22 November 2015

Aina Izz Zara vs Adam Najmi 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua Rakan Pembaca, semoga semuanya sentiasa dalam rahmatNya, aamiin.
 
Ikuti sambungan kisah Aina ni. Maaf ya kalau kisahnya tak menepati expectation pembaca. Mana yang kurang tu dari diri Sha sendiri. Sila tinggalkan komen/cadangan. Semua komen/cadangan yang diberi sangat Sha hargai dan menaikkan semangat Sha untuk menulis. Thank you in advance.
 
Semoga terhibur dan selamat membaca.
 
Salam sayang,
Sha Hashim
22 November 2015
 
@}-;--- @}-;--- @}-;---

HALIMUNAN. Ya itu yang ingin Aina lakukan. Jika diberi pilihan memiliki kuasa seperti adiwira, alangkah bagusnya dia dapat menghilangkan diri tanpa dikesan oleh sesiapa.

                ‘Keep calm.’ Aina sedaya boleh berlagak tenang. Bersahaja duduk di sebelah lelaki yang dipanggil Ami oleh Puan Idayu. Dia menelan liur.

                ‘Kenapalah si taxi driver ni pun kerja kat sini? Oppps… bukan taxi driver tapi HOD merangkap my boss.’ Aina bermonolog seorang diri. Dia mula memikirkan nasibnya kelak di jabatan yang sama dengan Encik Najmi.

‘Nauzubillah min zalik, jauhkan aku dari perkara-perkara yang tidak diingini,’ doa Aina. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 9.00 pagi. Mahu menunggu sehingga ke pukul 5.00 petang. Lapan jam lagi, macam-macam boleh jadi. Aina sudah memikirkan yang bukan-bukan.

“Cik Aina, kenalkan ini Encik Adam Najmi Nurhakim, Head of Business Services Department. Najmi this is Miss Aina Izz Zara Aizuddin, our new staff. She will be reporting to you, in your department. Please take good care of her ya,” ujar Puan Idayu memperkenalkan Aina dan Najmi. “Jangan dibuli pula.”

No problem puan. You can count on me.” Najmi melirik ke arah Aina.

‘Seram pula dapat bos muda belia macam ni. Tapi kenapa la pagi tadi masa aku tahan kereta dia tak perasan aura bos-bos ni. Dah la pakai shirt warna putih, memang sama macam taxi driver. Hai la Aina, bertabahlah ya.’

“Selamat datang ke Yayasan Sime Darby. Hope kita dapat bekerjasama dengan baik,” sopan kata-kata yang keluar dari mulut Najmi. Bibirnya dihiasi senyuman.

“Terima kasih,” itu sahaja yang mampu Aina ucapkan. Kata-kata Puan Idayu menarik perhatian Aina apabila perkataan buli meniti di bibir Puan Idayu.

“Cik Aina, saya percaya awak dah buat enough research about us. Dalam ramai-ramai yang interview batch awak tu, hanya awak seorang yang tahu siapa founder Sime Darby. Daripada situ saya percaya awak bersungguh untuk bekerja dengan kami.” Puan Idayu senyum memandang tepat ke wajah Aina.

Aina senang hati. ‘Thanks Uncle Wikipedia. Kalau aku tak search kat situ memang aku tak tau siapa pengasas Sime Darby. Rupanya Sime Darby ni diasaskan pada tahun 1910 oleh William Middleton Sime, seorang pengembara dari Scotland dan Henry d’Esterre Darby yang merupakan ahli perbankan Inggeris. Pada tahun 1980-an, kerajaan Malaysia telah membeli saham Sime Darby.’

“Saya harap Cik Aina akan dapat sesuaikan diri dan happy bekerja di sini. Oh ya esok Selasa. Normally every Tuesday, Business Services Department akan buat morning briefing. A staff will rotate every week to present. The sky’s the limit. ”

No worry. For sure esok bukan turn awak,” pantas Najmi mencelah. “But I’ll put your name later. Sebelum ni Mei yang buat schedule tu. Tapi since my secretary dah resign, I do it myself.”

‘Lega.’ Aina mengucap syukur dalam hati.

“Oh sebut pasal Meilissa, sorry Ami. For now I can’t get you the right candidate untuk ganti tempat Mei.”

It’s okay puan. For time being Aina pun boleh jadi my PA. Kan,” cadang Najmi.

‘Ah.. sudah. Aku jadi PA? Oh no!’ Pantas Aina menoleh ke arah Najmi. Najmi tayang senyuman iklan Colgate.

‘Alangkah bagusnya jika aku mampu memutarkan masa.’ Sekali lagi Aina benar-benar berharap dia mempunyai kuasa seaorang adiwira yang mampu memanipulasi masa.

Okay hal ni I will let you decide Ami. If Aina boleh bantu you, I have no objection. But Aina, is it okay with you?” soalan Puan Idayu mematikan angan-angan di minda Aina.

“Insya Allah, boleh puan,” entah bagaimana meluncur persetujuan dari mulut Aina. ‘Dah kenapa kau setuju Aina. Mana pernah kau buat kerja-kerja PA sebelum ni. Masaklah jawabnya.’

Najmi berasa lega. Sekurang-kurangnya jadual kerjanya sedikit terurus dengan adanya Aina membantu. Bukan niat mahu membuli atau menyusahkan gadis itu, tetapi dia benar-benar perlukan bantuan ketika ini.

“Saya tahu Aina mungkin tak ada experience dalam pengurusan pejabat atau tugas-tugas PA ni, nanti saya minta Iman ajar Aina apa yang perlu,” Puan Idayu memberikan cadangan.

“Baik puan, saya akan cuba,” balas Aina.

“Najmi akan brief you about the department, rules and regulationsThen he will introduce you to your colleague and do some office tour. Hope Aina dapat sesuaikan diri di sini dengan baik,” sambung Puan Idayu.

“Terima kasih puan.”
*******

BERADA di bilik kerja Encik Najmi, Aina menjadi pemerhati. ‘So simple with black and white theme.’

                Pejabat Najmi berkonsepkan warna hitam  dan putih. Dinding putih, lantai putih, siling putih dan kerusi warna hitam. Lukisan dinding juga diserikan dengan warna hitam dan putih. Ringkas dan tidak serabut. Di satu rak penuh dengan mainan automotif bersaiz mini. Memang itulah hobi Najmi. Pantang nampak kereta, motosikal atau kapal terbang saiz kecil, dia pasti membelinya.

                ‘A boss without coffee is not a boss.’ Peminat kopi juga. Sebiji mug elok diletakkan di atas alas cawan yang berwarna putih di atas meja. Sebuah Macbook Pro elok terbuka di sebelah mug tadi. Di atas meja kerja Najmi turut tersusun buku-buku bacaan. Aina mengamati bahan bacaan yang menjadi pilihan bosnya itu. ‘Hmmm tulisan penulis hebat seperti Robert Kiyosaki, Donald Trump, Mark Burnet, Abraham Abromovich dan buku-buku Travelodge.’            

                Di belakang kerusi hi-back terdapat sepasang gitar. Elok disandarkan di dinding. ‘Minat muzik rupanya. Berdarah seni juga bos aku ni.’

“Okay Aina, since today is your first day, saya akan brief you tentang department ni. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan. And one more thing I want you to be comfortable working here. Just forget about the incident happen this morning. Saya tahu Aina mesti terkejut jumpa saya di sini dan saya juga bekerja di sini, so do I, tak sangka kan kita jumpa balik. ”

“Pasal pagi tadi saya pun nak minta maaf. Saya nak cepat, so nampak je kereta encik lalu terus saya tahan. Nampak macam teksi je dari jauh. Itu yang saya confident tahan.”

Najmi tidak mampu menahan tawa. Kereta Polo sedan miliknya disangka sebagai teksi. Nah pagi tadi merasalah dia jadi pemandu teksi tidak berbayar.

“Nasib baik saya yang awak tahan, kalau orang jahat macam mana?”

Aina senyum tanpa sebarang kata.

“Cuba awak cerita, kenapa awak keluar lambat? Kalau waktu macam pagi tadi awak baru keluar nak tunggu bas atau teksi, tak mungkin awak sampai office on time,” ujar Najmi membuat andaian. “Kat sini attendance diambil kira.”

‘Alamak.. tak kan nak cerita pula. Yang dia sibuk tanya soalan ni dah kenapa?’

Najmi memandang wajah Aina dan menunggu Aina bersuara.

“Err..sebenarnya saya dah siap awal. Tapi ada masalah sikit. Kereta saya tak mahu hidup. Kelam kabut saya sampai bekal yang mak saya kirim pun saya tertinggal dalam kereta.”

“Belum breakfast la ni?” tebak Najmi. “Lepas ni saya teman awak breakfast. Then only I introduce you to everyone in the department.”

“Hah!” Aina terkejut. ‘Bos teman staf sarapan. So sweet.’

Najmi senyum lebar melihat wajah Aina. ‘Hai perempuan kalau pandu kereta pandai. Bila kereta ada problem tak pandai pula nak cari puncanya. Hai perempuan.’

‘Senyum lebar tu gelakkan akulah tu,’ omel Aina dalam hati.

“Dah check minyak? Bateri okay? Kereta buat regular service tak?”

‘Amboi banyaknya soalan Encik Najmi ni.’ Aina senyum sebelum menjawab. “Semua tu okay.”

“Kat mana kereta tu sekarang?”

“Kat rumah.”

“Kalau macam tu petang nanti saya tolong tengokkan kereta awak,” ujar Najmi menawarkan diri membantu.

“Eh tak apalah Encik Najmi,” rasa segan menular dalam diri Aina. Sudahlah pagi tadi menyusahkan lelaki itu, ini nak tolong tenggokkan pula keretanya yang dia tidak tahu punca rosaknya.

“Kenapa? Tak sudi?”

“Bukan macam tu,” perlahan suara Aina.

“Jangan lupa pagi tadi awak datang kerja dengan saya, jadi balik nanti saya hantarkan. Fullstop.”

Tiada pilihan. Aina mengangguk perlahan-lahan.

Good.”

Najmi menggangkat gagang telefon.

“Sofi masuk office saya in 30 minutes time from now.”

“Saya akan introduce Aina dengan Sofi. Dia akan terangkan tugas-tugas Aina di sini. Meja Aina depan bilik saya ya. Apa-apa yang kurang minta daripada Sofi okay.”

“Baik Encik Najmi.”

            Najmi menerangkan secara ringkas tentang jabatan yang diselianya. “Okay for your information, BSD ni terbahagi kepada empat seksyen. We have Admisnistration, Procument, Payment and Operation.  Seperti mana dalam surat tawaran, Aina ditempatkan di Administration Section.”

Aina mendengar dengan teliti.

“Selepas ini saya akan bawa Aina berkenalan dengan rakan-rakan staf yang lain. Sofi dan Puan Lydia akan bantu Aina. Mereka akan terangkan pada Aina proses untuk pembayaran dan pembelian yang melibatkan invois, DO, PO and other related documents. Semua dokumen yang melibatkan pembelian atau pembayaran perlu pengesahan daripada saya. Semua invois perlu direkodkan.”

Aina memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan. Dia mengangguk tanda faham.

For now, jom ke pantri. Saya teman Aina breakfast. Saya pun lapar ni,” Najmi sudah bangun dari kerusi yang didudukinya.

“Tak apa ke ni saya ikut Encik Najmi?”

“Jom.”
*******

AINA tekun menyemak dokumen yang berada di atas mejanya. Penerangan yang diberikan oleh Puan Lydia dan juga Sofi memudahkan Aina membuat kerja-kerjanya. Bermula selepas waktu makan tengah hari tadi, Aina duduk di mejanya. Kerjanya menyemak nombor invois, Delivery Order dan Purchasing Order. Dia perlu pastikan ketiga-tiga nombor di dokumen itu selari dalam setiap dokumen. Aina juga menyemak jumlah yang tertera untuk proses pembayaran dan pembelian. Dokumen yang telah lengkap disemak diasingkan dan diletak di atas rak yang tertulis ‘UNTUK DITANDATANGAN’. Mudah untuk dia serahkan kepada Encik Najmi untuk pengesahan dan ditandatangan nanti.

            “Aina, driver teksi tunggu awak. 10 minit lagi dia sampai. Jangan lambat.”

            Berkerut wajah Aina. Dia memerhati langkah Najmi yang sudah pun keluar dari bilik kerjanya.

‘Bila pulak aku call teksi ni?’

“Tunggu di tempat Aina turun pagi tadi.”

Apabila Najmi hilang di balik pintu, Aina segera mengemas mejanya. Beberapa dokumen yang belum siap disemak disusun kemas atas rak ‘IN’. Bimbang juga dia kalau kena tinggal. Nak balik ke Balakong di waktu petang, sudah pasti dia perlu bersesak-sesak menaiki kenderaan awam.

‘Aina cepat. 10 minutes. The clock is ticking.’

6 comments:

  1. Nice! Wah, dah terus nak tolong nampak... Baik ada makna ke takde ni? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihikk agak-agak Suha nak yang ada makna ke yang takde makna? Dalam kepala dah ada plotnya...ni dok senyum sorang2..aihh

      Delete
    2. Mana2 pun boleh kak Sha... Sure menarik punya ;) tak peliklah senyum sorang2, org pun macam tu kak... Tengah duduk diam bila dapat idea untuk cerita mesti sengih sorang2 :p

      Delete
    3. ha kan..bleh senyum sorang2 tu.

      Delete
  2. hehe bagus kalau dapat pemandu teksi mcm niekan.... Tapi awal dah tunjuk no for answer... mcm lain macam jerkann....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihikk..dah terbiasa jadi bos..tu yang dia cakap mesti ikut...alahai bos

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim