07 June 2014

Mr. Right Forever 12



SARAH DUDUK BERSANDAR DI SOFA. Diperhati seluruh ruang tamu. Semuanya sudah siap sedia dikemas. Malam nanti majlis penting untuk kedua-dua ibu dan bapanya. 

            “Sarah,” tegur  Syira.

            “Ya Kak Ira.” Sarah memerhati satu-satunya kakak yang dia ada.

            “Dah siap kemas? Nah,” Syira menghulurkan segelas air oren ke tangan Sarah.

            Sarah mengangguk. Gelas bertukar tangan. Syira turut melabuhkan punggung ke sofa di sebelah Sarah. Dia turut menyisip sedikit air di tangan.

            “Kenapa?” soal  Sarah apabila Syira ralit memandang wajahnya.

            Syira senyum. “Adik akak ni dah makin dewasa. Cantik pula tu.”

            Sarah sudah senyum lebar.

            “Bila akak nak merasa nasi minyak Sarah ni?” soalan Syira seterusnya.

            “Kenapa tak cakap nak makan nasi minyak? Boleh Sarah cadangkan pada mama menu nasi minyak untuk malam ni,” Sarah cuba mengenakan Syira.

            “Bila?” soal Syira masih tidak mahu mengalah.

            “Bila apanya Kak Syira?” Sarah sengaja buat-buat tidak faham.

            “Akak nak tengok Sarah kahwin la. Asyik sibuk kerja sahaja. Bila nak berdua ni? Err... malam ni si dia datang tak?” tebak Syira.

            “Dia? Siapa tu kak?” Sarah sudah berkerut dahinya.

            “Ish...tak payahlah buat muka macam tu Sarah. Akak serius ni? Bila Sarah nak kahwin?” kata Syira menatap wajah Sarah.

            Sarah senyum. Soalan itu tidak mampu dia jawab.

            “Sarah, Syira apa yang dibualkan tu?” Datin Kharidah muncul di ruang tamu menyertai anak-anaknya.

            “Ini mama, si Sarah ni bila nak berdua?” kata Syira laju sahaja menjawab pertanyaan mamanya.

            “Sarah tunggu mister right dia yang belum ditemui?” balas Datin Kharidah seraya menjeling ke arah Sarah.

            Sarah hanya senyum mendengar usikan mamanya.

            “Menarik ni. Mister right mana yang ditunggunya ni ma?” tanya Syira ingin tahu.

            “Yang itu kena tanya Sarah. Kalau mama tanya dia, memang itulah jawapan yang Sarah akan bagi pada mama,” ujar Datin Kharidah.

            “Sarah, hal jodoh ni bukan boleh tunggu saja. Kita kena usaha tau,” nasihat Syira kepada adik bongsunya.

            “Itu Sarah tahu Kak Syira. Tapi Sarah belum jumpa lelaki tu.” Sarah membela diri.

            “Kat tempat kerja tu tak ada ke yang berkenan. Kalau bukan rakan sekerja pun sure ramai kan customer yang datang ke hospital tu. Tak jumpa juga ke mister right Sarah tu?” tanya Syira.

            “Mama dan kakak jangan risau ya. Sampai masa nanti mister right Sarah tu akan datang rumah kita ni. Tup-tup...tadaaa dia sampai,” ucap Sarah dengan senyuman lebarnya.

            “Yelah tu Sarah.” Syira segera menghabiskan air di dalam gelas.

            “Mama apa lagi yang belum siap untu malam nanti? Soal Sarah.

            “Mama, tengoklah tu. Sarah nak tukar topik. Nak lari ya  Takut kena tembak la tu,” Syira tidak puas lagi mahu mengusik Sarah.

            “Akak ni, lain kali ya kita sambung topik panas ni. Boleh kan mama?” Sarah sudah bangun lalu duduk berdekatan dengan mamanya.

            Datin Kharidah senyum sahaja melihat telatah dua anak gadisnya. Eh..sorang dah jadi mak orang dah pun.

            “Mama ruang tamu dah kemas. Kat depan tu pun dah kemas. Ada apa-apa lagi ke?” soal Sarah.

            “Semua dah siap sedia. Tunggu majlis malam ni je sayang.” Datin Kharidah membalas kata-kata Sarah.

            “Mana papa dan kaum lelaki dalam rumah ni?” soal Syira.

            “Papa dengan Abang Saiful dan Abang Fahmi tadi keluar nak beli barang-barang basah. Abang Saiful kamu beria sangat nak tambah bahan untuk barbeque malam nanti,” kata Datin Kharidah.

            “Mama bukan kita order catering ke?” tanya Sarah.

            “Mama order catering untuk main dish sahaja. Tapi barbeque tu untuk side dish. Papa la yang beria sangat nak buat.” Datin Kharidah teringat permintaan suaminya untuk mengadakan majlis mereka dengan sederhana tapi meriah. 

“Oh,” kata Syira dan Sarah serentak .

“Papa kata majlis malam nanti kecil-kecil sahaja. Tujuan nak rapatkan silaturrahim dengan ahli keluarga, teman-teman rapat dan jiran tetangga.”

            “Patutlah Abang Fahmi sibuk hafal doa. Dia kata papa minta abang mengetuai majlis malam ni.” Syira senyum .

            “Itulah papa nak buat majlis sederhana sahaja. Lagi pun majlis ni sebagai tanda kesyukuran kami pada Allah yang telah memanjangkan jodoh mama dan papa, kurniakan kami anak-anak yang baik, rezeki yang melimpah-ruah dan juga kesihatan yang baik. Jadi tak perlulah nak membazir untuk majlis besar-besar sangat,” kata Datin Kharidah.

            “Eloklah tu.” Sarah bersetuju dengan kata-kata mamanya.

*******

TETAMU YANG DIJEMPUT SUDAH MULA TIBA. Dato’ Shamsul dan Fahmi yang segak berbaju melayu lengkap menanti kehadiran tetamu dengan senyuman di bibir masing-masing. Datin Kharidah yang cantik berbaju kurung Pahang juga ceria menanti para tetamu.

            “Jemput masuk.” Fahmi bersalaman dengan kenalan papa mertuanya.

            “Terima kasih datang. Silalah masuk,” pelawa Datin Kharidah.

            “Assalamualaikum,” ucap Raina. Dia tiba bersama Faris.

            “Raina, Faris jemput masuk. Sarah ada kat dalam,” kata Datin Kharidah.

            Selepas bersalaman, Faris dan Raina berlalu meninggalkan Dato’ Shamsul, Datin Kharidah dan Fahmi.

            Saiful, Shira dan Sarah menunggu para tetamu di muka pintu. Mengarahkan mereka masuk dan duduk di ruang tamu sementara menunggu majlis bermula.

            “Rania, kenapa lambat?” soal Sarah sebaik sahaja Rania muncul mendekati Sarah. Rania hanya mempamerkan senyuman manisnya.

            “Apa khabar?” tanya Faris meghulurkan salam kepada Saiful.

“Alhamdulillah baik. Jemputlah masuk,” balas Saiful. “Jalan sesakkah?”

“Sesak sedikit di MRR2. Biasalah kat situ memang tak boleh nak elak jammed,” ujar Faris.

“Eh masuklah dulu. Tunggu di dalam,” kata Shira yang hanya diam tadinya.

“Tak apa kami tunggu di sini dengan Sarah,” ujar Raina.

Sarah senyum sambil memegang tangan Raina.

“Kata buat kecil-kecilan je. Ini meriah betul. Sampai tiga buah khemah,” bisik Raina ke telinga Sarah.

Sarah sudah membulatkan matanya.

“Janganlah buat muka macam tu Sarah. Comel sangat,” usik Raina.

“Majlis kecil saja ni. Khemah tu kata papa as a contigency plan. Takut hujan katanya. Itu yang sampai tiga khemah.” Sarah menjelaskan hal sebenar kepada Raina.

“Oh, macam tu.” Raina mengganggukkan kepalanya.

“Sekejap Raina,” kata Sarah sambil menatap telefon bimbit di tangan. Terdapat satu mesej pesanan ringkas yang masuk. Dia senyum. Nombor itu sudah disimpannya.

Majlis dah mulakah? Maaf saya tak dapat hadir ke majlis awak. Saya kena teman parents saya ke rumah kawan mereka. Hope majlis awak berjalan lancar – Rifqi

            Sarah senyum membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Rifqi.

