Assalamualaikum/Salam Sejahtera semua rakan-rakan pembaca,
Selamat membaca sambungan seterusnya. Sekiranya ada kekurangan, bolehlah tinggalkan komen atau cadangan untuk penambahbaikan dalam penulisan Sha nanti. Semua komen atau cadangan amat Sha hargai dan terima kasih (in advance).
Enjoy reading ya…thank you.
Salam mesra,
Sha Hashim
8 November 2015
@}-;--- @}-;--- @}-;---
RAINA memandang sahabatnya. Dia berasa
pelik.
‘Tadi okay je, ni macam orang
tak sihat pula. Kenapa yer?’ pertanyaan itu hanya bermain di fikiran Raina.
“Jom,” ajak Rifqi.
Sarah
akur. Dia bangun mengekori langkah Rifqi.
“Aku
teman kau,” kata Raina menawarkan diri.
Mereka
bertiga berjalan menuju ke arah kereta di sudut kiri. Tempat meletak kenderaan
mengadap tempat makan dan berdekatan tapak Rekreasi Berkuda.
Sarah sudah nampak kereta
miliknya yang dipakir tidak jauh dari tempat dia berdiri. Adakah kereta Mazda
yang dipakir bersebelahannya itu milik Rifqi?
“Itu kereta kau kan?” soal
Raina.
Sarah hanya mengangguk.
Jantungnya mula berdegup lebih laju.
Saat Rifqi menekan kunci
penggera CX-5, Raina tersenyum lebar.
“Parking sebelah-sebelah
rupanya. Kata tak kenal tuan punya Mazda ni. Rupanya…ouch.”
Tidak sempat Raina menghabiskan
ayat terakhirnya, Sarah lebih dahulu menghadiahkan satu cubitan ke lengan
Raina. Satu jelingan turut menyapa pandangan Raina. Lengan yang sakit digosok
laju namun bibirnya tersenyum lebar.
“Sampai sini je ya. Jaga diri
Sarah,” pesan Raina. Tangan dihulur. Pipi Sarah dicium kiri dan kanan. “Hantar
kawan saya ni balik rumah ya. Jangan ke lain pula.”
Usikan Raina disambut gelak
kecil oleh Rifqi. Bulat mata Sarah memandang Raina. Sempat Raina mengenyit mata
sebelum berlalu.
“Assalamualaikum.”
Serentak Rifqi dan Sarah
menjawab salam Raina.
“Okay Sarah. Shall we?” kata
Rifqi sambil membuka pintu.
Sarah masuk ke dalam Mazda CX-5
buat kali kedua. Kenangan semasa makan tengah hari yang menemukannya dengan
Marina kembali menerpa di minda Sarah. Siapa wanita itu? Persoalan itu masih
tiada jawapan pasti. Sarah ingin bertanya, tetapi mulutnya bagai terkunci. Dia
tidak mahu mengungkit kisah silam lelaki yang berada bersebelahan dengannya.
Dia sanggup menunggu sehingga Rifqi benar-benar bersedia bercerita kisah Marina
dalam hidup lelaki itu.
Mazda CX-5 bergerak meninggalkan
kawasan Taman Tasik Titiwangsa. Keadaan lalu lintas masih kurang sibuk. Ahad
hari warga kota berehat di rumah. Tidak ramai yang berada di atas jalan raya
sebelum tengahari menjelma.
Sarah tidak menoleh ke kanan
atau kiri. Matanya fokus kepada kenderaan yang berada di hadapan. Rifqi
turut diam di tempat duduk pemandu. Matanya turut memberi fokus kepada kereta
di hadapan yang telah berhenti di lampu isyarat merah di persimpangan ke Jalan
Semarak.
“Selalu ke ke Triple T?” soal
Rifqi.
“Hah!”
Rifqi menoleh ke sisi. Jelas
terpancar tanda tanya di wajah Sarah.
“Triple T?
Rifqi senyum. “Taman Tasik
Titiwangsa, kan nama tempatnya bermula dengan huruf T. So I called it Triple
T.”
“Oh.” Sarah turut tersenyum.
“I selalu juga ke Tripple T.
Tapi selalunya I pergi malam,” ujar Rifqi.
“Patut la tak terserempak.
Selalu I pergi ke sana dengan Raina dan Faris untuk jogging. Almost twice a
month.”
‘Faris.’
Rifqi terdiam. Mindanya sarat
memikirkan siapakah nama yang disebut oleh Sarah tadi. Rasa tidak senang mula
menyerbu ke hati kecil Rifqi.
‘Itukah lelaki pilihan keluarga
Sarah?’
“You buat apa ke sana waktu
malam? soal Sarah ingin tahu.
Rifqi senyum. Persoalan yang
bermain di mindanya hilang begitu sahaja. ‘Ingatkan tak nak tau.’
“Apa yang menariknya aktiviti
malam di Triple T,” tanya Sarah lagi.
“You mungkin perasan di Triple T
ada litar kereta kawalan jauh. So siang I busy at work, malam I rajin ke sana.
Suasana lebih sejuk.”
Sarah cuba mengingat jika Rifqi
ada memasukkan aktiviti bermain kereta kawalan jarak jauh dalam blog milik
lelaki itu.
“Tak pernah pun you updates
dalam blog you. Kisah skuba banyak la,” ujar Sarah.
“Ada.” Ringkas Rifqi membalas
kata-kata Sarah.
“Mana lagi best? Skuba
atau kereta mini?” tanya Sarah.
“Of course la I suka skuba. Just
that scuba need extra planning plus nak kena bawa enough equipment. Kena
fikirkan safety lagi.”
“Next time I nak join boleh?”
“You are most welcome
tapi ada syaratnya,” kata Rifqi.
“Syarat?” terjungkit kening
Sarah memandang wajah Rifqi di sisi.
“You kena bawa Saiful along,
boleh?”
Meletus tawa kecil Sarah. “Oh
boleh. Nanti kalau I nak join, I will let you know and I will bring along Abang
Saiful.”
“Okay.”
Laluan dari Taman Tasik
Titiwangsa ke Ampang tidaklah jauh. Jika tiada kesesakan lalu lintas, tidak
sampai setengah jam sudah sampai. Syukur pagi itu laluan berjalan lancar. Rifqi
tetap memandu dengan berhati-hati.
Rifqi sudah tahu laluan mana
yang patut diambil ke rumah Sarah. Bukan pertama kali dia ke sana. Jadi mudah
bagi Rifqi.
“Boleh
I tanya you sikit?” suara Sarah perlahan.
“Yes,
sure. Tanyalah,” balas Rifqi. Wajah Sarah ditoleh sekilas.
“You
suka sangat eih biskut chipsmore?” soalan pertama Sarah.
Rifqi
angguk. “Ya. Suka sangat.”
“Biskut
chipsmore tu sentiasa ada dalam stock la kiranya,” pertanyaan kedua Sarah
menyusul.
“Yup.”
“Why?”
soal Sarah lagi.
Jelas
Rifqi tersenyum lebar. “Kenapa you tanya macam tu?”
“Sebab first time I jumpa you, you offer I biskut
chipsmore. Today pun you offer I biskut chipsmore,” ulas Sarah.
“Kata
emak I, masa dia pregnant dulu, siang malam pagi petang itulah biskut yang dia
makan. Nasi tu mak I dah tolak tepi. So tu yang buat I jadi suka sangat dengan
biskut sekejap ada sekejap tak ada tu,” kata Rifqi.
Terhambur
tawa Sarah mendengar kisah di sebalik biskut kegemaran Rifqi. “Oh ya ke?”
“Kenapa
tak percaya?” lantas Rifqi menoleh ke arah Sarah yang beria ketawa. ‘Sukanya
dia. Tadi kat tasik macam tak sihat.’
Sarah
menutup mulut cuba meredakan tawa yang keluar dari mulutnya.
“Dah
abis gelak? Sukanya,” usik Rifqi.
“Maaf
I tak sengaja tau,” akui Sarah.
Rasa bahagia menyelinap ke jiwa
Rifqi. Andai situasi ini berlaku setiap hari, bahagia rasanya.
‘Bila nak bertindak?’ akal
mengusik jiwa.
“Now
I pula nak tanya soalan, boleh?” pinta Rifqi sambal menoleh sekilas ke arah
Sarah.
“Boleh,”
jawab Sarah sepatah.
“Bila
majlis kahwin you?” soal Rifqi tanpa teragak-agak.
Sarah
terdiam. Soalan yang ditanya buat Sarah terkedu. Tidak langsung terfikir akan ditanya
soalan itu.
“Saya
dengar mama awak sedang uruskan majlis perkahwinan awak,” ulas Rifqi lagi.
Sekali
lagi Sarah diserang kejutan yang tidak disangka.
“Mana
awak tau?” giliran Sarah mencari jawapan.
“Saya dengar mama awak
berbincang dengan mak saya,” jujur kata-kata itu meluncur dari bibir Rifqi.
Perbualan
yang tadinya agak santai bertukar rentak. Suasana sedikit serius. Sarah sedang
cuba mencerna maklumat yang baharu didengarinya. Rifqi pula berdebar menanti
jawapan dari mulut Sarah sendiri.
“Bertuahnya
lelaki itu,” ujar Rifqi. Dia lihat Sarah diam. Tidak menidakkan kata-katanya
tadi. Dia yakin berita tersebut benar.
‘Iqi
jangan cepat buat andaian. Sarah belum mengia atau menidakkan berita itu. Don’t
make a quick conclusion,” pujuk akal yang waras.
Sarah
menoleh ke arah Rifqi yang tenang di tempat duduk pemandu. Dia masih terkejut
ditanya soalan sebegitu.
Rifqi turut menoleh ke arah
Sarah. Mata bertemu mata. Tiada kata terucap. Sarah percaya ada perasaan sayang
di mata Rifqi. Satu perasaan yang tidak mampu dia gambarkan sedang menjalar di
hatinya. Apakah yang dirasa sama seperti apa yang dirasa oleh Rifqi ketika ini?
Soalan itu hanya berlegar di minda Sarah.
‘Iqi drive carefully,’ arah akal
sedarnya.
Rifqi segera melarikan
pandangan. Matanya difokuskan kembali ke atas jalan raya. Namun hatinya
berkecamuk. Dia tidak sanggup menatap wajah Sarah lama-lama andai seluruh jiwa
dan raga wanita di sisinya itu bakal menjadi milik orang lain.
“Jika betul, congratulation
Sarah,” ucap Rifqi tidak ikhlas.
“Iqi, we need to talk,” pantas
Sarah menyambung. “There must be something wrong somewhere here.”
Rifqi menjeling sekilas. “What
do you mean?”
“Isu majlis kahwin I,” balas
Sarah. “Mama tak ada pun bincang apa-apa dengan I. And I don’t have anyone
right now.”
‘Iqi dengar tak pengakuan ikhlas
yang you nak dengar?’ hati kecil Rifqi bersorak gembira.
‘Faris.’ Sepotong nama itu
melintas di minda Rifqi.
“Tapi I sendiri dengar mama you
cakap nak cepatkan majlis perkahwinan you. I dengar she said that at my house.”
“This is weird. Atau you
tersalah dengar Iqi,” kata Sarah.
“I hope so,” hati Rifqi
benar-benar berharap dia tersalah dengar perbualan di antara mama Sarah dengan
emaknya tempoh hari."
Pantas Sarah menoleh.
Rifqi memasuki simpang ke rumah
Sarah. Dia berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah Sarah.
“Okay dah sampai.”
“Oh.. terima kasih hantar I
balik.”
“It’s my pleasure."
Datin Kharidah sudah pun membuka
pintu pagar sebaik sahaja dia sedar ada kereta di luar pagar. Pantas dia keluar
menuju ke pintu pagar. Tadinya dia dilanda resah apabila menerima panggilan
daripada Rifqi. Tetapi sebaik sahaja mendengar pemuda itu mahu menghantar
anaknya pulang, kurang sedikit rasa risaunya.
“Iqi masuklah dulu,” pelawa
Datin Kharidah.
Rifqi segan mahu singgah.
Sudahlah baharu lepas bersenamrobik tadi. Badan sudah berpeluh dan melekit.
Mahu menyinggah dia rasa serba salah.
“Tak usah malu. Ni ha anak dara
aunty pun sama je wanginya dengan kamu Iqi,” ujar Datin Kharidah sambal
menjeling Sarah di sisinya.
“Mama ni,” malu-malu Sarah
bersuara.
“Uncle pun ada kat dalam, jemput
masuk dulu,” bersungguh Datin Kharidah menjemput Rifqi singgah.
Rifqi mematikan enjin kereta.
Dia mengangkat tangan dan mencium kedua-dua belah bahunya seraya tersenyum.
‘Not bad.’
“Uncle,” sapa Rifqi apabila
Dato’ Shamsul muncul di muka pintu. Mereka bersalaman.
“Iqi, jemput masuk," pelawa
Dato' Shamsul pula.
"Tak apalah uncle. Di luar
ni pun tak apa," ucap Rifqi malu-malu. Segan dengan badan yang sudah
melekit dek peluh akibat bersenam tadi.
"Betul ni tak nak
masuk?" sekali lagi Dato' Shamsul bertanya.
"Bukan tak sudi uncle. Tapi
seganlah, badan berpeluh-peluh. " akui Rifqi berterus-terang.
"Sarah, buatkan air,
sayang," pinta Datin Kharidah.
Sarah senyum memandang mamanya.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah.
“Apa nak segankan. Sarah tu pun
dua kali lima dengan kamu Iqi,” luah Dato’ Shamsol.
Datin Kharidah sudah ketawa.
Mendengar kata-kata si suami yang turut berfikiran sama sepertinya.
“Iqi terima kasih hantar Sarah
balik. Pagi tadi nampak sihat je. Tak sangka pulak dia tak sihat. Kalau aunty
tau, tak adanya aunty benarkan dia pegi jogging,” kerisauan seorang ibu yang
terluah di mulut. Mendengar berita keadaan anaknya daripada suami yang selesai
bercakap di talian telefon benar-benar membuatkan Datin Kharidah bimbang.
“Perkara kecil je ni aunty.
Kebetulan Iqi ada kat situ. Selalunya jarang Iqi ke sana siang hari,” balas
Rifqi.
“Maksud kamu, selalulah kamu ke
Tasik Titiwangsa tu?” soal Dato’ Shamsul.
“Selalu juga. Tapi Iqi ke sana
sebelah malam. Iqi biasanya di kawasan trek kereta control.”
“Kalau macam tu next time
boleh la uncle join. RC ni dah lama juga uncle tinggalkan. Kereta
tu pun dah berabuk di stor.
“Elok sangat tu uncle,” kata
Rifqi senang hati.
Datin Kharidah senyum mendengar
perbualan suami dan Rifqi. ‘Hmmm elok la tu. Dah jumpa gu kata orang Utara.’
“Mama,” sapa Sarah bersama
minuman dan sepiring kuih apam gula hangus.
Sarah letak dulang di atas meja
dengan hati-hati. Dia tuang air ke dalam gelas. Rifqi memerhati air muka Sarah
di depan mata. Wajah itu membuatnya rasa tenang. Sejuk mata memandang kata
orang.
“Jemput Iqi.”
Datin Kharidah memerhati sahaja.
Melalui kaca matanya dia sudah nampak rancangan yang dia sedang usahakan bersama
sahabat baiknya bakal membuahkan hasil. Sekilas ikan di air, sudah kutahu
jantan betina. Datin Kharidah senyum.
“Esok Iqi ambil Sarah?” soal
Dato’ Shamsul.
“Ya.” Serentak Rifqi dan Sarah
memberi respon. Dua-dua seperti terkena kejutan elektrik. Terkejut.
Bertambah lebar senyum Datin
Kharidah.
“Kata orang kalau jawab serentak
macam tu ada orang nak datang rumah. Agak-agak siapa la agaknya nak datang
rumah kita ni,” usik Dato’ Shamsul.
“Bakal besan kita agaknya bang,”
pantas Datin Kharidah menjawab.
Rifqi seperti tercekik udara.
Rasa sukar bernafas. Fikirannya sudah terfikir yang tidak-tidak. ‘Kalau betul
Sarah akan dijodohkan dengan orang lain, aku?’
Sarah juga sudah bulat matanya
menoleh ke arah mamanya.
“Bukan apa Iqi, aunty tak
sabar sebenarnya nak tengok Sarah naik pelamin. Bila dah ada orang jaga, aunty
rasa lega. Ada orang yang akan ambil berat anak aunty ni kalau dah
sampai masa aunty tutup mata nanti,” ujar Datin Kharidah mahu melihat
reaksi Sarah dan Rifqi.
“Iyalah aunty,” balas Rifqi.
Matanya melirik ke arah Sarah.
“Mama jangan kata mama tengah rancang
majlis kahwin Sarah,” terlontar kata-kata itu.
Melihat anggukan Datin Kharidah,
Rifqi menarik nafas. ‘Sudah.’
“Aunty, uncle,” pantas Rifqi
bersuara. Tetapi suaranya bagai tergantung di situ.
Enam pasang mata tertumpu ke arah
Rifqi. Dia jadi lebih berdebar. Dadanya berombak.
“Ya Iqi,” Dato’ Shamsul menunggu
kata-kata Rifqi
‘Iqi tarik nafas. Lepas. Tarik. Lepas,’
akal yang waras segera membantu.
“Saya boleh jadi penjaga Sarah.”
Sarah bungkam di tempat duduk.
Sebaik ayat itu meluncur di bibir
Rifqi, bebanan rasa yang tersangkut di dada bagaikan kosong. Dadanya lapang. Kenapa
pula seluruh badannya terasa panas. Wajahnya seakan dipenuhi warna merah. Darah
sudah menyerbu ke muka.
‘Kalau sudah tuan punya badan yang
rela menawarkan diri, tidak perlulah aku memerah otak memikir rancangan mendekatkan
mereka.’ Datin Kharidah gembira. Rancangannya hampir berjaya.
Hehehe akhirnya Iqi bukak mulut sampaikan hasrat... Nasiblah baru balik dari beriadah pun kan...
ReplyDeleteTindakan refleks namanya ni..hihik
DeleteHihi nasiblah...masa tu memang tak fikir dah semua tu. Iqi dah risau Sarah jadi milik orang.
ReplyDeletehehe.. Akhirnya Iqi terus tanya direct mcm bomb.. terkejut Sarah dibuatya...
ReplyDeleteMemang di luar jangkaan tindakan Iqi ni. Bila hati dah suka
DeleteAkhirnya...Iqi meluahkan rasa hati...Gentleman betul..
ReplyDeleteKalau tak diluah merana badan, jiwa terseksa...
DeleteTunggu reaksi Sarah & parents kedua2 pihak.
Cakap jugak yer Iqi. Takmo putih mata laa turrrr.
ReplyDeleteHihi kann..lagi lama simpan rasa hati tu takut melepas ke tangan orang lain..itu yang nekad
Delete