02 August 2014

Cinta Milikmu Selamanya 13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entry paling pendek. Jari ni tak boleh diam, jadilah entri suka suki yang ini. Ntah apa-apalah yang ditaip. Maaf ya kalau kisah seciput ni tidak menepati selera para pembaca yang mengikuti kisah ini.

Selamat membaca dan terima kasih.

Salam Aidil Fitri,
Sha Hashim

p.s. Lepas baca boleh komen :), entah bila la Zaim berani nak approach Ammara...




AMMARA melangkah masuk ke pejabat. Meja Kirana masih kosong. Belum sampai barangkali. Ammara menuju ke kanan. Bilik kerja yang dikongsi bersama Zaim dituju. Melewati bilik yang menempatkan kepingan-kepingan LEGO, elok sahaja kaki Ammara berhenti di muka pintu. Tangannya automatik memulas tombol pintu berkaca. Tidak berkunci.

            ‘Nanti-nantilah. Banyak masa lagi,’ pujuk Ammara pada diri sendiri.

            Ammara berpusing ke belakang. Kunci pendua yang diberi oleh Zaim semalam dimasukkan ke lubang kunci.

            ‘Pelik. Pintu tidak berkunci,’ berkerut dahi Ammara.

            Zaim yang berada di dalam bilik hanya memerhati reaksi Ammara yang takut-takut mahu melangkah masuk. Dia menahan tawa. Timbul akal mahu mengusik.

            Perlahan-lahan Ammara memulas tombol pintu.

“Assalamualaikum,” ucap Ammara sambil melangkah perlahan. Kakinya menuju ke arah suis lampu. Baru mahu memetik suis…

            “Waalaikumsalam Ammara,” suara Zaim kedengaran jelas di telinga Ammara.

            “Arghhh…” jerit Ammara nyaring. Tangan sudah melekap di dada. Terkejut sungguh dia.

            Pecah tawa Zaim melihat Ammara yang melompat akibat terkejut. Mujur hari ini Ammara mengenakan kemeja dan seluar slack.

            “Ya Allah. Sir buat apa dalam gelap ni?” suara Ammara bergetar menahan rasa takut bercampur terkejut sebentar tadi.

            Senyum masih bersisa di hujung bibir Zaim. “Jimat letrik.”

            “Kalau ya pun nak jimat letrik kenapa sergah Ammara macam tu. Kus semangat.” Ammara masih mengurut dada.

            Sorry. Saya nak test jantung Ammara, sihat ke tidak,” Zaim masih dengan nada guraunya.

            Sudahnya Ammara tidak terkata apa-apa. Dia lantas duduk di kerusi hi-back milik Zaim. Disandar sambil menghembus nafas. Pagi-pagi sudah terkena dengan Zaim. Baru masuk hari kedua.

            ‘Cepatlah siap bilik sebelah,’ doa Ammara.

            Please do not do it again. Kalau macam ni selalu, jantung yang sihat pun boleh sakit tau,” getus Ammara mengulas kata-kata Zaim tadi.

            Sekali lagi Zaim tidak mampu menahan tawa. “Okay-okay, I promise.”

            Ammara menjeling sekilas ke arah Zaim. ‘Sukalah sangat.’

            “Dah-dah jangan marah ya. Pagi-pagi tak elok marah-marah. Rezeki lari nanti,” pujuk Zaim.

            “Baiklah tuan Zaim,” Ammara sudah bangun menuju ke pintu.

            “Eh, nak ke mana tu. I minta maaf okay,” kata Zaim turut berdiri.

            Ammara menggeleng-gelengkan kepala. “Nak ke ladies. Nak ikut?”

            Zaim kembali duduk dengan senyum kambingnya.

4 comments:

  1. Replies
    1. Maksudnya pun bagus

      Ammara - A lady with strong iman

      Delete
  2. Pendek sgt... mmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) ni mood tengah gian nak menulis tapi idea sekerat tu je...hihi

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim