31 December 2015

Aina Izz Zara vs Adam Najmi 3

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
 
Jazakumullah khairan kathira buat semua pembaca yang sentiasa memberi sokongan terhadap cerita dan kisah yang Sha paparkan di sini. Semuanya menjadi pembakar semangat untuk Sha terus menulis.
 
Selamat Tahun Baru 2016. Semoga 2016 lebih baik daripada tahun 2015. Sha doakan anda semua dalam rahmatNya sentiasa, aamiin.

Sebagai penutup 2015, selamat membaca sambungan kisah Aina & Najmi. Nantikan, insya Allah kisah-kisah lain yang akan dipaparkan di sini.
 
Salam mesra,
Sha Hashim
31 Disember 2015

@}-;--- @}-;--- @}-;---
 

AINA tertinjau-tinjau menanti teksi. Kereta bertali-arus bergerak di jalan raya. Perkara biasa selepas waktu pejabat.

            Sebuah kereta merah berhenti tidak jauh dari tempat Aina berdiri. Aina menjeling. Fokusnya hanya kepada kenderaan bernama teksi. Selain teksi dia langsung tidak ambil pusing.

            ‘Dia buat tak nampak pula. Pagi tadi beria tahan kereta aku,’ omel Najmi sendirian. Matanya masih lagi memerhati tingkah Aina yang langsung tidak memandang ke arahnya. Tidak mahu menunggu lama apatah lagi mengganggu lalu lintas, dia menekan hon kereta sekali.

            “Ya Allah.” Aina hampir melompat terkejut dek bunyi hon kereta yang tiba-tiba.

            Najmi sudah ketawa besar. Kelakar baginya melihat raut wajah Aina. Namun ketawa Najmi tidak lama. Aina langsung tidak datang mendekat. Aina seperti menunggu seseorang. Dia yang menunggu di dalam kereta langsung tidak dihiraukan.

            ‘Tak boleh jadi ni. Kalau tak dijemput, tak dipanggil mahu sampai malam tunggu kat sini. Macam tunggu buah tak nak gugur je.’

            Najmi lantas membuka pintu keretanya. Nama Aina dipanggil.

            “Aina.”

            Aina pantas menoleh. ‘La dah kenapa? Kenapa mamat ni ada kat sini? Takkan tunggu aku pula.’

            “Aina,” sekali lagi nama Aina dilaung. Kali ini lebih kuat.

            Malu rasanya bila ramai pula yang memandang. Segera Aina melangkah mendekati kereta Polo Sedan milik Najmi.

            “Kenapa encik berhenti kat sini? Ada tertinggal apa-apa ke? Atau encik nak pesan something? Ke saya yang tertinggal barang dalam kereta encik.”

            Najmi senyum lebar. “Amboi banyaknya andaian awak. Dah lupa saya nak hantar awak balik petang ni.”

            “Saya tunggu teksi nak baliklah ni. Saya bukan tunggu Encik Najmi. Tadi Encik Najmi yang cakap teksi dah tunggu. Tapi dari tadi tak ada pun sebiji teksi yang berhenti kat sini.”

            ‘Macam nak tepuk dahi je rasa.’

            Tanpa suara, Najmi berjalan pantas ke arah pintu kereta tempat duduk penumpang.

            “Masuk.”

            “Encik nak bawa saya ke mana ni?”

            Najmi menggeleng-gelengkan kepala. Sebelum aksi mereka menjadi drama sebabak di tepi jalan, baik dia segera berlalu dari situ. Nanti dalam kereta senang cerita. Begitulah telahan Najmi.

            “Aina takut dengan saya ke?”

            “Takut? Mana ada,” laju sahaja suara Aina menjawab.

            “Habis tu kenapa macam takut je nak naik kereta saya,” soal Najmi tidak puas hati.

            “Sebab encik cakap ada teksi tunggu. Kesian driver teksi tu kalau sampai kat tempat tadi saya tak ada di situ.”

            Kali ini bukan hanya tepuk dahi, Najmi seperti mahu  menghantuk dahi ke stering kereta.

            “Yang Aina tahan saya pagi-pagi tadi bukan teksi ke?”

            Gulp! Aina telan liur. Wajahnya sudah memerah. Segan dengan tindakan melulunya pagi tadi. Sampai ke petang dia diusik dengan insiden itu.

            “Kenapa diam? Well tell me where is exactly you house.”

*******

NAJMI membelok keretanya ke kanan mengikut kata co-pilot di sisi.

            “Jalan terus sampai simpang tiga. Terus lagi. Rumah saya yang kedua di sebelah kiri. Rumah yang warna kuning air tu.”

            Najmi memandu berhati-hati. Melalui jalan yang tidak rata.

            “Jalan ni baru nak tar ke?”

            “Aah.”

            ‘Sepatah je jawab.’ Najmi menjeling Aina di sebelahnya.

            “Okay dah sampai. Ini rumah saya.”

            Najmi berhenti di hadapan pagar. Kunci automatik ditekan. Barulah Aina boleh membuka pintu.

            ‘Hai memang lupa ke dia ni?’

            Aina melangkah laju memasuki rumah selepas memberi salam. Tidak sampai lima minit, Aina bergegas keluar.

            ‘Ai mamat ni. Tak keluar kereta. Nak kena jemput dengan karpet merah ke? Memang tak la.” Satu senyuman terukir di bibir Aina.

            Sebaik melihat Aina keluar semula, Najmi membuka pintu kereta. Langkah kaki diatur mendekati Aina yang sedang membuka pintu kereta. Dia berdiri sambil memerhati apa yang Aina lakukan.

Sebaik sahaja Aina masuk ke dalam kereta kunci kereta dimasukkan ke tempat kunci dan cuba menghidupkan enjin. Sia-sia. Enjin tidak mahu hidup.

“Tak boleh start?”

“Tu la. Pelik. Baru je last week service.”

Let me try.”

Aina memberi ruang kepada Najmi. Dia segera keluar daripada perut kereta.

“Tak mungkin masalah bateri. Kereta ni baru dua tahun saya guna.”

“Semalam awak lupa tutup lampu kereta ke? Bateri boleh habis tau,” selidik Najmi mencari punca.

“Semalam kan Ahad. Sabtu pun saya tak keluar. Lagi pun semalam saya cuci kereta ni. So confirm lampu off.”

Najmi pulas kunci kereta. Memang tiada tada-tanda enjin akan hidup. Sekali lagi Najmi cuba. Masih gagal. Tiada langsung bunyi “tik tik tik tik”

“Dah jump start?”

“Hah! Apa tu?”

‘Aik bawa kereta tapi tak tau jump start.’ Najmi senyum.

“Bab teknikal kereta ni serious saya memang tak tau.”

“Okay gini. Jump start tu kena guna...”

“Aina dah balik ya.”

“Ya mak.” Cepat sahaja Aina menoleh ke arah pintu.

Puan Mariam menjenguk ke arah Aina. Mendengar suara orang bercakap di luar rumah membuatkan Puan Mariam ingin tahu siapa yang datang ke rumahnya.

Melihatkan emak Aina sudah menjengguk di muka pintu, Najmi keluar dari perut kereta dan menegur Puan Mariam.

“Makcik,” tertunduk sedikit kepala Najmi.

Puan Mariam angguk. “Eloklah kamu dah bawa mechanic tengokkan kereta ni. Tadi abah tunggu Aina. Tapi dah Aina lambat abah dah keluar.”

Aina sudah terlopong. Matanya melirik ke arah Najmi. ‘Aduh masak aku.’

Najmi terdiam. ‘Apalah malang nasibku. Pagi tadi jadi taxi driver. Petang dah jadi mechanic pula.’

“Abah ke mana mak?” Aina cuba mengubah topik.

“Abah keluar pergi beli barang.”

Melihatkan Najmi kembali masuk ke dalam kereta, Aina segera mendapatkan emaknya. Dia pegang tangan emaknya dan mengajak emaknya jauh sedikit dari pintu.

“Mana Aina dapat mechanic segak macam tu?” Puan Mariam lebih dahulu bertanya.

“Mak jangan cakap kuat-kuat. Tu bukan mechanic mak,” jejari runcing Aina memegang tangan emaknya.

“Habis tu?”

“Tu bos orang mak,” sedikit berbisik Aina memberitahu emaknya.

Puan Mariam membuntangkan mata. Tidak percaya.

“Kenapa tak cakap awal-awal. Mana mak tahu Aina,” kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

“Tak sempat orang nak kenalkan. Mak cakap cepat sangat.”

“Mana mak tahu. Tu yang mak heran tu. Aina bawa mechanic segak macam tu. Dengan baju kemeja. Dasi longgar di leher.”

“Nanti Aina cerita kat mak ya macam mana boleh jadi lagu ni. Macam mana bos orang boleh datang nak tolong check kereta orang,” janji Aina.

“Pi tengok apa jadi kat bos Aina tu. Mak buat air.”

Aina berlalu keluar. Di luar, Najmi sudah membuka bonet kereta. Tangan baju kemeja putihnya dilipat separas siku. Hujung baju sudah dikeluarkan. Nampak sedikit ranggi.

“Saya buka bonet. Check bateri. Bukan apa nak tengok bateri ada kat tempatnya ke tak atau dah hilang kena curi. Kalau hilang, memang patut la enjin tak boleh hidup kan,” jeling Najmi ke arah Aina.

Tanpa dapat ditahan, meletus tawa Aina. ‘Pandai pulak mamat ni buat lawak.’

‘Amboi seronok pula dia ketawa.’

“Aina awak kena take note ya. Kalau gear kereta auto kat D, kat R ke, 2 atau L memang enjin tak kan hidup. Kena pastikan gear lever you di P. Baru enjin tu boleh dihidupkan. Jangan buat silap ni.”

“So encik dah dapat puncanya ya.” Aina sudah tersenyum gembira.

Nope.”

“Aina, can i request something?”

Aina sedikit resah. ‘Nak request apa pula ni?’

“Jangan panggil saya encik. Di pejabat okay. Tapi di luar kita kawan.”

“Errr...” Aina terdiam.

“Aina boleh panggil saya Ami.”

“Tapi..”

Kalau tak pun awak boleh je panggil saya Abang Ami. My youngest sister, sebaya awak Aina.”

Aina kelu. Akhirnya dia senyum.

“Pelik juga ni. Stering tak lock. Spark plug baru.”

Aina tanpa sedar menyebut, “wow”. Kagum dia. Hari ini banyak yang dia belajar.

Service pun baru lagi, so bukan masalah aircond compressor jammed.”

Najmi hampir buntu memikirkan punca enjin kereta Aina tidak boleh hidup. Lama dia memerhati isi kandungan bonet kereta Saga FLX milik Aina.

“Aina kunci awak ni pernah jatuh?”

Aina berasa pelik ditanya soalan seperti itu.

“Pernah a few times.”

Okay then.” Wajah Najmi seperti sedang berfikir. “Can you get me your spare key.”

“Boleh.”

Aina berlalu masuk ke dalam rumah. Sebentar selepas itu Aina kembali dengan kunci pendua kereta.

Najmi memasukkan kunci. Sebaik sahaja kunci dipusingkan, mengaum enjin kereta.

“Waa,” teruja Aina di luar kereta. “Ya Allah ini rupanya punca kereta saya tak boleh hidup. Alhamdulillah.”

Najmi bersandar selesa di tempat duduk pemandu.

“Terima kasih.”

Najmi angguk. Dia mematikan enjin kereta. Dia keluar dari kereta Aina. Pintu kereta dia tutup. Kunci di tangan diserahkan kepada Aina.

“Lepas ni Aina jangan lupa repair kunci ni. In case, jadi macam ni lagi. And one more thing, take care of your key. Kalau asyik jatuh, sensor cip dalam ni mungkin rosak.”

“Baik. Aina akan ingat.”

Okay case settle. Saya nak balik dulu. Jumpa esok di office.”

“Eh.. encik. Tunggu kejab. Mak Aina dah buatkan air. Jemput minum dulu.”

‘Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.’

Najmi akur. Kasut kulit yang tersarung di kaki, dibuka. Dia melangkah masuk ke dalam rumah Aina.

“Terima kasih tolong tengokkan kereta anak makcik,” Puan Mariam senyum ke arah Najmi.

“Perkara kecil je ni makcik.”

“Jemputlah minum. Ni ada bingka ubi kayu. Makan tak?”

“Saya semua makan makcik. Tolak batu dengan kayu je,” seloroh Najmi. “Makcik jemput minum sekali.”

Puan Mariam menolak dengan baik. Alasannya dia sudah minum tadi.

“Aina, teman minum.”

Aina mendekati sofa. Dia duduk di sebelah emaknya. Teko air teh panas dicapai. Dituang air ke dalam cawan.

Aina memerhati ke pintu. “Lama pula abah keluar.”

“Mesti abah jumpa kawan-kawan la tu. Dah rancak borak, tak ingat masa berjalan.”

Najmi mahu segera pulang. ‘Habiskan minuman dulu ya, tak baik tau orang dah sediakan. Kecil hati tuan rumah kalau tak jamah.’

“Makcik, Aina saya kena beransur dulu ni.” Najmi sudah bangun. “Kirim salam pada pakcik. Tak sempat jumpa.

“Iyalah, insya Allah.”

Najmi menyarungkan kasut. “Esok kalau kereta tak boleh start, call saya.”

Najmi angkat tangan kanannya ke arah tuan rumah sebelum meloloskan diri ke dalam perut kereta Polo miliknya.

*******

Di meja makan, hidangan makan malam sudah tersedia. Aina bersama kedua-dua emak dan abahnya makan bersama-sama.

            “Apa yang rosak kereta Aina tu?” Encik Aizuddin ingin tahu.

“Rupanya cip kunci yang rosak abah. Nasib baik kunci spare ada. Kalau tak, tak bergerak la kereta orang.”

Puan Mariam menyampaikan salam Najmi kepada suaminya. “Mechanic tu kirim salam kat abang.”

“Mak ni, tu bos orang la.”

Puan Mariam tergelak kecil. “Untunglah bos baik. Kacak pula tu. Mak harap Aina pergi kerja jangan buat benda lain pula.”

Usikan emaknya disambut dengan senyuman.

Wajah Najmi melintas di mata Aina. ‘Handsome ke?’

4 comments:

  1. Mekanik hensem, sapa yang tak terpikat derrrr. Kikiki

    ReplyDelete
  2. bos hensem merangkap pemandu teksi ngan mekanik.. 3 in 1 best kan...

    ReplyDelete
  3. Multitasking tu..untung la kan...

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim