Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Yes dapat juga siapkan another entry. Kepada pembaca, terima kasih setia menunggu.
Main-main mata la pulak ya Rifqi ni dengan Sarah. Nasib baik at last keluar juga suara. Kepada peminat hidangan Thai boleh cuba makanan di Restoran Intai-Intai.
Selamat membaca & semoga terhibur.
Salam sayang,
Sha
TALIAN
telefon dimatikan. Rifqi melangkah
mendekati meja Sarah. Matanya tunak memerhati seraut wajah Sarah. Dia duduk
semula di kerusi tadi. Bibirnya mengukir senyum.
‘Dia yang kucari.’ Bisikan hati Rifqi
bernada riang.
Di setiap langkah Rifqi, debaran di dada
Sarah semakin bertambah. Laju jantungnya bergerak mengalirkan darah ke segenap
tubuh. Bagaikan tidak cukup sahaja aliran oksigen. Sarah menarik nafas dalam.
Getaran yang datang tidak mampu mengalih sepasang mata Sarah daripada menatap
Rifqi yang semakin mendekat.
‘Setiap kali dia mendekat, hatiku berasa
debarnya. Mengapa?’ Sarah tertanya sendiri.
Suasana restoran yang sedikit bising tidak mampu mengalih perhatian Sarah dan Rifqi. Masih lagi berbalas pandang. Tanpa suara. Hanya bahasa mata yang memainkan peranan. Pasti bahasa hati turut berlagu.
Suasana restoran yang sedikit bising tidak mampu mengalih perhatian Sarah dan Rifqi. Masih lagi berbalas pandang. Tanpa suara. Hanya bahasa mata yang memainkan peranan. Pasti bahasa hati turut berlagu.
Saiful memerhati sahaja reaksi adik dan
sahabatnya. Dia yakin ada sesuatu yang berlaku di antara mereka berdua.
“Ehem-ehem.” Saiful berdehem kuat.
Terpinga-pinga Rifqi dan Sarah. Dua
pasang mata menoleh ke arah Saiful. Saiful senyum sambil membalas pandang.
“Sarah abang lupa la, abang ada hal
pukul dua ni. Sorry I have to go,”
ujar Saiful selepas melirik jam di tangan kiri.
“Kan awal lagi ni. Belum pukul dua pun.
Abang dah janji nak teman Sarah,” cubaan Sarah menahan Saiful dari meninggalkan
restoran.
“Maaflah Sarah. Abang tak ingat abang
ada hal lain. Besides Iqi ada ni
boleh teman Sarah.” Saiful sudah bangun. Dia sempat mengenyit mata kepada
Rifqi.
Saiful tahu jika dia lebih lama di situ,
pasti lebih banyak babak bisu di antara Sarah dan Rifqi. Mati akal dibuatnya.
‘Kata mahu makan tengahari. Alih-alih mereka
kenyang menatap muka masing-masing. Aku pula silap gaya kebulur.’ Saiful
mengomel di dalam hati.
“Saiful, sebelum pergi tu do join us. We have lunch together.”
Rifqi pula cuba menahan Saiful daripada pergi.
“Thanks
but no thanks Iqi. Aku betul-betul kena pergi,” tidak mahu termakan pujukan
Rifqi. ‘Baik cepat beredar dari sini.’
“Nanti macam mana Sarah nak balik?” soal
Sarah gusar. Tadi dia menaiki kereta milik Saiful.
“Abang Iqi kan ada. Nanti dia hantar la
Sarah balik,” cadang Saiful. “Iqi please
take care of my sister.”
Pesanan Saiful dibalas dengan anggukan.
“Ya, I will.”
Saiful menghulur tangan kanannya.
Berjabat tangan dengan Rifqi. “Enjoy your
lunch date ya.” Sengaja perkataan ‘date’
itu ditekankan oleh Saiful.
Sarah semakin resah. Kelibat Saiful yang
sudah berjalan keluar dipandang sehingga hilang dari mata.
*******
DI
dalam kereta Saiful sudah senyum sendiri. Sungguh dia tidak sangka. Lelaki yang
berani sangat mahu bertemu adiknya adalah sahabatnya sendiri. Kecil sungguh
dunia ni.
‘Tak sabar nak cerita pada Shira.’
Saiful segera menghidupkan enjin Satria
Neo miliknya. Segera dia memecut pulang ke rumah. Tidak sabar mahu dikhabarkan
kepada mama. Ini bukan lagi gosip tapi kisah benar.
*******
RIFQI
riang bukan kepalang. Hatinya sudah dipenuhi bunga-bunga mawar. Seperti sebuah
taman yang dipenuhi mawar. Mekar mewangi. Eh! Kenapa mawar? Mawar kan bunga
yang dikaitkan dengan cinta. Sesuailah dengan hati Rifqi saat ini.
Siapa
sangka gadis yang ditemui di LCCT dahulu adalah rakan mayanya yang begitu akrab
di atas talian. Mereka sering berkongsi cerita, berbual kisah-kisah harian,
berbincang topik dan isu semasa negara serta dunia. Berbual di chatbox milik Sarah tatkala gadis itu
berada di talian, memang sentiasa dinanti oleh Rifqi.
“Cinderella.” Rifqi menyebut sepotong
nama itu.
Sarah
sudah senyum. Itulah panggilan buat Sarah. Semuanya gara-gara Sarah akan
menghentikan aktiviti berbual di talian sebelum detik 12 malam berakhir.
‘Sampai bila nak diam macam ni.” Rifqi
masih ralit memerhati si gadis. ‘Be a
gentleman.’
“Awak,”
dah sama-sama pula bercakap. Sarah tersipu malu. Rifqi turut tersenyum.
Kedua-duanya
menarik nafas. Bahasa mata memulakan bicara.
“Terima
kasih datang.” Rifqi memulakan kata.
Sarah
menggangguk sedikit. “Sama-sama.”
Menyedari
Rifqi masih tidak mengalih pandangan, Sarah melarikan wajah memerhati suasana
persekitaran restoran. Restoran yang direkabentuk seperti bangunan rumah Melayu
dibina di sekeliling tasik cantik dipandang. Ditambah lagi dengan suasana
seperti di desa, memang cukup damai dan santai. Siapa sangka di tengah-tengah
sibuknya kota, suasana kampung masih mampu dinikmati.
Sarah berpaling semula. Itu pertama kali
wajah Rifqi ditatap secara dekat. Senyuman lelaki itu mampu sahaja mencairkan
hati mana-mana gadis yang melihat. Dia senyum. ‘Mister Chipsmore.’
“Kenapa
senyum?” soal Rifqi.
“Sedekah.”
Sepatah kata yang membuatkan Rifqi turut senyum.
Rifqi
menoleh ke arah pelayan restoran sambil mengangguk.
“Kita
order makanan dulu. Tak boleh kenyang
kalau awak senyum, saya senyum. Lepas tu diam. Sampai ke petang pun tak kenyang
kan,” usik Rifqi.
Sarah
sudah ketawa kecil.
‘Boleh
pun gelak. Comelnya dia,’ omel Rifqi.
“Awak
nak makan apa?” soal Rifqi apabila pilihan menu sudah di tangan.
Sarah
memerhati menu di tangan. Rambang mata mahu memilih. “Awaklah pilih.”
“Betul
ni?” Rifqi meminta kepastian.
Sarah angguk.
Pelayan restoran sabar menunggu Rifqi
membuat pesanan.
“Sarah awak nak cuba Nasi Goreng
Nanas atau awak prefer nasi putih?”
soal Rifqi.
“Nasi putih.” Sarah membuat pilihan.
“Minuman?”
“Apa yang best
kat sini?”
“Air buah kat sini awesome.”
“Kalau macam tu Sarah nak jus mangga.”
Menu lain ditentukan oleh Rifqi
sementelah Sarah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Rifqi untuk membuat
pilihan.
“Awak selalu makan di sini?” soal Sarah
sebaik sahaja pelayan restoran berlalu.
“Ini restoran kegemaran family saya. Kami sekeluarga memang sukakan
makanan Thai,” balas Rifqi.
“All
the way from Kinrara just sebab nak makan makanan Thai. Kan ada banyak lagi
restoran makanan Thai,” persoalan yang bermain di minda Sarah diutarakan kepada
Rifqi.
“Abah peminat tegar menu harimau menangis,”
ujar Rifqi.
“Hah! Harimau menangis? Harimau boleh
makan ke?” Sarah sudah terlopong.
Soalan polos daripada Sarah mengundang
tawa Rifqi. Dia tidak dapat menahan tawa. “Nanti awak tengok sendirilah
harimau boleh makan ke tidak. Saya ada order
tadi.” Rifqi masih lagi tersenyum.
“Oh.” Wajah Sarah sudah berkerut hingga bertaut
kening. Di fikirannya masih terbayang figura seekor harimau yang dijadikan
hidangan. ‘Ish..biar benar ni.’
“Awak order
apa lagi tadi?” Sarah ingin tahu. Semasa membuat pesanan Rifqi menggunakan
Bahasa Siam. Satu perkataan pun dia tidak faham.
“Kebanyakan menu berasaskan ikan. Sengaja saya
tidak memilih daging atau ayam. Memakan daging putih lebih baik untuk
kesihatan. Rendah lemak tepu dan kolesterol,” ujar Rifqi. “Saya pilih ikan
tilapia panggang, ada ikan siakap goreng dan kerabu ikan keli. Besides ada makanan yang mesti cuba,
makanan Thai. Namanya Phad Thai. And of
course seafood tomyam.”
“Baguslah. Sarah pun lagi suka ikan daripada daging
atau ayam. Lebih cepat hadam bagi Sarah,” akui Sarah.
“Perfect.”
Sepatah perkataan diucapkan oleh Rifqi.
“Eh! Tadi kata ada menu harimau menangis,” Sarah
mengingatkan Rifqi.
Ha! Ha! Ha! Gelak besar Rifqi.
Sarah terpingga-pingga. ‘Apa yang lucu sangat ni.
Tak sabar nak tengok harimau menangis ni.’
Kak sha, y so short??? Tak puas baca ni Kak... Huhu
ReplyDeleteErrrkk..so short eih. Ni entry segera namanya. takut kalau nak tunggu yang full entry tu cam lambat lagi nak post. So akak post dulu yang ini...
DeleteEntry ni taip tengahari tadi..:)
Owh... Okke... Tapi seriously tak puas baca... Hehehe... Nak lagiiii :)
Delete:) akak kena taip laju-laju..doakan tak ada speed trap yer...hihikk
DeleteAlaa kenapa pendek sangat. baru nak feeling . hehehe. teruskan menulis !
ReplyDeleteTerima kasih sdri Naressa singgah blog Sha :)
DeleteTak sempat feeling eih...bukan je taip laju-laju kena post panjang-panjang la lepas ni..insya-Allah