            “Siapa tu?” soal Shira.

            “Kawan Sarah,” balas Sarah pendek.            

Sarah menatap lagi Xperia Arc S di tangan. Dia mula menaip membalas mesej yang diterima.

Belum mula. Orang masjid pun belum sampai. Terima kasih. Insya-Allah bertemu juga nanti di majlis yang lain - Sarah

*******
RIFQI MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI. Jika bukan kerana kedua-dua orang tuanya, tidak sanggup dia meredah lalu lintas di MRR2. Jalan yang tidak pernah tidur bagi Rifqi.

            “Janganlah kita terlambat,” ucap Puan Ruziah.

            We will be there on time mak. Trust me,” pujuk Rifqi.

            Encik Qamaruzzaman duduk diam di tempat duduk penumpang di kiri Rifqi. Matanya lurus memandang ke hadapan. “Bila agaknya jalan kat sini tak sesak?”

            “Ampang ni tak akan pernah lenggang jalannya abah. Sentiasa sibuk,” ulas Rifqi. "Abah mana lebih mudah buat u-turn atau ikut traffic light kat depan tu?”

            “Mana-mana pun sama saja Iqi. U-turn pun okay.” Encik Qamaruzzaman memberikan pandangannya.

            Rifqi berhati-hati menukar lorong. Cermin sisi dan cermin pandang belakang ditoleh beberapa kali sebelum mengambil lorong ke kiri. Bukan apa, dia bimbang jika ada penunggang motosikal yang tiba-tiba sudah berada di sebelah keretanya. Bimbang jika dia terlanggar mereka.

            Mazda CX-5 putih milik Rifqi menyusur perlahan untuk membuat pusingan U. Pedal minyak ditekan semula untuk menambah kelajuan. Rifqi tetap berada di lorong paling kiri. Sekejap lagi dia akan membelok ke arah taman perumahan di Bukit Antarabangsa. Pemanduan diteruskan dengan menaiki cerun berbukit. Di kiri kanan jalan terdapat banyak pokok-pokok besar. Tidak jauh dari situ, di sebelah kiri dan kanan berderet rumah-rumah besar yang tersergam kukuh.

“Belok kanan selepas Giant,” arah Encik Qamaruzzaman. “Rumah tu yang pertama di sebelah kiri di simpang tiga. Jadi perlahan sikit. Tentu ada banyak kereta di kiri kanan jalan.”

“Baik abah.” Rifqi membelok ke kiri. Matanya meliar mencari lokasi paling strategik untuk memakir Mazda CX-5 yang dipandunya. “Okay dah sampai.”

Enjin kereta dimatikan. Rifqi segera keluar dan membuka pintu kereta untuk emaknya. Encik Qamaruzzaman menunggu untuk bergerak bersama-sama. Dari jauh sudah nampak pasangan tuan rumah di hadapan rumah menunggu dan menyambut kehadiran tetamu.

“Assalamualaikum Dato’, Datin” ucap Encik Qamaruzzaman.

“Waalaikumsalam Qamar. Terima kasih datang.” Dato’ Shamsul menyambut huluran salam Encik Qamaruzzaman. Mereka berpelukan seperti sudah lama tidak bertemu.

“Ingat tidak dapat datang tadi,” kata Datin Kharidah sambil menggengam tangan sahabat baiknya, Puan Ruziah.

“Mana boleh tak datang. Kita kan dah janji nak datang.” Puan Ruziah senyum. “Oh ya Qairina dan Qaisara tak dapat hadir. Last minute mereka perlu balik ke hostel. Ada program universiti yang mereka perlu uruskan. Mereka kirim salam.”

Salam dibalas serentak oleh Dato’ Shamsul dan Datin Kharidah.

“Nasib baiklah anak bujang ni boleh ikut. Ini Rifqi. Satu-satunya anak lelaki I Kay,” kata Puan Ruziah.

“Dato’, Datin,” sapa Rifqi sambil menghulur bakul berisi biskut dahlia dan apom tepung beras.

“Tak usahlah berdato’ datin ni Rifqi. Ya Allah apa ni? Buat susah-susah sahaja,” sambut Datin Kharidah.

“Tak susah pun. Ini emak yang buat,” ucap Rifqi jujur.

