Assalamualaikum/Salam Sejahtera Sahabat Pembaca,
Terlebih dahulu maaf dipinta. Sekian lama tiada entry baharu. Ada kekangan masa yang menghalang diri ini menulis. Since last week terlibat dengan sukan staf. Jari ni ada rasa nak menaip, namun dek kerana fizikal dah penat jadi minda turut penat. Jadi malam ni kugagahkan jua menulis barang sedikit. Maaf ya...ni entry simple sangat..pendek sangat...entah bila akan sambung full entry CMS16.
Boleh tinggalkan komen, usah segan ya. Komen sahabat sebagai pembakar semangat menulis. Mana yang kurang tu mohon maaf ya.
Salam mesra,
Sha Hashim
7 Jun 2015
*******
AWAL PAGI AMMARA SUDAH TIBA DI
PEJABAT. Dia tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan
raya. Di tangan satu plastik nasi lemak air tangan mamanya dibawa bersama.
Langkahnya menghala ke arah pantri.
“Assalamualaikum
Kira, awal you sampai,” sapa Ammara.
Salam
berbalas. Kirana senyum manis menyambut kehadiran Ammara. “Cik Ammara pun awal
pagi ni. Selalu time gini saya sorang je,” balas Kirana.
“Baik
sampai awal daripada lambat sebab tersangkut dalam traffic jam. Stress
you,” ujar Ammara sambil membuat gaya.
Kirana
sudah tergelak besar melihat reaksi Ammara yang meletak tangan di dahi ala-ala orang
mengalami tekanan. “Bawa bekal?”
“Oh
ni my mum’s cooking, nasi lemak.”
“Banyaknya
Cik Ammara makan,” Kirana sudah melopong melihat bekas makanan di atas meja.
“Kira
ni bukan untuk I sorang la. Ni untuk satu office. Kalau I makan sorang
sebanyak ni, sure orang ingat I membela kan,” gurau Ammara.
“Aah
kan..badan slim, makan ha tu dia tak ingat,” balas Kirana sudah tergelak di hujung
kata.
“Kira,
do me a favour, please” kata Ammara lembut.
Kirana
sudah menjungkit kening.
“Buatkan
air boleh?” pinta Ammara.
“Oh..
ingatkan apa tadi. Bikin saspens je Cik Ammara ni,” Kirana senyum membalas
permintaan Ammara. “I tengah masak air tadi. Lepas ni I buatkan air.”
“Thanks
Kira,” ucap Ammara. “Oh ya another thing, please inform others pagi ni
ada breakfast ya di pantri.”
“Baik.”
Ringkas jawapan balas Kirana. “Aha air dah masak. I buat air. Cik Ammara nak
minum apa?”
“Anything
will do, thanks Kira.”
“You
are welcome.”
Zaim juga
sudah tiba di pejabat awal. Aroma nasi lemak yang dihidu membawa langkahnya
hingga ke pantri. Sengaja dia bersandar di pintu pantri. Isyarat senyap dibuat
dengan meletakkan jari telunjuk di mulut. Kirana tidak jadi menegur Zaim yang
berada di muka pintu.
“Jom Kira
makan. Tadi tak sempat breakfast. I takut lambat,” ujar Ammara.
“Tak nak
tunggu I ke?” suara Zaim mengejutkan Ammara. Langsung Ammara berpaling
ke belakang.
“Assalamualaikum.
Bila you sampai? Diam je kat situ, mana I tahu you dah
sampai,” balas Ammara.
“Haha..oppps.
Waalaikumsalam,” Zaim tahu Ammara menyindirnya. “May I join you?”
“Jemput la
duduk,” kata Kirana.
“Sedap bau.
You masak?” soal Zaim walau pun dia sudah tahu jawapannya.
“Tak. Ni my
mum yang masak,” jawab Ammara jujur.
“Bila I
boleh rasa masakan you?” soal Zaim lagi yang sudah duduk di meja makan.
“One fine
day.”
“Betul ni, promise,”
Zaim jelas teruja dengan jawapan Ammara.
Kirana
memerhati air muka Zaim. Jelas ada sinar gembira di situ. ‘Dalam hati ada taman
ni.” Kirana hanya memerhati bahasa tubuh Ammara dan Zaim. Dia yakin ada sesuatu
antara mereka. Namun dia tidak berani membuat andaian walau pun kata hatinya
kuat mengatakan Zaim atau Ammara menyimpan rasa.
Ammara
menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan. Dia turut menceduk sambal ikan bilis,
telur mata, kacang goreng dan timun ke dalam pinggan lalu dihulur kepada Zaim.
“Fork and
spoon, please,” pinta Zaim. Tangannya dihala ke arah Ammara.
“Makan
dengan tangan lebih baik daripada menggunakan sudu,” tegur Ammara.
“Kalau macam
tu you suap I boleh?”
“Dah jangan
nak ngada-ngada. Tu sinki kat belakang you, cuci tangan sebelum makan,”
pesan Ammara lagi.
Mahu tidak
mahu Zaim bangun juga dari kerusi yang didudukinya. Selesai mencuci tangan dia
duduk kembali di kerusi tadi.
Kirana leka
memerhati gelagat Zaim dan Ammara. Dia menyandar di tepi peti sejuk. ‘Best
tengok drama ni. Bukan senang nak tengok Zaim layan perempuan sebaik ni. Kalau
dengan Cik Isya, asyik nak lari je. Ada je alasan tak nak jumpa. Dengan Cik
Ammara siap gurau senda lagi. Boleh pulak.’
“Eh Kira apa yang senyum sorang-sorang kat
situ. Jom makan sama,” jemput Ammara.
Senyum masih
bersisa di bibir Kirana. Dia mencuci tangan sebelum duduk di sebelah Ammara.
Ammara sudah
menadah tangan. Pantas Zaim membaca doa makan.
‘Bagus betul
kimia mereka ni,” Kirana senyum lagi.
Mereka
bertiga makan sarapan dengan berselera.
“Waa ada
kendurikah?” Mei Ling muncul di ambang pintu.
“Come
Mei Ling. Join us,” ajak Ammara.
“Siapa masak
ni?” tanya Mei Ling yang fasih berbahasa Melayu.
“Mama
Ammara,” jawab Zaim pantas.
“Oh ya ker.
Kirim salam terima kasih pada mama Cik Ammara,” kata Mei Ling kepada Ammara.
“I will,”
balas Ammara dengan senyuman. Dah, mari makan.”
“Cik Ammara kenapa
makan dengan tangan itu lebih baik?” soal Kirana ingin tahu.
"Makan dulu ya Kira. Nanti I cerita. Masa makan tak baik banyak cakap. Nanti tercekik pulak kan," kata Ammara mengundang tawa semua yang ada.
Masa
berjalan pantas. Suasana menjadi riuh di dalam pantri. Semakin lama pejabat Harris
Architects Sendirian Berhad mula dipenuhi dengan para pekerja. Masing-masing
menghala ke pantri dek terhidu wanginya aroma nasi lemak. Alhamdulillah pagi
itu mereka menikmati rezeki
kurniaan Ilahi.
wah... so sweet zaim n ammara ni. so cutelah depa kak. but terlalu pnedek haha :P. nak lagi kak :)
ReplyDeleteTerima kasih Nurul. InsyaAllah akan diusahakan..entry ni entry warm up..hope lepas ni jari ni menaip lagi sambungannya... :)
DeleteWah! Makin sweet depa nie. Tak puas baca laa.
ReplyDeleteNantikan sambungan sweet couple ni
DeleteThanks Eifa singgah