Entry paling pendek. Jari ni tak boleh diam, jadilah entri suka suki yang ini. Ntah apa-apalah yang ditaip. Maaf ya kalau kisah seciput ni tidak menepati selera para pembaca yang mengikuti kisah ini.
Selamat membaca dan terima kasih.
Salam Aidil Fitri,
Sha Hashim
p.s. Lepas baca boleh komen :), entah bila la Zaim berani nak approach Ammara...
AMMARA melangkah masuk ke
pejabat. Meja Kirana masih kosong. Belum sampai barangkali. Ammara menuju ke kanan.
Bilik kerja yang dikongsi bersama Zaim dituju. Melewati bilik yang menempatkan
kepingan-kepingan LEGO, elok sahaja kaki Ammara berhenti di muka pintu.
Tangannya automatik memulas tombol pintu berkaca. Tidak berkunci.
Ammara
berpusing ke belakang. Kunci pendua yang diberi oleh Zaim semalam dimasukkan ke
lubang kunci.
‘Pelik.
Pintu tidak berkunci,’ berkerut dahi Ammara.
Zaim
yang berada di dalam bilik hanya memerhati reaksi Ammara yang takut-takut mahu melangkah
masuk. Dia menahan tawa. Timbul akal mahu mengusik.
Perlahan-lahan
Ammara memulas tombol pintu.
“Assalamualaikum,” ucap
Ammara sambil melangkah perlahan. Kakinya menuju ke arah suis lampu. Baru mahu
memetik suis…
“Waalaikumsalam
Ammara,” suara Zaim kedengaran jelas di telinga Ammara.
“Arghhh…”
jerit Ammara nyaring. Tangan sudah melekap di dada. Terkejut sungguh dia.
Pecah
tawa Zaim melihat Ammara yang melompat akibat terkejut. Mujur hari ini Ammara
mengenakan kemeja dan seluar slack.
“Ya
Allah. Sir buat apa dalam gelap ni?” suara Ammara bergetar menahan rasa
takut bercampur terkejut sebentar tadi.
Senyum
masih bersisa di hujung bibir Zaim. “Jimat letrik.”
“Kalau
ya pun nak jimat letrik kenapa sergah Ammara macam tu. Kus semangat.” Ammara
masih mengurut dada.
“Sorry.
Saya nak test jantung Ammara, sihat ke tidak,” Zaim masih dengan nada
guraunya.
Sudahnya
Ammara tidak terkata apa-apa. Dia lantas duduk di kerusi hi-back milik
Zaim. Disandar sambil menghembus nafas. Pagi-pagi sudah terkena dengan Zaim.
Baru masuk hari kedua.
‘Cepatlah
siap bilik sebelah,’ doa Ammara.
“Please
do not do it again. Kalau macam ni selalu, jantung yang sihat pun boleh
sakit tau,” getus Ammara mengulas kata-kata Zaim tadi.
Sekali
lagi Zaim tidak mampu menahan tawa. “Okay-okay, I promise.”
Ammara
menjeling sekilas ke arah Zaim. ‘Sukalah sangat.’
“Dah-dah
jangan marah ya. Pagi-pagi tak elok marah-marah. Rezeki lari nanti,” pujuk
Zaim.
“Baiklah
tuan Zaim,” Ammara sudah bangun menuju ke pintu.
“Eh,
nak ke mana tu. I minta maaf okay,” kata Zaim turut berdiri.
Ammara
menggeleng-gelengkan kepala. “Nak ke ladies. Nak ikut?”
Zaim
kembali duduk dengan senyum kambingnya.
sedap nama dia , Ammara ! :D
ReplyDeleteMaksudnya pun bagus
DeleteAmmara - A lady with strong iman
Pendek sgt... mmmmm
ReplyDelete:) ni mood tengah gian nak menulis tapi idea sekerat tu je...hihi
Delete