“Terima kasih Zie. Kalau hasil tangan you, memang I dah tau sedap,” puji Datin Kharidah.

Puan Ruziah senyum mendengar pujian sahabatnya.

“Mari masuk. Sekejap lagi orang masjid akan sampai. Majlis akan mula sejurus selepas tu.” Dato’ Shamsul mengiringi sahabatnya masuk ke dalam.

“Fahmi tolong tunggu orang masjid ya. Nanti iring mereka masuk. Mama dengan papa tunggu di dalam,” pesan Datin Kharidah kepada menantunya.

“Baik mama,” akur Fahmi.

*******

“RIFQI?” SAIFUL SUDAH MELURU KE ARAH RIFQI. TANGAN DIHULUR.

“Saiful.” Rifqi sudah senyum lebar. Dia meyambut huluran tangan Saiful.

“Lama tak jumpa. How are you my friend?” ucap Saiful. Sahabatnya semasa di universiti dipeluk pula.

“Baik-baik saja. Bertahun tak jumpa kau masih macam tu juga. Maintain nampak.” Rifqi senyum sambil menepuk bahu Saiful.

“Cakap aku. Kau pun sama juga. Makin handsome aku tengok.” Saiful senyum ceria.

“Kawan abang?” tegur Shira.

Saiful menggangguk. “Kami sama-sama belajar di UK. Tapi lepas balik dari sana dah lost contact.”

“Eloklah tu. Keluarga kita saling mengenali,” kata Datin Kharidah. “Eh mana Sarah?”

“Sarah masuk dalam ma. Pergi charge phone. Sekejap lagi dia turun.” Shira menjawab soalan mamanya.

“Papa, mama,” panggil Fahmi. “Ni orang masjid dah sampai.”

“Eloklah tu. Jemput masuk,” kata Dato’ Shamsul menyambut kedatangan ahli jemaah masjid.

“Mari masuk,” ajak Datin Kharidah. “Shira ambil ni.” Bakul berisi kuih tadi bertukar tangan.

Dato’ Shamsul dan para tetamu lelaki masuk dan duduk di ruang tamu manakala kaum wanita masuk ke dalam sedikit.

“Eloklah majlis kita mulakan,” pinta Dato’Shamsul. Matanya mengarah ke arah Fahmi.

Fahmi mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat. Sepanjang majlis, semua yang hadir sama-sama berselawat. Suara para tetamu yang melaungkan selawat sungguh indah didengar. Apabila kalimah-kalimah selawat berkumandang suasana menjadi hening.

*******

MAJLIS DOA SELAMAT DAN TAHLIL DIAKHIRI DENGAN MAJLIS MAKAN MALAM. Semua tetamu dijemput ke khemah yang disediakan. Susunan meja hidangan disusun mengikut stesyen. Pelbagai menu disediakan. Memudahkan tetamu mengambil menu pilihan.

Saiful dan Fahmi sibuk membantu memotong daging kambing panggang. Disebabkan idea untuk mengadakan barbeque datangnya daripada Saiful, maka dialah paling sibuk menguruskan stesyen barbeque. Selain daging kambing panggang,  di stesyen barbeque terdapat juga ayam, udang, ikan, kentang goreng, coleslow, nuget, sosej serta salad sayur dan buah yang mengandungi limau, apel, kacang kuda, timun, kobis ungu, brokoli, lobak merah dan tomato. Buah-buahan tempatan seperti tembikai dan betik juga sudah sedia dipotong.

“Fahmi, tolong jaga kat sini,” pinta Saiful.

“Nak ke mana?” soal Fahmi.

“Nak ke sana. Jumpa kawan lama,” balas Saiful.

Fahmi menggangguk.

“Fahmi pun nanti dah reda sikit kat sini, datang kat meja sana ya. Kita makan sama-sama,” kata Saiful sebelum berlalu ke meja yang diduduki oleh Rifqi.

*******

MAJLIS YANG TADINYA DIPENUHI DENGAN TETAMU MULAI LENGGANG. Ramai yang sudah meninggalkan majlis. Yang masih tinggal hanyalah keluarga Encik Qamaruzzaman dan beberapa orang jiran-tetangga yang masih ada. Masih berbual sesama mereka.

“Sarah, siapa lelaki yang dengan abang kau tu. Dari tadi rancak mereka berbual,” soal Raina.

“Kawan dialah tu.” Sarah menoleh ke arah meja yang diduduki oleh Saiful. Lelaki yang duduk membelakanginya itu tidak dapat dikenalpasti.

“Faris, kenapa diam saja ni?” tanya Sarah.

“Aku tak sedap badanlah,” jawab Faris sambil memicit kepalanya.

“La dah tak sihat kenapa datang?” kata Sarah.

“Mana boleh tak datang. Kan dah dijemput and I promise to come,” balas Faris.

“Kalau tak datang dengan alasan kau tak sihat, aku faham la Faris. Ni macam mana nak balik. Kau boleh drive tak?” risau pula Sarah memikirkan keadaan Faris.

Faris senyum penuh makna.

“Ni kenapa senyum tiba-tiba?” soal Faris.

“Sayang juga kau kat aku kan,” usik Faris memandang tepat ke wajah Sarah.

“Kau kan kawan aku. Macam Raina juga. Mestilah sayang.” Sarah menoleh ke arah Raina.

“Eloklah kita beransur-ansur dulu.” Raina meminta diri.

“So siapa akan drive ni? Faris? Atau Raina?” soal Sarah agak risau.

Let me drive. Tapi sampai Kelana Jaya saja tau. Lepas tu kau kena balik sendiri okay,” kata Raina kepada Faris.

Faris membuatkan isyarat okay dengan ibu jarinya. Mereka bertiga bangun dari kerusi yang diduduki.

“Jom jumpa parents Sarah dulu sebelum balik,” ajak Faris.

Mereka bertiga menuju ke arah Dato’ Shamsul dan Datin Kharidah yang masih rancak berbual dengan tetamu yang ada.

Uncle, aunty kami balik dulu. Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa,” ucap Faris.

Thank you uncle and aunty jemput kami.” Raina sudah menghulur tangan kepada Datin Kharidah.

Thank you Faris, Raina sudi datang majlis uncle ni,’ balas Dato Shamsul. “Bila senang tu datang la rumah uncle lagi ya.”

“Baik uncle. Kami gerak dulu. Assalamualaikum,” ucap Faris.

“Waalaikumsalam. Iyalah. Hati-hati di jalan,” kata Datin Kharidah.

Sarah berjalan menemani Faris dan Raina hingga ke pintu pagar.

Thanks Sarah jemput kami.” Raina memeluk Sarah sebelum berlalu.

“Sama-sama. Hati-hati drive.” Sarah melambai ke arah kedua-dua sahabatnya itu.

Sebaik sahaja kelibat Toyota Camry Faris hilang dari pandangan, Sarah berjalan perlahan mahu duduk bersama mama dan papanya.

“Sarah.”

Sarah menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Dia nampak Saiful melambai ke arahnya. Kakaknya Shira juga berada di situ.

Sarah mendekati dan berdiri betul-betul di sebelah Rifqi. Dia memegang dadanya.

‘Kenapa ni tiba-tiba saja rasa berdebar.’

“Ini abang nak kenalkan kawan lama abang, Iqi. Iqi kenalkan this is my one and only youngest sister, Sarah,” kata Saiful.

Rifqi mendongak memandang Sarah. Serta-merta bibirnya menguntum senyum. Dadanya juga berdegup laju. Sungguh dia gembira bertemu semula gadis yang tidak diketahui namanya beberapa minggu lepas.

Sarah terkedu. “Mister Chipsmore?”

Saiful dan Shira sudah saling berpandangan.

8 comments:

  1. Sambung pleaseeee.... Hehehe
    Yeahhhh akhirnya mereka jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I will..

      Sambungannya dah ada..nak post terus ke? Atau nak tunggu sehari dua lagi? Dok edit sikit-sikit..

      Delete
    2. Okke.. Nak edit sikit2 dulu pun boleh... No worries... Janji mereka jumpa dan puas hari masa baca nanti... Ngee~~~

      Delete
    3. Tak tau la Suha suka ke idok detik pertemuan mereka ni..

      Delete
  2. sha.. kata dah ada sambungan.. mananya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..sambungannya di http://ladykirana.blogspot.com/2014/06/mr-right-forever-13.html

      Delete
    2. kenal tapi belum kenal juga ya.. :) :)

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim