10 August 2014

Mr. Right Forever 16

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Yes dapat juga siapkan another entry. Kepada pembaca, terima kasih setia menunggu. 

 Main-main mata la pulak ya Rifqi ni dengan Sarah. Nasib baik at last keluar juga suara. Kepada peminat hidangan Thai boleh cuba makanan di Restoran Intai-Intai.

Selamat membaca & semoga terhibur.

Salam sayang,
Sha 




TALIAN telefon dimatikan. Rifqi melangkah mendekati meja Sarah. Matanya tunak memerhati seraut wajah Sarah. Dia duduk semula di kerusi tadi. Bibirnya mengukir senyum.

‘Dia yang kucari.’ Bisikan hati Rifqi bernada riang.

Di setiap langkah Rifqi, debaran di dada Sarah semakin bertambah. Laju jantungnya bergerak mengalirkan darah ke segenap tubuh. Bagaikan tidak cukup sahaja aliran oksigen. Sarah menarik nafas dalam. Getaran yang datang tidak mampu mengalih sepasang mata Sarah daripada menatap Rifqi yang semakin mendekat.

‘Setiap kali dia mendekat, hatiku berasa debarnya. Mengapa?’ Sarah tertanya sendiri.

    Suasana restoran yang sedikit bising tidak mampu mengalih perhatian Sarah dan Rifqi. Masih lagi berbalas pandang. Tanpa suara. Hanya bahasa mata yang memainkan peranan. Pasti bahasa hati turut berlagu.

Saiful memerhati sahaja reaksi adik dan sahabatnya. Dia yakin ada sesuatu yang berlaku di antara mereka berdua.

“Ehem-ehem.” Saiful berdehem kuat.

Terpinga-pinga Rifqi dan Sarah. Dua pasang mata menoleh ke arah Saiful. Saiful senyum sambil membalas pandang.

“Sarah abang lupa la, abang ada hal pukul dua ni. Sorry I have to go,” ujar Saiful selepas melirik jam di tangan kiri.

“Kan awal lagi ni. Belum pukul dua pun. Abang dah janji nak teman Sarah,” cubaan Sarah menahan Saiful dari meninggalkan restoran.

“Maaflah Sarah. Abang tak ingat abang ada hal lain. Besides Iqi ada ni boleh teman Sarah.” Saiful sudah bangun. Dia sempat mengenyit mata kepada Rifqi.

Saiful tahu jika dia lebih lama di situ, pasti lebih banyak babak bisu di antara Sarah dan Rifqi. Mati akal dibuatnya.

‘Kata mahu makan tengahari. Alih-alih mereka kenyang menatap muka masing-masing. Aku pula silap gaya kebulur.’ Saiful mengomel di dalam hati.

“Saiful, sebelum pergi tu do join us. We have lunch together.” Rifqi pula cuba menahan Saiful daripada pergi.

Thanks but no thanks Iqi. Aku betul-betul kena pergi,” tidak mahu termakan pujukan Rifqi. ‘Baik cepat beredar dari sini.’

“Nanti macam mana Sarah nak balik?” soal Sarah gusar. Tadi dia menaiki kereta milik Saiful.

“Abang Iqi kan ada. Nanti dia hantar la Sarah balik,” cadang Saiful. “Iqi please take care of my sister.”

Pesanan Saiful dibalas dengan anggukan. “Ya, I will.”

Saiful menghulur tangan kanannya. Berjabat tangan dengan Rifqi. “Enjoy your lunch date ya.” Sengaja perkataan ‘date’ itu ditekankan oleh Saiful.

Sarah semakin resah. Kelibat Saiful yang sudah berjalan keluar dipandang sehingga hilang dari mata.

*******

DI dalam kereta Saiful sudah senyum sendiri. Sungguh dia tidak sangka. Lelaki yang berani sangat mahu bertemu adiknya adalah sahabatnya sendiri. Kecil sungguh dunia ni.

‘Tak sabar nak cerita pada Shira.’

Saiful segera menghidupkan enjin Satria Neo miliknya. Segera dia memecut pulang ke rumah. Tidak sabar mahu dikhabarkan kepada mama. Ini bukan lagi gosip tapi kisah benar.

*******

RIFQI riang bukan kepalang. Hatinya sudah dipenuhi bunga-bunga mawar. Seperti sebuah taman yang dipenuhi mawar. Mekar mewangi. Eh! Kenapa mawar? Mawar kan bunga yang dikaitkan dengan cinta. Sesuailah dengan hati Rifqi saat ini.

   Siapa sangka gadis yang ditemui di LCCT dahulu adalah rakan mayanya yang begitu akrab di atas talian. Mereka sering berkongsi cerita, berbual kisah-kisah harian, berbincang topik dan isu semasa negara serta dunia. Berbual di chatbox milik Sarah tatkala gadis itu berada di talian, memang sentiasa dinanti oleh Rifqi.

“Cinderella.” Rifqi menyebut sepotong nama itu.

   Sarah sudah senyum. Itulah panggilan buat Sarah. Semuanya gara-gara Sarah akan menghentikan aktiviti berbual di talian sebelum detik 12 malam berakhir.

‘Sampai bila nak diam macam ni.” Rifqi masih ralit memerhati si gadis. ‘Be a gentleman.

   “Awak,” dah sama-sama pula bercakap. Sarah tersipu malu. Rifqi turut tersenyum.

   Kedua-duanya menarik nafas. Bahasa mata memulakan bicara.

   “Terima kasih datang.” Rifqi memulakan kata.

   Sarah menggangguk sedikit. “Sama-sama.”

   Menyedari Rifqi masih tidak mengalih pandangan, Sarah melarikan wajah memerhati suasana persekitaran restoran. Restoran yang direkabentuk seperti bangunan rumah Melayu dibina di sekeliling tasik cantik dipandang. Ditambah lagi dengan suasana seperti di desa, memang cukup damai dan santai. Siapa sangka di tengah-tengah sibuknya kota, suasana kampung masih mampu dinikmati.

Sarah berpaling semula. Itu pertama kali wajah Rifqi ditatap secara dekat. Senyuman lelaki itu mampu sahaja mencairkan hati mana-mana gadis yang melihat. Dia senyum. ‘Mister Chipsmore.

   “Kenapa senyum?” soal Rifqi.

   “Sedekah.” Sepatah kata yang membuatkan Rifqi turut senyum.

   Rifqi menoleh ke arah pelayan restoran sambil mengangguk.

   “Kita order makanan dulu. Tak boleh kenyang kalau awak senyum, saya senyum. Lepas tu diam. Sampai ke petang pun tak kenyang kan,” usik Rifqi.

   Sarah sudah ketawa kecil.

   ‘Boleh pun gelak. Comelnya dia,’ omel Rifqi.

   “Awak nak makan apa?” soal Rifqi apabila pilihan menu sudah di tangan.

   Sarah memerhati menu di tangan. Rambang mata mahu memilih. “Awaklah pilih.”

   “Betul ni?” Rifqi meminta kepastian.

Sarah angguk.

Pelayan restoran sabar menunggu Rifqi membuat pesanan.

“Sarah awak nak cuba Nasi Goreng Nanas atau awak prefer nasi putih?” soal Rifqi.

“Nasi putih.” Sarah membuat pilihan.

“Minuman?”

“Apa yang best kat sini?”

“Air buah kat sini awesome.

“Kalau macam tu Sarah nak jus mangga.”

Menu lain ditentukan oleh Rifqi sementelah Sarah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Rifqi untuk membuat pilihan.

“Awak selalu makan di sini?” soal Sarah sebaik sahaja pelayan restoran berlalu. 

“Ini restoran kegemaran family saya. Kami sekeluarga memang sukakan makanan Thai,” balas Rifqi.

All the way from Kinrara just sebab nak makan makanan Thai. Kan ada banyak lagi restoran makanan Thai,” persoalan yang bermain di minda Sarah diutarakan kepada Rifqi.

“Abah peminat tegar menu harimau menangis,” ujar Rifqi.

“Hah! Harimau menangis? Harimau boleh makan ke?” Sarah sudah terlopong.

Soalan polos daripada Sarah mengundang tawa Rifqi. Dia tidak dapat menahan tawa. “Nanti awak tengok sendirilah harimau boleh makan ke tidak. Saya ada order tadi.” Rifqi masih lagi tersenyum.

“Oh.” Wajah Sarah sudah berkerut hingga bertaut kening. Di fikirannya masih terbayang figura seekor harimau yang dijadikan hidangan. ‘Ish..biar benar ni.’

“Awak order apa lagi tadi?” Sarah ingin tahu. Semasa membuat pesanan Rifqi menggunakan Bahasa Siam. Satu perkataan pun dia tidak faham.

“Kebanyakan menu berasaskan ikan. Sengaja saya tidak memilih daging atau ayam. Memakan daging putih lebih baik untuk kesihatan. Rendah lemak tepu dan kolesterol,” ujar Rifqi. “Saya pilih ikan tilapia panggang, ada ikan siakap goreng dan kerabu ikan keli. Besides ada makanan yang mesti cuba, makanan Thai. Namanya Phad Thai. And of course seafood tomyam.”

“Baguslah. Sarah pun lagi suka ikan daripada daging atau ayam. Lebih cepat hadam bagi Sarah,” akui Sarah.

Perfect.” Sepatah perkataan diucapkan oleh Rifqi.

“Eh! Tadi kata ada menu harimau menangis,” Sarah mengingatkan Rifqi.

Ha! Ha! Ha! Gelak besar Rifqi.

Sarah terpingga-pingga. ‘Apa yang lucu sangat ni. Tak sabar nak tengok harimau menangis ni.’

6 comments:

  1. Kak sha, y so short??? Tak puas baca ni Kak... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrkk..so short eih. Ni entry segera namanya. takut kalau nak tunggu yang full entry tu cam lambat lagi nak post. So akak post dulu yang ini...

      Entry ni taip tengahari tadi..:)

      Delete
    2. Owh... Okke... Tapi seriously tak puas baca... Hehehe... Nak lagiiii :)

      Delete
    3. :) akak kena taip laju-laju..doakan tak ada speed trap yer...hihikk

      Delete
  2. Alaa kenapa pendek sangat. baru nak feeling . hehehe. teruskan menulis !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sdri Naressa singgah blog Sha :)

      Tak sempat feeling eih...bukan je taip laju-laju kena post panjang-panjang la lepas ni..insya-Allah

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim