07 June 2015

Cinta Milikmu Selamanya 16i (half entry)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Sahabat Pembaca,

Terlebih dahulu maaf dipinta. Sekian lama tiada entry baharu. Ada kekangan masa yang  menghalang diri ini menulis. Since last week terlibat dengan sukan staf. Jari ni ada rasa nak menaip, namun dek kerana fizikal dah penat jadi minda turut penat. Jadi malam ni kugagahkan jua menulis barang sedikit. Maaf ya...ni entry simple sangat..pendek sangat...entah bila akan sambung full entry CMS16.

Boleh tinggalkan komen, usah segan ya. Komen sahabat sebagai pembakar semangat menulis. Mana yang kurang tu mohon maaf  ya.

Salam mesra,
Sha Hashim
7 Jun 2015
*******


AWAL PAGI AMMARA SUDAH TIBA DI PEJABAT. Dia tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Di tangan satu plastik nasi lemak air tangan mamanya dibawa bersama. Langkahnya menghala ke arah pantri.

            “Assalamualaikum Kira, awal you sampai,” sapa Ammara.

            Salam berbalas. Kirana senyum manis menyambut kehadiran Ammara. “Cik Ammara pun awal pagi ni. Selalu time gini saya sorang je,” balas Kirana.

            “Baik sampai awal daripada lambat sebab tersangkut dalam traffic jam. Stress you,” ujar Ammara sambil membuat gaya.

            Kirana sudah tergelak besar melihat reaksi Ammara yang meletak tangan di dahi ala-ala orang mengalami tekanan. “Bawa bekal?”

            “Oh ni my mum’s cooking, nasi lemak.”

            “Banyaknya Cik Ammara makan,” Kirana sudah melopong melihat bekas makanan di atas meja.

            “Kira ni bukan untuk I sorang la. Ni untuk satu office. Kalau I makan sorang sebanyak ni, sure orang ingat I membela kan,” gurau Ammara.

            “Aah kan..badan slim, makan ha tu dia tak ingat,” balas Kirana sudah tergelak di hujung kata.

            “Kira, do me a favour, please” kata Ammara lembut.

            Kirana sudah menjungkit kening.

            “Buatkan air boleh?” pinta Ammara.

            “Oh.. ingatkan apa tadi. Bikin saspens je Cik Ammara ni,” Kirana senyum membalas permintaan Ammara. “I tengah masak air tadi. Lepas ni I buatkan air.”

            Thanks Kira,” ucap Ammara. “Oh ya another thing, please inform others pagi ni ada breakfast ya di pantri.”

            “Baik.” Ringkas jawapan balas Kirana. “Aha air dah masak. I buat air. Cik Ammara nak minum apa?”

            Anything will do, thanks Kira.”

            You are welcome.”

Zaim juga sudah tiba di pejabat awal. Aroma nasi lemak yang dihidu membawa langkahnya hingga ke pantri. Sengaja dia bersandar di pintu pantri. Isyarat senyap dibuat dengan meletakkan jari telunjuk di mulut. Kirana tidak jadi menegur Zaim yang berada di muka pintu.

“Jom Kira makan. Tadi tak sempat breakfast. I takut lambat,” ujar Ammara.

“Tak nak tunggu I ke?” suara Zaim mengejutkan Ammara. Langsung Ammara berpaling ke belakang.

“Assalamualaikum. Bila you sampai? Diam je kat situ, mana I tahu you dah sampai,” balas Ammara.

“Haha..oppps. Waalaikumsalam,” Zaim tahu Ammara menyindirnya. “May I join you?”

“Jemput la duduk,” kata Kirana.

“Sedap bau. You masak?” soal Zaim walau pun dia sudah tahu jawapannya.

“Tak. Ni my mum yang masak,” jawab Ammara jujur.

“Bila I boleh rasa masakan you?” soal Zaim lagi yang sudah duduk di meja makan.

“One fine day.”

“Betul ni, promise,” Zaim jelas teruja dengan jawapan Ammara.

Kirana memerhati air muka Zaim. Jelas ada sinar gembira di situ. ‘Dalam hati ada taman ni.” Kirana hanya memerhati bahasa tubuh Ammara dan Zaim. Dia yakin ada sesuatu antara mereka. Namun dia tidak berani membuat andaian walau pun kata hatinya kuat mengatakan Zaim atau Ammara menyimpan rasa.

Ammara menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan. Dia turut menceduk sambal ikan bilis, telur mata, kacang goreng dan timun ke dalam pinggan lalu dihulur kepada Zaim.

Fork and spoon, please,” pinta Zaim. Tangannya dihala ke arah Ammara.

“Makan dengan tangan lebih baik daripada menggunakan sudu,” tegur Ammara.

“Kalau macam tu you suap I boleh?”

“Dah jangan nak ngada-ngada. Tu sinki kat belakang you, cuci tangan sebelum makan,” pesan Ammara lagi.

Mahu tidak mahu Zaim bangun juga dari kerusi yang didudukinya. Selesai mencuci tangan dia duduk kembali di kerusi tadi.

Kirana leka memerhati gelagat Zaim dan Ammara. Dia menyandar di tepi peti sejuk. ‘Best tengok drama ni. Bukan senang nak tengok Zaim layan perempuan sebaik ni. Kalau dengan Cik Isya, asyik nak lari je. Ada je alasan tak nak jumpa. Dengan Cik Ammara siap gurau senda lagi. Boleh pulak.’

 “Eh Kira apa yang senyum sorang-sorang kat situ. Jom makan sama,” jemput Ammara.

Senyum masih bersisa di bibir Kirana. Dia mencuci tangan sebelum duduk di sebelah Ammara.

Ammara sudah menadah tangan. Pantas Zaim membaca doa makan.

‘Bagus betul kimia mereka ni,” Kirana senyum lagi.

Mereka bertiga makan sarapan dengan berselera.

“Waa ada kendurikah?” Mei Ling muncul di ambang pintu.

Come Mei Ling. Join us,” ajak Ammara.

“Siapa masak ni?” tanya Mei Ling yang fasih berbahasa Melayu.

“Mama Ammara,” jawab Zaim pantas.

“Oh ya ker. Kirim salam terima kasih pada mama Cik Ammara,” kata Mei Ling kepada Ammara.

I will,” balas Ammara dengan senyuman. Dah, mari makan.”

“Cik Ammara kenapa makan dengan tangan itu lebih baik?” soal Kirana ingin tahu.
"Makan dulu ya Kira. Nanti I cerita. Masa makan tak baik banyak cakap. Nanti tercekik pulak kan," kata Ammara mengundang tawa semua yang ada.

Masa berjalan pantas. Suasana menjadi riuh di dalam pantri. Semakin lama pejabat Harris Architects Sendirian Berhad mula dipenuhi dengan para pekerja. Masing-masing menghala ke pantri dek terhidu wanginya aroma nasi lemak. Alhamdulillah pagi itu mereka menikmati rezeki kurniaan Ilahi.

4 comments:

  1. wah... so sweet zaim n ammara ni. so cutelah depa kak. but terlalu pnedek haha :P. nak lagi kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nurul. InsyaAllah akan diusahakan..entry ni entry warm up..hope lepas ni jari ni menaip lagi sambungannya... :)

      Delete
  2. Wah! Makin sweet depa nie. Tak puas baca laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantikan sambungan sweet couple ni

      Thanks Eifa singgah

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim