-kecil sahaja. Tujuan nak
rapatkan silaturrahim dengan ahli keluarga, teman-teman rapat dan jiran
tetangga.”
“Patutlah Abang Fahmi sibuk hafal
doa. Dia kata papa minta abang mengetuai majlis malam ni.” Syira senyum .
“Itulah papa nak buat majlis
sederhana sahaja. Lagi pun majlis ni sebagai tanda kesyukuran kami pada Allah
yang telah memanjangkan jodoh mama dan papa, kurniakan kami anak-anak yang
baik, rezeki yang melimpah-ruah dan juga kesihatan yang baik. Jadi tak perlulah
nak membazir untuk majlis besar-besar sangat,” kata Datin Kharidah.
“Eloklah tu.” Sarah bersetuju dengan
kata-kata mamanya.
*******
TETAMU YANG DIJEMPUT SUDAH MULA
TIBA. Dato’ Shamsul dan Fahmi yang segak
berbaju melayu lengkap menanti kehadiran tetamu dengan senyuman di bibir
masing-masing. Datin Kharidah yang cantik berbaju kurung Pahang juga ceria
menanti para tetamu.
“Jemput
masuk.” Fahmi bersalaman dengan kenalan papa mertuanya.
“Terima
kasih datang. Silalah masuk,” pelawa Datin Kharidah.
“Assalamualaikum,”
ucap Raina. Dia tiba bersama Faris.
“Raina,
Faris jemput masuk. Sarah ada kat dalam,” kata Datin Kharidah.
Selepas
bersalaman, Faris dan Raina berlalu meninggalkan Dato’ Shamsul, Datin Kharidah
dan Fahmi.
Saiful,
Shira dan Sarah menunggu para tetamu di muka pintu. Mengarahkan mereka masuk
dan duduk di ruang tamu sementara menunggu majlis bermula.
“Rania,
kenapa lambat?” soal Sarah sebaik sahaja Rania muncul mendekati Sarah. Rania
hanya mempamerkan senyuman manisnya.
“Apa
khabar?” tanya Faris meghulurkan salam kepada Saiful.
“Alhamdulillah
baik. Jemputlah masuk,” balas Saiful. “Jalan sesakkah?”
“Sesak
sedikit di MRR2. Biasalah kat situ memang tak boleh nak elak jammed,”
ujar Faris.
“Eh
masuklah dulu. Tunggu di dalam,” kata Shira yang hanya diam tadinya.
“Tak
apa kami tunggu di sini dengan Sarah,” ujar Raina.
Sarah
senyum sambil memegang tangan Raina.
“Kata
buat kecil-kecilan je. Ini meriah betul. Sampai tiga buah khemah,” bisik Raina
ke telinga Sarah.
Sarah
sudah membulatkan matanya.
“Janganlah
buat muka macam tu Sarah. Comel sangat,” usik Raina.
“Majlis
kecil saja ni. Khemah tu kata papa as a contigency plan. Takut hujan
katanya. Itu yang sampai tiga khemah.” Sarah menjelaskan hal sebenar kepada
Raina.
“Oh,
macam tu.” Raina mengganggukkan kepalanya.
“Sekejap
Raina,” kata Sarah sambil menatap telefon bimbit di tangan. Terdapat satu mesej
pesanan ringkas yang masuk. Dia senyum. Nombor itu sudah disimpannya.
Majlis dah mulakah? Maaf saya tak
dapat hadir ke majlis awak. Saya kena teman parents saya ke rumah kawan mereka.
Hope majlis awak berjalan lancar – Rifqi
Sarah
senyum membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Rifqi.
“Siapa
tu?” soal Shira.
“Kawan
Sarah,” balas Sarah pendek.
Sarah
menatap lagi Xperia Arc S di tangan. Dia mula menaip membalas mesej yang
diterima.
Belum mula. Orang masjid pun belum
sampai. Terima kasih. Insya-Allah bertemu juga nanti di majlis yang lain -
Sarah
*******
RIFQI MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI.
Jika bukan kerana kedua-dua orang tuanya, tidak sanggup dia meredah lalu lintas
di MRR2. Jalan yang tidak pernah tidur bagi Rifqi.
“Janganlah
kita terlambat,” ucap Puan Ruziah.
“We
will be there on time mak. Trust me,” pujuk Rifqi.
Encik
Qamaruzzaman duduk diam di tempat duduk penumpang di kiri Rifqi. Matanya lurus
memandang ke hadapan. “Bila agaknya jalan kat sini tak sesak?”
“Ampang
ni tak akan pernah lenggang jalannya abah. Sentiasa sibuk,” ulas Rifqi. "Abah
mana lebih mudah buat u-turn atau ikut traffic light kat depan
tu?”
“Mana-mana
pun sama saja Iqi. U-turn pun okay.” Encik Qamaruzzaman memberikan
pandangannya.
Rifqi
berhati-hati menukar lorong. Cermin sisi dan cermin pandang belakang ditoleh
beberapa kali sebelum mengambil lorong ke kiri. Bukan apa, dia bimbang jika ada
penunggang motosikal yang tiba-tiba sudah berada di sebelah keretanya. Bimbang
jika dia terlanggar mereka.
Mazda
CX-5 putih milik Rifqi menyusur perlahan untuk membuat pusingan U. Pedal minyak
ditekan semula untuk menambah kelajuan. Rifqi tetap berada di lorong paling
kiri. Sekejap lagi dia akan membelok ke arah taman perumahan di Bukit
Antarabangsa. Pemanduan diteruskan dengan menaiki cerun berbukit. Di kiri kanan
jalan terdapat banyak pokok-pokok besar. Tidak jauh dari situ, di sebelah kiri
dan kanan berderet rumah-rumah besar yang tersergam kukuh.
“Belok
kanan selepas Giant,” arah Encik Qamaruzzaman. “Rumah tu yang pertama di
sebelah kiri di simpang tiga. Jadi perlahan sikit. Tentu ada banyak kereta di
kiri kanan jalan.”
“Baik
abah.” Rifqi membelok ke kiri. Matanya meliar mencari lokasi paling strategik
untuk memakir Mazda CX-5 yang dipandunya. “Okay dah sampai.”
Enjin
kereta dimatikan. Rifqi segera keluar dan membuka pintu kereta untuk emaknya.
Encik Qamaruzzaman menunggu untuk bergerak bersama-sama. Dari jauh sudah nampak
pasangan tuan rumah di hadapan rumah menunggu dan menyambut kehadiran tetamu.
“Assalamualaikum
Dato’, Datin” ucap Encik Qamaruzzaman.
“Waalaikumsalam
Qamar. Terima kasih datang.” Dato’ Shamsul menyambut huluran salam Encik
Qamaruzzaman. Mereka berpelukan seperti sudah lama tidak bertemu.
“Ingat
tidak dapat datang tadi,” kata Datin Kharidah sambil menggengam tangan sahabat
baiknya, Puan Ruziah.
“Mana
boleh tak datang. Kita kan dah janji nak datang.” Puan Ruziah senyum. “Oh ya
Qairina dan Qaisara tak dapat hadir. Last minute mereka perlu balik ke hostel.
Ada program universiti yang mereka perlu uruskan. Mereka kirim salam.”
Salam
dibalas serentak oleh Dato’ Shamsul dan Datin Kharidah.
“Nasib
baiklah anak bujang ni boleh ikut. Ini Rifqi. Satu-satunya anak lelaki I Kay,”
kata Puan Ruziah.
“Dato’,
Datin,” sapa Rifqi sambil menghulur bakul berisi biskut dahlia dan apom tepung
beras.
“Tak
usahlah berdato’ datin ni Rifqi. Ya Allah apa ni? Buat susah-susah sahaja,”
sambut Datin Kharidah.
“Tak
susah pun. Ini emak yang buat,” ucap Rifqi jujur.
“Terima
kasih Zie. Kalau hasil tangan you, memang I dah tau sedap,” puji
Datin Kharidah.
Puan
Ruziah senyum mendengar pujian sahabatnya.
“Mari
masuk. Sekejap lagi orang masjid akan sampai. Majlis akan mula sejurus selepas
tu.” Dato’ Shamsul mengiringi sahabatnya masuk ke dalam.
“Fahmi
tolong tunggu orang masjid ya. Nanti iring mereka masuk. Mama dengan papa
tunggu di dalam,” pesan Datin Kharidah kepada menantunya.
“Baik
mama,” akur Fahmi.
*******
“RIFQI?” SAIFUL SUDAH MELURU KE ARAH
RIFQI. TANGAN DIHULUR.
“Saiful.”
Rifqi sudah senyum lebar. Dia meyambut huluran tangan Saiful.
“Lama
tak jumpa. How are you my friend?” ucap Saiful. Sahabatnya semasa di
universiti dipeluk pula.
“Baik-baik
saja. Bertahun tak jumpa kau masih macam tu juga. Maintain nampak.” Rifqi
senyum sambil menepuk bahu Saiful.
“Cakap
aku. Kau pun sama juga. Makin handsome aku tengok.” Saiful senyum ceria.
“Kawan
abang?” tegur Shira.
Saiful
menggangguk. “Kami sama-sama belajar di UK. Tapi lepas balik dari sana dah lost
contact.”
“Eloklah
tu. Keluarga kita saling mengenali,” kata Datin Kharidah. “Eh mana Sarah?”
“Sarah
masuk dalam ma. Pergi charge phone. Sekejap lagi dia turun.” Shira
menjawab soalan mamanya.
“Papa,
mama,” panggil Fahmi. “Ni orang masjid dah sampai.”
“Eloklah
tu. Jemput masuk,” kata Dato’ Shamsul menyambut kedatangan ahli jemaah masjid.
“Mari
masuk,” ajak Datin Kharidah. “Shira ambil ni.” Bakul berisi kuih tadi bertukar
tangan.
Dato’
Shamsul dan para tetamu lelaki masuk dan duduk di ruang tamu manakala kaum wanita masuk
ke dalam sedikit.
“Eloklah
majlis kita mulakan,” pinta Dato’Shamsul. Matanya mengarah ke arah Fahmi.
Fahmi
mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat. Sepanjang majlis, semua yang hadir
sama-sama berselawat. Suara para tetamu yang melaungkan selawat sungguh indah
didengar. Apabila kalimah-kalimah selawat berkumandang suasana menjadi hening.
*******
MAJLIS DOA SELAMAT DAN
TAHLIL DIAKHIRI DENGAN MAJLIS MAKAN MALAM.
Semua tetamu dijemput ke khemah yang disediakan. Susunan meja hidangan disusun
mengikut stesyen. Pelbagai menu disediakan. Memudahkan tetamu mengambil menu
pilihan.
Saiful
dan Fahmi sibuk membantu memotong daging kambing panggang. Disebabkan idea
untuk mengadakan barbeque datangnya daripada Saiful, maka dialah paling sibuk
menguruskan stesyen barbeque. Selain daging kambing panggang, di stesyen barbeque terdapat juga ayam,
udang, ikan, kentang goreng, coleslow, nuget, sosej serta salad sayur dan buah
yang mengandungi limau, apel, kacang kuda, timun, kobis ungu, brokoli, lobak
merah dan tomato. Buah-buahan tempatan seperti tembikai dan betik juga sudah
sedia dipotong.
“Fahmi, tolong jaga kat sini,” pinta Saiful.
“Nak
ke mana?” soal Fahmi.
“Nak
ke sana. Jumpa kawan lama,” balas Saiful.
Fahmi
menggangguk.
“Fahmi
pun nanti dah reda sikit kat sini, datang kat meja sana ya. Kita makan
sama-sama,” kata Saiful sebelum berlalu ke meja yang diduduki oleh Rifqi.
*******
MAJLIS YANG TADINYA DIPENUHI DENGAN
TETAMU MULAI LENGGANG. Ramai yang sudah meninggalkan
majlis. Yang masih tinggal hanyalah keluarga Encik Qamaruzzaman dan beberapa
orang jiran-tetangga yang masih ada. Masih berbual sesama mereka.
“Sarah,
siapa lelaki yang dengan abang kau tu. Dari tadi rancak mereka berbual,” soal
Raina.
“Kawan
dialah tu.” Sarah menoleh ke arah meja yang diduduki oleh Saiful. Lelaki yang
duduk membelakanginya itu tidak dapat dikenalpasti.
“Faris,
kenapa diam saja ni?” tanya Sarah.
“Aku
tak sedap badanlah,” jawab Faris sambil memicit kepalanya.
“La
dah tak sihat kenapa datang?” kata Sarah.
“Mana
boleh tak datang. Kan dah dijemput and I promise to come,” balas Faris.
“Kalau
tak datang dengan alasan kau tak sihat, aku faham la Faris. Ni macam mana nak
balik. Kau boleh drive tak?” risau pula Sarah memikirkan keadaan Faris.
Faris
senyum penuh makna.
“Ni
kenapa senyum tiba-tiba?” soal Faris.
“Sayang
juga kau kat aku kan,” usik Faris memandang tepat ke wajah Sarah.
“Kau
kan kawan aku. Macam Raina juga. Mestilah sayang.” Sarah menoleh ke arah Raina.
“Eloklah
kita beransur-ansur dulu.” Raina meminta diri.
“So
siapa akan drive ni? Faris? Atau Raina?” soal Sarah agak risau.
“Let
me drive. Tapi sampai Kelana Jaya saja tau. Lepas tu kau kena balik sendiri
okay,” kata Raina kepada Faris.
Faris
membuatkan isyarat okay dengan ibu jarinya. Mereka bertiga bangun dari kerusi
yang diduduki.
“Jom
jumpa parents Sarah dulu sebelum balik,” ajak Faris.
Mereka
bertiga menuju ke arah Dato’ Shamsul dan Datin Kharidah yang masih rancak
berbual dengan tetamu yang ada.
“Uncle,
aunty kami balik dulu. Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga berkekalan hingga
ke hujung nyawa,” ucap Faris.
“Thank
you uncle and aunty jemput kami.” Raina sudah menghulur tangan kepada Datin
Kharidah.
“Thank
you Faris, Raina sudi datang majlis uncle ni,’ balas Dato Shamsul.
“Bila senang tu datang la rumah uncle lagi ya.”
“Baik
uncle. Kami gerak dulu. Assalamualaikum,” ucap Faris.
“Waalaikumsalam. Iyalah.
Hati-hati di jalan,” kata Datin Kharidah.
Sarah
berjalan menemani Faris dan Raina hingga ke pintu pagar.
“Thanks
Sarah jemput kami.” Raina memeluk Sarah sebelum berlalu.
“Sama-sama. Hati-hati
drive.” Sarah melambai ke arah kedua-dua sahabatnya itu.
Sebaik
sahaja kelibat Toyota Camry Faris hilang dari pandangan, Sarah berjalan
perlahan mahu duduk bersama mama dan papanya.
“Sarah.”
Sarah
menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Dia nampak Saiful melambai ke
arahnya. Kakaknya Shira juga berada di situ.
Sarah
mendekati dan berdiri betul-betul di sebelah Rifqi. Dia memegang dadanya.
‘Kenapa
ni tiba-tiba saja rasa berdebar.’
“Ini
abang nak kenalkan kawan lama abang, Iqi. Iqi kenalkan this is my one and
only youngest sister, Sarah,” kata Saiful.
Rifqi
mendongak memandang Sarah. Serta-merta bibirnya menguntum senyum. Dadanya juga
berdegup laju. Sungguh dia gembira bertemu semula gadis yang tidak diketahui
namanya beberapa minggu lepas.
Sarah
terkedu. “Mister Chipsmore?”
Saiful
dan Shira sudah saling berpandangan.
Sambung pleaseeee.... Hehehe
ReplyDeleteYeahhhh akhirnya mereka jumpa...
I will..
DeleteSambungannya dah ada..nak post terus ke? Atau nak tunggu sehari dua lagi? Dok edit sikit-sikit..
Okke.. Nak edit sikit2 dulu pun boleh... No worries... Janji mereka jumpa dan puas hari masa baca nanti... Ngee~~~
DeleteTak tau la Suha suka ke idok detik pertemuan mereka ni..
Deletesha.. kata dah ada sambungan.. mananya?
ReplyDeleteAda..sambungannya di http://ladykirana.blogspot.com/2014/06/mr-right-forever-13.html
Deletekenal tapi belum kenal juga ya.. :) :)
Deletebelum kenal 100% hihikk
Delete