Assalamualaikum/Salam Sejahtera buat semua pembaca blog Sha,
Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Ianya sangat Sha hargai. Sha mohon maaf ya jika post kali ini agak pendek.
Selamat membaca!
Pecah bata,
Pecah simen,
Sudah baca,
Silalah komen.
Salam sayang,
Sha Hashim
6 Disember 2015
@}-;--- @}-;--- @}-;---
RIAK terkejut jelas terpancar di wajah
Sarah. Hari yang penuh kejutan. Namun dia memuji keberanian Rifqi menyatakan
isi hatinya. Situasi yang begitu santai. Tiada angin tiada ribut. Tahu-tahu
Rifqi mengeluarkan kenyataan beraninya. Lamaran dari hati. Sarah yakin
kata-kata yang terbit dari mulut Rifqi itu bukanlah satu gurauan.
Dato’
Shamsul tersenyum. Baginya dia tidak memilih dalam menentukan siapa yang bakal
menjadi pasangan hidup anak-anaknya. Dia mahu mereka gembira.
“Iqi
sedar tak apa yang Iqi cakapkan ni?” soal Datin Kharidah.
Rifqi
memandang wajah Sarah sekilas.
“Aunty,
Iqi tak tau macam mana nak cakap. Tapi Iqi betul-betul maksudkan apa yang Iqi
cakap tadi.”
“Aunty
suka sangat kalau Iqi jadi menantu aunty. Tapi kalau Iqi suarakan isi
hati Iqi lebih awal, aunty tak teragak-agak terima Iqi.”
Tersentak.
Bagai belati membelah sekeping hati. Pedih.
“Mama,”
bergetar suara Sarah.
Dato’
Shamsul turut dilanda kejutan. Sangkanya gurauan di petang hari, tetapi ini
sudah lari daripada yang disangkanya. Namun dia diam sahaja. Tidak mahu terus
membuat telahan. Dia mahu berbincang dahulu hal ini dengan isterinya.
Perbincangan empat mata.
“Maksud
aunty?”
“Aunty
dah ada calon sesuai untuk Sarah.”
Rifqi
menelan liur. Wajah Sarah dipandang sayu. Jelas dia terkilan.
“Aunty
tidak bolehkah hal ini dirunding lagi. Iqi sanggup bertanggungjawab,” Rifqi
masih belum mahu menyerah kalah.
“Maaf
Iqi. Hal ini sudah muktamat.”
Datin
Kharidah berasa kasihan melihat raut kecewa Rifqi. Ketara sungguh. Namun dia
tidak mahu begitu mudah memberi harapan kepada Rifqi.
“Rifqi,
baliklah dulu. Tentu Iqi penat,” usul Dato’ Shamsul. Dia faham apa yang dirasai
oleh Rifqi. Wajah anak muda itu nampak benar sedang menanggung kecewa.
‘Iqi
cekalkan hati. Andai Sarah bukan jodohku, aku harus berlapang dada menerima
ketentuan dariNya.’
Rifqi melangkah lesu ke arah
pintu pagar. Sebelum memasuki kereta, pandangannya mencari wajah yang sudah
mencuri hatinya. Wajah Sarah nampak tenang. Air yang tenang jangan disangka
tiada buaya.
‘Aku tidak boleh menyerah kalah
begitu sahaja.’
*******
RIFQI memandu laju. Dia mahu kembali ke
rumah seberapa segera yang boleh. Sampai sahaja di depan rumah, diparkir kereta
di luar pagar. Laju sahaja Rifqi melangkah masuk. Pintu pagar dibiar terbuka.
Kasut sukan yang dipakai dicabut kasar. Stokin juga ditarik sambil berdiri.
“Mak,
oo mak,” Rifqi sibuk memanggil emaknya. Bagaikan mahu melintas jalan raya, Rifqi
menoleh kiri dan kanan. Tiada di ruang tamu. Langkahnya laju melangkah hingga
ke dapur. “Mak…”
Puan
Ruziah di luar rumah mendengar panggilan Rifqi. Ada beberapa helai lagi baju
yang hendak dijemur. Dia terus menyarung penyangkut baju ke baju kemeja milik
suaminya sebelum disangkut ke penyidai kain.
Melihat
pintu dapur terbuka, Rifqi segera menjengahkan kepala ke luar mencari emaknya.
“Kat
sini rupanya mak,” tidak sabar Rifqi mahu bertemu emaknya.
“Kenapa
ni? Serabut je mak tengok ni.”
“Iqi
ada benda nak cakap dengan mak ni.”
Puan
Ruziah pelik memilihat gelagat anaknya.
“Iqi
nak minta mak tolong Iqi,” ujar Rifqi.
“Kalau
ya pun tunggu sekejab. Biar mak habis sidai kain ni,” balas Puan Ruziah.
Rifqi
sabarkan hati. “Iqi tolong mak.”
Sebaik
sahaja emaknya menyidai kain terakhir, segera Rifqi memegang tangan emaknya.
“Mak
kena tolong Iqi.”
Puan
Ruziah tertanya-tanya. ‘Apa kena ni?’
“Mak
je yang boleh tolong Iqi,” sambung Rifqi lagi.
“Tolong
apa ni? Apa yang kamu dah buat ni Iqi? Jangan kamu takutkan mak,” gesa Puan
Ruziah.
“Mak
jom masuk dalam. Biar Iqi bawa masuk bakul ni.”
Puan
Ruziah mengikut sahaja. Mindanya sarat memikirkan yang macam-macam.
“Kenapa
ni Iqi? Cuba cakap dengan mak,” gesa Puan Ruziah apabila dia duduk di sofa.
Rifqi di sebelahnya dipandang lama.
“Mak
tolong pinangkan Sarah.”
Puan
Ruziah mengucap syukur di dalam hati.
“Mak,”
panggil Rifqi. “Kenapa mak senyum je ni?”
Puan
Ruziah senyum melihat wajah anak bujangnya.
“Macam
mana mak tak senyum, muka Iqi ni dah macam kucing hilang anak je. Serabut mak
tengok.”
Rifqi
garu kepala. Diraut pula wajahnya. Habis kusut rambutnya.
“Ni
apa yang dah jadi? Tiba-tiba nak mak pinang anak dara Aunty K,” soal
Puan Ruziah.
Rifqi
menarik nafas dalam-dalam.
“Cuba
cerita.”
“Mak,
betul ke Aunty K tu tengah uruskan majlis kahwin Sarah mak?” soalan Puan
Ruziah dijawab dengan soalan.
Berkerut
dahi Puan Ruziah. “Mak tak tahu pun.”
“Bukan
ke Aunty K dah cakap dengan mak hal ni,” seperti tidak percaya kata-kata
emaknya.
“Mana
Iqi dengar semua ni?”
“Kan
Aunty K bagi tahu mak pada hari yang Iqi balik dari kursus tu. Iqi tak
ada niat nak curi dengar perbualan mak dengan Aunty K tu. Cuma kebetulan
Iqi terdengar masa Iqi nak masuk dalam rumah,” balas Iqi.
Puan
Ruziah menahan diri yang hampir meledakkan tawa. Sebentar tadi sahabat baiknya
sudah pun menghubunginya. Kejadian di rumah sahabatnya itu sudah diketahui.
Melihat anaknya yang separuh nanar itu timbul juga rasa kasihan. Namun dek
kerana janji, Puan Ruziah mula memainkan wataknya sehabis baik.
“Mak
janji dengan Iqi, mak akan bincang dengan Aunty K. Iqi serius ni mak,” rayu
Rifqi.
“Iqi
janganlah menaruh harapan yang tinggi ya. Mak boleh cakap dengan Aunty K. Tetapi
keputusannya tetap di tangan Aunty K,” nasihat Puan Ruziah.
‘Kenapalah
hal ni jadi complicated macam ni. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Berilah
jalan terbaik untukku hadapi perkara ini.’
Rifqi
meraut wajah. Cubaan mengusir rasa tidak senang yang mula bersarang dalam hatinya.
“Mak
Iqi naik atas dulu,” lemah suara Rifqi sebelum dia berjalan ke arah biliknya di
tingkat atas.
Puan
Ruziah mengangguk dan memerhati langkah lesu anaknya.
*******
SARAH senyum. Putaran kata-kata Rifqi bermain
di mindanya. Berulang-ulang. Langsung dia tidak jangka lelaki itu begitu berani
meluahkan rasa hati di depan kedua-dua orang tuanya.
’10
tanda right untuknya.’
Rasa gembira di hati Sarah bertukar
menjadi gusar. Mengenangkan kata-kata mamanya tadi, dia diserang rasa serba-salah.
Dia tidak mampu berbohong kepada dirinya sendiri. Hatinya kini sudah berpunya. Sebelum
ini rasa hatinya itu samar-samar sahaja. Namun apabila mamanya sudah membuat keputusan
dan mendengar sendiri luahan dari mulut Rifqi, Sarah yakin milik siapakah hatinya.
Namun itu bukanlah hak mutlaknya. Jika mamanya sudah pun memilih calon suami untuknya,
dia tidak akan membantah. Sarah yakin keputusan mamanya yang terbaik untuk dirinya.
Tiada gunanya dia membantah. Restu kedua ibu bapa membawa bahagia dan rahmat dariNya.
Walau pun dia redha, namun tetap ada sekelumit rasa kesal. Jika dia lebih awal dapat
mengesan rasa hatinya terhadap Rifqi, sudah pasti lelaki itu akan membahagiakan
hidupnya kelak. Pasangan sepanjang hayat.
Rentung Iqi kena dengan ibu Sarah. Kikiki
ReplyDeletehihikk kerana dah suka, Iqi relakan walau pun rentung masak hangus..
DeleteWah wah wah, Iqi kena 'reject'dengan Aunty K nampaknya... Masing² percaya bulat² pulak tu... Hehe
ReplyDeletedrama keluarga ni Suha...bila kena reject barulah masing-masing terjaga..
Deletehehe gelabah iqi dibuatnya... Baru kena gurau sikit dah mcm nak gila dah iqi di buat kedua2 ibu.
ReplyDeleteBila ibu2 mula melakonkan watak, ha kan..baru laju tindakan iqi..
DeleteRindu Sarah & Rifqi...
ReplyDeleteTq Suha...
DeleteCasino of the Sky Resort - Mapyro
ReplyDeleteCasino of the Sky Resort is located in 제주 출장안마 the 보령 출장마사지 city centre, near the airport. It is surrounded by three 목포 출장샵 other casinos, The Shops at 이천 출장안마 the 충청남도 출장안마 Resort and Casino,